KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk
daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau
keseluruhannya.
Kata gandi terbahagi kepada empat bentuk seperti yang
berikut:-
a) Kata ganda
seluruh c) Kata ganda bersajak
b) Kata ganda
separa d) Kata ganda berimbuhan
Kata Ganda
Seluruh
|
Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada
kata dasar yang digandakan sluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( -
)
Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas
kata seperti yang berikut:-
Kata Dasar
|
Kelas Kata
|
Kata Ganda Seluruh
|
jam
jalan
|
kata nama
kata nama
|
jam-jam
jalan-jalan
|
pemberita
soalan
|
Kata nama terbitan
kata nama terbitan
|
pemberita-pemberita
soalan-soalan
|
mana
apa
|
kata tanya
kata tanya
|
mana-mana
apa-apa
|
comel
kasar
|
kata adjektif
kata adjektif
|
comel-comel
kasar-kasar
|
duduk
baring
|
kata kerja
kata kerja
|
duduk-duduk
baring-baring
|
awal
jarang
|
kata keterangan
kata keterangan
|
awal-awal
jarang-jarang
|
Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:
1. Kura-kura
dapat hidup di darat atau di dalam air.
2. Pahlawan
itu handal-handal belaka.
3. Buku yang
dibelinya tebal-tebal belaka.
4. Undang-undang
perlu kita patuhi.
5. Layang-layang
itu terbang tinggi di angkasa.
Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.
A. Kata Ganda
Seluruh (Kata Nama)
Contoh:
B. Kata Ganda
Seluruh (Kata Adjektif)
Contoh:
C. Kata Ganda
Seluruh (Kata Kerja)
Contoh:
D. Kata Ganda
Seluruh (Kata Keterangan)
Contoh:
· Kata ganda seluruh ada yang
menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut:-
A. Kata Ganda
Seluruh (maksud bilangan tunggal)
Contoh:
B. Kata Ganda
Seluruh (maksud bilangan banyak)
Contoh:
Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda
seluruh.
abang-abang
ajak-ajak
akhir-akhir
akan-akan
anak-anak
angan-angan
apa-apa
awal-awal
bagus-bagus
baik-baik
bakul-bakul
banyak-banyak
barang-barang
besar-besar
buah-buah
bulat-bulat
cantik-cantik
cara-cara
carik-carik
cepat-cepat
cita-cita
curi-curi
condong-condong
cuba-cuba
dalam-dalam
daun-daun
dekat-dekat
dengar-dengar
dewa-dewa
diam-diam
duduk-duduk
egen-egen
ejek-ejek
elok-elok
enak-enak
entah-entah
ensot-ensot
epok-epok
erat-erat
faham-faham
faedah-faedah
fakta-fakta
fasih-fasih
fatwa-fatwa
fiil-fiil
filem-filem
firman-firman
gadis-gadis
gado-gado
garang-garang
ganas-ganas
gemuk-gemuk
gila-gila
gula-gula
guru-guru
halus-halus
|
handal-handal
hangat-hangat
harta-harta
harum-harum
hati-hati
hidup-hidup
hitam-hitam
ibu-ibu
iklan-iklan
iras-iras
ingat-ingat
indah-indah
isi-isi
isteri-isteri
jahat-jahat
jalan-jalan
jamu-jamu
jarang-jarang
jari-jari
jaring-jaring
jauh-jauh
jelik-jelik
kaki-kaki
ketuk-ketuk
kawan-kawan
kuat-kuat
kuda-kuda
kuning-kuning
kura-kura
kurus-kurus
lagi-lagi
lagu-lagu
lain-lain
laju-laju
lancar-lancar
liat-liat
layu-layu
lebam-lebam
main-main
makan-makan
marah-marah
masam-masam
mati-mati
mula-mula
muntah-muntah
musuh-musuh
nama-nama
naga-naga
nakal-nakal
negeri-negeri
nilai-nilai
nipis-nipis
nyaris-nyaris
nyiru-nyiru
obor-obor
ole-ole
|
olok-olok
onak-onak
onde-onde
oneng-oneng
orang-orang
otot-otot
pahit-pahit
paku-paku
paru-paru
pihak-pihak
pijat-pijat
pintu-pintu
puak-puak
puas-puas
ragu-ragu
rajin-rajin
raja-raja
rajah-rajah
rakan-rakan
rapat-rapat
rata-rata
rumah-rumah
saat-saat
sahabat-sahabat
samar-samar
sesak-sesak
sudu-sudu
suka-suka
sukar-sukar
susah-susah
tajam-tajam
tamu-tamu
teknik-teknik
teman-teman
terang-terang
tiket-tiket
tin-tin
tinggi-tinggi
ubi-ubi
udang-udang
ulama-ulama
ulat-ulat
undang-undang
ura-ura
uri-uri
unsur-unsur
wabak-wabak
wajah-wajah
wakil-wakil
waktu-waktu
wali-wali
wang-wang
wangi-wangi
warung-warung
|
· Dari segi ejaan atau penulisan,
kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).
Contoh:
Anak-anak pelajar-pelajar cawan-cawan
· Frasa setara tidak boleh
diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk
menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
Contoh:
1.a) Ibu-ibu bapa (X)
b)
Ibu bapa (√)
2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
b)
Pinggan mangkuk (√)
· Kata ganda yang sudah bermakna
jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata
bilangan.
Contoh:
1.a) Tiga biji gelas-gelas itu
telah retak. (X)
b) Gelas-gelas
itu telah retak. (√)
c) Tiga
biji gelas itu telah retak. (√)
· Dalam binaan ayat, sekiranya
kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa
makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh
digandakan lagi.
Contoh:
1.a) Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik
belaka. (X)
b) Gelas
minuman itu cantik-cantik belaka (√)
· Kata bilangan boleh digunakan kepada
kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.
Contoh:
1. Tiga ekor rama-rama.
2. Empat orang kanak-kanak itu
cacat penglihatan.
|
Kata Ganda Separa
|
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terhasil
daripada pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Huruf vokal pada suku
kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e. Kata ganda
separa tidak menggunakan tanda sempang ( - ).
Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama
sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:-
Kata Dasar
|
Kelas Kata
|
Kata Ganda Separa
|
kunyit
tulang
riang
sendi
lada
|
kata nama
kata nama
kata nama
kata nama
kata nama
|
kukunyit
tetulang
reriang
sesendi
lelada
|
Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:
1. Kekotak
itu disusun dengan rapi sekali.
2. Peparu
wanita itu berair.
3. Bebuluh
itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka
makan bebotok.
5. Laluan
masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.
Senarai Kata Ganda Separa.
· Kata ganda separa ada yang
menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut.
A. Kata Ganda
Separa (maksud bilangan tunggal)
Contoh:
B. Kata ganda
separa (maksud bilangan jamak/banyak)
Contoh:
Senarai Kata Ganda Separa.
bebalai
bebarau
bebawang
bebenang
bebola
bebotok
bebuli
bebuluh
cecair
cecawi
cecekak
dedali
dedalu
dedamak
dedaru
dedawai
dedaun
dedaup
gegasing
gegendang
jejaka
jejala
jejamong
jejamu
|
jejari
jejawi
jejentik
jejuang
kekabu
kekacang
kekapas
kekara
kekepuk
kekili
kekisi
kekunci
lelabah
lelabu
lelabi
lelada
lelaki
lelayang
leletup
lelumba
memaya
pepanggil
peparu
pepejal
|
peperam
pepenjuru
pepijat
pepuyu
rerambut
reriang
reribu
reruku
sesagin
sesekat
sesendal
sesendi
sesentih
sesiku
sesumpit
sesungut
tetamu
tetangga
tetuang
tetuban
tetulang
tetupai
tetambak
tetingkat
|
· Dalam penulisan, kata ganda
separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).
Contoh:
le-laki
(X) ke-kura
(X)
lelaki (√) kekura (√)
· Kata bilangan tidak boleh
digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
1.a) Beberapa helai dedaun kering itu
diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
b)
Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
c)
Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
· Kata bilangan boleh digunakan
kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.
Contoh:
1. Tiga ekor lelabi itu mati di
dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2. Lima ekor pepijat merayap di
atas tilamnya.
|
Kata ganda bersajak/berima
|
Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami
perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang berbeza daripada kata
dasarnya.
Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ).
Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam
ayat:
1. Mereka
beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
2. Desas-desus
mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam
syarikat
berkenaan.
3. Mulut Tok
bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
4. Pihak
berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam
hutan di
negara
ini.
5. Dalam
keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.
Senarai kata ganda bersajak/berima.
A. Kata ganda
bersajak (kata nama)
Contoh:
B. Kata ganda
bersajak (kata adjektif)
Contoh:
C. Kata ganda
bersajak (kata kerja)
Contoh:
D. Kata ganda
bersajak (kata keterangan)
Contoh:
Senarai Kata Ganda Berima.
adai-badai
alai-balai
alai-belai
anak-pinak
aram-temaram
awan-gemawan
ayun-temayun
basa-basi
batu-batan
becang-becak
bedil-bedal
belat-belit
bengkak-bengkil
bongkar-bangkir
bukit-bukau
calar-balar
carut-marut
cebar-cebur
celam-celum
celas-celus
celengkak-celengkok
celorong-celoreng
cirit-birit
desas-desus
dayung-mayung
degap-degup
dengkang-dengkol
dentam-dentum
deram-derum
desas-desus
dolak-dalik
engkap-rengkap
erang-erot
gembar-gembur
gerak-geri
gilang-gemilang
golang-golek
gual-guil
gulung-gemulung
gundah-gulana
gunung-ganang
|
halai-balai
hancur-mumur
haru-biru
herot-merot
hilang-pintang
hingar-bingar
huru-hara
huyung-hayang
inca-binca
incang-incut
inggang-inggung
jangkih-mangkih
jendal-jendul
jengkang-jengkot
jerah-jerih
jongkang-jongket
jongkar-jongkir
julur-jalar
kalang-kabut
kalut-malut
kasak-kisik
kebas-kebus
kecuh-kecah
keluh-kesah
kerak-keruk
keriang-keriut
lekuh-lekah
lempang-lempung
lentam-lentum
liang-liuk
licin-licau
lintang-pukang
lopak-lapik
luntang-lunting
mandi-manda
masak-mangsai
merah-merang
mercak-mercik
morat-marit
muda-mudi
mundar-mandir
|
musuh-masah
olah-alik
olang-oling
orak-arik
piat-piut
pincang-pincing
pindah-randah
piut-miut
polang-paling
porak-peranda
pontang-panting
punah-ranah
remeh-temeh
rempah-pawah
sempang-sempong
riuh-rendah
robak-rabik
ropak-rapik
rumput-rampai
ranggu-rangga
saki-baki
sampah-sarap
sara-bara
saudara-mara
sayur-mayur
simpang-perenang
suku-sakat
susup-sasap
susur-galur
takang-takik
takuh-takah
tanah-tanih
teka-teki
terang-benderang
tikai-pangkai
tindak-tanduk
tulang-temulang
ulang-alik
umbang-ambing
unggang-unggit
warna-warni
|
· Kata ganda bersajak/berima yang
telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka
kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak
atau berima itu.
Contoh:
1.a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau.
(X)
b)
Lantai bilik air itu licin-licau. (√)
c)
Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
2.a) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai.
(X)
b)
Rambut orang gila itu kusut-masai. (√)
c)
Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)
|
Kata ganda berimbuhan
|
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah
dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan
|
tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh,
melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya
|
Akhiran
|
buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman,
sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan
|
Apitan
|
bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan,
kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
|
Sisipan
|
awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik,
tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir
|
Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata
seperti yang berikut:
A. Kata Ganda
Berimbuhan (kata nama)
Contoh:
B. Kata Ganti
Berimbuhan (kata adjektif)
Contoh:
C. Kata ganda
berimbuhan (kata kerja)
Contoh:
D. Kata ganda
berimbuhan (kata keterangan)
Contoh:
Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:
1. Abu berangan-angan
hendak menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali
bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian
tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu
perlu diamalkan dalam masyarakat.
5. “Seelok-eloknya
kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.
Senarai Kata Ganda Berimbuhan.
ambil-mengambil
ambin-mengambin
ancam-mengancam
andam-mengandam
angkut-mengangkut
aniaya-menganiaya
atas-mengatasi
ayak-mengayak
bahu-membahu
balas-membalas
bancuh-membancuh
bantu-membantu
bedil-membedil
baham-membaham
belit-membelit
benci-membenci
caci-mencaci
canai-mencanai
cari-mencari
cela-mencela
cetak-mencetak
cium-mencium
conteng-menconteng
curi-mencuri
dahulu-mendahului
dakap-mendakap
dakwa-mendakwa
datang-mendatangi
dayung-mendayung
dendam-mendendami
desak-mendesak
dorong-mendorong
eja-mengeja
ejek-mengejek
ekor-mengekori
elak-mengelak
endah-mengendahi
faham-memahami
fikir-memikir
fitnah-memfitnah
gali-menggali
garis-menggaris
|
gaul-menggaul
gertak-menggertak
gigit-menggigit
gilap-menggilap
hambat-menghambat
hantar-menghantar
harga-menghargai
hasut-menghasut
hentam-menghentam
hias-menghias
hormat-menghormati
hubung-menghubungi
ikat-mengikat
ikut-mengikuti
ingat-mengingati
intai-mengintai
intip-mengintip
jadi-menjadi
jahit-menjahit
jatuh-menjatuhi
jauh-menjauhi
jilat-menjilat
jilid-menjilid
jual-menjual
kacau-mengacau
kafir-mengkafir
kait-mengait
karang-mengarang
kasih-mengasihi
kata-mengatai
kecil-mengecilkan
kira-mengira
langgar-melanggar
lawat-melawati
lempar-melemparkan
lengkap-melengkapi
maaf-memaafi
maki-memaki
malu-memalui
masak-memasak
mati-matian
nafi-menafikan
|
nasihat-menasihati
pandang-memandang
paut-mamaut
pikul-memikul
pinang-meminang
pilih-memilih
pukul-memukul
puji-memuji
pujuk-memujuk
ragu-meragui
ratap-meratapi
raut-meraut
rejam-merejam
rendah-merendahkan
rendam-merendam
renjis-merenjis
sahut-menyahut
salah-menyalahkan
sambar-memenyambar
selar-menyelar
selit-menyelit
silang-menyilang
siram-memyiram
sorok-menyorok
tahu-menahu
takluk-menakluki
tampal-menampal
tampar-menampar
tarik-menarik
tegah-menegah
tentang-menentang
tilik-menilik
ubah-mengubah
ugut-mengugut
ukir-mengukir
ukur-mengukur
ungkit-mengungkit
usik-mengusik
utus-mengutus
ulang-mengulangi
yakin-meyakini
ziarah-menziarahi
|
· Apabila kata ganda berimbuhan
yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang-ulang, maka
kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan
selepas kata ganda berimbuhan itu.
Contoh:
1.a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali
sebelum dia menaiki pesawat itu. (X)
b)
Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat
itu. (√)
· Sekiranya kata ganda berimbuhan
yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud
menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1.a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling
potong-memotong. (X)
b)
Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
c)
Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)
· Dalam penulisan atau binaan
ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti yang
berikut:-
1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - )
bagi kata ganda separa.
Contoh:
a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)
2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama
setara untuk menunjukkan makna jamak.
Contoh:
a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan
seperti baru setelah digilap. (X)
b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti
baru setelah digilap. (√)
3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat
apabila kata adjektifnya telah digandakan.
Contoh:
a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
b) Baju itu besar-besar belaka. (√)
4. Kesalahan menyertakan kata saling
kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
Contoh:
1.a) Mereka saling caci-mencaci.
(X)
b)
Mereka caci-mencaci. (√)
5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada
kata ganda berima untuk menyatakan maksud
darjah tertinggi.
Contoh:
1.a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana
rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X)
b)
Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai.
(√)
2.a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar.
(X)
b)
Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)
6. Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada
kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri
daripada kata nama.
Contoh:
1.a) Semua kuih-muih itu dijualnya di
pasar malam. (X)
b)
Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan