SIFAT-SIFAT MUSLIM MUKMIN
1: AKIDAH YANG SEJAHTERA.
2: IBADAH YANG SAHIH.
3: AKHLAK YANG TERPUJI.
4: LUAS ILMU PENGETAHUAN.
5: SIHAT TUBUH BADAN.
6: MAMPU BERDIKARI.
7: MELAWAN NAFSU.
8: HORMATI MASA.
9: PENGURUSAN SISTEMATIK.
10: BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN.
2: IBADAH YANG SAHIH.
3: AKHLAK YANG TERPUJI.
4: LUAS ILMU PENGETAHUAN.
5: SIHAT TUBUH BADAN.
6: MAMPU BERDIKARI.
7: MELAWAN NAFSU.
8: HORMATI MASA.
9: PENGURUSAN SISTEMATIK.
10: BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri
muslim mukmin ialah:
1. Kuat tubuh badan dan tidak
merosakkan badan.
Memeriksa kesihatan diri,
mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada
tubuh badan.
2. Akhlak yang mantap
Akhlak bercirikan peka serta
sensitif,, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani,
serius dan menjauhi teman buruk.
3. Fikiran yang berpengetahun dan
maklumat mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
4. Mampu berusaha walaupun kaya,
perlu bekerja dengan betul dan sebaiknya.
5.
Mengamalkan cara hidup yang sejahtera, sentiasa redha, sentiasa
muraqabah (menghampiri) kepada pencipta dan mengingati mati (akhirat),
memperbanyakkan zikir memuji pencipta. Menjaga kebersihan hati, bertaubat,
istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6. Prinsip dan amalan hidup yang
benar-benar selamat dan sejahtera.
7. Mampu melawan nafsu dan mengawal
diri.
8. Menghargai waktu dan
menggunakannya dengan sebaiknya.
9. Sistematik dan tersusun dalam
urusan iaitu berjadual, memanfaatkan waktu dengan baik,., berdisplin dalam
melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai. Melakukan urusan mengikut keutamaan.
10. Berguna untuk orang lain.dari
kesesatan. Insan sepatutnya berasa
gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila
dapat mengajak seorang manusia ke arah kebaikan.
KEWAJIPAN SETIAP PARA
MUSLIM MUKMIN (WAJIBAT 38)
Baca, Amal dan Faham
Amalan-amalan yang tertera dibawah perlukan
satu pengorbanan yang konsisten. Pada permulaan, mulakanlah dengan sedikit dan
supaya konsisten supaya kita dapat keberkatan dan kekuatan dari Allah swt.
Setelah itu barulah kita melangkah lebih kehadapan dan seterusnya.
1. Kamu hendaklah mempunyai wirid
al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar
kamu menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang
dari tiga hari.
2. Hendaklah kamu memperelokkan
bacaan al-Quran kamu, mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu
memenuhi masa kamu dengan mempelajari seerah yang suci dan juga sejarah para
salaf, paling kurang dengan membaca kitab ‘Hummatul Islam’. Hendaklah juga kamu
banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang 40 hadis dan
seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40 pilihan Imam Nawawi. Kamu juga hendaklah
mempelajari usul aqidah dan cabang-cabang fiqh.
3. Sentiasa membuat pemeriksaan am
kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang dihadapi, juga mementingkan
unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur
pembawa penyakit.
4. Jauhkan dari terlampau banyak
minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan sekali-kali minum
minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Jangan sekali-kali merokok.
5. Hendaklah menjaga kebersihan
dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan
juga tempat kerja. Agama dibina atas dasar kebersihan.
6. Hendaklah bercakap benar dan
jangan sekali-kali berdusta.
7. Hendaklah jujur dalam menunaikan
segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walau apa pun jua keadaan.
8. Hendaklah menjadi seorang yang
berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah
berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui
kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.
9. Hendaklah sentiasa warak, tenang
dan seius. Kewarakan kamu tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun dari
ketawa melalui senyuman.
10. Hendaklah menjadi seorang yang
pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu
bergembira dengan kebaikan dan sedih dengan keburukan. Hendaklah juga menjadi
seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaa, ketundukkan
dan pendustaan. Hendaklah meminta kurang dari kedudukan anda agar kamu dapat
mencapainya.
11. Hendaklah sentiasa adil dan
benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu
kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang
ada. Begitu juga perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala
kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan
segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh
diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun
perkara yang kamu tidak sukai.
12. Hendaklah menjadi seorang yang
sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat
memberikan bantuan dan khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit,
bantulah orang yang berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang
ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah
bersegera dalam amalan kebaikan.
13. Hendaklah menjadi seorang yang
penyayang, memuliakan, pemaaf dan pengampun dan berlembut dengan manusia
mahupan binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan
semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak,
memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan
merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika
ingin masuk dan keluar dan lain-lain lagi.
14. Mampu membaca dan menulis dengan
baik, banyak mentelaah risalah-risalah, akhbar dan majalah ‘kita’. Hendaklah
membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil. Hendaklah kamu menjadi seorang
yang pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika kamu seorang ahli takhassus.
Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang membolehkan kamu memahaminya
dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan kehendak fikrah kita.
15. Hendaklah berkecimpung dalam
kerja ekonomi walaupun banyak mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja
sendiri walaupun dengan pendatapan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala
usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.
16. Jangan terlalu mengharapkan
kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan
pula kamu menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya
kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.
17. Pastikan kamu melakukan
pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu
dan tepat pada masanya.
18. Hendaklah kamu menjadi seorang
yang bijak menunaikan hak-hak kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak
orang lain dengan sempurna tidak ada kekurangan dan tidak sekali
menangguh-nangguh.
19. Hendaklah menjauhi diri dari
sebarang jenis perjudian walaupun apa tujuan lain disebaliknya, jauhkanlah diri
dari segala punca pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan
segera yang akan diperolehi.
20. Jauhkan diri dari riba dalam
segala bidang muamalah dan bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.
21. Hendaklah memberikan khidmat
positif kepada perkembangan ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang
dan binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan
terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu
makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.
22. Hendaklah kamu memberi saham
sebahagian dari harta kamu untuk dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke
atas kamu dan jadikahlah ia sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat
dan ketiadaan harta benda, walau sekecil manapun pendapatan kamu.
23. Hendaklah mempunyai simpanan
harta walaupun sedikit untuk masa kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus
dalam membelanjakannya kepada perkara yang bersifat bermewah-mewah.
24. Hendaklah berusaha sedaya upaya
untuk menghidupkan segala ada-adat Islam dan mengahapuskan adat-adat asing
dalam seluruh aspek kehidupan. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan
salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan
rehat, makan dan minum, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukanan dan
sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunnah Rasulullah
s.a.w.
25. Hendaklah kamu memulaukan segala
mahkamah sivil dan setiap hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan
sepenuhnya kelab-kelab, media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang
menentang fikrah kita.
26. Sentiasa bermuraqabah kepada
Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan
segala perkara yang menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh
kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan
ibadat-ibadat sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari
sebulan, memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar
dalam setiap keadaan.
27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga
kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk kebanyakkan
waktu.
28. Perelokkan solah kamu, sentiasa mengerjakannya pada
waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid
sekadar kemampuan kamu.
29. Hendaklah berpuasa Ramadhan,
mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada
kemampuan mengerjakan haji.
30. Sentiasalah sematkan niat untuk
berjihad dan perasaan mencintai syahid dalam hati dan bersedialah untuk itu
sedaya upaya kamu.
31. Hendaklah sentiasa memperbaharui
taubat, sentiasa beristighfar, melepaskan diri dari dosa-dosa kecil tambahan
pula dosa-dosa besar. Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk
menghitung amalan samada baik atau tidak sebelum tidur, berwaspada dari
membuang masa kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara
yang tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya
kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.
32. Hendaklah kamu berjihad keras
melawan nafsu kamu supaya kamu dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan
pandangan kamu, mengawal perasaan kamu, melawan dorongan nafsu syahwat dalam
diri kamu dan hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan
menghalang kamu dari melakukan perbuatan yang haram.
33. Hendaklah kamu menjauhkan diri
sejauh-jauhnya dari arak dan perkara yang memabukkan dan menghilangkan
kewarasan dan yang seumpamanya.
34. Hendaklah kamu menjauhkan diri
kamu dari kawan yang jahat dan merosakkan begitu juga dari tempat-tempat
maksiat dan dosa.
35. Hendaklah kamu memerangi
tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Kamu juga
hendaklah menjauhkan diri dari segala bentuk kemewahan.
36. Hendaklah kamu mengenali dengan
terperinci setiap individu dari kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan
diri kamu secara terperinci kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan
secara sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan
melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hedaklah kamu sentiasa
menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya, kecualilah dengan
sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap
interaksi kamu.
37. Hendaklah merungkaikan segala
ikatan kamu dengan segala pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubung kait
dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.
38. Berusahalah untuk menyebarkan
dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu
pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang kamu hadapi dan janganlah membuat
sesuatan yang memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin, hendaklah
sentiasa berada dalam hubungan samada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah
kamu sentiasa menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di bereknya yang
sentiasa bersedia menunggu arahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan