KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung
atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi
kepada enam jenis, iaitu:
a) Kata bilangan tentu
b) Kata bilangantak tentu
c) Kata bilangan himpunan
d) Kata bilangan pecahan
e) Kata bilangan pisahan
f) Kata bilangan tingkat
Perhatikan penerangan di bawah ini.
|
Jenis Kata
Keterangan
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
|
Kata bilangan
tentu
|
Kata bilangan yang
telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu,
enam juta
|
1 Kerani itu sedang mengepit satu
keping fail.
2 Dua buah kelapa muda itu telah
ditebuk tupai.
|
|
Kata bilangan
tak tentu
|
Kata bilangan yang
tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh:
para, semua,
sesetengah, banyak,
pelbagai
|
1 Semua penghuni kampung itu akan
dipindahkan ke tempat lain.
2 Banyak rumah dan harta benda
musnah dalam kejadian banjir
lumpur itu.
|
|
Kata bilangan
himpunan
|
Kata bilangan
himpunan asalnya
ialah kata bilangan
tentu tetapi telah
digandakan dan
ditambah dengan
imbuhan ke- dan ber-. Contoh:
berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-tiga, kelapan-lapan
|
1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak
teruk.
2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu
berlaku.
|
|
Kata bilangan
pecahan
|
Kata bilangan yang
berbentuk
pecahan. Contoh: setengah, satu per
empat, dua per lima,
tiga per lapan
|
1 Setengah bahagian kek itu
telah
dihurungi semut.
2 Dia mengambil masa hampir tiga
per empat jam untuk
menyiapkan
surat permohonan itu.
|
|
Kata bilangan
pisahan
|
Kata bilangan yang digunakan untuk
membilang sesuatu secara
berasingan. Contoh:
tiap-tiap/setiap
dan masing-asing
|
1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa
cucunya itu bersiar-siar di taman
bunga.
2 Mereka gagal menyiapkan kerja
masing-masing dalam masa yang
telah ditetapkan.
|
|
Kata bilangan tingkat
|
Kata bilangan yang
asalnya kata
bilangan tentu tetapi
telah ditambah
dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua
belas, ketiga ratus, kedua juta
|
1 Setelah masuk hari yang ketujuh
barulah dia berasa badannya agak
ringan sedikit.
2 Zainah memilih nombor giliran
kedua untuk temuduga jawatan
kerani itu.
|
·
Dalam penulisan elakkan daripada melakukan
kesalahan seperti yang berikut:-
1.
Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada
kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata bilangan tentu.
Contoh:
a) Lima
guli itu telah retak. (X)
b) Lima
biji guli itu telah retak. (√)
2.
Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata
bilangan tentu yang telah sedia membawa
makna jamak.
Contoh:
a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan
itu beroperasi secara haram. (X)
b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu
beroperasi secara haram. (√)
3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi
kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian
sains itu. (X)
b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains
itu. (√)
4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit
yang dibilang dengan menggunakan kata
bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Para guru-guru diingatkan agar
mengambil sikap berkecuali. (X)
b) Para guru diingatkan agar mengambil
sikap berkecuali. (√)
5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan
himpunan dalam ayat.
Contoh:
a) Kelapan ekor anak lembu itu akan
dihantar ke klinik haiwan. (X)
b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan
dihantar ke klinik haiwan. (√)
6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan
kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan
menggunakan kata bilangan himpunan.
Contoh:
a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi
sayur. (X)
b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi
sayur. (√)
7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak
tentu para menjadi para-para.
Contoh:
a) Para-para menteri itu sedang
bermesyuarat. (X)
b) Para pelajar itu berasal dari Jepun.
(√)
8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak
tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
Contoh:
a) Berbagai barang antik ada dipamerkan
di situ. (X)
b) Berbagai-bagai barang antik ada
dipamerkan di situ. (√)
9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan
pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.
Contoh:
a) Tiap petang dia bermain badminton. (X)
b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton.
(√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan