Lapan
peta fikir
I-THINK :
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada
penggunaan PETA MINDA ( Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak
diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk meringkaskan nota yang
pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.
Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan
pengetahuan sedia ada, *membuat gambaran awal topik dan *membuat rumusan.
|
Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara
dan hanya *menggunakanadjective / kata sifat
|
Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari
sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara
|
Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori
tertentu, * memberi contoh-contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian
|
Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau
bahagian kecil sesuatu objek. Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal)
sahaja
|
Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran,
susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara
|
Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat
bagi sesuatu perkara dan * menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut
|
Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh
digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan
yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan