Khamis, 4 Oktober 2012

Keadah Inkuari



KAEDAH INKUARI

Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi membuktikan ilmu-ilmu dalam sains sosial. Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaeadah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti sejarah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia melibatkan proses mencari kesimpulan daripada soalan-soalan yang dibentuk serta dapatan-dapatan penyelidikan. Selain daripada itu, kaedah ini juga melibatkan proses penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh.

Kaedah inkuiri juga merupakan satu cara yang amat penting yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran sejarah. Kaedah ini menjadi essence dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains social untik mengembangkan kemahiran belajaryang bermakna kepada pelajar-pelajar. Kaedah ini lebih menekankan ikepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur dan cara-cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran. Cara ini memberatkan penyiasatan-penyiasatan, ekspositori dan penemuan.

Kaedah ini juga dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar. Dari segi pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan. Sebaliknya, kaedah inkuiri memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran yang dirancangkan secara sistematik oleh guru. Kaedah ini dianggap amat relevan untuk memberikan kemahiran-kemahiran pembelajaran yang berkembang kepada pelajar. Cara ini juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara sendiri. Hal ini demikian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran secara inkuiri dapat membentuk sikap keterbukaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini juga membolehkan pelajar lebih berdikari dan mampu untuk mencari maklumat secara tersendiri dan tidak hanya mengharapkan guru sahaja untuk memberikan maklumat kepada mereka.

Pengajaran sejarah KBSM perlu menitikberatkan perubahan sikap pelajar-pelajar untuk menegtahui bukan setakat apa yang orang lain fakir dan diminta percaya apa yang diketahui, tetapi menggalakkan mereka menyoal, mengkaji, menilai, menyangkal pendapat-pendapat berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti sejarah. Pentingnya strategi inkuiri ini ialah untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah-masalahatau pengetahuan-pengetahuandan mengaplikasi pengetahuan sejarah dengan keadaan masa kini. Seseorang bukan sahaja dapat memahami isi kandung sejarah tetapi dapat mengaitkan dengan situasi lain (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999:113). Daripada pengalaman-penglaman penyelidikan, kaedah inkuiri dapat memberikan kemahiran yang penting kepada proses pengembangan kemahiran intelek.

2.0 Konsep Kaedah Pengajaran Inkuiri
Kaedah inkuiri atau tinjau siasat atau pertemuan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran sejarah. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial, kaedah ini menjadi penting bagi mengembangkan kemahiran kemahiran belajar yang bermakna kepada murid. Ia menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Pengajaran secara inkuiri akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka jalankan.

Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran murid. Kaedah ini membolehkan guru tidak terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. Murid sendiri akan bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran. Dalam hal ini guru berindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Hazri Jamil, 2003:69).

Kaedah ini dapat membentuk sikap suka meneroka dan menyelidik dalam kalangan pelajar. Melalui kaedah inkuiri, guru bukan memberikan murid-murid, sebaliknya mengemukakan persoalan atau permasalahan yang memerlukan pelajar mendapatkan data dan melakukan penyelidikan serta mengemukakan penjelasan bagi menilai andaian-andaian yang sudah mereka bina. Oleh itu, kaedah ini menggalakkan murid menggunakan akal fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah atau pengetahuan sejarah dengan keadaan masa kini.

Kaedah inkuiri adalah berdasarkan falsafah John Dewey yang menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi tiga aspek utama iaitu penyiasatan, pemikiran reflektif dan jumpaan. Guru akan membentuk dan menguruskan pengalaman pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan sikap yang wajar supaya mereka dapat menjalani proses inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, murid dapat memahami dan menerangkan sesuatu perkara, konsep, prinsip, masalah dengan membuat penyelidikan sendiri, bukan lagi diberitahu guru semata-mata. Murid belajar sejarah melalui pemahaman dan bukan penghafalan semata-mata.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid memainkan peranan penting dalam aktiviti gerak kerja seperti bertanya, membaca, berbincang, mencatat, meneliti, dan menganalisis data atau maklumat, menghujah, melaporkan, menulis esei dan sebagainya. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada murid. Interaksi antara guru dan murid dan antara murid dengan murid amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kaedah ini juga dapat merangsang murid mengkaji dam mengetahui sesuatu peristiwa secara dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan naluri ingin tahu dalam kalangan murid.

Kaedah inkuiri melibatkan proses mental yang sentiasa berkembang. Semasa mengamati sesuatu masalah, mengklasfikasikan masalah tersebut, seterusnya membuat andaian atau membina hipotesis, menguji hipotesis dan akhirnya membuat kesimpulan. Ini adalah cara mendapatkan penemuan dan membuat kesimpulan berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan melalui pemerhatian, pengumpulan data dan sebagainya.

Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses pembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk mengapa dan bagaimana memerluka murid membuat huraian. Ini menghasilkan tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas bagi tujuan yang lebih bermakna.

Kaedah pengajaran inkuiri boleh dibahagikan kepada 2 pendekatan iaitu kaedah inkuiri pendekatan deduktif dan kaedah inkuiri pendekatan induktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada peraturan atau generalisasi kepada contoh-contoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan. Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968):
1. Cadangkan masalah yang mencabar
2. Bantu murid-murid menganalisis masalah
3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang boleh dipertimbangkan
4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid
5. Memandu dan mengarahkan murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir menggunakannya.
6. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah tersebut sendiri.
7. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul atau salah.

Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatan deduktif,
murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu yang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakan proses mencari maklumat atau fakta sejarah itu akan dipandu oleh generalisasi dan kesimpulan sesuatu peristiwa sejarah yang telah diketahui dan diterima umum. Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana generalisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlu mencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang diberikan.

Pendekatan induktif pula ialah sesuatu pendekatan yang beralih daripada data-
data yang terkumpul kepada generalisasi. Pendekatan ini memerlukan kita membuat sesuatu generalisasi daripada persamaan yang terdapat dalam perkara-perkara yang berbeza. Pendekatan induktif adalah selaras dengan pemikiran sejarah yang terdapatnya suatu “covering laws” yang berupaya menerangkan fenomena yang berupaya seperti revolusi yang berlaku di negara-negara yang berbeza.

Langkah-langkah pengajaran berdasarkan pendekatan induktif adalah seperi berikut :
1. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan
2. Kemukakan pelbagai hipotesis atau cara penyelesaian
3. Hipotesis yang tidak munasabah akan ditolak
4. Data dikumpulkan dengan cara yang sistematik.
5. Data dianalisis bagi mendapatkan elemen-elemen yang saling berkaitan
6. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan
7. Keputusan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah atau situasi yang sama.

Pada awal kajian, murid dikehendaki membuat hipotesis. Selepas mengumpul data
data yang sah, menilai hipotesis dengan menggunakan data dan maklumat yang diperoleh, murid dikendaki pula membuat generalisasi berdasarkan bukti-bukti yang terkumpul tadi. Akhir sekali mengaplikasikan generalisasi tersebut kepada situasi yang sama.

3.0 Aspek-aspek Pengajaran Inkuiri
Banyak isu-isu sains sosial dalam mata pelajaran mengkehendaki inkuiri digunakan dalam pengajaran terutamanya berkaitan dengan konsep-konsep dan kebolehan-kebolehan membuat generalisasi. Kaedah inkuiri adalah berasaskan kepada pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Kaedah ini bertujuan mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan, membuat dan menyusun data serta menganalisis data (maklumat). Salah satu kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran Sejarah ialah menekankan kepada kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, pensejarahan, bersyarat (conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai, sebab-munasab dan sebagainya (Abd Rahim Abd Rashid, 1989:149).

Melalui proses inkuiri, satu generalisasi daripada bidang sejarah boleh dikaji atau atau diuji sebagai suatu kemungkinan hipotesis. Penekanan terhadap aspek ini akan membolehkan pelajar-pelajar mengembangkan kebolehan menilai pelbagai corak generalisasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial khususnya dan masalah-masalah serta mengaplikasikan masalah-masalah yang dipelajari dengan kehidupan mereka.

Dalam merancang tajuk-tajuk sejarah, guru boleh membuat keputusan-keputusan yang rasional dan terancang mengenai bahan-bahan, aktiviti pembelajaran dan strategi-strategi pengajaran untuk memendu dan menentukan tercapainya matlamat pengajaran inkuiri.

4.0 Kelebihan dan Halangan Kaedah Inkuiri
Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian. Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka digilap dengan pemikiran kritikal. Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang mereka peroleh daripada sumber rujukan yang sahih.

Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan keupayaan membuat penaakulan aktif. Apabila murid berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan berupaya mencari jalan penyelesaian. Murid dilatih supaya menentukan sesuatu masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat, kemudian menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.

Kaedah inkuiri dalam subjek Sejarah memerlukan proses penyiasatan. Murid akan diminta menyiasat dan mencari maklumat bagi mendapatkan penyelesaian atau jawapan mengenai sesuatu persoalan yang dikemukakan. Melalui pengalaman murid dalam proses tersebut, murid akan lebih mudah mengingat sesuatu maklumat dan murid juga mendapat kepuasan intrinsik hasil daripada usaha kendiri mereka melakukan proses pencarian dan pembuktian mengenai sesuatu perkara atau peristiwa sejarah. Pengalaman pembelajaran melalui kaedah inkuiri ini akan membantu murid melalui suatu proses penemuan dan kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan berdasarkan bukti dan pemikiran rasional.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini juga dapat mengembangkan bakat dan kebolehan murid untuk merancang dan mengelolakan sesuatu kerja projek atau kajian luar. Murid digalakkan bersikap berani, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam proses mendapatkan maklumat dan membuktikan pendapat atau hipotesis yang mereka kemukakan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa halangan dan kekangan yang menyebabkan kaedah inkuiri ini dikatakan gagal atau tidak sesuai diguna pakai dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini timbul apabila subjek Sejarah hanya dijadikan subjek “tulis dan ingat” oleh guru-guru dalam pengajaran Sejarah semata-mata tanpa membabitkan pelajar berfikir secara berfikrah. Oleh itu, proses pengajaran hanya tertumpu kepada penulisan nota-nota dan menghafal segala nota yang diberi. Murid-murid tidak digalakkan untuk mencetuskan persoalan-persoaln yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan ini memungkinkan kaedah inkuiri digunakan dalam pengajaran.

5.0 Prosedur Kaedah Inkuiri
Kaedah inkuiri merupakan satu model penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, peringkat-peringkat turutan inkuiri selalunya dibuat berdasarkan kepada memberi fokus kepada sesuatu masalah yang dipelajari (dikaji). Peringkat yang kedua ialah membentuk rangka tindakan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Peringkat ketiga ialah mengumpulkan data-data atau maklumat-maklumat yang relevan. Menganalisis data atau maklumat-maklumat merupakan kaedah yang kekempat dan duiikuti dengan kaedah yang kelima iaitu membentuk kesimpulan

5.1 Contoh Kaedah Inkuiri dalam Pengajaran Sejarah

Langkah 1 : (Menentukan tujuan pembelajaran atau menetukan masalah)
Guru membimbing murid mengenal pasti tujuan pembelajaran iaitu sebab untuk mencari jawapan bagi sesuatu soalan ataupun penyelesaian bagai sesuatu masalah. Guru harus membimbing murid supaya dapat merangsang sikap ingin tahu dalam kalangan murid dengan mengaitkan kepentingan perkaitan masalah tersebut kepada diri murid. Teknik menyoal akan membantu murid melihat perkaitan dan kepentingan mengenai tajuk yang diajar dengan diri mereka. Maka rasa ingin tahu mereka akan timbul. Alat bantu mengajar (ABM) seperti potongan akhbar, gambar, karikatur, petikan kata atau rakaman audio atau video boleh juga digunakan.

Langkah 2 : (Membina hipotesis)
Selepas murid mengenal pasti tujuan pembelajaran dan mengenal pasti masalah, guru harus membimbing pelajar membuat hipotesis. Hipotesis hanyalah jangkaan atau andaian sementara yang sedia ada dalam pemikiran atau ingatan, atau pengetahuan sedia ada pada murid. Ia boleh dihasilkan secara spontan oleh murid atau secara analitikal selepas menilai bahan-bahan yang sedia ada. Ia adalah panduan dalam proses pengkajian dan tanda had kepada pengkajian. Selagi tidak dibuktikan salah ia tidak boleh dikatakan salah atau diketepikan. Guru harus mengawal pembinaan hipotesis pelajar dengan menyediakan data yang terkawal dan spesifik kerana berkemungkinan murid akan membina hipotesis yang tiada kaitan dengan tajuk pembelajaran.

Langkah 3 : (Menguji hipotesis)
Langkah seterusnya ialah meninjau, mengatur dan menganalisis data dan maklumat bagi menguji kebenaran hipotesis. Pada peringkat awal, guru perlu membimbing murid untuk mengetahui sumber-sumber maklumat. Sumber maklumat boleh diperoleh daripada gambar, statistik, audio, bahan bertulis seperti peta, carta, surat khabar, surat, diari, dokumen, monograf, dan buku teks sumber lain seperti ucapan, kuliah, temu ramah, cerita rakyat dan sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh meminta murid murid untuk merujuk buku teks, salinan dokumen yang dibekalkan oleh guru atau pun murid boleh menemu ramah datuk dan nenek atau masyarakat setempat berkaitan tajuk yang diberikan oleh guru. Melalui kaedah inkuiri, ini dapat melatih dan merangsang minda pelajar dalam berfikir secara kritikal “critical thinking”.

Langkah 4 : (Membuat kesimpulan)
Sekirannya penyataan kesimpulan tidak setara dengan penyataan hipotesis dan memerlukan pengubahsuaian, ini bermakna ia membawa suatu idea baharu yang dapat menjelaskan hipotesis tersebut dengan lebih mendalam dan teliti.

Langkah 5 : (Menggeneralisasikan ataupun mengaplikasikan kesimpulan)
Selepas membuat kesimpulan, murid terpaksa menggeneralisasikan dengan menguji kesimpulan dengan setiap data. Walau bagaimanapun, guru perlulah sentiasa membimbing murid bersifat terbuka sekiranya menerima data baru yang bercanggah dengan generalisasi dan cuba menguji dan mengubah generalisasi jika perlu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan