JENIS-JENIS
AYAT
Ayat ialah susunan kata-kata
yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah
mengandungi dua komponen iaitu, subjek dan predikat.
|
Subjek dalam ayat ialah benda atau behagian ayat
yang diterangkan.
Predikat pula ialah
cerita atau bahagian ayat yang menerangkan subjek.
Subjek
|
Predikat
|
1. Gajah itu
2. Kami
3. Pemuda itu
4. Pelajar-pelajar itu
5. Telefon itu
|
sedang makan tebu
ke bandar dengan menaiki
bas.
sedang dibaikpulih.
sedang tekun membaca buku.
berdering.
|
Dalam bahasa Melayu baku, ayat dapat dibahagikan kepada
empat jenis seperti yang berikut:-
|
A. Ayat
penyata
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu perkara atau hal.
Contoh:
|
B. Ayat tanya
Ayat tanya ialah ayat yang
digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau hal dan sebagainya. Ayat tanya
ini ditandai dengan tanda tanya/tanda soalan (?) di hujung ayatnya.
Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:-
|
1. Ayat tanya
dengan kata tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat
tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila,
berapa, bagaimana, mana, kenapa, mengapa,
siapa dan sebagainya.
Perhatikan
ayat contoh di bawah ini:-
1. Siapakah
olahraga sekolah kamu pada tahun ini?
2.
Di manakah kamu meletakkan beg kamu tadi?
3. Kenapakah
emak kamu bermasam muka sahaja?
4. Bagaimanakah
kemalangan itu terjadi?
5. Berapakah bilangan peserta rombongan itu?
·
Dalam binaan ayat atau penulisan, kata tanya boleh
disertai atau menerima kata penegas/partikel kah dengan syarat kata
tanya itu mestilah letaknya di bahagian hadapan ayat.
Contoh:
1. Bilakah air laut ini akan pasang semula?
2. Kenapakah kamu biarkan adik kamu ke bandar
bersendirian?
3. Di manakah kemalangan ngeri itu
berlaku?
4. Bagaimanakah keadaan pesakit jantung
berlubang yang kamu lawati itu?
2. Ayat
tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat
penyata yang diletakkan tanda tanya/tanda soal di
hujung ayatnya. Ayat tanya ini terbentuk
dengan meninggikan nada suara yang berbentuk
soalan/pertanyaan.
Contoh:
Ayat
Penyata
|
Ayat Tanya
|
1. Kedua-dua batang
jarinya kudung.
2. Adiknya kena culik.
3. Air perigi itu cetek.
4. Dia menghidap penyakit
kencing manis.
5. Cincin itu kepunyaan
Alice.
|
1. Kedua-dua batang
jarinya kudung?
2. Adiknya kena culik?.
3. Air perigi itu cetek?
4. Dia menghidap penyakit
kencing manis?
5. Cincin itu kepunyaan
Alice?
|
·
Untuk membentuk ayat tanya daripada ayat
penyata, partikel/kata penegas kah tidak perlu diletakkan di hujung ayat
tersebut.
Contoh:
|
C. Ayat perintah
Ayat perintah ialah ayat
yang berbentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan denagn tujuan
menimbulkan sesuatu tindakan.
Contoh:
|
D. Ayat seruan
Ayat seruan ialah ayat yang
digunakan untuk menggambarkan/melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
terkejut, marah, mengejek, sakit, takut, dan sebagainya. Ayat seruan ini pada
umumnya didahului oleh kata seru seperti Ah,
Amboi, Nah, Wah, Cis, dan sepertinya. Pada penghujung ayatnya pula ditandai
dengan tanda seru (!).
Contoh:
|
·
Pada umumnya, ayat seruan mengandungi kata seru
yang diletakkan di awal ayat. Namun begitu, terdapat ayat seruan yang tidak
didahului oleh kata seruan.
Contoh:
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan