Isnin, 5 Ogos 2013

Hadis: Memelihara ilmu dengan menulisnya

Hadis:  Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: 

Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah dating mengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata:
Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menghafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan?
Maka sabda Nabi s.a.w:
Hendaklah engkau menggunakan tangan kanan mu´. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan´.

(Hadis Riwayat At Tirmizi)



Hadis: Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang Kurang Pandai

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah berkhutbah Rasulullah s.a.w akan suatu khutbah.


Lalu Abu Hurairah menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w menyebutkan di dalam khutbahnya itu satu kisah yang panjang.

Dan pada akhir hadis itu disebut bahawa Abu Syah berkata bagi Rasulullah. Wahai Rasulullah! Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah tadi. 

Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Tolong tuliskan untuk Abu Syah´.

(Hadis Riwayat At Tirmizi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan