KATA BANYAK MAKNA
Terdapat
beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai makna lebih daripada satu
makna.
Senarai
kata ganda banyak makna.
Kata Ganda
|
Maksud
|
Ayat Contoh
|
mengada-ada
|
1 menunjuk-nunjuk
2 berkata atau membuat yang
bukan-bukan
|
1 Sejak bergelar bintang filem, Sarinah
mula mengada-ada
dan beraksi
sombong.
2 “Jangan kamu mengada-ada di hadapan
orang tua-tua,” kata ibu kepadaku.
|
agar-agar
|
1 sejenis lumut laut
2 sejenis kuih
|
1 Penyelam-penyelam itu sedang mencari
agar-agar di dalam laut.
2. Agar-agar
santan yang dijual di gerai
kuih itu sungguh enak rasanya.
|
alang-alang
|
1 tidak bersungguh-sungguh
2 sedikit, kurang
|
1 Pengurus
kilang itu menegur para
pekerjanya yang bertugas dengan
alang-alang
sahaja.
2 Alang-alang
mandi biar basah.
|
anak-anak
|
1 banyak budak
2 patung
|
1 Anak-anak
itu sudah berkumpul untuk
meraikan Hari Kanak-kanak.
2 Adik suka bermain anak-anak bersama
kawan-kawannya.
|
angan-angan
|
1 cita-cita
2 gambaran/bayangan dalam
fikiran
|
1 Angan-angannya
hendak menjadi
angkasawan pertama Malaysia.
2 Panggilan ibunya dari dapur tiba-tiba
melenyapkan angan-angan Zubaidah.
|
angin-angin
|
1 desas-desus
2 gelagat
|
1 Angin-angin
mengatakan bahawa harga
minyak petrol akan turun.
2 Melihat angin-angin Perdana Menteri,
pilihan raya mungkin akan diadakan
pada tahun ini juga.
|
apa-apa
|
1 segala apa
2 sesuatu
|
1 Pesakit itu tidak memberikan apa-apa
reaksi tentang ubat yang diminumnya
itu.
2 “Ada apa-apa
yang kamu belum
faham?” tanya Cikgu Murad kepada
murid-muridnya.
|
api-api
|
1 sejenis serangga perosak
2 tumbuhan yang tumbuh pada
pokok lain
|
1 Tanaman bunga orkid itu musnah
diserang api-api.
2 Pokok api-api
itu tumbuh subur pada
pohon beringin.
|
baik-baik
|
1 dengan rapi
2 hati-hati
|
1 “Simpan wang ini baik-baik,” pesan
Encik Mohan kepada anaknya.
2 Kata anggota polis itu, “Baik-baik
ketika kamu melintas jalan raya.”
|
banyak-banyak
|
1 dalam jumlah yang banyak
2 sungguh-sungguh
|
1 Peniaga gerai minuman itu membuat
roti canai banyak-banyak.
2 “Terima kasih banyak-banyak,” kata
peminta sedekah itu kepada dermawan
itu.
|
bayang-bayang
|
1 gambar pada cermin
2 rupa yang tak jelas dalam
gelap
|
1 Asmah melihat bayang-bayangnya
sendiri di cermin muka.
2 Ternampak bayang-bayang orang
terhendap-hendap di luar rumah itu.
|
bulat-bulat
|
1 bentuk bulat
2 dengan begitu sahaja
|
1 Guli yang
dimainkan oleh kanak-kanak
itu bulat-bulat
belaka.
2 Dibelinya buah-buah durian itu bulat-
bulat tanpa tawar-menawar harganya.
|
cita-cita
|
1 harapan
2 maksud
|
1 Cita-cita
Majid ingin melanjutkan
pelajaran ke menara gading.
2 Dia menabung wangnya dalam ASB
dengan cita-cita untuk mendapatkan
dividen yang baik.
|
datang-datang
|
1 setibanya
2 selalu datang
|
1 Datang-datang
dia ke mari untuk
meminjam wang sahaja.
2. “Datang-datanglah
ke dusun kami
apabila tiba musim durian nanti,”
kata
Pak Saman.
|
diam-diam
|
1 tidak memberitahu sesiapa
2 tidak berbuat apa-apa
|
1 Pasangan teruna dan dara itu bernikah
diam-diam di negara jiran.
2 Ibu itu meminta anak-anaknya duduk
diam-diam ketika beliau sedang
memandu kereta.
|
terengah-engah
|
1 tercungap-cungap
2 tergesa-gesa
|
1 Dia
menamatkan larian jarak jauh itu
dengan terengah-engah.
2 Puan Mariam bertolak ke pajabat
dengan terengah-engah sehingga
tertinggal tas tangannya.
|
gilang-gemilang
|
1 terang-benderang
2 cantik sekali
|
1 Dewan tarian itu kelihatan gilang-
gemilang bermandikan cahaya
lampu
berwarna-warni.
2 Pakaian primadona itu gilang-gemilang.
|
hangat-hangat
|
1 sementara masih hangat
2 tidak bersungguh-sungguh
|
1 Mi rebus itu elok dimakan hangat-
hangat.
2 Segala usahanya merupakan hangat-
hangat tahi ayam sahaja.
|
berhati-hati
|
1 memberi perhatian
2 berawas-awas
|
1 Nenek berpesan, “Berhati-hati selalu
sebelum cucu diperdaya orang.”
2 Sentiasalah berhati-hati ketika berada
di jalan raya.
|
ikut-ikut
|
1 meniru
2 turut campur
|
1 Kassim mula ikut-ikut kumpulan budak-
budak nakal itu merokok.
2 Banyak kaki bola yang ikut-ikut
bermain di padang ketika petang.
|
kira-kira
|
1 lebih kurang
2 ilmu hisab
|
1 Kira-kira
20 ribu penonton
menyaksikan Kosert Bollywood di
Stadium Nasional.
2 Semua murid belajar kira-kira waktu di
sekolah rendah.
|
kuda-kuda
|
1 kayu penyangga tulang
bumbung rumah
2 penopang papan hitam
|
1 Sebelum memasang atap, tukang rumah
itu memasang kuda-kuda dahulu.
2 Kuda-kuda
papan hitam itu hampir
patah.
|
langit-langit
|
1
bahagian atas rongga mulut
2 kain yang dipasang di bawah
atap
|
1 Langit-langit saya luka kerana tercucuk
tulang ikan.
2 Langit-langit
di bilik rumah yang usang
itu sudah reput sama sekali
|
main-mainan
|
1 benda yang digunakan untuk
bermain
2 barang tiruan yang kelihatan
asli
|
1 Adik kecilku gemar bermain dengan
main-mainan.
2 Perompak itu menggunakan pistol
main-mainan untuk mengancam tukang
emas itu.
|
mana-mana
|
1 barang apa pun
2 siapa-siapa
|
1 “Pilihlah mana-mana baju yang encik
suka,” kata jurujual itu.
2 “Mana-mana
yang setuju sila angkat
tangan,” kata pengerusi mesyuarat itu.
|
mati-matian
|
1 dengan bersungguh-sungguh
2 berpura-pura mati
|
1 Askar-askar itu berjuang bermati-
matian demi mempertahankan negara.
2 Tawanan perang itu terbaring mati-
matian ketika dihampiri oleh askar-
askar musuh.
|
mentah-mentah
|
1 tidak dimasak
2 dengan begitu sahaja
|
1 Ibu gemar makan ulam mentah-mentah.
2 Pinangan lelaki tua itu ditolak mentah-
mentah oleh ibu bapa gadis remaja itu.
|
minta-minta
|
1 mengemis
2 moga-moga
|
1 Terdapat beberapa orang minta-minta di
kaki lima restoran besar itu.
2 Minta-minta
luluslah kamu semua
dalam peperiksaan akhir nanti.
|
bermuka-muka
|
1 beberapa banyak muka surat
2 berpura-pura
|
1 Dia menulis bermuka-muka surat
kepada sahabat penanya.
2 Sikapnya yang bermuka-muka amat
merugikan dirinya sendiri.
|
mula-mula
|
1 pada awalnya
2 sejak
|
1 Salmah menjadi wanita yang mula-
mula sampai di kemuncak gunung itu.
2 Mula-mula
sampai di Cameron
Highlands, kami kagum dengan cuaca
sejuknya.
|
orang-orang
|
1 boneka
2 patung untuk menakutkan
burung
|
1 Raja yang
lemah memerintah itu
dianggap seperti orang-orang sahaja.
2 Banyak petani menegakkan orang-
orang di tengah-tengah sawah masing-
masing.
|
perlahan-lahan
|
1 tidak tergesa-gesa
2 tidak kuat
|
1 Lori tangki itu dipandu perlahan-lahan
sahaja.
2 “Tolong cakap perlahan-lahan,” pinta
jururawat itu kepada pelawat di
dalam
wad pesakit itu.
|
berputar-putar
|
1 berpusing-pusing
2 berbelok-belok
|
1 Hakim mahkamah menegur saksi yang
sedang memberi keterangan berputar-
putar.
2
Pemandu teksi itu membawa
penumpangnya berputar-putar di
sekitar bandar untuk mengelakkan
kesesakan jalan raya.
|
rata-rata
|
1 rata sekali
2 dihitung panjang
|
1 Jentolak
itu sedang menolak longgokan
tanah itu rata-rata.
2 Rata-rata
pendapatan peniaga itu
sebanyak RM50 sehari.
|
merayau-rayau
|
1 mengembara
2 berkeliaran
|
1 Rombongan pendaki gunung yang
tersesat itu merayau-rayau mencari
khemah mereka.
2 Kambing-kambing yang terlepas itu
merayau-rayau mencari makanan.
|
rupa-rupanya
|
1 barangkali
2 sebaliknya
|
1 Rupa-rupanya
aku hanya bermimpi.
2 Jurujual yang berniat hendak menipu
pelanggannya rupa-rupanya tidak
demikian jadinya.
|
sangat-sangat
|
1 terlalu
2 sungguh-sungguh
|
1
Rumah ialah tempat perlindungan
yang
sangat-sangat diperlukan manusia.
2 Wanita sangat-sangat
mengambil berat
tentang kecantikan wajah mereka.
|
satu-satu
|
1 satu demi satu
2 sesuatu
|
1 “Cuba kira benda itu satu-satu,” kata
ayah.
2 Pergilah berjumpa doktor jika anda
menghidap satu-satu penyakit.
|
semak-semak
|
1 belukar
2 kusut (fikran)
|
1 Tanah dusun yang terbiar itu dipenuhi
semak-semak.
2 Penuntut yang terkandas dalam
peperiksaan itu terasa semak-semak di
dada.
|
sia-sia
|
1 tidak bermanfaat
2 kurang berhati-hati
|
1 Pelajar yang cerdik itu tidak pernah
membuang masanya dengan sia-sia.
2 Banyak orang menuduh orang lain
dengan sia-sia sahaja.
|
bersiap-siap
|
1 berjaga-jaga
2 berkemas
|
1 Penduduk yang tinggal berhampiran
Sungai Pahang sudah bersiap-siap
untuk menghadapi musim banjir.
2. Pak long sedang bersiap-siap untuk
mengahwinkan anak bongsunya itu.
|
siapa-siapa
|
1 orang yang tertentu
2 barang siapa
|
1 Saya tidak mengenali siapa-siapa di
dalam teksi yang dinaiki itu.
2 Siapa-siapa
yang datang lewat ke
sekolah akan didenda oleh guru disiplin.
|
tahu-menahu
|
1 tidak tahu apa-apa
2 tidak ambil peduli
|
1 Kami tidak tahu menahu tentang
kehilangan wang di dalam laci meja itu.
2 Terdapat kalangan ibu bapa yang tidak
tahu-menahu tentang gerak-geri anak
mereka di luar waktu sekolah.
|
tegak-tegak
|
1 sentiasa tegak (berdiri)
2 dengan begitu sahaja
|
1 Rekrut-rekrut tentera itu mesti
berdiri
tegak-tegak ketika dalam latihan
berbaris.
2 Samseng itu cabut lari tegak-tegak
setelah dibelasah oleh orang ramai.
|
terumbang-ambing
|
1 tenggelam timbul di dalam air
2 gelisah
|
1 Sampan kotak itu terumbang-ambing
dipukul ombak.
2. Pengurus syarikat kilang haram itu
terumbang-ambing kerana syarikatnya
disaman oleh pegawai penguatkuasa
Majlis Daerah.
|
bertingkat-tingkat
|
1 bertindih-tindih
2 sedikit demi sedikit
|
1 Rumah pangsa baru itu dibina
bertingkat-tingkat.
2 Sepanjang tempoh kerjaya beliau,
pangkat Encik Bidin naik bertingkat-
tingkat.
|
umang-umang
|
1 ketam laut yang kecil
2 orang yang suka bergaya
dengan pakaian orang lain
|
1 Kanak-kanak gemar mencari umang-
umang di tepi pantai.
2 “Aku benci pada Aminah kerana dia itu
umang-umang, suka memakai bajuku,”
kata Lela kepada Saniah.
|
undang-undang
|
1 sesuatu peraturan
2 peraturan sesebuah
perbadanan
|
1 Semua undang-undang
negara mesti
dipatuhi oleh rakyat.
2 Tiap-tiap ahli kelab dikehendaki
menurut undang-undang kelab itu.
|
untung-untung
|
1 barangkali
2 mudah-mudahan
|
1 “Ceritakanlah masalah awak, untung-
untung dapat saya membantu,” kata
Haida kepada Ali.
2. Seman ingin berhijrah ke bandar,
untung-untung dia mendapat pekerjaan
di sana nanti.
|
ura-ura
|
1 cadangan
2 perbincangan
|
1 Ura-ura
hendak melawat Zoo Negara
itu telah kami batalkan.
2 Ura-ura
tentang sambutan Hari Guru
akan diadakan oleh Kelab Bahasa
Melayu pada hari esok.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan