PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.
( 1) Perlaksanaan sistem khalifah Islam.
a) Apakah maksud konsep khalifah.
1. Khalifah dalam bahasa
Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan
memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.
2. Khalifah dalam kontek
agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan
keharmonian serta kestabilan umat Islam.
b) Apakah syarat pemilihan khalifah.
1. Lelaki merdeka
beragama Islam.
2. Memiliki pengetahuan
tentang Islam.
3. Mematuhi perintah
Allah dan melaksanakan hukum Allah.
4. Adil dan berakhlak
baik.
5. Tubuh sihat, sempurna,
cergas fikiran, warak.
6. Pandai mentadbir
kerajaan Islam.
c) Bagaimanakah cara pemilihan khalifah.
1. Pertama, musyawarah
atau syura – perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar
dipersetujui ramai.
2. Kedua, cadangan nama
dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu
Bakar sebelum wafat.
3. Ketiga, pemilihan dari
beberapa calon – 6 orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
4. Keempat, pencalonan
sekolompok masyarakat – Saidina Ali telah terpilih.
5. Keempat – empat cara
ini tetap melalui musyawarah/syura.
6. Khalifah ini perlu
mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi
khalifah.
7. Syura bermaksud
permuafakatan atau consensus.
d) Apakah tugas khalifah.
1. Memelihara keduduk
agama Islam.
2. Mentadbir negara
mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah.
3. Menitik beratkan
sistem politik, sosial dan ekonomi.
4. Mempertahankan negara
dari ancaman musuh.
5. Melantik dan melucut
pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga kebajikan
rakyat agar bahagia dunia akhirat.
7. Meneruskan ajaran
Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan perpaduan
ummah melalui musyawarah.
9. Menguruskan kewangan,
perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.
( 2 ) Sumbangan Khulafa al – Rasyidin.
a) Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.
1. Digelar al – Siddiq
bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata
nabi.
2. Sifatnya ikhlas, jujur
dan setia pada baginda.
3. Saidina Abu Bakar
dicadangkan oleh Saidina Umar.
4. Beliau berjasa
menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
5. Mempertahankan Madinah
daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.
6. Membahagikan Tanah
Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir
mentadbirnya.
7. Memperkenalkan bayaran
gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali.
8. Memerintahkan Zaid b.
Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana
ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh
Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
9. Khalifah Abu Bakar
digelar penyelamat umat Islam.
b) Apakah sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.
1. Bersifat berani,
tegas, berterus – terang.
2. Pelantikannya hasil
cadangan Abu Bakar ketika sakit.
3. Dianggap zaman
keemasan Kerajaan Islam Madinah.
4. Pembaharuan politik –
Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura (
dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada
wilayah dan melantik wali ( gabenor).
5. Penubuhan jabatan –
Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib (
setiausaha).
6. Jabatan Kehakiman –
dilantik hakim bergaji bulanan.
7. Sosial – pendidikan al
– Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke
Badwi).
8. Kalendar – tahun
hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.
9. Tentera – tentera
tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti
di Madinah, Kufah.
10. Terusan dan tali air
– menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
11. Rakyat digalakkan
meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
12. Pengenalan cukai –
cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah
kerajaan Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
seperti tanaman gandum, barli, anggur.
13. Baitulmal ditubuhkan
untuk mengawal pendapatan negara.
14. Digelar Amirul
Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
c) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Seorang hartawan yang
dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
2. Digelar Zun Nurain
(menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas
salah seorang daripadanya meninggal dunia.
3. Dilantik daripada 6
cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan
orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah.
4. Dari segi politik –
meluaskan empayar seperti ke Cyprus,
Afghanistan, Tripoli
dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
5. Mengisyitiharkan
naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
6. Membina jambatan,
jalan raya rumah rehat pengembara.
7. Baitulmal digunakan
untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
8. Jizyah dikekalkan –
antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Apakah sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Seorang yang berani,
pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
2. Dilantik hasil
persetujuan sokongan suara terbanyak.
3. Banyak menyelesaikan
masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.
4. Menghentikan Perang
Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.
5. Membina markas tentera
di Parsi dan Syria.
6. Meneruskan cukai
jizyah kepada Zimmi.
(3) Kerajaan Bani Umaiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
1. Nama kerajaan ini
diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams
(peniaga terkenal).
2. Diasaskan oleh
Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina
Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.
3. Tahap 1- pemerintahan
berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah
Muawiyah.
4. Tahap 2 – berpusat di
Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.
b) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.
· Sistem khalifah – ketua
pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
· Sistem wazarah –
pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
· Sistem Gabenor – mengetuai
pentadbiran wilayah.
· Sistem urus setia –
pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai,
ketenteraan, polis dan kehakiman.
· Sistem hijabah – menjaga
keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
· Penubuhan 4 jabatan –
jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah.
· Penubuhan Diwanul Jundi
(jabatan Ketenteraan).
· Penubuhan angkatan tentera
darat dan tentera laut.
· Bidang perundangan –
hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim
mestilah bebas dan adil
c) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.
· Ilmu pengetahuan – Kota Basrah
menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
· Lahir ilmuan seperti
Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir
(sasterawan).
· Bahasa Arab dijadikan
bahasa rasmi negara.
· Tanda bunyi atau baris
dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
· Ilmu agama – Ibn Zihat al
– Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
· Hospital pertama- dibina
oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
· Hospital penyakit kusta –
dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
· Terjemahan pelbagai ilmu
ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
· Perkembangan ilmu moden
lain – kimia, astronomi.
d) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
· Pusat pengajiaan tinggi di
Carova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
· Perpustakaan Cardova
diasaskan oleh al – Hakam II.
· Bandar ilmu yang lain – Seville, Toledo, Granada.
· Pusat penjermahan karya
Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
· Cardova juga menjadi
jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
· Seni bina Islam – masjid
Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada marmar.
· Penubuhan baitulmal –
mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai
perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan
zakat ( wajib bagi umat Islam).
· Cordova menjadi pusat
ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti
tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
· Pertanian – sistem saliran
dan penyelidikan benih tanaman.
(4) Kerajaan Bani Abbasiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Pada peringkat akhir
pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti
Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan
cukai yang lebih tinggi).
2. Bani Umaiyah yang
mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
3. Kesannya golongan
Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
4. Sistem warisan Umaiyah
juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
5. akhirnya gerakan
Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
6. Gerakan ini dimulakan
oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar
mendapat sokongan.
7. Pusat operasi mereka
di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
8. Pemimpin terkenalnya
ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.
9. Ketika pemerintahan
Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.
10. Kerajaan ini berakhir
apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
11. Kerajaan ini
mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
12. Nama kerajaan ini
diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).
b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Semasa pemerintahan
Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad
menjadi kota intelektual.
2. Karya asing seperti
falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.
3. Baitulhikmah (institusi
keilmuan) telah dibina.
4. Kegiatan penulisan
terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul
idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan
bab yang berbeza antara satu sama lain).
5. Penglibatan ulama
dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah.
6. Iman terkenal seperti
Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).
7. Ketika ini berlaku
pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.
c) Sumbangan Bani Abbasiyah
dalam penterjemahan.
1. Terjemahan ke bahasa
Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.
2. Orang Islam Islam
menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik
karya tersebut ke bahasa Arab.
3. Islam memelihara
warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai
ilmu).
4. Penyelidikan sarjana
Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa
kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.
(5) Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(a) Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Kelemahan Kerajaan
Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.
2. Salah sebuah
pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia,
tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.
3. Kemudian kerajaan
kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga
membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Uthmaniyah berasal
dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir
(gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan
empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.
5. Kemudian Byzantine
ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin
masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan.
b) Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Empayar bermula di
sekitar Anatolia, kemudian Bursa
dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.
2. penggantinya iaitu
Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.
3. Kemudiannya Murad I
dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria,
Sofia, Albania,
Kosovo.
4. Mehmed II pula berjaya
menawan Istanbul (Constantinople)
iaitu ibu kota Ron Timur.
5. Pada awal abad ke-20,
empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan
pemberontakan.
c) Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Bertahan selama 600
tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam
seluruh dunia.
2. Istanbul menjadi pusat
pentadbiran dunia Islam.
3. apabila Sultan Selim I
menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.
4. Kanun Suleiman
diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan
individu tanpa mengira bangsa dan agama.
5. Kerajaan ini
memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam
pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.
6. Dari segi ekonomi-
Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.
7. Hubungan perdagangan
Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan
Hindi.
8. Menukarkan sistem
bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan
kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.
9. Sistem pendidikan –
sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera,
kolej perubatan.
10. Penulisan
ensiklopedia – berkaitan sains Islam.
11. Perpustakaan
ditubuhkan di masjid, hospital, rumah.
12. Seni bina – masjid
Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.
(6) Faktor penyebaran Islam ke Eropah.
a) Kekuatan pasukan tentera Islam.
1. Pegangan akidah dan
akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.
2. Semangat Ghazi Zaman
Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan
Islam. Kesannya – kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.
3. Sistem ketenteraan
Uthmaniyah – senjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry
yang kuat.
4. Kumpulan Janissari
Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.
5. Kekuatan armada laut –
pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.
b) Politik tidak stabil di Eropah.
1. Perang antara kerajaan
kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.
2. Kemasukkan tentera
Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens
yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.
3. Kejatuhan Byzantine –
memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.
4. Institusi gereja di
Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka rmaai
penganut Kristian memeluk Islam.
c) Dasar pemerintahan Islam.
1. Dasar diplomasi dan
toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.
2. Kedudukan, perundangan
dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal
keagamaan Kristian.
3. Dasar berasaskan
kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk
Islam.
4. Kerajaan Islam tetap
membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.
d) Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam.
1. Ramai orang Turki
berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgria dan Albania yang
didiami ahli sufi.
2. Mereka bersama
ahlisufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi.
Ahli sufi.
(7) Perembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
a) Kawasan pertembungan tamadun.
1. Khalifah al-Rasyidin
(Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.
2. Kemudian perluasan
kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.
3. Apabila Bani Umaiyah
menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun
Islam dan Eropah.
b) Cara pertembungan berlaku.
1. Perdagangan – Nabi
Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam juga berniaga di
kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun China).
2. Diplomatik – kerajaan
Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol.
Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk
membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam cara
hidup orang Islam.
3. Penaklukan – kerajaan
Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya
menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun rom-empayar
Byzantine).
4. Kebudayaan – kemasukan
Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir
golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan
budaya Islam dan berbahasa Arab.
5. Intelektual – Ilmuan
Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir
Islam dengan bukan Islam.
c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial.
1. Keagamaan – mengubah
akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak
menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.
2. Kesan perluasan
kawasan yang diperintah Islam – kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.
3. Lahir pelbagai
kerajaan Islam – kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah,
Uthmaniyah.
4. Penguasaan ekonomi –
keselamatan lalauan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam
berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol,
Perancis di barat.
5. Urbanisasi – berlaku
kesan kemajuan pedagang Islam.
6. Organisasi sosial –
Islam memberi penyelarasan undang – undang yang saksama kepasa semua lapisan
masyarakat.
7. pendidikan –
merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik.
8. Tatatertib kehidupan
harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol,
ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan
berpakaian seperti orang Islam.
9. Golongan Mudejar ialah
orang Islam minority di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara
hidup Islam tersebut.
d) Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.
1. Cendekiawan Islam dan
bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti
Aristotle, Plato, Galen.
2. Penterjemahan pesat
berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.
3. Ilmu perubatan –
Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.
4. Matematik dan
astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani.
5. Politik dan
undang-undang – al Farabi, al-Mawardi.
6. Ilmu Mantik dan
falsafah – Ibn Sina, Ibnu Rushd.
7. Seni bina – Masjid
Cordova, istana Alhambra di Granada.
8. Kesusteraan – Omar
Khayyam, Jalal ad-Din.
9. Pengembaraan – Ibn
Battuta, al – Mascudi.
<