PEMBELAJARAN MASTERI
Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar.
Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua
murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan
untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set
idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk
belajar secara konsisten.
Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu
murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang
mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001) menyatakan pembelajaran
Masteri suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan
ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.
KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu
unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang
terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang
diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya
ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi
pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama
Kesimpulannya, Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara
individu yang berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan
serta kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran
secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
TUJUAN PEMBELAJARAN MASTERI
Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar
mencapai objektif pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap
pelajar mencapainya.
Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui
bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama
lain seperti kebolehan membaca dan kebolehan menulis.
Seterusnya, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami
sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami
pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam
pengajaran dan pembelajaran.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN.
Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru.
Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru.
Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun
daripada mudah kepada yang sukar supaya boleh difahami murid.
Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil
pembelajaran yang ditentukan.
Guru berkeyakinan semua pelajar berbeza dalam menguasai pembelajaran maka
guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu yang diajar.
Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil
kira gaya pembelajaran pelajar.
Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar
dapat menguasai sesuatu dalam masa yang singkat.
Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah
jelas.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI
1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan
pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih
kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari.
2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek
yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit
berkenaan.
3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar
memahami dan mencapainya.
4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau
bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian
dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai
80%.
5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.
5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.
Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam
suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid
supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan,
menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan.
6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.
6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.
Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan
dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian
juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.
7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum
balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.
8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.
8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih
belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah
menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti
aktiviti pengayaan.
MODEL PEMBELAJARAN MASTERI
1. Penentuan Hasil
Pembelajaran
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu
ditentukan untuk mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi
tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
Selain itu, merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar. Ia juga
dapat membantu guru untuk membina ujian formatif dan sumatif. Hasil
pembelajaran dinyatakan berdasarkan Sukatan Pelajaran dalam, bentuk tingkah
laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Dinyatakan secara eksplisit, jelas dan
terperinci.
Selain itu, di dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.
2. Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti
mengambil kira perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran.
Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah
dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa
yang diperuntukkan untuk mengajar.
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu pendekatan
berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan berpusatkan guru
menggunakan kaedah penerangan, penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota,
syarahan dan demonstrasi.
Pendekatan berpusatkan murid pula boleh menggunakan kaedah
bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan,
soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran,
projek, pembelajaran koperatif dan amali.
3. Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,
keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali
dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang
berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik.
Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian
murid, mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti
sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai, mengenal pasti sebab
kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran, menentukan aktiviti pemulihan
dan pengayaan yang perlu dijalankan, menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang
difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan pembelajaran, selepas sesuatu
unit pembelajaran atau selepas tempoh tertentu seperti mingguan,
bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
4. Tindakan Susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan
dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan
untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran
seterusnya.
Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui
aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
5. Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid
yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki
kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran
diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar semula
menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah,
mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan bahan visual,
mempermudah dan mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan
pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih
bersungguh-sungguh, membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas
seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid mengenal pasti idea
utama.
6. Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras
masteri. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid
menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas
pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan
meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam
pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan
pengembangan.
7. Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran
yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama.
Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi
latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk,
melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta
minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan
latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari
laman web.
8. Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini
lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh
aktiviti pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan membuat
kajian.
STRATEGI DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
Pelbagai strategi telah dicadangkan oleh tokoh dalam pembelajaran masteri
dalam pelaksanaannya. Antaranya adalah Model Pembelajaran Masteri Block dan
Anderson yang menyenaraikan sembilan proses iaitu (Ornstein dan Hunkins, 2004):
1. Clarify -
Menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka jangkakan untuk belajar.
Inform -
Mengajar pelajaran, bergantung kepada arahan keseluruhan
Pretest -
Memberi kuiz formatif terhadap asas tiada kesalahan, pelajar boleh
memeriksa kuiz mereka sendiri.
Group -
Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan masteri dan kumpulan
tidak masteri (80% boleh dianggap masteri).
Enrich and correct -
Beri pengayaan pengajaran kepada kumpulan masteri dan pemulihan kepada
kumpulan yang tidak masteri.
Monitor -
Pantau pergerakan pembelajaran pelajar; ubah masa guru dan beri sokongan
untuk setiap kumpulan berdasarkan saiz dan juga persembahan.
Posttest -
Beri kuiz summative kepada kumpulan yang tidak masteri
Assess performance -
Sekurang-kurangnya 75% pelajar mencapai masteri dengan ujian sumatif.
Reteach -
Jika tidak, ulang proses bermula dengan pengayaan dan pemulihan
pengajaran (belajar dalam kumpulan kecil, tutorial bersendirian, bahan
pengajaran alternatif, kerja rumah tambahan, membaca banyak bahan, praktikal
dan latih tubi).
ELEMEN PENTING DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
1. Menjelaskan secara spesifik
kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan
dinilai.
Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari
pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan.
Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk
pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai
yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam
pembelajaran.
2. Membenarkan pelajar untuk
belajar dengan kadar mereka sendiri.
Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar
mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu
pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka
secara berperingkat-peringkat.
Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat
seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata
pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai
unit 1.
Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar
belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:
I. Modul dan pakej pembelajaran.
Ii. Penggunaan program di mana
pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (“Programmed
Instruction”).
Iii. Audio-tutorial.
iv. “Keller Plan” iaitu
penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan
soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.
v. Pembelajaran berbantukan
komputer.
3. Memantau kemajuan pelajar
dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai.
Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik
dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti
pembelajaran.
Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab
secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur
yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau
pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu
pelajar-pelajar berkenaan.
4. Menguji bagi memastikan
kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang
hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian
kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian
boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan
lembaran kerja atau latihan.
KEMAHIRAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
Mengetahui perbezaan murid.
Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mengurus pelbagai bahan bantu mengajar.
Menyimpan rekod kemajuan murid.
Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.
Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang
sesuai.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI
Tiada satu kaedah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan.
|
|
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan