KATA KERJA
Kata kerja dapat didefinisikan sebagai
perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya, kata kerja dapat
dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
a) Kata kerja tak transitif
b) Kata kerja transitif
c) Kata kerja terbitan
Kata Kerja Tak Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak
memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata kerja tak transitif telah
sempurna maksudnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa
bentuk seperti di bawah ini:
Bentuk Kata
Kerja Tak Transitif
|
|||||
Asal
|
Berawalan
beR-
|
Berawalan
meN-
|
Berawalan
teR-
|
Berapitan
beR-…-an
|
Berapitan
beR- -kan
|
celik
cicir
datang
duduk
gagal
ingat
jalan
tidur
|
beradu
beredar
berbaring
bergurau
berjuang
bekerja
berlari
berjalan
|
menginap
melambung
melawan
melawat
melompat
memancar
menangis
menyala
|
tercengang
terduduk
termenung
terjatuh
terlambat
tersenyum
tertidur
terbaring
|
berasakan
berciciran
berdekatan
berjauhan
berkeliaran
berlainan
berlampiran
bermusuhan
|
beratapkan
beralaskan
berlapikkan
berbantalkan
bermandikan
berpandukan
berdasarkan
berbekalkan
|
Contoh penggunaan
dalam ayat.
1. Adik sedang tidur.
2. Ayah sedang berbaring
di atas sofa.
3. Anak kecil itu menangis.
4. Ibu kelihatan tersenyum
sejak tadi.
5. Pondok usang
itu beratapkan atap rumbia.
Kata Kerja Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan
objek (frasa nama) sebagai penyambut atau pelengkap.
Perhatikan jadual kata kerja transitif di bawah ini.
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata kerja transitif
|
Objek
|
|
1.
Zaidi
2.
Ah Meng
3.
Salim
4.
Mereka
|
mengetuk
merebus
menunggang
memuji
|
pintu itu.
telur.
kuda.
Zamani.
|
1. Kata kerja
transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan
kata kerja
transitif
pasif.
2. Kata kerja
transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-…-i, mempeR-…-i,
mempeR-, berapitan meN-…-kan, dan
berapitan mempeR-…-an.
3. Kata kerja transitif
pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teR-
dan kata
kerja pasif tanpa awalan.
Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
1. Seluarnya belum
bergosok.
2. Kasut itu digilapnya.
3. Anak hartawan
itu kena culik.
Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau
kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang diberikan imbuhan beR-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan.
Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini.
Jenis Kata
|
Kata Dasar
|
Kata Kerja
Terbitan
|
Kata Adjektif
|
besar
calar
ganas
|
memperbesar
mencalarkan
mengganas
|
Kata Nama
|
bunga
ubat
|
berbunga
mengubati
|
Kata Hubung
|
kecuali
serta
|
mengecualikan
menyertai
|
Kata Sendi Nama
|
oleh
untuk
|
memperoleh
memperuntukkan
|
Contoh penggunaan
dalam ayat:
1. Pokok mangga
itu belum berbuah.
2. Saya bercadang
untuk menyertai perarakan itu.
3. Mereka memperoleh
keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu.
·
Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR-
.
·
Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara
kata kerja transitif dengan objek dalam ayat.
·
Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata
kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah diletakkan kata sendi
namanya.
·
Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja
pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja
pasif diri
ketiga.
Contoh:
·Kuih
itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama)
·Kuih
itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua)
·Kuih
itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan