IMBUHAN
·
·
Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga.
Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan
(kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).
·
Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa
kumpulan seperti yang berikut:
·
·
Imbuhan
|
·
Penerangan
|
·
Contoh
·
|
·
awalan
|
·
Imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar
|
·
beR-, di-, ke-, meN-, peN-, peR-, se-, teR-
|
·
awalan rangkap
|
·
Imbuhan rangkap yang diletakkan di hadapan
kata dasar
|
·
dipeR-
·
mempeR-
|
·
akhiran
|
·
Imbuhan yang diletakkan di belakang kata dasar
|
·
-an, -i, -kan
|
·
apitan
|
·
Imbuhan yang diletakkan serentak, iaitu di
hadapan dan di belakang kata dasar
|
·
beR-…-an, beR-…-kan,
·
ke-…-an, meN-…-i,
·
meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an,
peN-…-kan
|
·
sisipan
|
·
Imbuhan yang diletakkan di tengah-tengah kata
dasar
|
·
-el-, -em-, -er-
|
·
·
·
A.
Imbuhan Awalan
·
1.
Awalan beR-… (be…, bel…, ber…)
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja
tak transitif daripada kata-kata lain.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Melakukan perbuatan
·
Contoh: berbual, bertumbuk, berjoging, berlari,
berlakon
|
·
1. Setiap hari Azim berjalan kaki ke
sekolah
·
2. Amin berbasikal ke pantai.
|
·
2. Perbuatan berlaku kepada diri sendiri
·
Contoh: bersikat, bersolek, berhias, berdandan,
bergincu
|
·
1. Kakak sedang bersikat di dalam
biliknya.
·
2. Puan Zakiah tidak pandai bersolek.
|
·
3. Perbuatan berbalas-balas
·
Contoh: bergaduh, bertengkar, bergelut
|
·
1. Anak-anak kecil itu bergaduh berebut
pistol
·
mainan.
·
2. Kedua-dua pemuda itu suka bergusti.
|
·
4. Keadaan telah sedia berlaku
·
Contoh: berjahit, bercat, bergam, bertampal,
berikat
|
·
1. Papan lantai bilik itu sudah berketam.
·
2. Pintu bilik bacaan itu telah berkunci.
|
·
5. Memiliki
·
Contoh: beranak, berumah, beristeri,
·
berpejabat, berjanggut
|
·
1. Kucing betina itu beranak empat.
·
2. Wanita muda itu masih belum bersuami.
|
·
6. Memakai
·
Contoh: berbaju, berseluar, berkasut,
·
berselipar, berselendang
|
·
1. Pengemis itu berseluar pendek
sahaja.
·
2. Kakak berjam tangan baru hari ini.
|
·
·
Awalan beR- akan bertukar menjadi
awalan ‘be’ apabila digabungkan
dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf ‘r’.
·
Contoh:
·
ber
+ rambut = berambut
·
ber
+ rakit = berakit
·
·
Awalan beR- akan bertukar menjadi
awalaan ‘bel’ apabila
digabungkan dengan kata ‘ajar’ dan ‘unjur’.
·
Contoh:
·
ber
+ ajar = belajar
·
ber
+ unjur = belunjur
·
Awalan beR- akan bertukar menjadi
awalan ‘be’ apabila
digabungkan dengan kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan huruf ‘er’.
·
Contoh:
·
ber
+ kerja = bekerja
·
ber
+ serta = beserta
·
·
2. Awalan
‘di-’
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Perbuatan pasif yang dilakukan oleh
diri
·
orang ketiga.
·
Contoh: diambil, diajar, dijahit, dimakan dsb
|
·
1. Anak kecil itu diasuh oleh orang
gajinya.
·
2. Pensel itu diasah oleh Salim.
|
·
·
Dalam binaan ayat, kata kerja pasif yang
berawalan ‘di-‘
digunakan hanya untuk diri orang ketiga sahaja.
·
Contoh:
·
a)
Pokok itu ditebang oleh mereka. (√)
·
b)
Pokok itu ditebang oleh saya. (X)
·
c)
Pokok itu ditebang oleh awak? (X)
·
·
Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti ditulis rapat dengan kata kerja yang
menyertainya.
·
Contoh:
·
di
makan (X) dimakan
(√)
·
di
conteng (X) diconteng
(√)
·
·
Imbuhan ‘di-’
yang berfungsi sebagai kata sendi mesti ditulis jarak dengan kata nama yang
menyertainya.
·
Contoh:
·
di
dalam (√)
didalam (X)
·
di
atas (√)
diatas (X)
·
di
antara (√)
diantara (X)
·
·
3. Awalan ‘ke’
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata nama terbitan.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Yang dijadikan
·
Contoh: ketua, ketagih, kehendak, kekasih
|
·
1. Ketua rombongan itu gagal
menjalankan
·
tugasnya.
·
2. “Kami terpaksa menurut segala
·
kehendaknya,” kata Aziz dan Sanusi
kepada
·
Karim.
|
·
2. Kata bilangan tingkat
·
Contoh: kedua, kelapan, kesepuluh
|
·
1. Mereka terpaksa berbaris di barisan
yang
·
kesepuluh
dalam perhimpunan itu.
·
2. Pelajar yang duduk di barisan kedua itu,
anak
·
Encik Seman.
|
·
3. Kata bilangan himpunan
·
Contoh: kedua-dua, ketiga-tiga, kelapan-lapan
·
|
·
1. Keempat-empat batang sungai itu
telah
·
tercemar.
·
2. Kelapan-lapan ekor lembu itu
dijangkiti
·
penyakit kuku dan mulut.
|
·
·
Dalam penulisan awalan ‘ke-’ yang digabung dengan angka mesti ditulis jarak
dan dibubuh tanda sempang ( - ).
·
Contoh:
·
ke
- 21 ke - 60 ke – 100
·
·
Dalam penulisan, awalan ‘ke-‘ yang berfungsi sebagai kata sendi mesti ditulis
jarak dengan kata nama yang menyertainya.
·
Contoh:
·
ke
dalam (√) kedalam
(X)
·
ke
atas (√) keatas
(X)
·
ke
bawah (√) kebawah
(X)
·
·
4. Awalan
meN- (me…, mem…, men…, meng…, menge…,
meny…)
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Melakukan perbuatan
·
Contoh: membunuh, mencuri, meramas,
·
merendam
|
·
1. Anak kecil itu merangkak di bawah
meja.
·
2. Faizal memukul adiknya dengan kayu
·
pembaris.
|
·
2. Menjadi
·
Contoh: menguning, mengembang, mengecut, mengecil
|
·
1. Bisul pada pahanya itu telah mengecut.
·
2. Daun bunga itu menguncup apabila
disentuh.
|
·
3. Menjadi seperti
·
Contoh: membatu, membisu
|
·
1. Tayar basikal yang bocor itu mulai
·
mengempis.
·
2. Benjol di kepalanya itu telah membesar
·
seperti telur ayam.
|
·
4. Mengeluarkan bunyi
·
Contoh: menyalak, mengiau, mengaum,
·
menjerit
|
·
1. Anak kucing itu mengiau kelaparan.
·
2. Ibu kambing itu mengembek sepanjang
·
malam.
|
·
5. Membuat
·
Contoh: melukis, menganyam, mengepam,
·
mengepos
|
·
1. Ibu sedang mengayak tepung di
dapur.
·
2. Nenek sedang menganyam tikar
mengkuang
·
yang
ditempah oleh pelanggannya.
|
·
6. Menghala
·
Contoh: menghilir, mendarat, menghulu
|
·
1. Mereka menghadapi pelbagai rintangan ketika
·
hendak menghulu sungai itu.
·
2. Penerjun itu berjaya mendarat di
kawasan
·
lapang itu.
|
·
·
Awalan meN- akan bertukar menjadi
awalan ‘me-’ apabila
digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf-huruf l, m, n,
ng, ny, r, dan w.
·
Contoh:
·
me
+ lawan = melawan me + nyanyi = menyanyi
·
me + masak = memasak me
+ rawat = merawat
·
me
+ naik = menaik + i me + warna = mewarna
·
me
+ nganga = menganga
·
·
Awalan meN- akan bertukar menjadi
awalan ‘mem-’ apabila
digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf-huruf b, f, p,
v.
·
Contoh:
·
mem + buat =
membuat mem +
pamer = mempamer + kan
·
mem + fitnah =
memfitnah mem +
varnis = memvarnis
·
·
Awalan meN- akan kekal sebagai
awalan ‘men-’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya
bermula dengan huruf-huruf c, d, j, t, z dan sy.
·
Contoh:
·
men
+ cari = mencari men + ternak = menternak
·
men
+ dapat = mendapat men + ziarah = menziarah + i
·
men
+ jahit = menjahit men + syarat = mensyarat + kan
·
·
Awalan meN- akan bertukar menjadi
awalan ‘meng-’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang
ejaannya bermula dengan huruf-huruf vokal a, e, i, o, u dan huruf-huruf konsonan
g, h, k, kh.
·
Contoh:
·
meng
+ gali = menggali meng + elak = mengelak
·
meng
+ hantar = menghantar meng + ikut = mengikut
·
meng
+ kaji = mengkaji meng + olah = mengolah
·
meng + khianat =
mengkhianat + i meng + ukur = mengukur
·
meng
+ atur = mengatur
·
·
5.
Awalan peN… (pe…, pem…, pen…,
penye… dan peny…)
·
Penggunaan: Membentuk kata nama daripada kata kerja
ataupun daripada kata adjektif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Orang yang melakukan perbuatan
·
Contoh: pelakon, pencuri, penapis, pemain
|
·
1. Pemain bola sepak itu kelihatan
lincah sekali
·
apabila beraksi di padang.
·
2. Pelakon drama itu dapat membawakan
watak
·
yang
dilakonnya itu dengan baik sekali.
|
·
2. Sifat/tabiat
·
Contoh: periang, pemalas, penakut, pemalu
|
·
1. Abang Moin seorang yang penakut.
·
2. Si pemalas itu menghabiskan masanya
·
dengan tidur dan berkhayal.
|
·
3. Orang yang suka melakukan sesuatu
·
perbuatan
·
Contoh: peminum, pemabuk, pendiam, penidur
|
·
1. Orang tua yang peminum itu jarang
bertegur
·
sapa
dengan kami.
·
2. Pemuda itu seorang yang pendiam.
|
·
4. Alat/sesuatu yang digunakan untuk
membuat
·
sesuatu kerja
·
Contoh: pencakar, pengaut, penggali,
·
pembakar
|
·
1. Pak Ali menggunakan pengaut sampah
untuk
·
mengaut sampah di dalam longkang itu.
·
2. Alat pembakar roti itu telah rosak.
|
·
5. Sesuatu yang menyebabkan jadi
·
Contoh: pemanis, pengeras, penyakit, perosak
|
·
1. Ubat pengeras getah itu beracun.
·
2. Serangga perosak digunakan untuk
·
memerangkap tikus yang berkeliaran itu.
|
·
·
Awalan peN- akan bertukar menjadi
awalan ‘pe-‘ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya
bermula dengan huruf-huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan s.
·
Contoh:
·
pe
+ lawat = pelawat pe + nyanyi = penyanyi
·
pe
+ main = pemain pe + rawat = perawat
·
pe
+ nama = penama pe + waris = pemanis
·
pe
+ nganga = penganga pe + salah = pesalah
·
·
Awalan peN- akan bertukar menjadi
awalan ‘pem-‘ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya
bermula dengan huruf-huruf b, f, p, dan v.
·
Contoh:
·
pem
+ bakar = pembakar
·
pem
+ fikir = pemikir (huruf ‘f’
digugurkan)
·
pem
+ pahat = pemahat (huruf ‘p’
digugurkan)
·
pem
+ varnis = pemvarnis
·
·
Awalan peN- akan bertukar menjadi
awalan ‘pen-‘ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya
bermula dengan huruf-huruf c, d, j, t, a, dan sy.
·
Contoh:
·
pen
+ cadang = pencadang pen + ternak = penternak
·
pen
+ dulang = pendulang pen + ziarah = penziarah
·
pen
+ jerat = penjerat pen + syarah = pensyarah
·
·
Awalan peN- akan bertukar menjadi
awalan ‘peng-‘ apabila digabungkan dengan kata dasar yang
ejaannya bermula dengan huruf-huruf vokal a, e, i, o, u dan huruf-huruf
konsonan g, h, k, dan kh.
·
Contoh:
·
peng
+ ajar = pengajar peng + ganas = pengganas
·
peng
+ elak = pengelak peng + hantar = penghantar
·
peng
+ ikat = pengikat peng + kaji = pengkaji
·
peng
+ olah = pengolah peng + khianat = pengkhianat
·
peng
+ urut = pengurut
·
·
Awalan peN- akan bertukar menjadi
awalan ‘penge-‘ apabila digabungkan dengan kata-kata yang
mengandungi satu suku kata sahaja.
·
Contoh:
·
penge
+ bom = pengebom
·
penge
+ tin = pengetin
·
penge
+ cat = pengecat
·
·
Awalan peN- akan bertukar menjadi
awalan ‘peny-‘ apabila digabungkan dengan kata dasar yang
ejaannya bermula dengan huruf ‘s’.
·
Contoh:
·
peny
+ sakit = penyakit (huruf ‘s’
digugurkan)
·
peny
+ sajak = penyajak (huruf ‘s’ di
gugurkan)
·
·
7 Awalan
peR… (pe…, pel… dan per…)
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
·
|
·
1. Orang yang berbuat sesuatu atau pelaku
·
Contoh: pengawas, pemuzik, petani, pesawah, pelaut
|
·
1. Petani itu sedang bekerja di
bendang.
·
2. Ayah Ah Keong seorang pemuzik yang
terkenal di tanah air.
|
·
2. Orang yang diperlakukan
·
Contoh: pesuruh,
petuduh
|
·
1. Petuduh itu akhirnya mengakui
kesalahannya.
·
2. Pesuruhnya itu berasal dari tanah
seberang.
|
·
·
Awalan per- digunakan kepada tiga patah
perkataan sahaja.
·
Contoh
·
perburu pertandang pertapa
·
·
8. Awalan
‘se-’
·
Penggunaan: Membentuk kata sendi, kata hubung, kata
bilangan dan penjodoh bilangan.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Satu
·
Contoh: sebuah, sebiji, seekor, seorang,
·
sebatang
|
·
1. Ayah ke laut bebekalkan sebuku roti
dan
·
sebotol air.
·
2. Adik memakai sepasang anting-anting
·
berlian.
|
·
2. Sama
·
Contoh: sebangsa, seagama, setaraf, sepadan
·
|
·
1. Pasangan mempelai itu tidak sepadan.
·
2. Mereka berdua seagama.
|
·
3. Sama-sama
·
Contoh: senegeri, seasrama, sekampung,
·
serumah
|
·
1. Karim dan Abu tinggal serumah.
·
2. Pelajar-pelajar lelaki itu tinggal seasrama.
|
·
4. Seluruh
·
Contoh: sekeluarga, se-Malaysia, sedunia
|
·
1. Masyarakat sedunia menangisi
kematian
·
mengejut negarawan yang mashyur itu.
·
2. Mereka sekeluarga ke Morib untuk
berkelah.
|
·
5. Sama dengan
·
Contoh: seberat, segemuk, secantik, sekaya
|
·
1. Latif tidak setinggi Busu.
·
2. Ramlah tidak segemuk Siti.
|
·
6. Masa/waktu
·
Contoh: setelah, sebelum, sesudah
|
·
1. Sesudah dikukur, kelapa itu perlu
diperah
·
untuk mendapatkan santannya.
·
2. Setelah selesai makan minum mereka
pun
·
pulang ke asrama.
|
·
·
Awalan se- yang digabungkan dengan
kata adjektif menyatakan makna sama dengan. Oleh itu, dalam binaan ayat
kata sendi tidak boleh digunakan selepas kata adjektif yang berimbuhan se-.
·
Contoh:
·
1.a) Ayahnya tidak sekacak dengan ayah
Meon. (X)
·
b)
Ayahnya tidak sekacak ayah Meon. (√)
·
·
9.
Awalan teR- (te-, tel-, dan ter-)
·
Penggunaan:
·
1. Membentuk kata kerja tak transitif
·
2. Membentuk kata adjektif
·
3. Membentuk kata kerja pasif
·
4. Membentuk kata sendi
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
·
|
·
1. Tidak sengaja atau secara tiba-tiba
·
Contoh: terpijak, tersepak, tertikam,
terpicit,
·
terbunuh
|
·
1. Askar yang sedang beroperasi di dalam hutan
·
itu terpijak
jerangkap samar.
·
2. Kassim terbunuh dalam kemalangan
jalan
·
raya
baru-baru ini.
|
·
2. Keadaan yang berterusan
·
Contoh: tertanya-tanya, terbayang-bayang,
·
teringat-ingat, terfikir-fikir
|
·
1. Manisah tertanya-tanya akan maksud
kata-
·
kata
pemuda yang kacak itu.
·
2. Junaidah terfikir-fikir akan zaman
silamnya.
|
·
3. Paling
·
Contoh: tercantik,
terkecil, termasyhur,
·
terindah
|
·
1. Tempayan yang terkecil itu dibelinya
dengan
·
harga yang agak tinggi.
·
2. Raja yang termasyhur itu
telah mangkat.
|
·
4. Keupayaan
·
Contoh: terbuang, terangkat, terdaki,
·
terbayar, tercapai
|
·
1. Dali tidak terdaki bukit yang tinggi
itu.
·
2. Aminah terangkat kampit beras yang
besar
·
itu.
|
·
·
Awalan teR- yang digabungkan
dengan kata adjektif tidak dapat berfungsi sebagai predikat ayat.
·
Contoh:
·
a)
Hasbi tergemuk di dalam kelasnya. (X)
·
b)
Hasbi paling gemuk di dalam kelanya. (√)
·
·
Awalan teR- akan berubah menjadi
amalan ‘te-’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang suku kata
pertamanya diakhiri ‘er’.
·
Contoh:
·
ter
+ sergam = tesergam
·
ter
+ perlus = teperlus
·
·
·
Amalan teR- akan berubah menjaddi
awalan ‘tel-’ apabila digabungkan dengan kata anjur.
·
Contoh:
·
ter
+ anjur = telanjur
·
·
B
Imbuhan Awalan Rangkap
·
·
1. Awalan
rangkap dipeR-
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif diri ketiga
daripada kata kerja transitif
·
yang
berawalan memper-.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
·
|
·
1. Dijadikan seperti
·
Contoh: diperalatkan, diperkuda, diperbudak
|
·
1. Mereka tidak suka diperhamba begitu.
·
2. Mahmud diperkuda oleh majikannya
sendiri.
|
·
2. Menjadikan lebih
·
Contoh: diperkuat, diperkecil, diperluas,
·
diperbesar
|
·
1. Jalan raya itu akan diperlebar
untuk
·
kemudahan orang ramai.
·
2. Jambatan yang besar itu akan diperbesar
·
tidak lama lagi.
|
·
3. Di bahagi
·
Contoh: diperdua, dipertiga, diperlapan
|
·
1. Keuntungan daripada perniagaan itu
akan
·
diperdua dengan pemilik tanah.
·
2. Pendapatan ayah akan akan diperdua
dengan
·
ibu
kerana itu kehendak ayah sendiri.
|
·
·
Dalam binaan ayat, awalan rangkap dipeR-
akan bertukar menjadi awalan rangkap dipe- apabila digabungkan
dengan kata dasar yang suku kata pertamanya diakhiri ‘er’.
·
Contoh:
·
diper
+ cermin = dipecermin
·
·
Dalam binaan ayat, awalan rankap dipeR-
akan bertukar menjadi awalan rangkap dipel- apabila digabungkan
dengan kata ‘ajar’.
·
Contoh:
·
diper
+ ajar + i = dipelajari
·
·
Dalam binaan ayat awalan rangkap dipeR-
yang disertai kata adjektif tidak perlu diimbuhkan dengan akhiran ‘kan’.
·
Contoh:
·
diperluaskan
(X) diperluas
(√)
·
diperbesarkan
(X) diperbesar
(√)
·
·
·
2. Awalan
rangkap mempeR-
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja transitif aktif apabila digabungkan dengan
kata
·
nama, kata adjektif, kata bilangan dan kata
sendi.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menjadi seperti
·
Contoh: memperkudakan, memperalatkan,
·
memperbudakkan
|
·
1. Saya tidak suka akan sikapnya
·
memperbudakkan
orang lain.
·
2. “Kamu jangan cuba memperalatkan
saya,”
·
kata
Jamil kepada Yunus.
|
·
2. Menjadikan lebih
·
Contoh: memperkecil, mempertinggi,
·
memperluas, memperindah
|
·
1. Pak Dollah memperluas tanaman kelapa
sawit bagi meningkatkan
keuntungannya.
·
2. Kami cuba memperkecil saiz pondok
itu
·
supaya kelihatan lebih molek.
·
|
·
3. Mendapat sesuatu
·
Contoh: memperoleh
|
·
1. Mary memperoleh markah yang paling
tinggi
·
dalam ujian itu.
·
2. Kami memperoleh bantuan makanan
daripada
·
orang asli ketika kami sesat di dalam
hutan.
|
·
4. Membahagikan
·
Contoh: memperlima, memperenam,
·
memperlapan
|
·
1. Pak Seman memperdua hasil
pendapatannya
·
dengan
menantunya itu.
·
2. Mereka mempertiga keuntungan
perniagaan
·
buah-buahan itu dengan rakan kongsi
mereka.
|
·
·
Dalam binaan ayat kata kerja transitif memperoleh
tidak perlu ditambah dengan akhiran -i.
·
Contoh:
·
memperolehi
(X) memperoleh (√)
·
·
Dalam binaan ayat, kata terbitan yang kata
dasarnya terdiri daripada kata adjektif tidak boleh disertai akhiran -kan
apabila menggunakan awalan rangkap memper-.
·
Contoh:
·
memperluaskan
(X) memperluas (√)
·
memperindahkan
(X) memperindah (√)
·
·
C
Imbuhan Akhiran
·
1.
Akhiran -an
·
Penggunaan: Membentuk kata nama terbitan daripada kata
adjektif, kata kerja dan kata nama.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Alat/perkakas
·
Contoh: kukuran, ayakan, ampangan
|
·
1. Ayakan itu telah berkarat.
·
2. Kukuran itu masih tersimpan di dalam
·
almari.
|
·
2. Tempat
·
Contoh: lapangan, bangunan, hentian
|
·
1. Mereka berkumpul di Hentian
Puduraya.
·
2. Bangunan usang itu telah pun
dirobohkan.
|
·
3. Hasil perbuatan
·
Contoh: hidangan, masakan, minuman,
larian
|
·
1. Hidangan itu istimewa sekali.
·
2. Minuman panas itu menjadi sejuk
setelah
·
lama
dibiarkan.
|
·
4. Banyak/luas/besar
·
Contoh: lautan,
daratan, himpunan, banjaran
·
|
·
1. Datuk Azhar Mansor akhirnya berjaya
·
meredah lautan yang luas itu.
·
2. Keindahan kawasan hutan di Banjaran
·
Titiwangsa sukar digambarkan dengan
kata-
·
kata.
|
·
5. Benda tiruan
·
Contoh: anak-anakan,
orang-orangan
|
·
1. Anak-anakan itu berbeza daripada
yang lain.
·
2. Orang-orangan banyak terdapat di
kawasan
·
sawah padi.
|
·
6. Pelbagai jenis
·
Contoh: buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-
·
bungaan, biji-bijian
|
·
1. Tanam-tanaman itu sungguh menjadi.
·
2. Kawasan itu dipenuhi daun-daunan
yang
·
menghijau.
|
·
7. Tiap-tiap/setiap
·
Contoh: bulanan,
mingguan, tahunan
|
·
1. Majalah bulanan itu sungguh laris
jualannya.
·
2. Pendapatan tahunannya tidak sampai
·
RM12,000.
|
·
8. Benda/bahan
·
Contoh: manisan,
asinan
|
·
1. Manisan lebah itu bukan yang asli.
·
2. Asinan itu dibuat daripada campuran
bahan
·
yang
bermutu.
|
·
·
Akhiran -an yang membentuk kata
bilangan himpunan membawa makna beberapa. Oleh itu, dalam binaan ayat, kata
bilangan himpunan ini tidak boleh disertai kata bilangan yang lain.
·
Contoh:
·
a) Untuk membentuk kawasan padang pasir itu
mereka mengambil masa beberapa ribuan
·
tahun. (X)
·
b) Untuk membentuk kawasan padang pasir itu
mereka mengambil masa ribuan tahun. (√)
·
·
Dalam penulisan, akhiran -an yang
digabungkan dengan angka mesti ditulis jarak dan dibubuh tanda sempang ( - ).
·
Contoh:
·
Tahun
60 - an Tahun 90 - an
·
·
2.
Akhiran -i
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
·
|
·
1. Menjadikan/menyebabkan jadi
·
Contoh: akhiri,
sakiti, baiki
|
·
1. “Jangan sakiti hati ibumu itu,
Zaki,” kata
·
Lebai Dollah.
·
2. “Cuba baiki tulisan kamu ini, Liza,”
kata
·
Cikgu Zainab.
|
·
2. Menerangkan unsur tempat/sesuatu
·
Contoh: dekati, masuki, naiki
|
·
1. “Jangan dekati orang yang kurang
siuman itu,
·
Ramli,” kata Dol.
·
2. “Sudah kamu masuki rumah kosong
itu,
·
Salim?” tanya Aida.
|
·
·
3.
Akhiran -kan
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
·
|
·
1. Menjadikan/menyebabkan jadi
·
Contoh: kecilkan, matikan, padamkan,
·
gosokkan, balutkan
|
·
1. “Kecilkan api itu, Swee Lan,” kata
Puan
·
Anita.
·
2. “Matikan enjin kereta itu,” kata
Daniel
·
kepada Rosdi.
|
·
2. Melakukan perbuatan
·
Contoh: buangkan, ubahkan, alihkan,
·
pamerkan, catkan, kilatkan
|
·
1. “Lapkan meja ini, Sonia,” kata
Munir.
·
2. “Tuangkan air minuman itu ke dalam
gelas,
·
Ani,” kata Kamala.
|
·
·
D.
Imbuhan apitan
·
·
1.
Imbuhan apitan beR-…-an
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja tak transitif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Perbuatan berbalas-balas
·
Contoh:
bercakar-cakaran, bergelut-gelutan,
·
bertarik-tarikan
|
·
1. Mereka bercakar-cakaran sesama
sendiri.
·
2. Mereka berdakap-dakapan di khalayak
ramai.
|
·
2. Perbuatan berterusan
·
Contoh:
berkibaran, berguguran, berdebaran
·
|
·
1. Bendera itu tidak kelihatan berkibaran
lagi.
·
2. Air matanya bercucuran.
|
·
3. Menunjukkan banyak yang berbuat
·
Contoh:
beterbangan, berlarian, berciciran,
·
bergayutan
|
·
1. Orang pelarian itu berlarian
untuk
·
mendapatkan
bekalan makanan.
·
2. Kertas-kertas itu berterbangan di
atas jalan
·
raya.
|
·
4. Masa yang panjang
·
Contoh:
berlarutan
|
·
1. Perbincangan mereka berlarutan
hingga pagi.
·
2. Perlawanan tinju itu berlarutan
hingga
·
pusingan kedua belas.
|
·
5. Menunjukkan keadaan/kedudukan
·
Contoh:
berasingan, berdekatan,
·
berhampiran, berjauhan
|
·
1. Mereka tinggal berjauhan.
·
2. Rumahnya berhampiran dengan
padang
·
sekolah.
|
·
·
Imbuhan apitan beR-…-an akan
bertukar menjadi imbuhan be-…-an apabila digabungkan dengan kata
dasar yang ejaannya bermula dengan huruf ‘r’.
·
Contoh:
·
ber
+ rumah + an = berumahan
·
ber
+ roda + an = berodaan
·
·
Imbuhan apitan beR-…-an akan
bertukar menjadi imbuhan bel-…-an apabila digabungkan dengan kata
dasar ‘unjur’.
·
Contoh:
·
ber
+ unjur + an = belunjuran
·
·
2.
Imbuhan apitan beR…kan
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menggunakan sebagai
·
Contoh: berpandukan, berdasarkan,
·
beralaskan, berbajukan
|
·
1. Dia tidur beralaskan lengan.
·
2. Mereka menjelajah hutan berpandukan
·
kompas dan peta.
|
·
2. Dengan/kepada
·
Contoh: bersuamikan, beristerikan,
·
bermenantukan
|
·
1. Haji Awang berbesankan orang kaya.
·
2. Karim beristerikan seorang ustazah.
|
·
·
Imbuhan ‘kan’ pada kata yang
berapitan ber-…-kan dapat mewakili kata sendi seperti akan,
dengan, pada, dan tentang. Oleh itu, kata sendi nama tidak
boleh digunakan selepas kata yang berapitan ber-…-kan.
·
Contoh:
·
1.a) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan
pada peta. (X)
·
b) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan
peta. (√)
·
2.a) Abu bertanyakan tentang jawapan
kepada soalan itu. (X)
·
b)
Abu bertanyakan jawapan kepada soalan itu. (√)
·
·
2.
Imbuhan apitan ke…an
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata terbitan.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Tempat
·
Contoh:
kementerian, kedutaan, kediaman
|
·
1. Menteri Besar itu tidak tinggal di kediaman
·
rasmi beliau.
·
2. Abangnya bekerja di Kedutaan Jepun.
|
·
2. Keadaan/hal
·
Contoh:
kemajuan, kemunduran, keputusan
|
·
1. Kepandaiannya bermain piano sukar
untuk
·
ditandingi.
·
2. Keputusan peperiksaan itu amat
mengecewa-
·
kan.
|
·
3. Bersifat/menyerupai sesuatu
·
Contoh:
kemelayuan, keinggerisan, keanak-
·
anakan
|
·
1. Sifat kemelayuannya jelas kelihatan.
·
2. Perangainya masih keanak-anakan.
|
·
4. Hasil perbuatan
·
Contoh:
kemiskinan, kekayaan, kemusnahan,
·
kehancuran
|
·
1. Kemusnahan akibat peperangan itu
amat
·
teruk.
·
2. Mereka hidup dalam kemiskinan.
|
·
·
3.
Imbuhan meN-…-i (me-…-i,
mem-…-i, men-…-i, meng-…-i, menge-…-i, dan meny-…-i)
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menunjukkan makna menjadi
·
Contoh: menghitami,
membanjiri,
·
menghakimi, mengetuai
|
·
1. Mereka menghitami dinding itu dengan
cat.
·
2. Orang ramai membanjiri stadium itu
untuk
·
menyaksikan perlawanan tenis.
|
·
2. Memberikan sesuatu
·
Contoh:
menghadiahi, mengirimi,
·
menganugerahi
|
·
1. Salman mengirimi kakaknya
sekeping
·
poskad.
·
2. Kamsani menghadiahi ibunya seutas
rantai
·
emas.
|
·
3. Melalui/mengalami
·
Contoh:
menembusi, menghargai,
·
mencemburui, mencintai
|
·
1. Suami tua itu mencemburui isterinya
yang
·
muda
jelita itu.
·
2. Dia tidak tahu menghargai pemberian
orang.
|
·
4.
Melakukan sesuatu perbuatan
·
Contoh:
menzalimi, mengasari,
mengerasi,
·
membengisi
|
·
1. Pemuda itu cuba mengasari Ahmad.
·
2. Kamal suka menzalimi binatang.
|
·
5. Menjadikan sesuatu keadaan
·
Contoh:
mengubati, mengotori, membaiki,
·
menghiasi
|
·
1. Kakak gemar menghiasi bilik
tidurnya.
·
2. Doktor itu cuba mengubati penyakit
ayah.
|
·
6. Meniadakan sesuatu
·
Contoh:
membului, menguliti, merumputi
|
·
1. Suhaimi menebasi rumput di
halaman
·
rumahnya itu.
·
2. Orang-orang kampung bergotong-royong
·
menguliti lembu korban itu.
|
·
·
Akhiran -i pada kata yang
berapitan men-…-i berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti
akan, atas, dengan, di, ke, kepada, tentang, dan terhadap. Oleh
itu, kata sendi nama tidak perlu diletakkan selepas kata kerja tak transitif
yang berapitan meN-…-i.
·
Contoh:
·
1.a) Aminah enggan mengakui akan
kesilapannya itu. (X)
·
b)
Aminah enggan mengakui kesilapannya itu. (√)
·
2.a) Farouk suka menzalimi akan kucingnya
itu. (X)
·
b)
Farouk suka menzalimi kucingnya itu. (√)
·
·
4.
Imbuhan apitan meN-…-kan
·
Penggunaan:
Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Melakukan sesuatu
·
Contoh: membersihkan, mengemaskan,
·
menyelenggarakan
|
·
1. Kerja-kerja menyelenggarakan
bangunan itu
·
dilakukannya sendiri.
·
2. Hanif mengaturkan pasu-pasu ibunya
itu
·
mengikut saiznya.
|
·
2. Melakukan sesuatu untuk orang lain.
·
Contoh: membelikan, mencarikan,
·
membuatkan
|
·
1. Nasir membelikan tunangnya sepasang
kasut
·
baru.
·
2. Joned membuatkan ibu sebuah rumah
yang
·
cantik dan selesa.
|
·
3. Menganggap sesuatu sebagaimana kata dasar
·
Contoh:
mengagungkan, membenarkan,
·
merelakan
|
·
1. Kadir membenarkan kami menyertai
·
rombongan itu.
·
2. Puan Saodah merelakan pemergian
anak
·
kesayangannya itu.
|
·
4. Menjadikan objek sebagai
·
Contoh:
mencalonkan, merajakan,
·
mengusulkan, mengorbankan
|
·
1. Para pelajar telah mencalonkan
Azman
·
sebagai ketua pengawas sekolah.
·
2. Mereka telah mengusulkan cadangan
itu
·
berkali-kali.
|
·
5. Memasukkan sesuatu benda ke dalam
sesuatu
·
tempat
·
Contoh:
menguburkan, membenamkan,
·
memenjarakan, merebankan
|
·
1. Nenek Halimah sedang merebankan
anak-
·
anak
ayamnya itu.
·
2. Orang-orang kampung menguburkan mangsa-
·
mangsa kemalangan itu dalam satu
liang
·
lahad sahaja.
|
·
6. Membawa objek ke tempat
·
Contoh:
mendaratkan, mengetepikan,
·
menyeberangkan
|
·
1. Nelayan itu berjaya mendaratkan
seekor anak
·
ikan
paus.
·
2. Abang mengetepikan keretanya supaya
tidak
·
menghalang kenderaan lain untuk lalu di
jalan
·
itu.
|
·
·
Akhiran -kan pada kata yang
berapitan meN-…-kan dapat berfungsi sebagai ganti kata sendi akan
yang menyertai kata adjektif. Oleh itu, kata sendi tidak boleh diletakkan
selepas kata yang berapitan meN-…-kan.
·
Contoh:
·
1.a) Liza membelikan akan ibunya sepasang
subang. (X)
·
b)
Liza membelikan ibunya sepasang subang. (√)
·
2.a) Pengawal itu tidak membenarkan akan
kami masuk. (X)
·
b)
Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk. (√)
·
·
4.
Imbuhan apitan peN-…-an (pe-…-an,
pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an,
·
peny-…-an)
·
Penggunaan: Digunakan untuk membentuk kata nama.
·
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menunjukkan makna proses/hal/usaha
·
Contoh:
pencemaran, penyatuan,
·
pembersihan, penukaran
|
·
1. Pencemaran alam sekitar perlu
diatasi segera.
·
2. Pembersihan kawasan perumahan itu
perlu
·
dilakukan setiap hari.
|
·
2. Hasil perbuatan
·
Contoh:
pengalaman, pencapaian,
·
pendapatan, penemuan
|
·
1. Pengalamannya dalam bidang
perniagaan
·
amat
luas.
·
2. Pendapatannya tidak seberapa.
|
·
3. Tempat perbuatan
·
Contoh:
pendakian, penginapan, penjamuan,
·
pelabuhan
|
·
1. Mereka gagal meneruskan pendakian
itu.
·
2. Tempat penginapan itu terlalu kotor
dan tidak
·
terurus.
|
·
·
5.
Imbuhan apitan peR-…-an
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan daripada
kata kerja yang berimbuhan
·
BeR-
.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Perihal sesuatu perbuatan
·
Contoh:
perdamaian, pertemuan, perlakuan,
·
perjumpaan
|
·
1. Perlakuan sumbang wanita itu
amat
·
memalukan.
·
2. Perjuangan pihak antikerajaan itu
sia-sia
·
sahaja.
|
·
2. Sesuatu perbuatan yang dilakukan/hasil
·
perbuatan
·
Contoh:
perhatian, peringatan, perhitungan,
·
perluasan
|
·
1. Perhatiannya tertumpu kepada
anak-anak
·
kecil yang sedang bermain di padang itu.
·
2. Pertunjukan itu diadakan selama dua
malam
·
berturut-turut.
|
·
3. Tempat berbuat sesuatu kata kerja
·
Contoh:
peraduan, peranginan, perguruan,
·
perkuburan
|
·
1. Jenazah itu ditanam di tanah perkuburan
·
Bukit Kiara.
·
2. Perhimpunan itu tidak mendapat
kebenaran
·
daripada pihak polis.
|
·
4. Tempat sesuatu
·
Contoh:
perapian, pergelangan, perbaraan,
·
perpustakaan
|
·
1. Banyak buku yang terdapat di perpustakaan
·
itu.
·
2. Api di dalam perapian itu telah
padam.
|
·
·
6.
Imbuhan apitan mempeR-…-i
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menjadikan
·
Contoh:
memperingati, mempersuami,
·
memperisteri, memperkawani dsb
|
·
1. Majlis itu diadakan sebagai memperingati
·
jasanya kepada negara.
·
2. Mereka telah memperkebuni tanah
terbiar itu.
|
·
2. Menjadikan objek memperoleh sifat yang
·
tersebut pada kata dasar
·
Contoh:
memperbarui, memperbaiki
|
·
1. Mereka memperbarui azam untuk terus
maju
·
dalam bidang perniagaan.
·
2. “Kita perlu memberi jalan untuk memperbaiki
·
hubungan yang sedia ada,” kata Rizal
dan
·
Yunus kepada Yassin.
|
·
·
Akhiran -i pada kata yang
berapitan mempeR-…-i berfungsi untuk menggantikan kata sendi kepada,
tentang dan akan yang menyertai kata kerja tak transitif. Oleh itu,
kata sendi tidak boleh diletakkan selepas kata yang berapitan mempeR-…-i
.
·
Contoh:
·
a)
Mereka memperkebuni akan tanah kerajaan itu. (X)
·
b)
Mereka memperkebuni tanah kerajaan itu. (√)
·
·
7.
Imbuhan apitan mempeR…kan
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
·
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menjadi objek berlaku
·
Contoh:
mempertunangkan, memperisterikan,
·
memperhambakan
|
·
1.
Abang Sudin memperisterikan Ramlah
·
dengan anak Tuk penghulu.
·
2. Kumpulan teater itu telah mempersembahkan
·
beberapa taridra yang mempesonakan
para penonton.
|
·
2. Menjadikan objek sebagai sebab
·
Contoh:
memperbahaskan,
·
memperhitungkan, mempertikaikan
|
·
1. Mereka sedang memperkatakan
punca
·
kemelesetan ekonomi negara.
·
2. “Kami cuba memperjuangkan nasib
rakyat
·
yang
miskin,” kata pemimpin-pemimpin parti
·
politik itu.
|
·
3. Menganggap sebagai
·
Contoh:
memperkecil-kecilkan,
·
memperbudak-budakkan
|
·
1. Penyanyi popular itu dikecam hebat oleh
·
masyarakat kerana telah memperkecil-
·
kecilkan bakat penyanyi-penyanyi
veteran.
·
2. Lagaknya yang suka memperbodoh-bodohkan
·
kakaknya itu menyebabkan dia sering
ditegur
·
oleh ibu bapanya.
|
·
·
Dalam binaan ayat, kata yang berapitan memper-…-kan
digunakan untuk membentuk kata kerja transitif. Bagi kata adjektif, tidak boleh
menerima apitan memper-…-kan.untuk digunakan dengan kata
adjektif, akhiran -kan perlu digugurkan.
·
Contoh:
·
memeperdalamkan
(X) memperdalam
(√)
·
memperbesarkan
(X) memperbesar
(√)
·
·
·
F.
Imbuhan sisipan
·
·
1.
Imbuhan sisipan -el-, -em-, -er-
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama, kata kerja dan
kata adjektif.
·
Maknanya: Sesuatu yang mempunyai ciri yang
sama dengan kata dasar.
·
Contoh:
·
·
Imbuhan sisipan
·
-el-
|
·
Imbuhan sisipan
·
-em-
|
·
Imbuhan sisipan
·
-er-
|
·
gelanggang
·
kelangkang
·
selenggara
·
telapak
·
telunjuk
|
·
gemilang
·
gemuruh
·
kemuning
·
semerbak
·
temali
|
·
ceracak
·
gerigi
·
kerontang
·
serabut
·
seruling
|
·
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ialah imbuhan yang
dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan
ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.
Yang berikut ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam
bahasa Melayu baku:-
Bentuk
|
Imbuhan
Sanskrit
|
Imbuhan
Inggeris
|
Imbuhan Arab
|
Awalan
|
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
|
anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
|
bi-
|
Akhiran
|
-ita
-man
-wan
-wati
|
-grafi
-is
-isma
-logi
|
-ah
-at
-iah
-in
|
Perhatikan penerangan di bawah ini.
a) Imbuhan
Inggeris
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
anti-
|
menentang/benci
|
antisosial,
antikerajaan, antidadah, antisorok, antirokok, antibodi, antirasuah,
antikomunis, antiperang, antipenjajah, antikeganasan
|
auto-
|
dengan sendirinya
|
automobil, autogear,
automatik, autograf, autonomi
|
mono-
|
satu
|
monopoli,
monokotelidon, monogami, monoksida, monolog
|
poli-
|
banyak
|
poligami, poligon,
poliklinik, politeknik, poligram, poliglot
|
pro-
|
menyokong/menyebelahi
|
prokomunis,
prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik
|
sub-
|
sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di bawah
|
subtajuk, subbidang,
subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik
|
-grafi
|
bidang ilmu/seni
|
biografi, geografi, kaligrafi, fotografi
|
-is
|
orang yang melakukan sesuatu
|
kartunis, novelis,
sosialis, idealis, cerpenis, kapitalis
|
-isme
|
kepercayaan, ajaran atau fahaman seseorang
|
sosialisme,
komunisme, kapitalisme, animisme, feudalisme, idealisme
|
-logi
|
bidang ilmu
|
antologi, biologi,
sosiologi, kronologi, ideologi, teknologi, metrologi, morfologi, hidrologi,
mineralogi, psikologi
|
Contoh penggunaan
dalam ayat:
1. Pihak kerajaan
telah melancarkan Kempen Antisorok.
2. Penyanyi itu
sedang menandatangani autograf peminatnya.
3. Syarikat Tenaga
Nasional Berhad telah memonopoli penjualan tenaga elektrik kepada
pengguna di
negara ini.
4. Orang Islam
dibenarkan berpoligami.
5. Kumpulan prokomunis
itu akhirnya telah kembali ke pangkal jalan.
6. Subkontraktor
itu gagal menyiapkan projek perumahan itu.
7. Azhar amat
meminati bidang fotografi.
8. Novelis
muda itu telah memenangi peraduan menulis novel pada tahun 2003.
9. Mereka terdiri
daripada golongan animisme.
10. Kita perlu meneroka bidang teknologi moden
untuk maju dalam dunia perniagaan.
b) Imbuhan
Sanskrit
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
dasa-
|
sepuluh
|
dasawarsa, dasalumba
|
dwi-
|
dua
|
dwibahasa, dwihala,
dwibulanan, dwicembung, dwijantina, dwicekung, dwimingguan,
dwitahunan, dwisuku,
dwiwarna, dwikata, dwimusim
|
eka-
|
satu
|
ekahala, ekabahasa,
ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
|
juru-
|
orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
|
jurubahasa,
juruhebah, jururawat, jurucakap, jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek,
juruterbang, jurutera, juruteknik, juruselam
|
maha-
|
agung/besar
|
mahasiswa, mahasiswi,
maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
|
panca-
|
lima
|
pancaragam,
pancasila, panca delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada,
pancaindera, pancalumba
|
pra-
|
sebelum
|
prakata, prasangka,
prasejarah, prasekolah, praujian, prauniversiti, prasarana
|
tata-
|
sesudah/peraturan
|
tatabahasa, tatacara,
tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
|
tri-
|
tiga
|
tricabang, triwarna,
tricara, trisuku, triwulan, tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna,
trihala
|
-ita
|
wanita/perempuan
|
biduanita, posnita, pranita
|
-man
|
orang yang memilik
sifat/orang yang mahir dalam sesuatu bidang
|
seniman, budiman
|
-wan
|
1. Pemilik sesuatu
benda
2. Pemilik sesuatu
sifat
3. Orang yang mahir
dalam
sesuatu bidang
4. Orang yang melakukan
sesuatu perbuatan
|
karyawan, jutawan,
wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan,
cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan
|
-wati
|
Perempuan yang mahir/pakar
dalam sesuatu bidang
|
seniwati, peragawati,
olahragawati, sukarelawati
|
Contoh penggunaan
dalam ayat:
1. Jalan dwihala
itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
2. Tatatertib
di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
3. Sudah hampir triwulan
ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
4. Anak jutawan
itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
5. Peragawati
itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
6. Seniman
terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
7. Jurujual
itu pandai memperdayakan pelanggannya.
8. Prakata
buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
c) Imbuhan
Arab
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
bi-
|
tidak
|
biadab, bilazim
|
-ah
|
wanita/perempuan
|
qariah, ustazah
|
-at
|
orang perempuan/wanita
|
hadirat, muslimat
|
-iah
|
perkara/hal yang berkaitan
dengan sifat
|
jahiliah, hurufiah,
ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
|
-in
|
orang lelaki
|
hadirin, muslimin, musyrikin
|
Contoh penggunaan
dalam ayat:
1. Murid yang biadab
itu telah diberi kaunseling.
2. Ustazah
Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
3. Pada zaman jahiliah,
kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
4. Hadirin berdiri
sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
5. Kaum muslimat
diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha
mesti ditulis rapat/sambung dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut
terdiri daripada kata nama.
Contoh:
1. Maha + guru = mahaguru
2. Maha + siswa = mahasiswa
3. Maha + rani = maharani
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha
mestilah ditulis jarak dengan kata dasar, sekiranya kata dasar tersebut terdiri
daripada kata adjektif.
Contoh:
1. Maha + Esa = Maha
Esa
2. Maha + Mulia = Maha
Mulia
3. Maha + Besar = Maha
Besar
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing anti-
dan pro- yang diikuti oleh kata nama khas mestilah ditulis jarak dan
diletakkan tanda sempang ( - ) di antaranya.
Contoh:
1. Anti + Amerika = Anti-Amerika
2. Anti + Jepun = Anti-Jepun
3. Pro +
Malaysia = Pro-Malaysia
4. Pro + Korea = Pro-Korea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan