KATA BANTU
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan
perbuatan atau kata kerja. Dalam binaan ayat, kata bantu ini hadir sebelum kata
kerja.
Dalam bahasa Melayu baku, kata bantu dapat dibahagikan kepada dua
jenis seperti yang berikut:
a) Kata bantu aspek
b) Kata bantu ragam
a) Kata Bantu
Aspek
Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menerangkan perbuatan atau
kata kerja dari segi masa sama ada belum dilakukan, sedang dilakukan, atau
sudah dilakukan.
Perhatikan contoh di bawah ini.
Kata Bantu Aspek
Sudah dilakukan
|
Sedang dilakukan
|
Belum dilakukan
|
pernah
telah
sudah
|
masih
sedang
|
akan
belum
|
Ayat contoh:
1. “Saya pernah
ditahan oleh polis kerana memandu kereta melebihi had laju,” kata Albert.
2. Abang Zaini
telah berangkat ke London pada minggu lalu.
3. Kasmah sudah
menyiapkan hidangan tengah hari untuk kami sekeluarga.
4. Pak Man masih
tetap dengan keputusannya untuk tidak menjual tanah pusaka itu.
5. Fuad sedang
membanting padi di belakang rumahnya.
6. “Saya akan
menjelaskan perkara ini kepada kamu apabila sampai masanya nanti.
7. Cikgu
Hashim belum membalas kad ucapan Hari Raya yang saya kirimkan kepadanya
itu.
· Dalam penulisan kata bantu aspek tertentu boleh hadir
bersama-sama.
Contoh:
Ayat contoh:
1. Ibunya belum
pernah menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur.
2. Adik masih
belum bangun daripada tidur sewaktu ibu keluar pada pagi tadi.
3. Abang masih
sedang membaca buku di bilik bacaan.
4. Kamil sudah
pernah menjuarai pertandingan pidato peringkat kebangsaan.
5. Adila telah
pernah ditawarkan berlakon drama oleh pihak TV3.
b) Kata Bantu
Ragam
Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menerangkan
ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan iaitu sama ada seseorang itu
mesti melakukan, hendak melakukan atau berkeupayan melakukan sesuatu perbuatan.
Perhatikan contoh di bawah ini.
Kata
Bantu Ragam
hendak
mahu
|
harus
mesti
|
boleh
dapat
|
Ayat contoh
1. Abang dan
rakan-rakan hendak ke Putrajaya pada cuti persekolahan yang akan datang.
2. Sebagai
rakyat yang baik kita mesti taat kepada raja dan negara.
3. Kata Cikgu
Maya kepada Aida, “Kamu boleh menyertai lawatan ini dengan syarat, kamu
mendapat
kebenaran daripada ibu
bapa kamu.”
4. Harun dapat
menyiapkan tugasan itu dalam masa yang singkat sahaja.
· Dalam penulisan, kata bantu ragam boleh hadir
bersama-sama dengan kata bantu aspek sama ada secara mendahuluinya atau
mengikutinya.
Perhatikan contoh di bawah ini.
Kata Bantu Aspek
+
Kata Bantu Ragam
|
Kata Bantu Ragam
+
Kata Bantu Aspek
|
akan dapat
belum boleh
belum hendak
sedang hendak
|
harus sudah
harus telah
mesti akan
mesti sudah
mesti telah
|
Ayat contoh
1. Adik belum
boleh pergi ke bandar bersendirian kerana dia masih kecil.
2. Razak harus
telah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zainab.
3. Ayah sedang
hendak ke pejabat ketika ibu menyampaikan berita tentang kematian
nenek
kepadanya.
4. Kata Meor,
“Saya yakin bahawa Abu mesti akan datang ke mari kerana dia telah
berjanji kepada
saya untuk
pergi berburu di hutan dengan saya.”
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada
melakukan kesalahan panggunaan kata bentu seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan
kata bantu boleh untuk menggantikan tempat kata bantu dapat dalam
ayat.
Contoh
1.a) Amira tidak boleh menerima
kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (X)
b)
Amira tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk
Kahar. (√)
2. Kesalahan menggunakan kata bantu hendak
sebagai kata tanya dalam ayat tanya.
Contoh:
1.a) “Hendakkah kamu membantu saya lagi?”
tanya Amin kepada Rosli. (X)
b) “Mahukah
kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan