AYAT AKTIF DAN
AYAT PASIF
Ayat
Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si
pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan
MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).
Ayat
Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan
objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata
kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1. Saya sudah menyiapkan
semua kerja
sekolah.
|
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
|
2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru
mengajar.
|
2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru
mengajar.
|
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
|
3. Menulis jawi
perlu kamu ajar kepadanya.
|
4. Ayah membelah kayu api itu.
|
4. Kayu api
itu dibelah oleh ayah.
|
5. Mereka sedang menganyam
tikar mengkuang
itu.
|
5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam
oleh
mereka.
|
Jenis-jenis Ayat Aktif
Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:-
1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif
Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
Perhatikan binaan ayat aktif transitif di bawah ini.
b) Ayat
Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang
mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah
ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
· Hanya ayat aktif transitif yang
dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat
aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di
dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan
kepada tiga jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta,
hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan penerangan di bawah ini.
a) Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di
dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami,
kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu
saya bina.
b) Kereta
itu kami beli.
b) Jambatan
itu aku robohkan.
b) Ayat Pasif
Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di
dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan
sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di
dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan
sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
· Ayat pasif diri pertama dan
ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga
bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.
· Elakkan daripada
membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif
diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b)
Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu.
(X)
b)
Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
b)
Nasi itu telah saya tanak. (√)
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak?
(X)
b)
Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan