1. Model ASSURE
1.1 Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich,
Molanda, Russell (1989).
Assure secara umunnya bermaksud " memastikan sesuatu berlaku untuk memastikan wujudnya keberkesanan pengajaran yang berasaskan media dan teknologi ”
Assure secara umunnya bermaksud " memastikan sesuatu berlaku untuk memastikan wujudnya keberkesanan pengajaran yang berasaskan media dan teknologi ”
1.2
Singkatan akronim ASSURE membawa pengertian berikut:,
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objective (nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media (
pilih, baiki atau bina media)
U - Use media (gunakan media)
R - Require learner response (keperluan
tindakan)
E - Evaluate materials (menilai)
2. Analyse learner (analisis
pelajar)
2.1 Analyse learner
menghuraikan maksud mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar
berkaitan dengan tajuk yang hendak dipelajari.
2.2 Analisis yang akan diwujudkan terhadap murid
adalah kaji pengetahuan sedia ada, umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi
pelajar, stail pembelajaran dan suasana persekitaran kehidupan untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
2.3 Menurut Gardner, tidak semua orang belajar dengan cara yang sama.
2.3 Menurut Gardner, tidak semua orang belajar dengan cara yang sama.
2.4 Analisis pengalaman sedia ada murid adalah
berdasarkan urutan kongkrit, rawak konkrit, urutan abstrak dan rawak abstrak.
2.5 Urutan konkrit melibatkan pengalaman secara ”hand-on”
mengikut urutan logikal seperti berkaitan buku kerja, pengajaran terancang
(PI), tunjukcara dan pendekatan makmal berstrutur.
2.6 Sementara analisis rawak konkrit menjurus
kepada pendekatan cuba jaya (TNE) yang melibatkan aktiviti permainan, simulasi,
projek pembelajaran kendiri dan kaedah penemuan.
2.7 Analisis urutan abstrak melibatkan suatu
pendekatan yang menuntut kemampuan pelajar mendekod maklumat verbal &
simbolik dengan mudah. Ini diperhatikan melalui aktiviti persembahan verbal
(reading presentation) dan mendengar
persembahan.
2.8 Analisi rawak abstrak pula adalah suatu
tangapan berkaitan kefahaman maksud/makna (pemahaman) dari persembahan yang
melibatkan perantara (manusia) dan respons pada elemen nada dan stail
penyampaian. Antara aktiviti yang terlibat adalah perbincangan kumpulan, kuliah
dengan sesi soal jawab, video dan televisyen.
3. State objective (nyatakan
objektif).
3.1 State objective pula menghuraikan suatu pernyatakan objektif
dengan khusus berdasarkan pencapaian yang telah dirancangkan. Maka perlu
dicatatkan pernyataan apa yang akan dicapai bukan bagaimana ianya hendak
dicapai.
3.2 Penyataan objektif melibatkan kumpulan sasaran (audience). Pembelajaran
3.2 Penyataan objektif melibatkan kumpulan sasaran (audience). Pembelajaran
berlaku apabila
pelajar aktif (memproses idea secara mental) atau (membuat latihan kemahiran
secara fizikal ).
3.3 Selepas objektif
dinyatakan tercapai selepas pengajaran akan wujud suatu perlakuan yang
menghuraikan kebolehan baru yang akan di tampilkan oleh kumpulan sasaran.
3.4 Beberapa syarat (Conditions) perlu ditetapkan
bagi menyatakan objektif antara yang utama adalah
pengajaran/pembentangan/persembahan yang diadakan,perlu di beri perhatian oleh
pelajar.
3.5 Suatu tahap piawaian (Degree) yg boleh
diterima dan sejahtera akan diwujudkan bagi menilai prnyataan objektif.
4. Select, modify or make media
(pilih, baiki atau bina media).
4.1
Item ini menyeru warga pendidik memilih media yang sedia ada. Suatu sesi
pengajaran berkemungkinan memerlukan dua atau lebih kaedah untuk mencapai
objektif pengajaran/pembelajaran.
4.2 Kateria pemilihan media melibatkan elemen
seperti bentuk fizikal sesuatu mesej
yang ingin disampaikan /ditunjukkan.
Antara contoh media yang terlibat adalah imej tampak, teks, suara dan
muzik.
4.3
Sesuatu media perlu diubah suai dan segera wujudkan suatu kesimambungan
dengan objektif pengajaran sekiranya berlaku kepincangan terhadap item media
tersebut.
4.2 Akan tetapi jika media yang sedia ada tidak
bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru
dan lebih focus terhadap tajuk dan objektif pengajaran.
5. Use media (gunakan media)
5.1
Warga pendidik juga diseru agar merancangkan bagaimana sesuatu media itu
dapat dioptimumkan pengunaaannya.
5.2
Justeru itu digalakkan agar disediakan bahan bantu belajar yang sesuai
dan dapat dimanipulasikan untuk sesuatu pembentangan p&p.
5.3 Wujudkan perancangan awal yang melibatkan
aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang situasi ke arah p&p serta
melahirkan kesan motivasi kepada murid supaya lebih fokus terhadap pencapaian
objektif p&p. Apabila wujudnya didik hibur dalam p&p maka sesi
pengukuhan juga dapat dijayakan sebagai aktiviti susulan.
5.4 Sentiasa pratonton bahan pengajaran sebelum
menggunakannya. Bahan bantu belajar
seharusnya sesuai dengan kumpulan sasar dan objektif pengajaran. Kumpulkan kesemua bahan dan peralatan yang
anda dan pelajar perlukan dan pastikan penggunaanya adalah mengikut urutan.
5.5 Warga pendidik juga perlu wujudkan suatu
suasana persekitaran yang berkesan untuk pembelajaran. Susun atur segala
kemudahan yang membolehkan pelajar menggunakan bahan dan media secara berkesan.
5.6 Elemen yang perlu difokuskan adalah kesediaan
pelajar. Berikan gambaran kasar keseluruhan isi pengajaran atau nyatakan hubung
kait pelajaran dengan topik yang sedang dipelajari. Berikan penyataan yang
bermotivasi yang mampu mewujudkan suasana memahami maklumat melalui
pemberitahuan bagaimana pelajar boleh mengaplikasikan atau memanfaatkan ilmu
dari pelajaran yang disampaikan.
5.7 Warga pendidik perlu wujudkan pengalaman pembelajaran
secara sejahtera, maka tumpuan penyampaian kepada kelas dengan objektif yang
jelas.
6. Require learner response
(keperluan tindakbalas).
6.1
Item ini adalah suatu hasil tindakbalas aktif dari pelajar seperti
membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku.
6.2 Warga pendidik juga diseru agar mewujudkan
elemen pengukuhan supaya tindakbalas/refleksi yang sebenar terhasil berlandaskan objektif yang
digalurkan.
6.3 Beberapa perspektif dipaparkan hasil
tindakbalas aktif pelajar. Antaranya adalah:
· Perspektif
Behavioris yang merupakan suatu pembelajaran adalah satu proses mencuba
pelbagai perlakuan dan mengekalkan pembelajaran tersebut hingga membawa kepada
hasil yang diingini.
· Pespektif
Kognitivis pula situasi di mana pelajar membina skima mental apabila otak
mereka terlibat secara aktif dalam mengingati / mengaplikasi konsep atau suatu
prinsip yang baru dikenali.
· Perspektif
Konstruktivis memaparkan pembelajaran sebagai satu proses yg aktif di mana
pengetahuan dibina berasaskan pengalaman.
· Pespektif
Psikologi Sosial pula adalah komunikasi interpersonal yang wujud adalah sebagai
sustu asas sosial kepada pemerolehan pengetahuan diri sendiri, sumber cetak,
peranti dan orang lain.
7. Evaluate materials (menilai).
7.1
Item ini merujuk kepada elemen mengenal pasti, menilai dan menyemak
semula dan memperbaiki masalah yang telah diadabtasikan semasa proses p&p.
7.2 Maka wujud persoalan-persoalan seperti
berikut:
· Adakah aktiviti p&p berjaya mencapai
objektif yang telah dirancang?
· Keadah dan bahan yang digunakan membantu
P&P?
· Adakah semua pelajar menggunakan cara yang
betul?
· Adakah suasana P&P yang diwujudkan
selesa dan berkesan?
· Adakah peluang-peluang pemerhati individu
diberi?
· Adakah soalan yang dikemukakan dapat
dijawab dengan tulus?
· Adakah pelajar
belajar apa yang mereka perlu belajar?
8.
Penutup.
8.1
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang
teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses
dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar.
8.2
Media boleh berupa dalam bentuk alat, perkakas atau bahan grafik,
fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi
kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua
perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh
guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.
9. Rujukan.
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 88, 89, 90.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran
Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999, hlmn 91, 92.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk
Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997, hlmn
12, 13, 14.
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi
Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 34, 35.
Schramm. Teknologi Pengajaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 67, 68, 69.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 40,41.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan