Khamis, 4 September 2014

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BM TAHUN 3



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 H
Tema   : Amalan Hidup Sihat
Tajuk   : Mari Berekreasi
Masa   : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Bilangan murid : Perdana – 8 orang  
                            Freshie   -  8 orang

KEMAHIRAN :
KBSR    3.3 Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan
                                        intonasi dan gaya yang betul.
                  8.3 Aras 1(i) Menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi
                                        dan gaya yang betul.
Literasi – 4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi imbuhan dan 
                        konsonan bergabung.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
Perdana:
1.      Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
2.      Murid dapat menyatakan 4 daripada 5 aktiviti riadah berdasarkan gambar yang diberi.
3.      Murid dapat menulis 3 daripada 5 perkataan  imbuhan menggunakan tulisan berangkai dengan cantik dan kemas.

Freshie:
1.      Murid dapat menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi imbuhan.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa     - ( Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa)
Kosa Kata :  Nyanyi, Rekreasi, jogging
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai Murni: tekun, tabah,kebersihan fizikal dan mental, kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kem. Berfikir: menjana idea
Kecerdasan Pelbagai:  Verbal linguistik, kinestetik, intrapersonal
 LANGKAH
AKTIVITI
CATATAN
SET INDUKSI
( 5 minit)
1.      Murid melakukan beberapa pergerakan .
Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lain-lain.

2.      Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.
VAK:

Kinestetik
LANGKAH 1
( 10 minit)
1.      Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.
2.      Murid membaca senikata lagu.
3.      Murid dibimbing menyanyikan lagu mengikut melodi lagu “ Trek tek-tek”

BBM:
Powerpoint

VAK:
Audiovisual,
Verbal, gambar tunggal
LANGKAH 2
( 20 minit)
1.      Murid menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa bersenam berdasarkan lagu dan gambar.
2.      Murid mengenal pasti perkataan yang mengandungi perkataan berimbuhan.
3.      Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Kemudian murid melakukan aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru.Murid Perdana dan Freshie Perdana berkerjasama dalam kumpulan.
BBM:
Powerpoint
Kad imbasan

VAK:
Verbal
LANGKAH 3
( 20 minit)
1.      Murid-murid Perdana menulis perkataan yang mengandungi imbuhan menggunakan tulisan berangkai yang kemas.
2.      Murid –murid Freshie Perdana menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi imbuhan berdasarkan kad imbasan.
3.      Murid-murid Perdana menjawab soalan berdasarkan gambar.
4.      Murid-murid Freshie Perdana menyalin perkataan berimbuhan dalam buku latihan bergaris dua.

BBM:
Kad imbasan
Lembaran kerja

VAK:
visual
Penutup
( 5 minit)
1.      Murid menyanyikan semula lagu mengikut melodi “Trek tek-tek” dengan gaya sendiri.
2.      Penerapan nilai-nilai  murni.
3.      Rumusan.
BBM:
Powerpoint

VAK:
Visual, audiotori,
Kinestetik

Impak:
Secara keseluruhan murid Perdana dan Freshie Perdana dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara aktif. Berlaku perbincangan antara murid dalam kumpulan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid berjaya melakukan semua tugasan yang diberi oleh guru dengan cepat dan tepat dalam jangkamasa waktu yang ditetapkan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan