Khamis, 4 Oktober 2012

Kajian Kualitatif



KAJIAN KUALITATIF

1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif –

            Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan persoalan
kajian :

(i) jangka masa kajian;
(ii) jenis data yang hendak dikutip;
(iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
(iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
(v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
(vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
(vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan
kajian; dan
(viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.


2 Pemilihan Bentuk Kajian –

(a) Bentuk Kajian Lapangan.
Ia melibatkan data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

(b) Bentuk Kajian Kes.
Memaparkan suatu bentuk kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

(c) Bentuk Kumpulan Terfokus.
 Bentuk ini merupakan proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar . satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap.

(d) Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif
dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

(e) Bentuk Analisis Dokumen
Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan.
Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.


3 Membina Alat Kajian Kualitatif

(a) Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang,rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data – Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti , j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ) ,Memproses ( pkurangan data, pamir data , verifikasi data ) ,Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder , Minterpretasi penemuan )

(b) Alat Pemerhatian – Ciri-ciri
• Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan.
• Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.
• Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.
• Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian
• Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

(c) Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu.
• Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.
• Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan.
• Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.

4. Kebolehpercayaan dan Kesahan
Dari segi:
(1) alat yang digunakan dalam kajian;
(2) proses mengutip data;dan
(3) kaedah analisis data.

            Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer.
Jenis triangulasi :
(i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama.
(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

5. Persampelan dalam Kajian

Kualitatif

(a) Strategi Persampelan
dalam kajian kualitatif strategi persampelan bukanberkebarangkalian digunakan (non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian :

(i)  persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh.
(ii) persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.
(iii) persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian.
(iv) persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan.

6. Kaedah Pengutipan Data

• data yang didapati daripada dokumen; ( dimana, siapa , bila ) ,Tubuh system organisasi data.
• data yang didapati daripada temuduga; satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung
• data yang didapati daripada pemerhatian .

7. Proses Menganalisis Data
(i)   Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis.
(ii)  Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan dalam ”word processing” atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer.
(iii) Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan.
(iv) Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat
(v)  Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan interpretasi dapatan.


8. Interpretasi Data

(a) Data Dokumen:

(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks.
(ii) Teks dilabel dan dikategorikan.
(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan Menjelma.
(iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya.
(v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan

(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan.
(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej.
(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema.

(c) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi

(d) Data Pemerhatian

a. Kebolehpercayaan – Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan data dibuat semula.
b. Kesahan – Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa yang kita ingin tahu.
c. Pemerhatian – Satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung.
d. Temubual – Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung.
e. Triangulasi – Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan maklumat untuk kajian kualitatif.


KAJIAN KUANTITATIF

1. REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN -
- mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variabel bersandar,
- alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik

a) Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif
Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen :
(a) Sejarah
(b) Kematangan ( tempoh masa )]
(c) Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua
(d) Alat ukuran
(e) Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau skor tingi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah.
(f) Pemilihan – berlaku bias dlm pemilihan sample
(g) Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan
(h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan
Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu eksperimen:
(a) Kesan Interaksi Pengujian
Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat mengingat soalan dan jawapan ujianpra.
(b) Interaksi
Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian dengan variabel yang dikaji.
(c) Kesan Tindak Balas
Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam suasana biasa (suasana bukan eksperimen).
(d) Gangguan Rawatan Berganda
Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus.

2. Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

(a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif
(i) Reka bentuk kes (case design)
(ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design)
(iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design)
(iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design)
(v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design).



(b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen
(i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): reka bentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan (singlegroup-pretest-posttest design), reka bentuk siri-masa (time-series design)
(ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): Reka bentuk berkumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja (controlgroup-posttestonly design); Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpra-ujianpos (control-group-pretestposttest design). Reka bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmon-control-group design),
Reka bentuk faktorial (factorial design).

Kajian Deskriptif
Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000 subjek. Reka bentuk Kajian Deskriptif :
a) Kes – satu subjek kajian sahaja.
b) Siri kes – beberapa kes
c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap
subjek kajian
d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur
pada awal kajian, kemudian selepas beberapa ketika,
hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan
e) Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang
boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku . lebih sukar dan
memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan
untuk menunjukkan wujudnya hubungan sebab-kesan.

Kajian Eksperimen - Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab
kepada sesuatu kesan . dua (2) jenis, iaitu

(i) reka bentuk takberkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas
satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka
bentuk ini ialah reka bentuk ujianpra-ujianpos-satukumpulan.

(ii) reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan
kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan
tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan
kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen)
diberikan rawatan sebenar.


3. Soal-Selidik

Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. Langkah-langkah membina soal-selidik.
(i) Membangunkan item sesuai dgn obj kajian.
(ii) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai.
(iii) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item.
(iv) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis.
(v) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data.


4. Inventori - Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang individu,

(a) Skala Likert - satu skala nombor integer yang mempunyai sama
Selangnya


5. PENJELMAAN DATA

- dua proses dalam menganaliss data:
(a) Memproses data dari borang soal selidik
(b) Memproses data dari inventori

Data perlu diolah kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai.
langkah-langkah dalam analisis data:
(a) Fasa pra-analisis
(b) Fasa pengurangan saiz data
(c) Fasa paparan data
(d) Fasa pengesahan data
(e) Fasa dapatan

- Prosedur Pemprosesan Data
(a) Surat memohon kebenaran
(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua
(c) borang soal-selidik/inventori diedarkan dan
meminta sample mengisikannya.
(d) data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses
terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian
(e) Data daripada alat kajian, seperti soal selidik / inventori, perlu
diubah kepada skor variabel-variabel kajian.
(f) pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk
menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.
Inventori – Satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk
mengukur satu konstruk psikologi tertentu seseorang individu.
Kajian deskriptif – Kajian di mana rawatan tidak dibrikan kepada
subjek kajian dan variabel kajian diukur seperti yang sedia ada.
Kajian eksperimen – Kajian di mana rawatan diberikan kepada
subjek kajian dan variabel kajian diukur sebelum dan selepas
rawatan diberikan.
Kajian kuantitatif – Kajian yang mengukur secara kuantitatif
hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variable
bersandar/hasil.
Placebo – Rawatan yang diberikan kepada kumpulan kawalan
supaya mereka tidak rasa berbeza daripada
kumpulan eksperimen.


ANALISIS DATA KUANTITATIF

1 ANALISIS DESKRIPTIF –
kaedah analisis bagi tujuan menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentaabiran ke atas parameter populasi.
a) Kekerapan dan Kekerapan Relatif
Set data, sama ada dari jenis kualitatif (perkataan) atau kuantitatif (taburan data), boleh dipaparkan dalam bentuk jadual taburan kekerapan
b) Min dan Sisihan Piawai
- min yang merupakan purata data adalah berperanan sebagi pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan lokasi sesuatu taburan data.
- Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah sukatan pada paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi di bawah median, dan 50% lagi berada pada lokasi di atas median

Min Data Tak Terkumpul
Untuk data yang tidak dikumpulkan kepada beberapa kelas, min diberi seperti berikut:
Min = (Jumlah semua nombor) / (bilangan nombor).

c) Korelasi Linear dan Regresi Linear Mudah
(i) Korelasi Linear - mengukur kekuatan hubungan linear antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan symbol ı (huruf Greek berbunyi rho) dan untuk sampel menggunakan simbol r.
(ii) Regresi Linear Mudah - kajian kebersandaran satu variable ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang pertama dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan variabel tak-bersandar.


2 PENGUJIAN HIPOTESIS HUBUNGAN

Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentakbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sample untuk mentakbir/menganggar paprameter populasi.
a. Hipotesis nol, H0
Ia adalah hipotesis statistik yang menyatakan kesamaan parameter populasi dengan satu nilai tertentu, atau menyatakan tidak ada perbezaan antara dua parameter populasi.
b. Hipotesis pilihan, H1
Adalah hipotesis statistik pelengkap kepada hipotesis nol. Hipotesis ini merupakan pernyataan yang lazimnya pengkaji ingin mengesahkan kebenarannya.

Langkah Pengujian Hipotesis
a. Bangunkan pernyataan hipotesis:
H0: Tiada hubungan antara prestasi pelajar dengan kaedah pengajaran.
H1: Prestasi pelajar bergantung kepada kaedah pengajaran.
b. Pilih taburan yang akan diguna, dan tentukan rantau penolakan hipotesis.
c. Statistik ujian
d. Keputusan pengujian statistic
e. Kesimpulan pengujian.

3 PENGUJIAN HIPOTESIS PERBEZAAN

a) Perbezaan Min Dua Populasi
i. data daripada kedua-dua populasi mengikut taburan normal atau hampir normal;
ii. saiz sampel kecil (n1< 30 dan n2 < 30);
iii. kedua-dua sampel adalah tak-bersandar; dan
iv. sisihan piawai data daripada kedua-dua populasi diandaikan sama.
b) Perbezaan Min Lebih daripada Dua Populasi
Kita akan menggunakan ANOVA sehala dalam pengujian perbezaan min lebih daripada dua (2) populasi. ANOVA sehala hanya menganalisis satu faktor sahaja.
Andaian ANOVA sehala ialah:
i. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil adalah mengikuti taburan normal, atau mengikuti taburan yang hampir normal;
ii. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil mempunyai varians yang sama;
iii. semua sampel yang diambil dari masing-masing populasi adalah tak-bersandar antara satu sama lain.

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

1 GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN
(a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda
(b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup
(c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai
(d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa
(e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan
(f) Gunakan Transisi antara Perenggan
(g) Jauhkan “Cliché” (perkataan sama diulang)
(h) Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan

2. Bahasa Komunikasi Kajian - jelas, baik dan jangan menggunakan slanga

3. Terminologi dan Nahu yang Sesuai - setiap perenggan mesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Gariskan perkataan bahasa asing dan nama-nama saintifik.

4. Petikan dan Rujukan
- Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasuk ayat serta frasa dan dan perenggan pendek.
- menyalin sesuatu peta, carta atau gambar;- perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh bahan tersebut.
- pastikan setiap gambar atau carta mempunyai topik yang jelas atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan gambar atau carta tersebut.
a. Bagi hasil bertulis nyatakan:
Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan), bandaraya, penerbit, tahun halaman.
b. Bagi kertas journal nyatakan:
Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal,nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang halam kertas journal.
c. Bagi buku nyatakan:
Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi the title sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka surat yang dirujuk.
d. Bagi rujukan daripada internet nyatakan:
Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman web dan URL yang lengkap.
MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN

a) Masalah Kajian
- Pernyataan masalah kajian perlu rIngkas dan dapat menunjukkan variabel kajian.
- perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut penting untuk dikaji.
- menenrangkan skop dan perincian masalah tersebut

b) Tinjauan Literatur
-Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini.
- pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak dapat dijawab.
- Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru.
- Masalah yang biasa dlm tinjauan literature
a. kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan;
b. mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;
c. memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan;
d. memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu;
e. tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian;
f. tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan
g. gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.

c) Kaedah Kajian
-meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian.

d) Rujukan dan Lampiran

Contoh rujukan buku:
Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). "What is Anthropology"
Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey:
Prentice Hall.


HASIL KAJIAN

Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian.
Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu
(a) profil
responden- subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian (latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur,pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi.)
(b) dapatan kajian.
Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang
digunakan.
- Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap dan organisasinya mestilah baik.

- Rumusan - rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

a) Pengenalan - memaklumkan kepada pembaca tentang kandungan bab secara keseluruhan.
b) Ringkasan Kajian - mengimbau kembali kajian yang telah jalankan. Kandungan penting ringkasan kajian ialah objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, pengutipan data, dan kaedah analisis data.
c) Perbincangan Dapatan Kajian - membentangkan bagaimana dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang berkaitan.
d) Kesimpulan Dapatan Kajian - menyenaraikan dapatan-dapatan kajian dalam urutan yang sesuai,
e) Implikasi Dapatan Kajian - membincangkan apakah implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran.
f) Cadangan Kajian Lanjutan - menyenaraikan cadangan beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang yang dikaji.
g) Rumusan - memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini.

MAKLUMAT BERKAITAN

(a) Halaman Topik
Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah, jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan. Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek
(lazimnya, 13-perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi bidang kajian, variabel kajian dan tempat kajian.
(b) Pengakuan
Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu kenyataan bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya
(c) Abstrak - ringkasan kajian yang dijalankan dan juga dapatan-dapatannya
(d) Penghargaan
(e) Jadual Kandungan
(f) Senarai Jadual
(g) Senarai Rajah
(h) Senarai Singkatan
(i) Rujukan
(j) Lampiran

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

a) pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan guru dan murid.
(i) Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka
(ii) Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah pengajaran di mana seorang guru memberi panduan kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
(iii) Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas.
(b) Kaedah pengajaran – bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran.
(c) Teknik pengajaran - bagaimana guru mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah pengajaran. Prinsip-prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat
pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi (motivation-M), pemahaman (understanding-U), pengukuhan (reinforcement-R) dan pepriksaan (examination-E). Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical ContentKnowledge – PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta latar belakang pelajar dan pedagogi.

MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURE
(a) Motivasi
(b) Pemahaman- membaca dan membuat latihan
(c) Pengukuhan – membuat tugasan, latihan
(d) Peperiksaan - contoh atau soalan peperiksaan lepas


PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN

(a) Pengetahuan Mata Pelajaran- menentukan pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran, memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan tepat kepada murid.
(b) Pengetahuan Pedagogi - menjelaskan topic dan memahami topic
(c) Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran
menyediakan rancanganmengajar yang berkesan bagi sesuatu topik pengajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN

a) Pendekatan Pengajaran Terus – kelebihan
• kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat;
• objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah;
• pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran asas;
• pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah; Kelemahan :
• pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru;
• teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik;
• kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal;
• guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik;
• ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir peringkat tinggi.

(a) Kaedah Kuliah - membentang maklumat berstruktur yang telah disediakan lebih awal Kelebihan kaedah kuliah ialah:
• dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan logik;
• cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid;
• dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka;
• boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan
• memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas. Kelemahan kaedah kuliah ialah:
• pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik;
• peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi;
• pembelajaran sukar dikesan; dan
• komunikasi biasanya satu hala sahaja.


(b) Kaedah Penyoalan- untuk membuka minda muridmurid dan menggalakkan mereka berfikir dan berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru.
(c) Kaedah Bacaan/Resitasi Buku - pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih oleh guru
(d) Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi - mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak. Ciri- cirinya :
• latihan adalah untuk mengingatkan maklumat;
• mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh pelajar;
• mengulang-ulang apa yang telah diajar;
• memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan; dan
• menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.
(e) Kaedah Simulasi dan Main Peranan- aktiviti dalam situasi yang hamper sama dengan situasi sebenar.
Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu
- seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya untuk mereka melakukan
aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan.
(a) Kaedah Perbincangan dan Perbahasan
(b) Kaedah Sumbangsaran- memberi idea atau pendapat berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan.
(c) Kaedah Kolaboratif dan Koperartif –
Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana muridmurid bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satu soalan penting.
Kaedah Koperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid-murid.
empat (4) perkara diperlukan dlm kaedah koperatif, iaitu:
• Murid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat melaksanakannya.
• Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi sumbangan.
• Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan dengan jelas.
• Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain.
Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-kaedah lain, iaitu:
• Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama.
• Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas kasihan.
• Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.kelemahan, kaedah koperatif iaitu:
• Sesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini.
• Murid-murid yang suka bersendirian (loners) sukar untuk menglibatkan diri dalam perbincangan.
• Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan.
• Murid-murid pandai cuba berlagak “bijak”.
(d) Kaedah Eksperimen - digunakan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data serta menyediakan laporan.
(e) Kaedah Permainan - untuk murid-murid memahami dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang ingin disampaikan.

Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulin

(a) Kaedah Inkuiri- menjalankan kajian untuk menemui sendiri konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu.
Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri, iaitu:
• Mengenal pasti bidang masalah.
• Membina hipotesis.
• Melaksanakan eksperimen empirikal.
• Mengutip dan menganalisis data.
(b) Kaedah Penyelesaian Masalah- memberi masalah kepada murid-murid dan meminta mereka menyelesaikannya.
• mengenal pasti masalah;
• memahami masalah;
• merancang penyelesaian;
• melaksana rancangan penyelesaian; dan
• menilai penyelesaian.
(c) Kaedah Kerja Lapangan - kerja kumuniti , memerhati orangorang bekerja.
(d) Kaedah Eksplorasi- secara penemuan
• Menyediakan kerja-kerja asas.
• Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang.
• Membantu murid dalam apa cara jua.
• Meminimumkan masalah jika wujud.

RANCANGAN MENGAJAR
• maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran);
• maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,pendekatan dan kaedah pengajaran);
• langkah pengajaran (motivasi, pengetahuan/kemahiran asas,konsep bersama kandungan/bahan Bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan, rumusan, dan kerja rumah);
• rujukan.

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah, ia mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membanttu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid.

e. Penggunaan kaedah baru dalam penagjaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama danperubahan sikap. Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.

f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan