Khamis, 4 September 2014

CONTOH RPH BM TAHUN 2 (1.61)



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN  BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas:
Bahasa Malaysia                     Tahun  2 Dinamik

Tema/Tajuk:
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau / Pencemaran Alam Sekitar
Masa:

9.40 -10.40 pagi

Standard Pembelajaran:
1.6.1 

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

i.      Menyebut perkataan berdasarkan senikata lagu.

ii.     Menyampaikan maklumat dari pelbagai sumber secara bertatasusila.


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1.     Murid mendengar lagu ”Hijau”.

2.     Murid melihat senikata lagu ”Hijau”.

3.     Murid mengikut guru membaca senikata lagu ”Hijau”.

-       Guru dan murid bersoal jawab mengenai senikata lagu ”Hijau”.
-       Murid menyebut perkataan yang berwarna yang terdapat dalam senikata lagu. Guru akan memilih murid secara rawak untuk memadankan perkataan yang berwarna dengan perkataan seerti.

4.     Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan perlu melihat gambar yang diberikan dan bercerita berdasarkan gambar tersebut.

-       Setiap kumpulan diedarkan borang grafik dan mereka perlu melengkapkan borang tersebut.
-        Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.
-       Guru membuat rumusan.

5.     Murid dan guru menyanyikan semula lagu ”Hijau”.



Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Nilai Murni – bertanggungjawab, menjaga alam sekitar, keprihatinan

Keusahawanan – Jual beli, membuka pusat pelancongan dan lanskap (taman bunga)

 Kreativiti – melukis gambar pemandangan dan poster

TMK – belajar melalui TMK

Bahan Bantu Mengajar:
Komputer, slaid powerpoint senikata lagu ”Hijau” dan gambar-gambar  tunggal, kad gambar, lembaran kerja


Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid dapat berbicara menggunakan sumber yang diberikan dengan bertatasusila.

Refleksi
25 orang daripada 28 orang telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum mengusai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah mengusai akan diberi latihan pengayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan