AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan
si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang
berawalan MeN- (me-, mem-, men-,
menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan
objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata
kerja yang berawalan di-
beserta dengan kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1. Saya sudah
menyiapkan semua kerja
sekolah.
|
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
|
2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru
mengajar.
|
2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.
|
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
|
3. Menulis jawi
perlu kamu ajar kepadanya.
|
4. Ayah membelah kayu api itu.
|
4. Kayu api itu
dibelah oleh ayah.
|
5. Mereka sedang
menganyam tikar mengkuang
itu.
|
5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam
oleh
mereka.
|
Jenis-jenis Ayat Aktif
Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:-
1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif
Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
Perhatikan binaan ayat aktif transitif di bawah ini.
b) Ayat
Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang
mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek
sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
·
Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan
kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak
transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat
tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan
kepada tiga jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta,
hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan penerangan di bawah ini.
a) Ayat
Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya
terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan
sebagainya.
Ayat contoh:
b)
Rumah itu saya bina.
b)
Kereta itu kami beli.
b)
Jambatan itu aku robohkan.
b) Ayat Pasif
Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya
terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat
Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya
terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan
sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
·
Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri
kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza
dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.
·
Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif
diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif
diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b)
Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu.
(X)
b)
Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
b)
Nasi itu telah saya tanak. (√)
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak?
(X)
b)
Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan