Khamis, 4 Oktober 2012

Klasifikasi Pemerintahan





BIL

                                               
 KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

2.0

3.0






4.0







5.0

6.O


1.   DEFINISI

2.   BENTUK-BENTUK PEMERINTAHAN KLASIK.

3.    KERAJAAN ISLAM.
3.1  Pengenalan Sistem Kerajaan Islam
3.2  Perlaksanaan Sistem Khalifah Islam.
3.3  Kerajaan Bani Umaiyah.
3.4  Kerajaan Bani Abbasiyah.
3.5  Kerajaan Tukri Uthmaniyah.

4.    KERAJAAN MODEN.
4.1  Kerajaan Berbentuk Totalitarisme.
4.2  Kerajaan Berbentuk Monarki.
4.3  Kerajaan Berbentuk Sosialis.
4.4  Kerajaan Berbentuk  Demokrasi.
4.5  Kerajaan Berbentuk Demokrasi Berparlimen.
4.6  Kerajaan Berbentuk Komunis.

5.0 RUMUSAN.

6.0 RUJUKAN.












JENIS-JENIS KERAJAAN DI DUNIA

1. DEFINISI.
1.1 Kerajaan  ialah suatu badan atau organisasi yang sah dalam suatu kawasan tertentu yang mempunyai bidang kuasa tunggal yang sah bagi penguatkuasaan.
1.2  Kerajaan juga ditakrifkan sebagai rangkaian politik yang berperanan untuk mentadbir sesuatu negara dengan mengunakan undang-undang terhadap rakyatnya.

2. BENTUK-BENTUK PEMERINTAHAN KERAJAAN KLASIK.
2.1 Menurut Plato, bentuk-bentuk pemerintahan klasik dibezakan kepada beberapa jenis iaitu aristikrasi,  temokrasi, oligarkhi,demokrasi dan  tirani.
2.2 Manakala menurut Aristoteles, bentuk-bentuk pemerintahan klasik adalah seperti monarki, tirani, aristikrasi, oligarki, plutokasi, politeia dan demokrasi

3. KERAJAAN ISLAM.
3.1 Pengenalan sistem kerajaan Islam.
Sistem kerajaan Islam melalui beberapa pelaksanaan sistemnya. Antaranya yang utama  ialah sistem kerajaan  Khalifah Islam, kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah  dan Kerajaan Turki Uthmaniyah..

3.2  Perlaksanaan Sistem Khalifah Islam.
3.2.1 Konsep Khalifah.
Khalifah dalam bahasa Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.  Khalifah dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam. Khulafa al-rasyidin yang terlibat adalah
Khalifah Abu Bakar al –siddiq , Khalifah Umar al – Khattab,  Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abu Talib.
3.2.2 Syarat Pemilihan Khalifah.
Antara syarat pemilihan khalifah adalah lelaki merdeka beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam, mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah, adil dan berakhlak baik, tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran, warak, pandai mentadbir kerajaan Islam.
3.2.3  Cara Pemilihan Khalifah.
3.2.3.1 Pertama, musyawarah atau syura. 
Perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.
3.2.3.2 Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat
Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.
3.2.3.3.Ketiga, pemilihan dari beberapa calon.
 Enam orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
3.2.3.4 Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat.
Saidina Ali telah terpilih.
3.2.3.5  Kelima,  dimana empat cara di atas ini tetap melalui musyawarah/syura.
 Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah. Syura iaitu bermaksud permuafakatan atau consensus.
3.2.4  Tugas Khalifah.
Antara tugas khalifah yang utama adalah seperti berikut; Memelihara keduduk agama Islam.Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi. Mempertahankan negara dari ancaman musuh. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.
3.3 Kerajaan Bani Umaiyah.
3.3.1 Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (seorang pedagang yang ternama). Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam. Tahap  pertama pemerintahannya  berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah. Manakala  Tahap kedua pemerintahannya  berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.
3.3.2.Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik.
Kerjaaan Bani Umaiyah telah menstabilkan kerajaan dengan mengadakan penetapan pentadbitran seperti:
3.3.2.1 Sistem khalifah memutuskan ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
3.3.2.2 Sistem wazarah memaparkan pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat. Sistem Gabenor yang akan mengetuai pentadbiran wilayah.
3.3.2.3.Sistem urus setia di mana pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
3.3.3 Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial.
3.3..3.1. Antara sumbangan yang ketara adlah penyebaran ilmu pengetahuan. Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
3.3.3.2. Lahir ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan).
3.3.3.3. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara. Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
3.3.3.4. Pengkhususan kemajuan perkembangan ilmu agama seperti  Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
3.3.4 Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
3.3.4.1 Antara sumbangannya adalah wujudnya pusat pengajiaan tinggi di Carova iaitu diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
3.3.4.2  Bandar ilmu yang setara dengannya juga wujud seperti  Seville, Toledo, Granada.
3.3.4.3.Penubuhan baitulmal yang mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).

3.4  Kerajaan Bani Abbasiyah
3.4.1  Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
Peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi). Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij. Akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.  Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah. Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
Nama kerajaan ini diambil sempena nama al–abbas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW.
3.4.2. Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.
3.4.2.1 Antara sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah adalah  semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad menjadi kota intelektual.
3.4.2.2  Baitulhikmah iaitu institusi keilmuan telah dibina. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).
3.4.2.3.Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan adalah yang terbesar. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani. Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke bahasa Arab. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu). Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.

3.5. Kerajaan Turki Uthmaniyah.
3.5.1. Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.  Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan.
3.5.2.Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman. Penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.
3.5.3. Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
3.5.3.1 Antara sumbangannya iailah kerajaan ini bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia. Akhirnya Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.
3.5.3.2. Apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.
Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.
3.5.3.3.Dari sudut ekonomi, Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.  Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.
3.5.3.4 Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu dan akhirnya mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.



4. KERAJAAN MODEN.
Kerajaan moden melahirkan sebuah pemerintahan baru yang mengalami banyak perubahan penambahbaikan. Pemerintahan ini memaparkan bentuk monarki, demokrasi, demokrasi berpalimen, sosialis, komunis dan tatalitarianisme.

 4.1 KERAJAAN BERBENTUK TOTALITARIANISME.
 4.1.1. Latarbelakang Kerajaan Berbentuk Totalirianisme.
4.1.1.1. Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pentadbiran yang paling ekstrim adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Sistem ini adalah lebih ketara dari sistem diktator atau negara polis ( police state) dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara relahati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini.
4.1.1.2  Pada asalnya perkataan ini telah digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali.. Sewaktu Perang Dunia II, Hannah Arendt seorang seorang ahli falsafah telah mwmaparkan persamaan di antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik.
4.1.2  Beberapa Bentuk Kerajaan Totalitarisme.
4.1.2.1  Namun terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet  beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing.
4.1.3 Tokoh Kerajaan Totalitarisme.
4.1.3.1   Ada yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh sehebat "pemimpin agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini . Contohnya Pol Pot, dan Kim Il- Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian.


4.2. KERAJAAN BERBENTUK  MONARKI

4.2.1 Latarbelakang kerajaan berbentuk monarki.
4.2.1.1. Bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan..
4.2.1.2  Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan dan raja. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki  demokratik.
4.2.1.3 Perbezaan di antara raja dengan presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.  Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti  maharaja dan khalifah..
4.2.1.4 Bagi kebanyakan negara, raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta panglima utama angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam.

4.3 KERAJAAN BERBENTUK SOSIALIS

4.3.1 Latarbelakang kerajaan berbentuk Sosialis.
4.3.1.1 Sosialisme merupakan teori sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
4.3.1.2 Beberapa orang berpendapat robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau menegaskan, pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.
Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx, Vladimir Lenin dan Muammar al-Gaddafi.
4.3.1.3  Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara berkebajikan..
4.4  KERAJAAN BERBENTUK  DEMOKRASI
4..4  Latarbelakang  kerajaan demokrasi.
4.4.1.2. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara yang demokratik.
4.4.1.2. Merupakan kerajaan yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Menurut teori karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat.
4.4.1.3 Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
 4.4.1.4. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil.  Rakyat diberi hak mengundi dan mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan akses kepada media lain.
4.4.1.5. Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi  undang-undang. Pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law.

4.5   KERAJAAN BERBENTUK DEMOKRASI BERPARLIMEN
4.5.1 Latarbelakang kerajaan berbentuk demokrasi berparlimen.
4.5.1.1 Dalam sistem berparalimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat.
4.5.1.2. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.
4.5.1.3 Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen. Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap iaitu
a. bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli parlimen;
b. bacan kedua, di mana perbahsan umum diadakan;
c.  bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-undang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di senat perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk ditandatangani. Selepas ditandatangani dan didaftar dan diikftirafkan ia dianggap sebagai rang undang-undang.
4.5.1.4. Disebabkan kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar, sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.
4.5.1.5. Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu “percantuman kuasa”. Ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal.
4.5.6. Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik.
4.5.7. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri.
4.6  KERAJAAN BERBENTUK KOMUNIS

4.6.1  Latarbelakang kerajaan berbentuk Komunis.
4.6.1.1 Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. "Komunisme suci". Menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Karl Marx  menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.
4.6.1.2  Komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme memaparkan satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Prindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
4.6.1.3  Selain Karl Mark, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels.. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme.. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
4.6.2 Negara yang berpegang dengan fahaman komunis.
4.6.2.1 Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis adalah Kesatuan Soviet, China,  Cuba, Laos, Vietnam), Korea Utara, Yaman Selatan, Myanmar/Burma, Kemboja/Kampuchea.
Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara
4.6.3 Perkembangan Kerajaan Komunis Masa Kini .
4.6.3.1  Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur  yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
4.6.3.2 Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
5. RUMUSAN
5.1.  Sesebuah negara akan terbina daripada masyarakat bebas yang mendiami sesuatu lokasi dalam lingkungan sempadan tertentu dan ditadbir oleh sesebuah kerajaan. 5.2 Kerajaan selalunya merujuk kepada nilai intitusi yang mengurus dan mentadbir urusan pemerintahannya melalui tiga komponen yang utama. Iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
5.3  Sistem kerajaan juga merupakan intitusi-intitusi pemerintahan sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
5.4  Umumnya terdapat amalan tiga bentuk kerajaan yang utama di dunia iaitu kesatuan, kofederasi dan persekutuan.
5.5  Kewujudan sesebuah kerajaan yang diiktiraf dunia perlu mencapai ciri- ciri seperti mempunyai sempadan yang jelas, penduduk yang tetap, kerajaan yang sah dengan sistem pentadbiran yang teratur, negara yang berdaulat dan bebas menjalin hubungan dengan negara lain.

6. RUJUKAN.

Raminah Hj Sabran, Wong Khek Seng, Kok Meng Kee, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Kertas 1&2, Kuala Lumpur: Oxford fajar Sdn Bhd, cetakan kedua 2010, hlmn 1, 2, 3, 5, 6, 7, 8, 9.

Mustapa K.S, STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan ketiga 2000, hlmn 125, 126.

Mustapa K.S, Strategi Kejayaan STPM Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan kedua 2001, hlmn 225, 226, 227, 228, 229, 230, 2231.

Ranjit Singh Malhi, Rujukan STPM Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publiction, cetakan keempat 2001, hlmn 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2005, hlmn 1, 2,3, 4, 5, 79, 80, 183, 184, 185, 208.

Muhammad Nurhakim, Jatuhnya Sebuah Tamadun, Kuala Lumpur:  PTS Publications, cetakan keempat 2009, hlmn 43, 53, 55, 57, 60, 63, 77, 197.

M A Mun’im Ridwan, Negara Islam Khalifah islamiyyah, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2000, hlmn 51, 67.

Talib Samat, Umar Al-Khattab Khalifah Al- Rasyidin Kedua, Shah Alam: Marwilis P&D, 1988, hlmn 125, 127, 217.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan