KATA
ADJEKTIF
Kata
adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Dalam bahasa Melayu
baku, kata
adjektif dikenali sebagai kata sifat juga.
Kata
adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:
|
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Jenis Kata
Adjektif
|
Penerangan
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
sifatan/keadaan
|
Menerangkan sifat
atau keadaan
sesuatu kata
nama/frasa nama.
|
baik, berani,
tegas, bodoh,
rajin, cerdik
|
1. Pelajar yang malas
itu gagal
dalam ujiannya.
2. Rumah usang
itu akan
dirobohkan.
|
warna
|
Menunjukkan warna
sebagai unsur keterangan sesuatu kata nama/frasa nama.
|
merah, biru, hijau,
putih, kuning, kelabu
|
1. Baju merah
itu dibelinya di pasar
malam.
2. Langsir biru
itu dijahitnya
sendiri.
|
ukuran
|
Menunjukkan ukuran
sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama.
|
besar, nipis, labuh,
tebal, tinggi, renek, panjang
|
1. Lelaki kerdil
itu berusia empat
puluh tahun.
2. Rumah besar
itu tidak
berpenghuni.
|
bentuk
|
Menerangkan rupa bentuk sesuatu kata nama/frasa nama.
|
bujur, bundar,
leper, bulat, pipih, lekuk
|
1. Telur ayam itu
kelihatan bujur.
2. Mata pedang itu lekuk
di
bahagian hujungnya.
|
waktu
|
Menunjukkan maksud
masa sebagai unsur keterangan
|
lama, lewat, dahulu,
segera, sebentar, suntuk
|
1. Pada zaman dahulu
manusia
membuat pakaian daripada daun
dan kulit-kulit kayu.
2. Datuk sering
menceritakan
pengalaman silam beliau
kepada
kami.
|
jarak
|
Menunjukkan maksud
jarak atau penerang kepada kata nama/frasa nama.
|
dekat, jauh, nyaris,
rapat, jarang, hampir
|
1. Akmal tinggal
tidak jauh dari
sini.
2. Kedudukan rumah
di kawasan
setinggan itu agak rapat
antara
satu dengan yang lain.
|
cara
|
Menunjukkan keadaan
atau ragam sebagai unsur penerang kata nama/frasa nama.
|
cepat, deras, kerap,
cuai, gopoh, lincah, kasar
|
1. Kura-kura itu berjalan lambat.
2. Pantas sekali kuda itu berlari.
|
perasaan
|
Menunjukkan maksud
perasaan sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama.
|
rindu, takut,
sayang, bimbang, kecewa, jemu, puas
|
1. Ibu kucing itu
amat sayang akan
anaknya.
2. Kami kecewa
dengan
tindakannya itu.
|
pancaindera
|
Menunjukkan maksud
sifat, keadaan atau rasa yang dapat dikesan oleh pancaindera
|
masin, masam, busuk,
hapak, manis, harum, merdu
|
1. Bau ikan itu amat
hanyir.
2. Manis sekali
buah mangga yang
dibeli oleh ibu itu.
|
·
Kesalahan umum penggunaan kata adjektif.
1.
Kesalahan menggunakan kata adjektif yang berimbuhan ter sebagai predikat
ayat.
Contoh:
1.a) Pedang itu tertajam. (X)
b)
Pedang itu paling tajam. (√)
2. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada
kata adjektif yang telah sedia berimbuhan
ter.
Contoh:
1.a) Rumah yang paling terbesar di kampung
itu ialah rumah Tok penghulu. (X)
b)
Rumah yang terbesar di kampung itu ialah rumah Tok penghulu. (√)
3. Kesalahan tidak meletakkan frasa sendi
selepas frasa adjektif apabila diperluas.
Contoh:
1.a) Anak kucing itu sayang ibunya. (X)
b)
Anak kucing itu sayang akan ibunya. (√)
·
Dalam penulisan dan dalam binaan ayat, kata
adjektif boleh disertai kata penguat, sama ada kata penguat hadapan, kata
penguat belakang atau kata penguat bebas.
Contoh:
1. Pelajar yang gemuk sekali itu anak
tuan pengetua.
2. Pinggang gadis itu terlalu ramping.
·
Kata adjektif yang berimbuhan ter tidak
boleh menerima kata penguat kerana imbuhan ter telah sedia membawa maksud
darjah tertinggi atau paling.
Contoh:
1.a) Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal
sekali di pasaran dunia. (X)
b)
Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal di pasaran dunia. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan