RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN
BAHASA MALAYSIA
Mata
Pelajaran dan
Kelas:
|
Bahasa Malaysia Tahun
2 Bestari
|
Tema/Tajuk:
|
Kekeluargaan / Jasa Ibu
|
Masa:
|
7.30 – 8.30 pagi
|
Standard Pembelajaran:
|
4.4.1 / Literasi
3.2
|
Objektif
Pembelajaran:
|
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid dapat;
i.
Melafazkan 5 pantun dua kerat dengan intonasi yang
betul
ii.
Memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran:
|
1.
Murid melihat gambar ahli keluarga dan mengenali
watak-watak ahli keluarga.
2.
Murid melihat contoh pantun dua kerat yang berkaitan
dengan ahli keluarga.
3.
Murid mendengar guru melafazkan pantun dengan intonasi
yang betul.
4.
Murid melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang
betul secara individu, pasangan dan kumpulan.
5.
Murid memahami maksud pantun dengan bimbingan guru.
6.
Murid menulis contoh pantun dua kerat yang ditunjukkan
dalam slaid powerpoint.
Aktiviti Literasi
1. Menyebut suku kata dan memahami perkataan
dalam pantun 2 kerat.
|
Elemen
Merentas
Kurikulum
(EMK):
|
Nilai Murni – Kasih Sayang
TMK – belajar melalui TMK
|
Bahan
Bantu Mengajar:
|
Alatan Muzik, komputer, slaid powerpoint gambar-gambar ahli keluarga, lembaran kerja
|
Penilaian
Pengajaran dan Pembelajaran:
|
Murid melafazkan pantun dua kerat yang dipaparkan melalui
slaid powerpoint dengan intonasi yang betul.
|
Refleksi:
|
20 orang daripada 25 orang murid telah mencapai
objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan
pengayaan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan