KEMAHIRAN
MIKROPENGAJARAN
KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN
Dalam
bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:
§ Sepuluh
kemahiran mikropengajaran iaitu kemahiran memulakan pengajaran termasuk
mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh,
membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran
dan membuat refleksi.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan
pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi
dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen,
menutup pengajaran, dan membuat refleksi.
2. Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa
membuat persembahan.
ISI KANDUNGAN
Apa
itu kemahiran mikropengajaran?
Pengajaran
merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang
diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu
pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada
sepuluh kemahiran asas yang dikenali
sebagai kemahiran
mikropengajaran. Dengan mengenal
pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai
kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran
mikropengajaran tersebut.
Sepuluh
kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:
1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
2. Menyoal
3. Menerang
4. Memperkukuh
5. Mengilustrasi dengan contoh
6. Membuat demonstrasi
7. Mengendali perbincangan
8. Mengendali kerja amali
9. Menutup pengajaran
10. Membuat refleksi
1. 1.
Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Tujuan
fasa permulaan pengajaran:
§ Menarik
perhatian pelajar
§ Membantu
pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif
§ Memperkenalkan
objektif pembelajaran
§ Membina
aliran pemikiran
§ Mengetahui
pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar
Elemen
penting kemahiran memulakan pengajaran:
§ Menarik
perhatian
§ menggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye contact
§ menggunakan
bantuan alat pandang dengar
§ mempelbagaikan
interaksi antara guru dan pelajar
§ Menimbulkan
motivasi pelajar
§ mewujudkan
hubungan baik
§ menunjukkan
keghairahan mengajar
§ merangsang
sifat ingin tahu
§ bercerita
§ Menstruktur
pengajaran dan pembelajaran
§ menunjukkan
hasil pembelajaran
§ membuat
ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
§ mencungkil
idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar
§ Membuat
perkaitan
§ membanding
dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar
§ menghubungkaitkan
pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan
diajar
Kemahiran
mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan pengajaran
terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mengapakah guru perlu mencungkil
idea pelajar sebelum memulakan pengajaran? Menurut Ausubel (1978), aktiviti
mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan;
“If I had to reduce all of educational psychology to
just one principle, I would say this: The most importantsingle factor
influencing learning is what the learner already knows. Ascertain this and
teach him accordingly."
(ms. 163)
Mencungkil
idea penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur
semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan
ada pada pelajar. Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih
menyedari tentang idea asal mereka dan
oleh itu lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur
semula idea tersebut jika didapati ada percanggahan. Guru pula akan mengetahui
status idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat merancang tindakan
susulan yang bersesuaian. Tindakan mencungkil idea ini sebenarnya menyokong
sepenuhnya premis asas teori pembelajaran konstruktivisme.
Beberapa
cara mencungkil idea pelajar
§ Soal
jawab keseluruhan kelas
§ Perbincangan
kumpulan
§ Demonstrasi
guru
§ Kuiz
pendek atau praujian
§ Ramal-Perhati-Terang
(Predict-Observe-Explain,
POE)
§ Peta
konsep (Concept
map)
§ Kartun
konsep (Concept
Cartoon)
§ Peristiwa
bercanggah (Discrepant
event)
§ Interview about events
§ Interview about instances
Pengajaran
merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang
diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu
pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan
kepada sepuluh kemahiran asas yang
dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran.
Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah
dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu
kemahiran mikropengajaran tersebut.
1. Kemahiran Menyoal
Tujuan
menyoal
§ Memulakan
inkuiri
§ Melibatkan
pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
§ Menarik
perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
§ Menumpukan
perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
§ Menggalakkan
pelajar bertanya soalan
§ Membina
kemahiran berfikir
§ Meminta
penjelasan idea pelajar
§ Mengenal
pasti dan menangani miskonsepsi
§ Mentaksir
kefahaman pelajar
Terdapat
5 langkah utama menyoal:
Langkah
1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas
§ Dahului
penyoalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
§ Tujukan
soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara
sukarela mahupun sebaliknya
§ Nyatakan
soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang pendek
§ Elakkan
soalan retorik
§ Seimbangkan
penggunaan pelbagai jenis soalan. Lihat lampiran 4-9.
§ Setarakan
soalan mengikut kebolehan pelajar
§ Ajukan
soalan dengan cara yang tidak mengancam
Langkah
2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)
§ Masa
berfikir seharusnya diberi selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi
respon kepada jawapan pelajar
§ Masa
berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diaju
(3-5 saat untuk soalan biasa yang diaju guru, dan lebih panjang untuk soalan
yang lebih mencabar)
Langkah
3 - Memilih pelajar untuk menjawab
§ Pilih
pelajar yang hendak menjawab secara sukarela dan sebaliknya. Pemilihan pelajar
secara rawak berupaya mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab
§ Panggil
nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara beramai-ramai
§ Ingatkan
pelajar tentang peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan, dan
sebagainya (jika perlu)
Langkah
4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar
§ Pastikan
pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar
§ Beri
respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah atau
betul) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza, jika
guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab berdasarkan soalan tersebut.
Jika sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan peneguhan positif
§ Jika
jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya lebih
lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif daripada
pelajar lain
§ Beri
galakan jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting). Misalnya dengan memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan
dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
§ Tanya
lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan tentang idea pelajar,
mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
Contohnya
bertanya “Mengapa?”, “Bagaimana kamu tahu?”, “Boleh terangkan lebih lanjut?”,
“Apakah buktinya?” dan sebagainya.
§ Tujukan
soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around)
sebelum menerima sesuatu jawapan atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan
pelajar kepada pelajar lain (redirect)
§ Kaitkan
semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu pelajar membuat satu kesimpulan (interrelating)
Langkah
5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima
§ Nyatakan
semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang diikuti
dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima dengan seboleh-bolehnya
menggunakan jawapan pelajar
§ Gunakan
alat pandang dengar di mana sesuai
§ Bagi
penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa permulaan pengajaran, langkah
5 ini tidak perlu dilakukan. Sebaliknya ajak pelajar menjalankan penyiasatan
bagi mendapatkan jawapannya, jika soalan bersifat inkuiri
1. Kemahiran Menerang
Tujuan
menerang
§ Menyampaikan
maklumat dengan cara yang berkesan
§ Membina
pengetahuan dan kefahaman pelajar
§ Pelajar
dapat mengikut arahan
Jenis-jenis
penerangan
§ Penaakulan
§ Menggunakan
proses logik untuk menjawab soalan
§ Menstruktur
semula konsep atau idea
§ Interpretatif
§ Menghuraikan
maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori
§ Deskriptif
§ Menghuraikan
proses, struktur, dan prosedur
§ Arahan
jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu
Komponen
penerangan
§ Ayat
pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya dengan bertanya
soalan
§ Isi
kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan
§ Penghubung:
Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu
penanda wacana (cth: oleh itu, adalah disebabkan oleh, Inilah sebabnya)
§ Ayat
penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan
§ Soalan
bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar
Empat
Prinsip Utama Kemahiran Menerang
§ Gunakan
kejelasan
§ Tumpukan
kepada aspek yang spesifik
§ Gunakan
contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
§ Fokus
semula dengan membuat ringkasan
§ Gunakan
bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
§ Elak
kekaburan dan ayat tidak relevan
§ Gunakan
penegasan
§ Intonasi
berbeza
§ Penunjuk/penyerlah
§ Pergerakan,
gerak isyarat
§ Urutan/Kesinambungan
§ Induktif/deduktif
§ Bantu
ingat (prompts)
§ Variasi
dan kata penghubung
§ Pelbagaikan
kelajuan penyampaian
§ Dapatkan
maklum balas
§ Libatkan
pelajar
§ Wujudkan
peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap
1. Kemahiran memperkukuh (secara positif)
Tujuan
memperkukuh
§ Meningkatkan
interaksi bilik darjah
§ Memperbaiki
disiplin bilik darjah
§ Memotivasi
pelajar
§ Meningkatkan
keyakinan pelajar
§ Mengubah
atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
§ Meningkatkan
kefahaman pelajar
Komponen
Kemahiran Memperkukuh (secara positif)
§ Penggunaan
bahasa lisan
§ unakan
perkataan dan frasa yang positif seperti bagus, baik, tepat sekali, dan sebagainya
§ Gunakan
kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan, fikir sekali lagi, untuk galakkan pelajar berfikir lebih lanjut
§ Penggunaan
tindakan bukan lisan
§ Gunakan
bahasa isyarat seperti mengangguk kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk
tangan, menepuk belakang, menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau
memberi perhatian penuh
§ Penggunaan
ganjaran
§ Sekali-sekala
beri peluang pelajar menjalankan projek, lawatan, mencari maklumat di
perpustakaan, bermain permainan yang mendidik, atau membatalkan kerja rumah
jika pelajar mencapai tahap masteri
§ Penggunaan
jawapan pelajar
§ Struktur
semula atau susun semula jawapan pelajar
§ Ulang
jawapan pelajar
§ Bina idea
atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar
§ Tulis
jawapan pelajar di papan tulis
Prinsip
Memperkukuh (secara positif)
§ Tunjukkan
kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
§ Berfikiran
terbuka terhadap kelakuan pelajar
§ Pelbagaikan
kaedah, media, teknologi dan aktiviti
§ Bersifat
ikhlas
1. Kemahiran Mengilustrasi dengan Contoh
Tujuan
mengilustrasi dengan contoh
§ Membimbing
pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit
§ Menjelaskan
peraturan, konsep, prinsip, dan teori
§ Menjadikan
idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami
Prinsip
kemahiran mengilustrasi dengan contoh
§ Gunakan
contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit dan/atau gambar
rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia
ada pelajar
§ Gunakan
contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori
tertentu yang hendak diajar
§ Gunakan
media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan
prinsip yang hendak diajar
§ Gunakan
contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan minat pelajar
§ Libatkan
pelajar secara verbal atau membuat lakaran
§ Sediakan
sebelum pengajaran
§ Perhatikan
kelakuan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yang diberi
bersesuaian
§ Sediakan
contoh yang mencukupi dan pelbagai
1. Kemahiran Membuat Demonstrasi
Tujuan
membuat demonstrasi
§ Mengajak
pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
§ Membantu
pelajar membina kefahaman
§ Merangsang
pemikiran kritis dan kreatif
Komponen
Membuat Demonstrasi
§ Membuat
persediaan awal
§ Tentukan
konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar
§ Tentukan
aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
§ Jana
beberapa soalan penting yang akan digunakan
§ Lakukan
latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi
berjaya
§ Menjalankan
demonstrasi: jenis-jenis demonstrasi
§ Demonstrasi
guru
§ Demonstrasi
guru-pelajar
§ Demonstrasi
pelajar
§ Demonstrasi
tetamu jemputan
Prinsip
Menjalankan Demonstrasi
§ Seboleh-bolehnya
libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi interaktif (misalnya teknik
demonstrasi POE)
§ Utamakan
proses induktif berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan
§ Tunjukkan
keterujaan supaya demonstrasi kelihatan ‘hidup’
§ Pastikan
semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
§ Sentiasa
bertanya soalan berorientasi inkuiri
§ Dengan
satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar
§ Beri
pengukuhan positif
§ Lakukan
penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan
1. Kemahiran Mengendali Perbincangan
Tujuan
mengadakan perbincangan
§ Melibatkan
pelajar secara aktif dalam pembelajaran
§ Melibatkan
pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi
kandungan
§ Memperkukuhkan
pembelajaran
§ Meransang
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
§ Memberi
maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
Langkah-Langkah
Mengendali Perbincangan Kumpulan Besar
§ Langkah
1: Perancangan
§ Tetapkan
tujuan dan objektif
§ Senaraikan
soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif
§ Rancang
penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin
tahu pelajar (jika sesuai)
§ Langkah
2: Pelaksanaan
§ Mulakan
dengan satu persoalan saintifik
§ Galakkan
pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
§ Gunakan
pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa pendapat kamu?”
§ Aplikasi
langkah-langkah menyoal
§ Akhiri
perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah
dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
§ Gunakan
soalan reflektif sekerap yang mungkin. Soalan reflektif adalah mirip soalanprobing. Lihat Lampiran 10 dan 11.
§ Wujudkan
persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja dialu-alukan bahkan
diharapkan
§ Sentiasa
gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
§ Puji
pelajar yang memberi perhatian sehingga mampu mengenal pasti kesilapan guru
atau pelajar lain
§ Cuba
ingat semua idea yang dilontar pelajar dan gabungkan di mana sesuai dengan
menyebut nama pelajar yang menyumbang idea tersebut
§ Tunjukkan
sikap positif dan terbuka
§ Ingatkan
pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila pelajar lain sedang
memberi idea, dan mengelak daripada memburukkan idea atau soalan pelajar lain
§ Pastikan
semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar dan mengelak daripada
seolah-olah bercakap dengan pelajar yang bertanya sahaja
1. Kemahiran Mengendali Kerja Amali
Tujuan
menjalankan kerja amali
§ Meningkatkan
penguasaan isi kandungan
§ Memberi
peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
§ Membina
kemahiran dan sikap saintifik
§ Membina
kemahiran berfikir kritis dan kreatif
§ Membina
kemahiran praktik yang generik
§ Membina
pengetahuan sains secara empirik
§ Membina
kemahiran bekerja dalam kumpulan
Prinsip
mengendali kerja amali
§ Tentukan
objektif kerja amali
§ Tumpukan
kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu pengajaran
§ Sediakan
bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan
§ Sebaiknya
bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil)
§ Seimbangkan
amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut kebolehan pelajar
§ Wujudkan
persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan bersemangat sains
di makmal
§ Beri
peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
§ Ajar
terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara
bertindak apabila berlaku kemalangan
Kemahiran
asas kerja amali:
§ Mengendali
tiub kaca – memotong, membengkok, memasukkan tiub ke dalam penutup getah, dan
mengeluarkannya.
§ Memanas
tabung uji mengandungi bahan kimia – pengetahuan tentang kadar pemanasan yang
sesuai, arah, penggunaan rak tabung uji
§ Mengendali
asid – menuang, penggunaan penutup bagi mengelak pencemaran, mencairkannya
dalam air, meletakkan semula di tempat asal
§ Menguji
kehadiran gas beracun dengan selamat
§ Merawat
tumpahan asid atau bakaran larutan kaustik
§ Mengoperasi
pemadam api
§ Menyediakan
generator gas dengan betul
§ Menggunakan
alatan tukang kayu yang biasa
§ Menggunakan
alatan bedah serta scalpel
§ Menggunakan
sumber kuasa
§ Melupuskan
bahan buangan
1. Kemahiran Menutup Pengajaran
§ Aspek
Kognitif
§ Melihat
semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.
§ Menilai
kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada sesi penutup:
§ Apakah
yang telah anda pelajari hari ini?
§ Bagaimana
kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari ini dalam beberapa ayat
sahaja?
§ Apakah
idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari ini?
§ Bagaimana
idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara satu sama lain?
§ Bagaimanakah
perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita pelajari semalam?
§ Bagaimana
agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari ini boleh diaplikasi kepada
situasi baru atau berbeza yang kamu mungkin hadapi pada masa hadapan?
§ Pelajar
membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat
kesimpulan
§ Cuba
jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
§ Membuat
perkaitan dengan pelajaran akan datang
§ Memberi
kerja rumah/pembacaan yang sesuai
§ Aspek
Sosial
§ Nilai
afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba
jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa.
Contohnya bertanya:
§ Apakah
kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh
diaplikasikan?
§ Bagaimana
perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini?
§ Adakah
kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?
§ Adakah
pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?
§ Bagaimanakah
pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?
§ Adakah
kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?
1. Kemahiran Membuat refleksi
Tujuan
membuat refleksi
§ Mengenal
pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
§ Mengenal
pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
§ Merangka
tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme
Komponen
kemahiran membuat refleksi
§ Mengenal
pasti isu/masalah yang signifikan
§ Mengenal
pasti sumber masalah
§ Melihat
masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip
pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi
§ Mengenal
pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
§ Menyatakan
pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
§ Menyatakan
langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah
atau menambahbaik amalan
cadangan Kaedah P&P, Teknologi, dan Penaksiran
Gunakan
kaedah penerangan interaktif di mana penerangan secara langsung dengan bantuan
slaid PowerPoint diselangseli dengan demosntrasi kemahiran mikropengajaran
terpilih yang sesuai dilakukan spontan seperti kemahiran memulakan pengajaran,
menyoal, mencungkil idea, menerang, memperkukuh, dan menutup pengajaran.
Pelajar diminta menganalisis demonstrasi tersebut dengan merujuk kepada teknik
dan kriteria yang telah diterangkan. Kemudian pelajar diberi masa berbincang
dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu mempersembahkan satu
daripada kemahiran mikropengajaran tersebut. Pensyarah bersama-sama dengan
pelajar lain memberi maklum balas terhadap persembahan wakil kumpulan tersebut.
Bagi
mendalami cara mencungkil idea, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencari
maklumat menggunakan enjin pencarian internet (jika ada). Bagi tujuan ini
hadkan cara mencungkil idea kepada beberapa cara tertentu yang bersifat
inovatif seperti POE, konsep kartun, pemetaan konsep, dan peristiwa bercanggah.
Interview
about events dan interview about instances merupakan cara mencungkil idea yang dijalankan di
luar waktu pembelajaran iaitu sebelum kelas dimulakan. Kemudian pelajar diminta
membuat pembentangan dengan memberi contoh spesifik berdasarkan mata pelajaran
tertentu serta menghuraikan bagaimana cara tersebut dapat digunakan untuk
mencungkil idea pelajar. Pelajar boleh menggunakan slaid PowerPoint, kertas
mahjung, atau imager untuk memaparkan hasil kerja berkumpulan mereka.
Penaksiran
bagi tujuan memberi gred boleh dijalankan menggunakan rubrik yang bersesuaian
seperti menggunakan prinsip dan komponen bagi setiap kemahiran itu sebagai
kriteria. Penaksiran seperti ini dicadangkan dijalankan pada kursus lanjutan
(KPD3026). Setiap pelajar bertanggungjawab mendemonstrasi satu atau dua
kemahiran mikropengajaran (bergantung kepada saiz kelas) dan diberi masa selama
5 hingga 7 minit seorang. Pembahagian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya
dua minggu sebelum pelajar dinilai secara formal supaya mereka mempunyai masa
yang mencukupi untuk bersedia. Selain daripada itu, kemahiran mikropengajaran
juga boleh ditaksir semasa pelajar mengajar satu fasa daripada empat fasa
pengajaran penuh dan semasa makropengajaran yang mengambil masa antara 30 – 35
minit (satu pengajaran penuh).
Dalam
menilai prestasi pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatian:
§ Beri
komen yang spesifik dan konkrit
§ Beri
komen dengan menggunakan perkataan ‘saya’ dan bukannya ‘awak’, contohnya: saya
suka bila anda mengaitkannya dengan ..., atau saya keliru bila anda mengatakan
...
§ Tumpukan
kepada perlakuan semasa mengajar yang boleh diubah dan bukannya kepada
ciri-ciri peribadi yang tidak boleh diubah. Contohnya: Saya lebih suka jikalau
terdapat eye
contact yang lebih kerap, dan
bukannya komen tentang kegagapan atau sifat-sifat fizikal yang lain
§ Komen
positif dan negatif yang seimbang
§ Dapatkan
komen daripada pelajar lain
Rujukan
Ausubel,
D. et al. (1978). Educational Psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart & Winston.
Chiappetta,
E. L. et al. (1998). Science Instruction in the Middle and Secondary Schools
(4th Ed.). New Jersey: Merill Publishing Company
Trowbridge,
L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school
science: Strategies for developing scientific literacy.(9th ed.). New
Jersey: Merill
Tiada ulasan:
Catat Ulasan