KATA GANTI NAMA
DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis
seperti yang berikut:
a) Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga
A Kata Ganti
Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan
untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri
sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk
|
Contoh Kata
Ganti Nama Diri Pertama
|
Tunggal
|
aku, beta, daku, hamba, patik, saya
|
Jamak
|
kami, kita
|
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri
pertama di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Diri Pertama
|
Penerangan
|
Ayat contoh
|
aku
|
Untuk
menggantikan/merujuk diri sendiri apabila:
a) Bercakap dengan
orang/kenalan
yang sangat rapat serta mesra dan
sedarjat/setaraf.
b) Apabila berdoa
kepada Tuhan.
|
1. Kata Mahmud
kepada rakan
karibnya, “Petang nanti aku
ingin
mengajak engkau datang ke
rumahku.”
2. Ya Allah, aku
memohon
keampunan dan keredhaan-Mu.
|
beta
|
Digunakan oleh raja,
sultan, dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat
|
1. “Beta
tidak menyangka bahawa
orang kaya tergamak menganiaya
beta,” titah Sultan Samad.
2. Titah Sultan Ali,
“Beta datang ke
mari membawa hajat yang besar.”
|
daku
|
Sebagai objek kepada
kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.
|
1. Kakak Milah
membelikan daku
seutas rantai emas.
2. Hamidah berkakak
dengan daku.
|
hamba
|
Untuk merujuk diri
orang yang bercakap atau diri sendiri pada zaman dahulu.
|
1. “Hamba
sungguh kecewa dengan
sikap tuan hamba,” kata Panglima
Hitam kepada pesuruh raja itu.
2. Kata Datuk
Maharaja Lela,
“Hamba sama sekali tidak
menyangka begini akan jadinya.”
|
kita
|
Untuk merujuk diri
sendiri dengan menyertakan diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap.
|
1. “Mari kita
membantu ibu di
dapur,” kata Ani kepada kakaknya.
2. “Rumah kita
ini perlu dicat
semula, ayah,” kata Zubir.
|
kami
|
Untuk merujuk diri
orang yang bercakap serta anggota kumpulannya apabila bercakap dengan orang
kedua yang tidak termasuk dalam kumpulan mereka.
|
1. “Ibu bapa kami
jarang ada di
rumah pada waktu siang,” kata
Mary dan Rita kepada Nita.
2. “Kereta kami
ini berjenama
Proton,” kata Siti dan Wan kepada
Suzana.
|
patik
|
Digunakan oleh
rakyat untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan dan
kerabat diraja.
|
1. “Pertanyaan patik
tadi belum
tuanku jawab,” kata Bendahara
Melaka kepada baginda Sultan.
2. “Keluarga patik
masih berada di
Majapahit, tuanku,” sambung
Daeng Lebar Daun.
|
saya
|
Untuk merujuk diri
sendiri apabila bercakap dalam suasana rasmi, dengan orang yang baru
dikenali, dengan orang yang dihormati, dengan orang yang lebih tua umurnya
dan dengan orang lain pada umumnya.
|
1. “Tangan saya
berasa kebas, tuan
doktor,” kata pesakit itu.
2. “Kamu jangan cuba
mempermainkan saya,” kata
Zaiton kepada Maya.
|
B Kata Ganti
Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan
untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk,
iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk
|
Contoh Kata
Ganti Nama Diri Kedua
|
Tunggal
|
anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
|
Jamak
|
anda, kalian, kamu
|
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri
pertama di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Diri Kedua
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
anda
(tunggal dan jamak)
|
Merujuk diri orang
yang kedua/orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio,
televisyen, dalam urusan surat-menyurat dan apabila bercakap dengan orang
yang sebaya dengan kita.
|
1 Kata juruhebah
radio itu, “Anda
perlu berhati-hati supaya tidak
terbeli barang tiruan.”
2 Sudahkah anda
mendaftar sebagai
pengundi?
|
awak
(tunggal)
|
Merujuk diri orang
yang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, digunakan oleh orang atasan
apabila bercakap dengan orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri
tatkala bercakap.
|
1 “Awak
tinggal di mana, Karim?”
tanya Sabri.
2 Hutang awak
masih tinggal seratus
ringgit sahaja,” kata Saadiah
kepada suaminya.
|
dikau
(tunggal)
|
Digunakan dalam
tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang
ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.
|
1 Kassim benci akan dikau,
Manan,”
kata Bacik.
2 “Keengganan dikau
melamarnya,
membuatkan Yati kecewa, Din,”
kata Dol.
|
engkau
(tunggal)
|
Merujuk diri orang
yang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan
kita dan dengan Tuhan apabila berdoa.
|
1 “Kawan-kawan
engkau sedang
menunggu di kantin sana,” kata
Rahim kepada rakannya See Yan.
2 Ya Tuhanku, kepada
Engkau aku
memohon kemaafan!
|
kalian
(jamak)
|
Merujuk diri orang
kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi
seorang/bilangan banyak.
|
1 “Kalian
beredar dahulu,” kata
Majid kepada rakan-rakannya.
2 Kalau kalian
sudah bersedia, mari
kita bergerak sekarang,” kata Bedul
kepada adik-adiknya.
|
kamu
|
1. Untuk
menggantikan diri orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan
kita.
2. Digunakan oleh
orang dewasa apabila bercakap dengan orang yang lebih muda.
|
1 “Bilakah kamu akan berangkat ke
Australia, Man?” tanya Mumtaz.
2 “Dengan siapakah kamu akan
menjalankan perniagaan ini,
nanti?” tanya Swee King kepada
Ah Chye.
|
C Kata Ganti
Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan
untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:
baginda,
beliau, dia, ia, dan mereka
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri
ketiga di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Diri Ketiga
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
baginda
|
Untuk menggantikan
nama sultan/raja/kerabat diraja yang diperkatakan
|
1 Baginda
sedang beradu di bilik
peraduan.
2 Putera baginda
Sultan yang akan
menaiki takhta kerajaan itu.
|
beliau
|
Untuk menggantikan
nama diri orang yang dicakapkan yang dianggap mulia, berjasa dan tidak
melakukan perbuatan keji.
|
1 Beliau
berasal dari Kedah.
2 Saudara beliau
banyak yang
menetap di sini.
|
dia/ia
|
Untuk menggantikan
nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan.
|
1 Dia anak
seorang ahli perniagaan.
2 Dia banyak
membantu
menyelesaikan masalah kami di
sini.
|
mereka
|
Untuk menggantikan
nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.
|
1 Mereka
jarang berbual dengan
kami.
2 Ibu mereka
telah lama meninggal
dunia.
|
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri seperti berikut:
1. Kesalahan
menggunakan kata ganti nama diri untuk binatang, benda, tempat dan benda
abstrak dalam
binaan ayat.
Contoh:
1.a) Bajunya koyak. Ia perlu
dijahit. (X)
b)
Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
2.a) Anjing itu menyalak. Ia kelaparan.
(X)
b)
Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)
2. Kesalahan
menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan nama
kanak-
kanak, penjenayah, penagih dadah atau
orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya.
Contoh:
1.a) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis
ketika beliau sedang dalam keadaan khayal. (X)
b)
Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika dia
sedang dalam keadaan khayal. (√)
2.a) Kanak-kanak itu menangis. Beliau
kehilangan ibunya. (X)
b)
Kanak-kanak itu menangis. Dia kehilangan ibunya. (√)
3. Kesalahan menggabungkan kata ganti nama diri
ia
dan nya
menjadi ianya.
Contoh:
1.a) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ianya
tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. (X)
b)
Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ia tidak akan
dibenarkan menduduki
peperiksaan. (√)
2.a) Jika melawan, ianya akan dikenakan
hukuman yang lebih berat. (X)
b) Jika melawan, ia akan dikenakan hukuman
yang lebih berat. (√)
4. Kesalahan
menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai objek kepada kata sendi
atau
kata kerja
transitif.
Contoh
1.a) Kami tidak suka berkawan dengan ia.
(X)
b)
Kami tidak suka berkawan dengan dia/nya. (√)
2.a) Sudah lama saya menunggu ia datang.
(X)
b)
Sudah lama saya menunggunya/dia datang. (X)
5. Kesalahan tidak dapat membezakan kata ganti
nama diri untuk Tuhan dan manusia.
Contoh:
1.a) Tuhan amat menyayangi hambanya. (X)
b)
Tuhan amat menyayangi hamba-Nya. (√)
2.a) Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini.
(X)
b)
Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. (√)
6. Kesalahan tidak dapat membezakan penggunaan
kata ganti nama diri kami dan kita.
Contoh:
1.a) “Kita tinggal tidak jauh dari sini,”
kata Abu dan Ali kepada Lim. (X)
b) “Kami
tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (√)
2.a) “Kita anak orang miskin, pak cik,”
kata John dan Johnny. (X)
b)
“Kami anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (√)
7.
Kesalahan menggandakan kata ganti nama diri ketiga mereka
menjadi mereka-
mereka.
Contoh:
1.a) Mereka-mereka terdiri daripada
pelajar sekolah menengah di daerah ini. (X)
b) Mereka
terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (√)
2.a) Mereka-mereka belajar di kolej
swasta. (X)
b) Mereka
belajar di kolej swasta. (√)
8. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia
sebagai penerang kepada kata nama.
Contoh:
1.a) Adik ia berusia lima tahun. (X)
b)
Adiknya berusia lima tahun. (√)
2.a) Rumah ia beratap rumbia. (X)
b)
Rumahnya beratap rumbia. (√)
9. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia
sebagai pelaku dalam ayat pasif diri
ketiga.
Contoh:
1.
a) Baju itu belum dijahit ia.
(X)
b)
Baju itu belum dijahitnya. (√)
2.
a) Rumah itu sudah dicat ia. (X)
b)
Rumah itu sudah dicatnya. (√)
KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
Dalam
bahasa Melayu, kata ganti nama diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri
penuh yang telah disingkatkan.
Dalam
Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang
berikut:-
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri
Singkat
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
kau
|
Kata
ganti nama diri singkat kau asalnya daripada kata ganti nama diri
penuh engkau yang telah disingkatkan
|
1 “Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu
rindukankau,” kata Salamah.
2 “Kenapakah kausering menjauhkan
diri
daripadaku, Salleh?” tanya Maimun.
|
ku
|
Kata
penuh nama diri singkat ku asalnya daripada kata ganti nama diri penuh
aku yang telah disingkatkan
|
1 Aku berharap agar kautidak berkecil hati
dengan kata-kataku tadi, Osman,”
kata
Ali.
2 Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke
Mekah pada tahun ini.”
|
mu
|
Kata
ganti nama diri singkat mu asalnya daripada kata ganti nama diri penuh
kamu yang telah disingkatkan
|
1 “Keras sekali hatimu, Bidin,” kata
Salmiah.
2 Kata Malek, “Aku sering teringatkan
dirimu, Ziana.”
|
nya
|
Kata
ganti nama diri singkat nya asalnya daripada kata ganti nama diri
ketiga dia.
|
1 Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh
tadi.
2 Tulisannya seperti cakar ayam.
|
·
Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan
seperti berikut:-
1. Kesalahan tidak menulis
rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang
menyertainya.
Contoh:
1. a) Kata Kamil, “Orang tua ku pernah
membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X)
b)
Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke
tempat ini.” (√)
2. a) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau potong
rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
(X)
b)
Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu
pendek, Senah?”.
(√)
2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri
singkat sebagai subjek ayat.
Contoh:
1.
a) “Kau masih marah padaku,
Maya?” tanya Faizol. (X)
b)
“Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)
2.
a) “Nya tidak mahu bertolak ansur
dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X)
b)
“Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa.
(√)
3
Kesalahan menulis kata ganti nama diri singkat untuk
Tuhan dengan menggunakan
huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1.
a) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu
ini! (X)
b)
Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)
2.
a) Tuhan amat adil kepada hamba-nya.
(X)
b) Tuhan amat adil kepada hamba-Nya.
(√)
KATA GANTI NAMA TAK TENTU
Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan sesuatu atau seseorang yang tidak tentu/tidak pasti.
Contoh:
|
|
apa-apa bila-bila mana-mana siapa-siapa/sesiapa
|
|
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti
Nama
Tak Tentu
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
apa-apa
|
Untuk menggantikan
nama benda/perkara yang tidak tentu.
|
1. Dia menerima apa-apa
sahaja teguran yang
membina.
2. Datin Aida tidak
tahu apa-apa tentang
kegiatan haram suaminya itu.
|
bila-bila
|
Untuk menggantikan
masa/waktu yang tidak tentu.
|
1. Perang saudara
itu akan tercetus pada bila-
bila masa sahaja.
2. “Bila-bila
kamu ada kelapangan ziarahi ibu
di kampung,” pesan Ema kepada
adiknya,
Rima.
|
mana-mana
|
Untuk menggantikan
nama benda atau tempat yang tidak tentu.
|
1. Kata Siti kepada
Sidah, “Kamu usah pergi ke
mana-mana, tunggu saya di sini.”
2. Pada petang itu,
Abu tidak pergi ke mana-
mana.
|
siapa-siapa/
sesiapa
|
Untuk menggantikan
nama orang/manusia yang tidak tentu.
|
1. Tidak siapa-siapa
pun dibenarkan merokok
di dalam dewan itu.
2. Mereka tidak
mengenali sesiapa pun di
majlis itu.
|
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tak tentu seperti yang
berikut:
1. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama
tak tentu berdasarkan fungsinya.
Contoh:
1.a) “Tidak ada mana-mana yang mengganggu
fikiran saya,” kata Suzy. (X)
b)
“Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (√)
2.a) “Siapa-siapa kamu ada kelapangan,
datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (X)
b) “Bila-bila
kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (√)
2. Kesalahan menyertakan partikel kah
kepada kata ganti nama tak tentu dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Kamu tidak pergi ke mana-manakah
petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (X)
b)
“Kamu tidak pergi ke mana-mana petang semalam, Abu?” tanya
Munshi. (√)
2.a) Siapa-siapakah yang didapati
mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (X)
b) Siapa-siapa
yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (√)
3. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk
menggantikan tempat kata ganti nama tak
tentu
dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Bila masa sahaja cermin tingkap yang
retak itu akan pecah,” kata Subra. (X)
b) “Bila-bila
masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (√)
2.a) Kata Cikgu Mansor, “Siapa yang
berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah
mendaftarkan diri kepada ketua
pengawas sekolah.” (X)
b)
Kata Cikgu Mansor, “Siapa-siapa/sesiapa yang berminat untuk
menyertai kem motivasi
ini, perlulah mendaftarkan diri kepada ketua
pengawas sekolah.” (√)
KATA GANTI NAMA TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk
menunjukkan sesuatu atau seseorang.
Dalam Bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tunjuk ada dua,
iaitu ini dan itu.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Tunjuk
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
ini
|
Digunakan untuk
menunjukkan sesuatu yang dekat
|
1 “Ini kenalan baru saya,” kata
Bhagwan.
2 “Masalah ini sukar untuk
diselesaikan,”
kata Firdaus.
|
itu
|
Digunakan untuk
menunjukkan sesuatu yang jauh
|
1 Itu guru kelas 6 Hijau.
2 Sungai itu masih belum tercemar.
|
·
Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi atau
tugas seperti yang berikut:-
1. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai
subjek ayat.
Contoh:
1. Ini meja tulis saya.
2. Kata Razali, “Itu lukisan saya yang
pertama.”
2. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai
penentu.
Contoh:
1. “Hari ini ialah hari lahir
saya,” kata Badar.
2. Istana itu milik Raja Permaisuri Lela
Ratna.
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tunjuk seperti yang
berikut.
1. Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk
yang bertugas sebagai penentu di
hadapan
frasa nama atau kata nama.
Contoh:
1. a) Ini malam, kami bercadang untuk
meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (X)
b) Malam
ini kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (√)
2. a) Itu pegawai polis datang untuk
menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu.
(X)
b) Pegawai
polis itu datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu.
(√)
2. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama
tunjuk di tempat yang betul berdasarkan
fungsinya.
Contoh:
1. a) Sekolah yang ini baru siap
pembinaannya akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia. (X)
b) Sekolah
yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia. (√)
2. a) Buku ini yang baru sungguh tebal.
(X)
b) Buku
yang baru ini sungguh tebal. (√)
KATA GANTI NAMA TEMPAT
Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama tempat.
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama tempat ada tiga
iaitu, sini, situ, dan sana.
Perhatikan keterangan di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Tempat
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
sini
|
Digunakan untuk
menunjukkan
tempat yang dekat
atau
berhampiran dengan
orang yang
bercakap
|
1 “Di sini udaranya sungguh nyaman dan
menyegarkan,” kata Aidah.
2 “Penduduk di sini ramah
belaka,”kata
Salwa kepada Diana.
|
situ
|
Digunakan untuk
menunjukkan
tempat yang agak
jauh. Tempat
yang dimaksudkan itu
masih
kelihatan oleh orang
yang bercakap
|
1 Kebanyakan penduduk di situ bekerja
sebagai penoreh getah.
2 Saya tidak pasti sama ada Amir tinggal
di situ lagi atau telah berpindah
ke tempat
lain.
|
sana
|
Digunakan untuk
menunjukkan
tempat yang jauh dan
tidak
kelihatan oleh orang
yang
bercakap.
|
1 Di Indonesia sana, Salimin
menjalankan
perniagaan menjual kain batik.
2 Dua orang pengganas komunis telah
dibunuh oleh pasukan tentera di
puncak
gunung sana.
|
KATA GANTI NAMA TANYA
Kata ganti nama tanya ialah kata yang digunakan untuk
menanyakan orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara.
Dalam bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tanya adalah seperti yang berikut:-
|
|
adakah, apa,
bagaimana, berapa, bila,
kenapa, mana, mengapa, siapa
|
|
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Tanya
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Adakah
|
Digunakan untuk menanyakan sesuatu
soalan yang jawapannya ‘ya’ atau ‘tidak’
|
1 Adakah ketinggian bangunan FIFA
sama dengan ketinggian bangunan
ZIZA?
2 “Adakah kamu pernah mengalami
kesukaran untuk bernafas sebelum
ini?” tanya doktor Zaki kepada
Amin.
|
Apa
|
Digunakan untuk menanyakan binatang,
hal, perkara,, benda, dan benda abstrak
|
1 Apa tanda-tanda awal penyakit
kusta, doktor?” tanya Mustafa.
2 “Tujuan kamu datang berjumpa
dengan saya ini untuk apa,
Sidek?”
tanya Borhan.
|
Bagaimana
|
Digunakan untuk menanyakan cara dan
keadaan
|
1 “Bagaimanakah keadaan mangsa
kemalangan yang kamu bantu tadi,
Tim?” tanya Ah Meng.
2 “Cara untuk mengikat tali pada
dahan pokok ini, bagaimana,
cikgu?” tanya Amira kepada Cikgu
Jamilah.
|
Berapa
|
Digunakan untuk menanyakan jumlah atau bilangan dan
harga
|
1 “Berapakah bilangan anggota
tentera yang terlibat dalam
operasi
itu, ayah?” tanya Azeem.
2 “Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor
Bahru berapa, Malik?” tanya Tan.
|
Bila
|
Digunakan untuk menanyakan masa, atau
waktu
|
1 Bilakah upacara Sukan SEA yang
ke-16 itu akan diadakan?
2 “Majlis makan malam kelab sukan
itu akan diadakan bila?” tanya
Abu
kepada Rahim.
|
Kenapa/
mengapa
|
Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan
|
1 “Mengapakah kamu suka
mengganggu saya ketika saya
sedang membaca buku, Roha?”
tanya Anita.
2 “Banyak orang menuju ke stadium
itu, kenapa, Remy?” tanya Johan.
|
Mana
|
Digunakan untuk menanyakan tempat,
benda, orang dan binatang
|
1 “Di manakah majlis persandingan
abang kamu itu akan diadakan,
Munah?” tanya Azizan.
2 “Kawasan perkelahan itu terletak
di negeri mana, Jun?” tanya Zaid.
|
Siapa
|
Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia
|
1 Siapakah tetamu undangan yang
akan menghadiri majlis itu nanti,
Salmi?” tanya Bakar.
2 “Kakak kamu bertunang dengan
siapa, Devi?” tanya Kumari.
|
·
Dalam penulisan, kata ganti nama tanya mana
tidak sama penggunaannya dengan kata ganti nama tanya di mana. Kata
ganti nama tanya mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang
memerlukan jawapan ini atau itu. Manakala kata ganti nama tanya di
mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan di
sini, di situ, di sana atau di (nama tempat).
Perhatikan contoh di bawah ini.
1. a) Robert : Kasut
yang kamu baru beli itu mana?
Nathan: Ini.
2. a) Alice
: Di manakah kemalangan
itu berlaku?
Suzy : Peristiwa
itu berlaku di Jalan Mahameru.
·
Dalam penulisan atau binaan ayat tanya apabila
predikat dipentingkan dengan partikal kah, maka predikat itu mestilah
dikedepankan letaknya.
Perhatikan contoh di bawah ini.
1. a) Pensyarah kanankah dia? (√)
b) Dia
pensyarah kanankah? (X)
2. a) Di manakah dia? (√)
b) Dia
di manakah? (X)
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tanya seperti berikut:-
1.
Kesalahan tidak menyertakan partikel kah kepada
kata tanya yang diletakkan di awal
ayat tanya.
Contoh:
1. a) Berapa jumlah pelajar di dalam
kelas ini? (X)
b) Berapakah
jumlah pelajar di dalam kelas ini? (√)
2. Kesalahan meletakkan partikel kah
kepada kata tanya yang diletakkan di hujung ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapakah?
(X)
b) Anggota
polis yang dirempuh lori itu siapa? (√)
3. Kesalahan kerana meletakkan partikel kah
di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:
1. a) Buah nangka itu masih mudakah?
(X)
b) Buah
nangka itu masih muda? (√)
4. Kesalahan menggunakan kata tanya dalam ayat
yang bukan tergolong dalam jenis ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Khalid terlupa di mana dia
meletakkan pennya itu. (X)
b) Khalid
terlupa tempat dia meletakkan pennya itu (√)
5. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk
menggantikan tempat kata-kata lain dalam
ayat.
Contoh:
1. a) Bila wang saya sudah banyak, saya
akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (X)
b) Apabila
wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (√)