KEPERIBADIAN MULIA INSAN
MUSLIM - TAWADUK.
Sesungguhnya,
kebahagiaan dan kemuliaan sejati adalah dimiliki oleh kekasih-kekasih Allah,
iaitu insan-insan yang ketika di dunia selalu bermuragqqauabah kepada Allah SWT
dengan melakukan segala perintah-Nya, tanpa rasa jemu dan hanyalah semata-mata
kerana Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Orang yang cerdik lagi berakal ialah orang yang merendahkan dirinya (dengan sifat tawaduk), di samping menghisabkannya dan beramal untuk selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, ialah orang yang mengikut nafsunya dan bercita-cita kepada Allah beberapa cita-cita (angan-angan).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)

Sifat tawaduk juga
memungkinkan kita mudah digauli dan mendapat pertolongan saat-saat berdepan kesulitan.
Hal ini menggambarkan jiwa yang subur dengan ketulusan dalam segenap tindakan
dan amalan dilakukan sekali gus terhindar daripada perbuatan suka
menunjuk-nunjuk atau takbur.
Jika diperhatikan penjelasan Rasulullah SAW, ternyata merendah diri sama sekali tidak menjadikan seseorang itu hina bahkan diangkat oleh Allah SWT di tempat yang tinggi seperti mana maksud hadis: “Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)
Namun masih ada segelintir masyarakat yang belum faham maksud tawaduk sehingga menjadi gambaran dan ukuran mereka ialah gaya berjalan yang perlahan tidak bermaya atau tidak mahu berhias dengan mengenakan pakaian yang bagus.
Padahal, konsep tawaduk mengikut agama bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu. Seperti pernah disuarakan Ibn Atha’, tawaduk adalah orang yang menerima (dengan lapang dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain.
Fudhail bin Iyadh pula menambah: “Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”
Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang.

PENGERTIAN TAWADUK.
Tawaduk adalah memilih jalan
tengah di antara dua sikap yang tidak baik dan membinasakan iaitu sikap
membesarkan diri (takbur /sombong) dan sifat terlalu merendah diri yang memberi
kesan kehinaan kepada diri seseorang. Sikap tawaduk ini juga boleh diertikan
sebagai meletakkan sesuatu/ mengambil sesuatu tindakan bersesuaian dengan
keadaannya.
Tawaduk atau merendahkan diri
serta bercampur gaul itu, tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika
dibandingkan dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab ilmu
pengetahuannya atau keagamaannya.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga
tidak ada seorangpun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada
seorangpun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)
Tawaduk adalah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya rendah diri yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan, dan keperluan kepada orang lain (inferiority complex).

Sikap ini adalah sifat yang
mulia warisan nabi-nabi, rasul-rasul, sahabat dan tabiin sejak zaman dahulu
kala. Sikap ini haruslah bersandarkan pada niat yang ikhlas kerana ada kalanya
manusia bersikap tawaduk namun tertipu oleh syaitan kerana di dalam hatinya
masih terselit keinginan bahawa perbuatannya itu dipandang mulia oleh manusia
lain.
Orang yang berusaha agar
dirinya selalu dicintai orang lain, atau mengharap dirinya adalah orang yang
baik pada mata umum. Sebenarnya ia tertipu dengan perasaannya. Yang penting
hanya keredhaan ALLAH yang wajib diusahakan.
Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.”
(Surah Luqman, ayat 18)
Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk.
Sabda Baginda SAW :

Yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada
seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri
(sombong) kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
PENAMPILAN SIFAT TAWADUK.
Kebiasaannya seseorang yang
memiliki sifat tawaduk akan berfikir, berperasaan dan mengambil
tindakan-tindakan seumpama berikut:
1. Menerima dengan redha ketetapan dan taqdir Allah SWT kepada dirinya walaupun dilihat tidak bersesuaian dengan kehendak dirinya sendiri.
2. Bersangka baik dengan Allah SWT dengan menganggap bahawa sesuatu ketentuan itu adalah untuk kebaikan dirinya. Seorang itu juga perlu memahami bahawa disebalik sesuatu kebaikan yang akan dikurniakan kemudian, pasti terlebih dahulu dikurniakan dugaan.
3. Mentaati perintah dan hukum Allah SWT tanpa mempersoal atau memprotes. Contoh yang sering dibahaskan adalah mengenai kewajipan menutup aurat, poligami dan hukum hudud dan qisas.

Kita harus sedar, merendah
diri adalah tuntutan agama. Oleh itu, menjadi kewajipan semua mukmin memiliki
dan mengamalkannya tanpa mengira tempat atau keadaan sepanjang langkah
hayatnya.
4. Mengerjakan amal fardhu dan sunat dengan merendah diri dan mengharap amalan itu diterima oleh Allah SWT.
5. Mengaitkan atau mengembalikan setiap pujian yang diberikan kepada Allah SWT dengan mengucapkan syukur kepada Allah ( Alhamdulillah) dengan kefahaman yang jelas dan bukan sekadar kebiasaan /retorik.
6. Mendahulukan suruhan Allah SWT dari hal-hal keduniaan dan kepentingan diri sendiri. Contohnya apabila terdengar laungan azan, kita patutlah menunaikan solat terlebih dahulu daripada meneruskan kerja dunia kita.
7. Memuliakan Rasulullah SAW dan sunnah baginda SAW (surah, sirah, sarirah) dengan mengamalkannya dan tidak beranggapan bahawa sunnah itu sesuatu yang telah lapuk dan tidak sesuai lagi diaplikasikan di zaman ini.

Mereka yang selalu merendah
diri, Rasulullah SAW melihatnya sebagai orang yang memiliki keinsafan tinggi
dan kesempurnaan akal serta menonjolkan identiti mukmin yang taat.
8. Tidak bersikap sombong kepada golongan yang lebih lemah atau rendah dari kita seperti melayan acuh tidak acuh tetamu yang kelihatan kampungan tetapi memberi layanan istimewa kepada tetamu yang bergaya dan berbahasa inggeris ketika bertanya.
Tawaduk adalah merendah,
lawan dari sombong dan takabbur. Tawaduk adalah ketundukan yang bersumber rasa
memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya
ketundukan yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan,
dan keperluan kepada orang lain.
Manakala seorang manusia
merasa bahwa dirinya adalah hamba Allah yang mulia, dan ketawadukan yang
ditunjukkan kepada saudara-saudaranya yang mukmin adalah ketawadukan kepada
Allah SWT, maka dia akan merasa memiliki kemuliaan dan keluhuran, bukan
kehinaan dan kelemahan.
9. Bercampur gaul dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka. Di dalam konteks pekerjaan, seorang ketua yang tawaduk biasanya kita mendapati dirinya mudah didekati oleh golongan yang rendah darinya seperti tukang sapu, budak pejabat, kerani dan dalam masa yang sama beliau juga mudah bergaul bersama golongan atasan dan rakan sejawatnya.
Rasulullah selalu mengulurkan
tangan mengajak bersalaman kepada setiap orang, baik orang kaya maupun miskin,
anak-anak maupun orang dewasa, orang yang berkulit hitam maupun berkulit putih.
Beliau selalu mendahului dalam mengucapkan salam. Jika beliau diundang walaupun
oleh orang yang asing, beliau pasti memenuhi undangan tersebut. Tidak pernah
beliau menghina makanan yang dihidangkan di dalam undangan, walaupun hanya
sepotong roti atau segelas air.
10. Tidak menganiayai orang lain.
Penganiayaan yang jelas sukar kita lihat dewasa kini namun keadaan ini tetap berlaku tanpa kita sedari contohnya seorang ketua memilih calon yang berkaitan dengan dirinya atau lebih menarik wajahnya sedangkan calon-calon lain lebih bersedia dan layak daripada calon pilihannya.
11. Tidak menunjuk-nunjuk ketinggian ilmu dan kemahiran kepada orang ramai seperti memperlekehkan hasil kerja orang lain dan membandingkan dengan hasil kerja sendiri.
12. Tidak bertengkar atau berbahas-bahas tentang perbezaan pandangan kumpulan masing-masing seolah-olah tidak ada jalan tengah diantaranya ataupun menganggap golongan lain kafir dan murtad.
13. Menghormati guru yang menyampaikan ilmu walaupun mempunyai pandangan yang berbeza dengan guru berkenaan dengan menunaikan hak mendengar terlebih dahulu.
14. Merasakan perlu kepada orang yang diberi khidmat (ditolong ) dan bukannya merasakan orang lain memerlukan dirinya dan tanpa dirinya semua kerja tidak dapat dilakukan (penyakit perasaan ujub).
15. Menerima teguran dengan hati yang terbuka walaupun yang menegur adalah orang yang lebih rendah status / superiority dari dirinya umpamanya seorang kanak-kanak atau tukang cuci.
16. Sanggup menerima pertolongan dan bantuan dari seorang yang dianggap musuh/ tidak digemari (membuang ego diri).
Imam Ali as sebagai pemimpin
yang memimpin lima puluh propinsi, dengan segala kebesaran dan kemuliaannya,
masih suka berjalan di gang-gang sempit, membantu orang-orang yang butuh, dan
mengenakan pakaian sederhana. Beliau memanggul sendiri barang-barang
keperluannya. Ketika orang-orang datang kepadanya menawarkan bantuan, “Wahai
Amirul Mukminin, biar kami yang membawanya, ” beliau menolaknya seraya berkata,
“Penanggung jawab keluarga lebih berkewajiban membawanya.”
17. Menerima kenyataan bahawa seorang yang lain lebih baik dari
dirinya.
18. Mengaku kesalahan diri dan meminta maaf. Tidak menganggap bahawa memberi maaf itu petanda kalah atau kelemahan diri dan lebih mengutamakan memperbaiki hubungan dari menegakkan kebenaran.
19. Bermuzakarah secara profesional dan tidak menyerang peribadi lawan untuk menjatuhkannya.

Insan perlu yang selalu menghiasi
diri dengan sifat suka merendah diri atau tawaduk akan menyerlahkan
keperibadian yang luhur. Sesungguhnya ia adalah sifat para nabi, sahabat dan
orang soleh yang perlu dipraktikkan seluruh umat Islam.
20. Memuliakan orang alim dan mendahulukan mereka dalam setiap perkara.
21. Tidak memperlihatkan harta kekayaan yang dimiliki dengan tujuan menandingi orang lain.
22. Tidak berbangga-bangga dengan kecintaan seseorang terhadap dirinya. Umpamanya seorang isteri yang suaminya berpoligami tidak perlu menunjukkan kecintaan suaminya terhadap dirinya kepada madunya.
23. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar /tidak berani menegur kesalahan kita.
23. Tidak mencari alasan untuk menghalalkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan dengan mengemukakan pendapat pihak-pihak lain yang menyokong.

KEPENTINGAN TAWADUK.
Seorang yang memilik sifat tawaduk akan:
1. Mendapat keredaan dan rahmat dari Allah SWT di dunia dan diakhirat.
Seorang yang memilik sifat tawaduk akan:
1. Mendapat keredaan dan rahmat dari Allah SWT di dunia dan diakhirat.
Ilmu yang dipelajari dari
mana-mana guru mudah masuk meresap ke dalam hati.
Menggalakkan pengamalan dari
ilmu yang diperolehi dan bukannya sekadar bahan untuk perbahasan bagi
menunjukkan kelancaran lidah dan ketinggian ilmu.
Membuka jalan untuk melihat
kesilapan diri sekaligus memperbaiki dan memajukan diri.
5. Disenangi ramai orang. Bersikap tawaduk kepada manusia
mencakup banyak hal diantaranya: Anda menjadikan diri Anda sepadan (tidak lebih
tinggi) dengan mereka. Manusia akan tertarik dan suka kepada orang yang
merendah di hadapannya, dan sebaliknya akan lari dan menjauh dari orang yang
bersikap sombong di hadapannya.
Termasuk tawaduk adalah Anda
sama-sama melakukan ap ayang mereka lakukan, tidak mengistimewakan diri Anda di
tengah-tengah teman Anda, dan memberikan kepada manusia apa yang Anda suka jika
Anda diberi.
Dihormati teman dan musuh.
Dijauhi dari sifat bongkak
dan sombong.
Rezeki dari sumber yang suci
dan tiada unsur penganiayaan.
Contoh dan ikutan kepada
orang lain untuk meperbaiki diri.
Mendapat darjat ibadah yang
tinggi.
CARA MENDAPATKAN SIFAT TAWADUK
1. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar menegur kesalahan kita.
2. Memandang kebaikan orang lain walaupun kelemahan orang itu terlampau banyak berbanding kebaikannya.
3. Melihat kelemahan diri sendiri walaupun mempunyai pelbagai kelebihan yang diiktiraf ramai orang.
4. Menjadikan kritikan musuh sebagai cermin untuk melihat kelemahan diri sendiri.
5. Memahami bahawa sesuatu kejayaan tidak akan kita perolehi tanpa izin dari Allah SWT.
6. Membiasakan diri mengaitkan sesuatu kebaikan yang kita perolehi dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT dan bukannya asbab usaha diri kita sendiri.
5. Berkawan dengan orang yang lemah/kekurangan berbanding diri kita untuk menimbulkan rasa syukur (bukan untuk membangga diri) dan memuliakan mereka bukannya untuk membenamkan lagi perasaan rendah diri yang mereka sedia ada.
6. Mengamalkan sunnah dengan hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan keindahan dan harta dunia.
7. Mengurangkan perhiasan dan kemasan di dalam rumah kerana dikuatiri dengan pujian dari tetamu akan menimbulkan rasa bangga diri dan lalai dengan percakapan dunia.
8. Merujuk sesuatu permasalahan kepada orang yang lebih berpengalaman atau lebih tua sebelum mengambil keputusan.
9. Mengambilkira pandangan staf atau rakan sepejabat sebelum sesuatu keputusan diambil ditempat kerja dan tidak menggunakan kuasa untuk memaksa mereka melakukan sesuatu yang membebankan atau diluar kemampuan mereka.
10. Menghormati hak jiran tetangga dan elakkan kelakuan yang menyakiti hati mereka.
11. Elakkan membiasakan diri dengan helah bela diri (defend mechanism). Contoh helah bela diri adalah seseorang itu mengemukakan satu pendapat, apabila dilihatnya orang lain tidak menyokongnya, maka dia memberi apa-apa dalih untuk menyokong dirinya tetapi tidak pula mengaku kelemahan pendapat atau tindakannya.
12. Sentiasa beranggapan bahawa seseorang yang kelihatan jahil dan lalai itu berpotensi untuk menjadi lebih baik dari diri anda dan mungkin dipilih Allah untuk berada di kalangan orang yang dikasihiNya.
13. Tidak menghina orang lain atas kejahilan dan kelemahan mereka dan sentiasa menganggap bahawa mereka mempunyai alasan atau latar belakang yang tidak menyokong mereka untuk mengambil tindakan yang betul.
14. Memenuhi undangan walaupun sipengundang menjemput anda atas perantaraan orang lain dan redha dengan apa sahaja makanan yang dihidangkan.
15. Membiasakan diri melakukan setiap pekerjaan sendiri atau membantu pembantu rumah sekiranya mereka letih.
16. Menghormati suami walaupun si isteri lebih berpelajaran dan bergaji besar berbanding si suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan