KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi
untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa.
Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian
utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung
berpasangan.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan
untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan
klausa.
Contoh:
atau,
bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya,
serta, tetapi
Kata Hubung
|
Fungsinya
|
Contoh
Penggunaan dalam Ayat
|
atau
|
Menunjukkan pilihan
|
1. Kim belum pasti
sama ada akan melanjutkan
pelajarannya ke maktab atau ke
universiti.
2. “Awak atau
saya yang perlu menyiapkan
tugasan ini, Zul?” tanya Amin.
|
dan
|
Menggabungkan dua unsur yang setara
|
1. Anjing dan
kucing itu dipelihara oleh orang
kaya itu.
2. Ah Seng dan
Karim pergi memancing di
lombong tinggal itu.
|
kecuali
|
Menunjukkan kekecualian
|
1. Semua murid di
kelas itu membaca buku di
perpustakaan kecuali Shamsudin.
2. Datuk Salleh
bekerja setiap hari kecuali pada
hari Ahad atau hari kelepasan am.
|
lalu
|
Menggabungkan dua
perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
|
1. Milah masuk ke
bilik lalu berbaring di atas
tilam yang empuk itu.
2. Anjing garang itu
menerkam pencuri itu lalu
menggigit punggungnya.
|
serta
|
Menyatakan maksud
turut atau bersama-sama
|
1. Aliah rajin serta gigih berusaha.
2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid
bercadang untuk
pergi menonton wayang pada
hari minggu
ini.
|
sambil
|
Menunjukkan perbuatan
lain dilakukan di samping perbuatan utama
|
1. Sally menyanyi sambil
menari.
2. Kamala berlari sambil
menjinjing beg plastik.
|
tetapi
|
Menggabungkan ayat
dengan ayat yang lain
|
1. Amran suka makan
nasi lemak tetapi dia tidak
suka makan roti canai.
2. Rumah banglo itu
sungguh cantik tetapi
harganya terlalu mahal.
|
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan
untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh:
apabila,
agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi,
sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun,
ketika
Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang
berikut.
Kata Hubung
|
Fungsinya
|
Contoh
Penggunaan dalam Ayat
|
agar
|
Menerangkan maksud/tujuan
|
1. Ibu berdoa agar
abang lulus dengan cemerlang dalam
ujian memandu itu.
2. Kadir sanggup
makan ubat yang pahit itu agar dia cepat
sembuh.
|
apabila
|
Menerangkan masa
berlakunya sesuatu peristiwa/kejadian
|
1. Apabila
ditegur, dia merajuk.
2. Dawai itu
mengembang apabila dipanaskan.
|
kerana
|
Menunjukkan alasan/sebab
|
1. Kerana
demam, dia tidak dapat mengambil bahagian
dalam sukan itu.
2. Dia dimarahi oleh
ayahnya kerana memecahkan sebiji
gelas minuman.
|
manakala
|
Menunjukkan masa dan
perkara yang bertentangan
|
1. Fauzi sibuk
menyiapkan kerja sekolahnya manakala
rakan-rakannya yang lain asyik bermain
sahaja.
2. Mala sibuk
menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan
kakaknya sibuk melayan tetamu.
|
setelah/
sebelum
sejak
|
Menunjukkan masa
|
1. Setelah
siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan
kerja sekolahnya pula.
2. Sebelum ke
bandar, Amran meminta keizinan ibunya
terlebih dahulu.
3. Sejak berpindah
ke ibu kota, Azman jarang pulang ke
kampung.
|
supaya
|
Menerangkan maksud/tujuan
|
1. Ibu menyuruh kakak
memberus gigi setiap hari supaya
gigi kelihatan cantik dan bersih.
2. Pamela menggunakan
alat solek yang mahal harganya
supaya dia kelihatan lebih begaya dan
cantik.
|
Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan
secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun kian…kian
entah…entah sedangkan…inikan
pula
bukan
sahaja…bahkan juga sungguhpun…namun
makin…makin bukan
sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
·
Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
Digunakan
untuk menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh
menyertai pertandingan nyanyian itu.
2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung
hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke
laut juga baik dalam keadaan cuaca
baik mahupun keadaan laut bergelora.
·
Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan
juga’.
Digunakan
untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan
juga berbudi bahasa.
2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan
juga pandai berjenaka.
·
Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
Digunakan
untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
1. Daripada membazir wang lebih baik
saya menabung.
2. Daripada membuang masa lebih baik
saya membaca buku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan