Hadis
:
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda
maksudnya:
"Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari
kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari
kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam
kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa
yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia
dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong
saudaranya.
Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan
memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah
dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain
melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para
malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di
sisi-Nya.
Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak
akan dapat menyempurnakannya." (Muslim)
Huraian :
Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad yang setiap anggota akan merasai apa yang dirasai oleh orang lain malah mereka juga bersama-sama berkongsi kegembiraan. Maka antara yang menjadi kewajipan penting seorang Muslim ialah agar segera melepaskan kesempitan yang dialami oleh saudaranya.
Huraian :
Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad yang setiap anggota akan merasai apa yang dirasai oleh orang lain malah mereka juga bersama-sama berkongsi kegembiraan. Maka antara yang menjadi kewajipan penting seorang Muslim ialah agar segera melepaskan kesempitan yang dialami oleh saudaranya.
Dengan cara ini
masyarakat yang sempurna dan tolong-menolong dapat diwujudkan. Sebaliknya
mencari-cari keburukan orang lain dan menyebarkannya pula adalah satu tanda
kemunafikan kerana disebabkan perkara tersebut sesuatu kejahatan yang dilakukan
itu boleh menjadi pemangkin kepada orang yang sepertinya agar lebih agresif dan
liar dengan kejahatan hingga seluruh masyarakat menjadi rosak. Sesungguhnya
balasan Allah SWT kepada makhluk-Nya adalah dalam bentuk yang menyerupai amalan
yang dilakukan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan