Isnin, 1 Ogos 2016

kata nafi (17/2016)

KATA NAFI
Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif.
Dalam bahasa Melayu baku, kata nafi adalah seperti yang berikut:-

tak,   tidak   dan   bukan
 
 





Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nafi
Penerangan
Ayat Contoh

Tak/tidak
Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja.
1   Ramlan tidak mengendahkan nasihat ibu
     bapanya.
2   Mereka tidak bersetuju dengan cadangan kami.
3   Mata pedang itu tidak tajam.
4   Fikirannya tidak waras.
bukan
Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama.
1   Pemuda itu bukan pegawai polis.
2   Ayahnya bukan peguam.
3   Anjing itu bukan anjing peliharaan Encik
     Leong.
4   Basikal itu bukan basikal yang baru dibelinya.

·         Dalam penulisan, kata nafi bukan dan tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif.
Contoh:
                1.   Ah Keong tidak di biliknya sewaktu kejadian rompakan itu berlaku.
2.   Ayah Mei Fun tidak ke pejabat hari ini kerana demam.
3.   Bungkusan itu bukan untuk tunangnya.
4.   Khalid bukan di Sarawak sekarang.

·         Dalam penulisan, kata nafi bukan boleh digunakan untuk frasa-frasa yang lain daripada frasa nama dengan syarat maksudnya adalah untuk menekankan pertentangan secara lebih jelas.
Contoh:
                1.   Salman bukan bergaduh dengan Salim tetapi bergurau sahaja.
                2.   Guni padi itu berjahit bukan dengan benang tetapi dengan tali rafia.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata nafi seperti yang berikut:-
       1.   Kesalahan menggunakan kata nafi tak atau tidak untuk membentuk ayat nafi atau ayat
             negatif daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya.
       Contoh:
                    a)   Cik Jamaliah tidak jururawat. (X)
                    b)   Cik Jamaliah bukan jururawat. (√)

       2.   Kesalahan menggunakan kata nafi bukan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif
             daripada ayat positif apabila frasa kerja menjadi predikatnya.
       Contoh:
                    a)   Mahyun bukan belajar dengan tekun. (X)
                    b)   Mahyun tidak belajar dengan tekun. (√)


kata keterangan (16/2016/tb)

KATA KETERANGAN

Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif dengan lebih lanjut. Dalam bahasa Melayu baku kata keterangan dikenali sebagai kata sifat juga.
Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-
                (a)           Kata keterangan cara/gaya
                (b)           Kata keterangan masa/waktu
                (c)           Kata keterangan darjah
                (d)           Kata keterangan tanya
                (e)           Kata keterangan ragam/tak tentu
                (f)            Kata keterangan nafi

Jenis Kata Keterangan
Penerangan
Contoh
Ayat Contoh
Kata
keterangan
cara/gaya
Digunakan untuk
menerangkan cara
begini, begitu,
demikian, diam,
tiba-tiba, betapa

1   Tidak sesiapa pun yang tahu
     betapa sedih hati ibu yang malang 
     itu.
2  “Begini caranya menganyam daun  
    ketupat,” kata nenek.
Kata
keterangan
masa
Digunakan untuk
menerangkan masa
kelak, kelmarin,
tadi, belum, masih,
sedang, sebentar,
sekejap, selama-
lamanya, sekarang,
sudah, pernah,
selalu, akan,
kadang-kadang,
sentiasa
1   Radzi belum pernah sampai ke
     Kuala Lumpur.
2   Sewaktu dalam perjalanan pulang
    dari Seremban, kami singgah
    sebentar di pekan Kajang.
Kata keterangan darjah
Digunakan untuk
menerangkan darjah
kata adjektif
agak, amat, nian,
paling, sekali,
sungguh, terlalu,
terlampau
1   Anak kecil itu terlalu nakal.
2   Ayah paling benci berbual dengan  
     orang yang suka bercakap besar.
Kata keterangan tanya
Digunakan untuk
menerangkan masa,
cara, sebab dan
keadaan
siapa, bila, mana,
mangapa, kenapa,
apa, bagaimana,
berapa
1   Ke manakah kamu semalam,
     Anne?
2   “Apakah perkara yang sedang
    kamu bualkan itu, Man?” tanya
    Shahmi.
Kata keterangan ragam/tak tentu
Digunakan untuk
menerangkan
sesuatu yang belum pasti
agaknya,
barangkali, entah-
entah, harus, mesti,
patut, memang,
nescaya, semoga
1   “Agaknya Pak Lah masih marah
     dengan kamu, Janan?” kata Sabri.
2   Tidak patut Mak Tijah
     memperlakukan anak bongsunya 
     itu seperti anak tiri.
Kata keterangan nafi
Digunakan untuk
menafikan sesuatu
Tidak, bukan, tak
1   Zainah tidak mahu mematuhi
     arahan gurunya.
2   Marsinah bukan sombong tetapi
     pendiam.

·         Selain kata keterangan di atas, terdapat kata keterangan lain yang tidak dapat dikategorikan. Antaranya ialah hanya, jua, juga, dan saja.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata keterangan seperti yang berikut:-
       1.   Kesalahan meletakkan kata keterangan saja, juga, dan lagi di depan frasa nama, frasa sendi, 
             frasa adjektif dan frasa kerja yang menjadi predikat ayat.
     
Contoh:
                1. a)        Datuk saya juga seorang ketua kampung. (X)
                    b)        Datuk saya seorang ketua kampung  juga. (√)

                2. a)        Pemuda itu saja termenung. (X)
                    b)        Pemuda itu termenung saja. (√)

                3. a)        Ibu Salim lagi demam. (X)
                    b)        Ibu Salim demam lagi. (√)


kata kerja (15/2016/tb)

KATA KERJA

Kata kerja dapat didefinisikan sebagai perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya, kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
a)   Kata kerja tak transitif
                b)   Kata kerja transitif
                c)   Kata kerja terbitan

Kata Kerja Tak Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata kerja tak transitif telah sempurna maksudnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk seperti di bawah ini:

Bentuk Kata Kerja Tak Transitif

Asal
Berawalan
beR-
Berawalan
meN-
Berawalan
teR-
Berapitan
beR-…-an
Berapitan
beR-   -kan
celik
cicir
datang
duduk
gagal
ingat
jalan
tidur
beradu
beredar
berbaring
bergurau
berjuang
bekerja
berlari
berjalan
menginap
melambung
melawan
melawat
melompat
memancar
menangis
menyala
tercengang
terduduk
termenung
terjatuh
terlambat
tersenyum
tertidur
terbaring
berasakan
berciciran
berdekatan
berjauhan
berkeliaran
berlainan
berlampiran
bermusuhan
beratapkan
beralaskan
berlapikkan
berbantalkan
bermandikan
berpandukan
berdasarkan
berbekalkan

Contoh penggunaan dalam ayat.
1.   Adik sedang tidur.
2.   Ayah sedang berbaring di atas sofa.
3.   Anak kecil itu menangis.
4.   Ibu kelihatan tersenyum sejak tadi.
5.   Pondok usang itu beratapkan atap rumbia.


Kata Kerja Transitif
               
Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan objek (frasa nama) sebagai penyambut atau pelengkap.

Perhatikan jadual kata kerja transitif di bawah ini.

Subjek
Predikat
Kata kerja transitif  
                      Objek
1.       Zaidi          
2.       Ah Meng     
3.       Salim      
4.       Mereka                                          
mengetuk
merebus
menunggang
memuji
pintu itu.
telur.
kuda.
Zamani.

1.   Kata kerja transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja
       transitif pasif.
2.   Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-…-i, mempeR-…-i,
      mempeR-, berapitan meN-…-kan, dan berapitan mempeR-…-an.
3.   Kata kerja transitif pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teR-
       dan kata kerja pasif tanpa awalan.

Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
1.   Seluarnya belum bergosok.
2.   Kasut itu digilapnya.
3.   Anak hartawan itu kena culik.

Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang diberikan imbuhan beR-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan.

Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini.

Jenis Kata
Kata Dasar
Kata Kerja Terbitan

Kata Adjektif
besar
calar
ganas
memperbesar
mencalarkan
mengganas
Kata Nama
bunga
ubat
berbunga
mengubati
Kata Hubung
kecuali
serta
mengecualikan
menyertai
Kata Sendi Nama
oleh
untuk
memperoleh
memperuntukkan

Contoh penggunaan dalam ayat:
1.   Pokok mangga itu belum berbuah.
2.   Saya bercadang untuk menyertai perarakan itu.
3.   Mereka memperoleh keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu.

·         Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR- .
·         Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek dalam ayat.
·         Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah diletakkan kata sendi namanya.
·         Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja
       pasif diri ketiga.

Contoh:
·Kuih itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama)
·Kuih itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua)
·Kuih itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)


kata hubung (14/2016/tb)

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:
                atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi

Kata Hubung
Fungsinya
Contoh Penggunaan dalam Ayat

atau
Menunjukkan pilihan
1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan 
    pelajarannya ke maktab atau ke universiti.
2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan 
    tugasan ini, Zul?” tanya Amin.
dan
Menggabungkan dua unsur yang setara
1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang 
   kaya itu.
2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di 
   lombong tinggal itu.
kecuali
Menunjukkan kekecualian
1. Semua murid di kelas itu membaca buku di 
    perpustakaan kecuali Shamsudin.
2. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada 
    hari Ahad atau hari kelepasan am.
lalu
Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas 
    tilam yang empuk itu.
2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu
    menggigit punggungnya.
serta
Menyatakan maksud turut atau bersama-sama
1. Aliah rajin serta gigih berusaha.
2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid
   bercadang untuk pergi menonton wayang pada 
   hari minggu ini.
sambil
Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama
1. Sally menyanyi sambil menari.
2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.
tetapi
Menggabungkan ayat dengan ayat yang lain
1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak 
    suka makan roti canai.
2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi 
    harganya terlalu mahal.


Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.

Contoh:
                apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun, ketika

Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang berikut.


Kata Hubung
Fungsinya
Contoh Penggunaan dalam Ayat

agar
Menerangkan maksud/tujuan
1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam 
    ujian memandu itu.
2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat 
    sembuh.
apabila
Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa/kejadian
1. Apabila ditegur, dia merajuk.
2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan.
kerana
Menunjukkan alasan/sebab
1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian
    dalam sukan itu.
2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji
    gelas minuman.
manakala
Menunjukkan masa dan perkara yang bertentangan
1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala
    rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja.
2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu.
setelah/
sebelum
sejak
Menunjukkan masa
1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan
   kerja sekolahnya pula.
2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya 
    terlebih dahulu.
3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke 
    kampung.
supaya
Menerangkan maksud/tujuan
1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya  
    gigi kelihatan cantik dan bersih.
2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya 
    supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik.

Kata Hubung Berpasangan

Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
                baik…mahupun                                  kian…kian
                entah…entah                                       sedangkan…inikan pula
                bukan sahaja…bahkan juga            sungguhpun…namun
                makin…makin                                    bukan sahaja…tetapi juga
                sungguhpun…tetapi                           sama ada…atau
bagaimana…begitulah                      daripada…lebih baik
jangankan…pun                                 semakin…semakin

·         Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
       Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
       Ayat contoh:
                1.   Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.
                2.   Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke
      laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.

·         Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.
       Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
       Ayat contoh:
                1.   Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.
                2.   Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.


·         Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
       Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
       Ayat contoh:
                1.   Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.
                2.   Daripada membuang masa lebih baik saya membaca buku.



kata ganti nama diri (13/2016/ tb)

KATA GANTI NAMA DIRI


Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
                a)   Kata ganti nama diri pertama
                b)   Kata ganti nama diri kedua
                c)   Kata ganti nama diri ketiga

A  Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
                i)   Bentuk tunggal
                ii)   Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
Tunggal
aku, beta, daku, hamba, patik, saya
Jamak
kami, kita

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Penerangan
Ayat contoh
aku
Untuk menggantikan/merujuk diri sendiri apabila:
a) Bercakap dengan orang/kenalan
    yang sangat rapat serta mesra dan
    sedarjat/setaraf.
b) Apabila berdoa kepada Tuhan.
1. Kata Mahmud kepada rakan
    karibnya, “Petang nanti aku ingin 
    mengajak engkau datang ke
    rumahku.”
2. Ya Allah, aku memohon
    keampunan dan keredhaan-Mu.
beta
Digunakan oleh raja, sultan, dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat
1. “Beta tidak menyangka bahawa
     orang kaya tergamak menganiaya
     beta,” titah Sultan Samad.
2. Titah Sultan Ali, “Beta datang ke
    mari membawa hajat yang besar.”
daku
Sebagai objek kepada kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.
1. Kakak Milah membelikan daku
    seutas rantai emas.
2. Hamidah berkakak dengan daku.
hamba
Untuk merujuk diri orang yang bercakap atau diri sendiri pada zaman dahulu.
1. “Hamba sungguh kecewa dengan
    sikap tuan hamba,” kata Panglima 
    Hitam kepada pesuruh raja itu.
2. Kata Datuk Maharaja Lela,
    “Hamba sama sekali tidak 
    menyangka begini akan jadinya.”
kita
Untuk merujuk diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap.
1. “Mari kita membantu ibu di
    dapur,” kata Ani kepada kakaknya.
2. “Rumah kita ini perlu dicat
    semula, ayah,” kata Zubir.
kami
Untuk merujuk diri orang yang bercakap serta anggota kumpulannya apabila bercakap dengan orang kedua yang tidak termasuk dalam kumpulan mereka.
1. “Ibu bapa kami jarang ada di
    rumah pada waktu siang,” kata
    Mary dan Rita kepada Nita.
2. “Kereta kami ini berjenama
    Proton,” kata Siti dan Wan kepada
    Suzana.

patik
Digunakan oleh rakyat untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan dan kerabat diraja.
1. “Pertanyaan patik tadi belum
    tuanku jawab,” kata Bendahara 
    Melaka kepada baginda Sultan.
2. “Keluarga patik masih berada di
    Majapahit, tuanku,” sambung
    Daeng Lebar Daun.
saya
Untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dalam suasana rasmi, dengan orang yang baru dikenali, dengan orang yang dihormati, dengan orang yang lebih tua umurnya dan dengan orang lain pada umumnya.
1. “Tangan saya berasa kebas, tuan
    doktor,” kata pesakit itu.
2. “Kamu jangan cuba
    mempermainkan saya,” kata
    Zaiton kepada Maya.

B   Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
                i)   Bentuk tunggal
                ii)  Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
Jamak
anda, kalian, kamu

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penerangan
Ayat Contoh
anda
(tunggal dan jamak)
Merujuk diri orang yang kedua/orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen, dalam urusan surat-menyurat dan apabila bercakap dengan orang yang sebaya dengan kita.
1 Kata juruhebah radio itu, “Anda
   perlu berhati-hati supaya tidak
   terbeli barang tiruan.”
2 Sudahkah anda mendaftar sebagai
   pengundi?
awak
(tunggal)
Merujuk diri orang yang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, digunakan oleh orang atasan apabila bercakap dengan orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri tatkala bercakap.
1 “Awak tinggal di mana, Karim?”
   tanya Sabri.
2 Hutang awak masih tinggal seratus
   ringgit sahaja,” kata Saadiah
   kepada suaminya.
dikau
(tunggal)
Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.
1 Kassim benci akan dikau, Manan,”
   kata Bacik.
2 “Keengganan dikau melamarnya,
   membuatkan Yati kecewa, Din,”
   kata Dol.
engkau
(tunggal)
Merujuk diri orang yang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan apabila berdoa.
1 “Kawan-kawan engkau sedang
   menunggu di kantin sana,” kata 
   Rahim kepada rakannya See Yan.
2 Ya Tuhanku, kepada Engkau aku
   memohon kemaafan!
kalian
(jamak)
Merujuk diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.
1 “Kalian beredar dahulu,” kata
   Majid kepada rakan-rakannya.
2 Kalau kalian sudah bersedia, mari
   kita bergerak sekarang,” kata Bedul 
   kepada adik-adiknya.
kamu
1. Untuk menggantikan diri orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita.
2. Digunakan oleh orang dewasa apabila bercakap dengan orang yang lebih muda.
1  “Bilakah kamu akan berangkat ke
    Australia, Man?” tanya Mumtaz.
2  “Dengan siapakah kamu akan
   menjalankan perniagaan ini,
   nanti?” tanya Swee King kepada 
   Ah Chye.


C   Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:
                baginda, beliau, dia, ia, dan mereka

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri ketiga di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penerangan
Ayat Contoh
baginda
Untuk menggantikan nama sultan/raja/kerabat diraja yang diperkatakan
1 Baginda sedang beradu di bilik
   peraduan.
2 Putera baginda Sultan yang akan
   menaiki takhta kerajaan itu.
beliau
Untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan yang dianggap mulia, berjasa dan tidak melakukan perbuatan keji.
1 Beliau berasal dari Kedah.
2 Saudara beliau banyak yang 
  menetap di sini.
dia/ia
Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan.
1 Dia anak seorang ahli perniagaan.
2 Dia banyak membantu
   menyelesaikan masalah kami di
   sini.
mereka
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.
1 Mereka jarang berbual dengan
   kami.
2 Ibu mereka telah lama meninggal
  dunia.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri seperti berikut:
1.       Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri untuk binatang, benda, tempat dan benda 
abstrak dalam binaan ayat.
              Contoh:
                1.a)   Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X)
b)       Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
                2.a)   Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X)
                   b)   Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)
               
2.       Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan nama kanak-      
       kanak, penjenayah, penagih dadah atau orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya.
       Contoh:
                1.a)   Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika beliau sedang dalam keadaan khayal. (X)
b)       Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika dia sedang dalam keadaan khayal. (√)
                2.a)   Kanak-kanak itu menangis. Beliau kehilangan ibunya. (X)
                   b)   Kanak-kanak itu menangis. Dia kehilangan ibunya. (√)

        3.   Kesalahan menggabungkan kata ganti nama diri ia dan nya menjadi ianya.
              Contoh:
                1.a)   Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ianya tidak akan dibenarkan menduduki
         peperiksaan. (X)
                   b)   Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ia tidak akan dibenarkan menduduki
         peperiksaan. (√)
                2.a)   Jika melawan, ianya akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (X)
                   b)   Jika melawan, ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (√)

4.       Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai objek kepada kata sendi atau 
kata kerja transitif.
              Contoh
                1.a)   Kami tidak suka berkawan dengan ia. (X)
                   b)   Kami tidak suka berkawan dengan dia/nya. (√)
                2.a)   Sudah lama saya menunggu ia datang. (X)
                   b)   Sudah lama saya menunggunya/dia datang. (X)

        5.   Kesalahan tidak dapat membezakan kata ganti nama diri untuk Tuhan dan manusia.
              Contoh:
                1.a)   Tuhan amat menyayangi hambanya. (X)
                   b)   Tuhan amat menyayangi hamba-Nya. (√)
                2.a)   Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. (X)
                   b)   Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. (√)

       6.   Kesalahan tidak dapat membezakan penggunaan kata ganti nama diri kami dan kita.
             Contoh:
                1.a)   “Kita tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (X)
                   b)   “Kami tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (√)
                2.a)   “Kita anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (X)
                   b)   “Kami anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (√)

7.       Kesalahan menggandakan kata ganti nama diri ketiga mereka menjadi mereka-
 mereka.
              Contoh:
                1.a)   Mereka-mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (X)
                   b)   Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (√)
                2.a)   Mereka-mereka belajar di kolej swasta. (X)
                   b)   Mereka belajar di kolej swasta. (√)

        8.   Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai penerang kepada kata nama.
              Contoh:
                1.a)   Adik ia berusia lima tahun. (X)
                   b)   Adiknya berusia lima tahun. (√)
                2.a)   Rumah ia beratap rumbia. (X)
                   b)   Rumahnya beratap rumbia. (√)

         9.   Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai pelaku dalam ayat pasif diri
               ketiga.
               Contoh:
                1. a)   Baju itu belum dijahit ia. (X)
                    b)   Baju itu belum dijahitnya. (√)
                2. a)   Rumah itu sudah dicat ia. (X)
                    b)   Rumah itu sudah dicatnya. (√)



KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri penuh yang telah disingkatkan.
Dalam Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang berikut:-

kau,   ku,   mu,   nya
 
 




Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Singkat
Penerangan
Ayat Contoh
kau
Kata ganti nama diri singkat kau asalnya daripada kata ganti nama diri penuh engkau yang telah disingkatkan
1   “Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu
     rindukankau,” kata Salamah.
2   “Kenapakah kausering menjauhkan diri
     daripadaku, Salleh?” tanya Maimun.

ku
Kata penuh nama diri singkat ku asalnya daripada kata ganti nama diri penuh aku yang telah disingkatkan

1   Aku berharap agar kautidak berkecil hati
     dengan kata-kataku tadi, Osman,” kata  
     Ali.
2   Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke
     Mekah pada tahun ini.”
mu
Kata ganti nama diri singkat mu asalnya daripada kata ganti nama diri penuh kamu yang telah disingkatkan
1   “Keras sekali hatimu, Bidin,” kata
     Salmiah.
2   Kata Malek, “Aku sering teringatkan
    dirimu, Ziana.”

nya
Kata ganti nama diri singkat nya asalnya daripada kata ganti nama diri ketiga dia.
1   Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh
     tadi.
2   Tulisannya seperti cakar ayam.


·         Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan seperti berikut:-

1.       Kesalahan tidak menulis rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang
       menyertainya.

              Contoh:

                1. a)   Kata Kamil, “Orang tua ku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X)
                    b)   Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (√)
                2. a)   Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau potong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
                         (X)
                    b)   Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
                         (√)

         2.   Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri singkat sebagai subjek ayat.

               Contoh:

                1. a)   “Kau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (X)
                    b)   “Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)
                2. a)   “Nya tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X)
                    b)   “Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (√)



3         Kesalahan menulis kata ganti nama diri singkat untuk Tuhan dengan menggunakan
   huruf kecil pada pangkal katanya.

                 Contoh:

                1. a)   Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu ini! (X)
                    b)   Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)
                2. a)   Tuhan amat adil kepada hamba-nya. (X)
b)       Tuhan amat adil kepada hamba-Nya. (√)

















































KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menggantikan sesuatu atau seseorang yang tidak tentu/tidak pasti.
Contoh:
apa-apa                 bila-bila                 mana-mana                         siapa-siapa/sesiapa
 
 




Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Nama
Tak Tentu
Penerangan
Ayat Contoh
apa-apa
Untuk menggantikan nama benda/perkara yang tidak tentu.
1. Dia menerima apa-apa sahaja teguran yang
    membina.
2. Datin Aida tidak tahu apa-apa tentang 
    kegiatan haram suaminya itu.
bila-bila
Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu.
1. Perang saudara itu akan tercetus pada bila-
    bila masa sahaja.
2. “Bila-bila kamu ada kelapangan ziarahi ibu
   di kampung,” pesan Ema kepada adiknya, 
   Rima.
mana-mana
Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu.
1. Kata Siti kepada Sidah, “Kamu usah pergi ke
    mana-mana, tunggu saya di sini.”
2. Pada petang itu, Abu tidak pergi ke mana-
    mana.
siapa-siapa/
sesiapa
Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu.
1. Tidak siapa-siapa pun dibenarkan merokok
    di dalam dewan itu.
2. Mereka tidak mengenali sesiapa pun di
    majlis itu.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tak tentu seperti yang berikut:
       1.   Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tak tentu berdasarkan fungsinya.
             Contoh:
                1.a)   “Tidak ada mana-mana yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (X)
                   b)   “Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (√)
                2.a)   “Siapa-siapa kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
           kata Christine kepada Ani. (X)
                   b)   “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
           kata Christine kepada Ani. (√)

      2.   Kesalahan menyertakan partikel kah kepada kata ganti nama tak tentu dalam ayat.
            Contoh:
                1.a)   “Kamu tidak pergi ke mana-manakah petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (X)
                   b)   “Kamu tidak pergi ke mana-mana petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (√)
                2.a)   Siapa-siapakah yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (X)
                   b)  Siapa-siapa yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (√)

      3.   Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata ganti nama tak 
            tentu dalam ayat.
            Contoh:
                1.a)   “Bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (X)
                   b)   “Bila-bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (√)
                2.a)   Kata Cikgu Mansor, “Siapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah
         mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (X)
   b)   Kata Cikgu Mansor, “Siapa-siapa/sesiapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi
         ini, perlulah mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (√)






















































KATA GANTI NAMA TUNJUK

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
Dalam Bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti
Nama Tunjuk
Penerangan
Ayat Contoh
ini
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat

1   “Ini kenalan baru saya,” kata Bhagwan.
2   “Masalah ini sukar untuk diselesaikan,”
     kata Firdaus.
itu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh
1   Itu guru kelas 6 Hijau.
2   Sungai itu masih belum tercemar.


·         Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi atau tugas seperti yang berikut:-

       1.   Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai subjek ayat.
             Contoh:
                1.   Ini meja tulis saya.
                2.   Kata Razali, “Itu lukisan saya yang pertama.”

       2.  Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai penentu.
            Contoh:
                1.   “Hari ini ialah hari lahir saya,” kata Badar.
                2.   Istana itu milik Raja Permaisuri Lela Ratna.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tunjuk seperti yang berikut.
       1.   Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk yang bertugas sebagai penentu di 
             hadapan frasa nama atau kata nama.
             Contoh:
                1. a)        Ini malam, kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (X)
                    b)        Malam ini kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (√)
                2. a)        Itu pegawai polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (X)
                    b)        Pegawai polis itu datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (√)

        2.  Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tunjuk di tempat yang betul berdasarkan
             fungsinya.
             Contoh:
                1. a)        Sekolah yang ini baru siap pembinaannya akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia. (X)
                    b)        Sekolah yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia. (√)
                2. a)        Buku ini yang baru sungguh tebal. (X)
                    b)        Buku yang baru ini sungguh tebal. (√)




KATA GANTI NAMA TEMPAT

Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama tempat ada tiga iaitu, sini, situ, dan sana.

Perhatikan keterangan di bawah ini.

Kata Ganti
Nama Tempat
Penggunaan
Ayat Contoh
sini
Digunakan untuk menunjukkan
tempat yang dekat atau
berhampiran dengan orang yang
bercakap
1   “Di sini udaranya sungguh nyaman dan
     menyegarkan,” kata Aidah.
2   “Penduduk di sini ramah belaka,”kata
    Salwa kepada Diana.
situ
Digunakan untuk menunjukkan
tempat yang agak jauh. Tempat
yang dimaksudkan itu masih
kelihatan oleh orang yang bercakap
1   Kebanyakan penduduk di situ bekerja
     sebagai penoreh getah.
2   Saya tidak pasti sama ada Amir tinggal
    di situ lagi atau telah berpindah ke tempat  
    lain.
sana
Digunakan untuk menunjukkan
tempat yang jauh dan tidak
kelihatan oleh orang yang
bercakap.
1   Di Indonesia sana, Salimin menjalankan
     perniagaan menjual kain batik.
2   Dua orang pengganas komunis telah
     dibunuh oleh pasukan tentera di puncak  
     gunung sana.
































KATA GANTI NAMA TANYA

Kata ganti nama tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara. Dalam bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tanya adalah seperti yang berikut:-
adakah,   apa,   bagaimana,   berapa,   bila,   kenapa,   mana,   mengapa,   siapa
 
 





Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Tanya
Penerangan
Ayat Contoh

Adakah
Digunakan untuk menanyakan sesuatu
soalan yang jawapannya ‘ya’ atau ‘tidak’
1   Adakah ketinggian bangunan FIFA
     sama dengan ketinggian bangunan
     ZIZA?
2   “Adakah kamu pernah mengalami
     kesukaran untuk bernafas sebelum 
     ini?” tanya doktor Zaki kepada 
     Amin.
Apa
Digunakan untuk menanyakan binatang,
hal, perkara,, benda, dan benda abstrak
1   Apa tanda-tanda awal penyakit 
    kusta, doktor?” tanya Mustafa.
2   “Tujuan kamu datang berjumpa 
    dengan saya ini untuk apa, Sidek?” 
    tanya Borhan.
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara dan
keadaan
1   “Bagaimanakah keadaan mangsa
     kemalangan yang kamu bantu tadi,
     Tim?” tanya Ah Meng.
2   “Cara untuk mengikat tali pada
     dahan pokok ini, bagaimana
     cikgu?” tanya Amira kepada Cikgu 
     Jamilah.
Berapa
Digunakan untuk menanyakan jumlah atau bilangan dan harga
1   “Berapakah bilangan anggota
      tentera yang terlibat dalam operasi  
      itu, ayah?” tanya Azeem.
2   “Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor
     Bahru berapa, Malik?” tanya Tan.
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa, atau
waktu
1   Bilakah upacara Sukan SEA yang
     ke-16 itu akan diadakan?
2   “Majlis makan malam kelab sukan 
     itu akan diadakan bila?” tanya Abu 
     kepada Rahim.
Kenapa/
mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan
1   “Mengapakah kamu suka
     mengganggu saya ketika saya 
     sedang membaca buku, Roha?” 
     tanya Anita.
2   “Banyak orang menuju ke stadium
     itu, kenapa, Remy?” tanya Johan.
Mana
Digunakan untuk menanyakan tempat,
benda, orang dan binatang
1   “Di manakah majlis persandingan
     abang kamu itu akan diadakan,
     Munah?” tanya Azizan.
2   “Kawasan perkelahan itu terletak 
    di negeri mana, Jun?” tanya Zaid.
Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia
1   Siapakah tetamu undangan yang
    akan menghadiri majlis itu nanti,
    Salmi?” tanya Bakar.
2   “Kakak kamu bertunang dengan
     siapa, Devi?” tanya Kumari.

·         Dalam penulisan, kata ganti nama tanya mana tidak sama penggunaannya dengan kata ganti nama tanya di mana. Kata ganti nama tanya mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan ini atau itu. Manakala kata ganti nama tanya di mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan di sini, di situ, di sana atau di (nama tempat).
       Perhatikan contoh di bawah ini.
                1. a)        Robert : Kasut yang kamu baru beli itu mana?
                                Nathan: Ini.

                2. a)        Alice  :    Di manakah kemalangan itu berlaku?
                                Suzy   :   Peristiwa itu berlaku di Jalan Mahameru.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat tanya apabila predikat dipentingkan dengan partikal kah, maka predikat itu mestilah dikedepankan letaknya.

       Perhatikan contoh di bawah ini.
                1. a)        Pensyarah kanankah dia? (√)
                    b)        Dia pensyarah kanankah? (X)

                2. a)        Di manakah dia? (√)
                    b)        Dia di manakah? (X)

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tanya seperti berikut:-
1.       Kesalahan tidak menyertakan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di awal 
ayat tanya.
       Contoh:
                1. a)        Berapa jumlah pelajar di dalam kelas ini? (X)
                    b)        Berapakah jumlah pelajar di dalam kelas ini? (√)

        2.   Kesalahan meletakkan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di hujung ayat 
              tanya.
             Contoh:
                1. a)        Anggota polis yang dirempuh lori itu siapakah? (X)
                    b)        Anggota polis yang dirempuh lori itu siapa? (√)

        3.   Kesalahan kerana meletakkan partikel kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
              Contoh:
                1. a)        Buah nangka itu masih mudakah? (X)
                    b)        Buah nangka itu masih muda? (√)

         4.   Kesalahan menggunakan kata tanya dalam ayat yang bukan tergolong dalam jenis ayat 
               tanya.
              Contoh:
                1. a)        Khalid terlupa di mana dia meletakkan pennya itu. (X)
                    b)        Khalid terlupa tempat dia meletakkan pennya itu (√)

          5.   Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata-kata lain dalam 
                ayat.
                Contoh:
                1. a)        Bila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (X)
                    b)        Apabila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata

Zainuddin. (√)