KATA KETERANGAN
Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja
dan kata adjektif dengan lebih lanjut. Dalam bahasa Melayu baku kata keterangan dikenali sebagai kata sifat juga.
Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa
jenis seperti yang berikut:-
(a) Kata keterangan cara/gaya
(b) Kata keterangan masa/waktu
(c) Kata keterangan darjah
(d) Kata keterangan tanya
(e) Kata keterangan ragam/tak tentu
(f) Kata keterangan nafi
Jenis Kata Keterangan
|
Penerangan
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Kata
keterangan
cara/gaya
|
Digunakan untuk
menerangkan cara
|
begini, begitu,
demikian, diam,
tiba-tiba, betapa
|
1 Tidak sesiapa pun yang tahu
betapa sedih hati ibu yang malang
itu.
2 “Begini caranya menganyam daun
ketupat,” kata nenek.
|
Kata
keterangan
masa
|
Digunakan untuk
menerangkan masa
|
kelak, kelmarin,
tadi, belum, masih,
sedang, sebentar,
sekejap, selama-
lamanya, sekarang,
sudah, pernah,
selalu, akan,
kadang-kadang,
sentiasa
|
1 Radzi belum pernah sampai ke
Kuala Lumpur.
2 Sewaktu dalam perjalanan pulang
dari Seremban, kami singgah
sebentar di pekan Kajang.
|
Kata keterangan darjah
|
Digunakan untuk
menerangkan darjah
kata adjektif
|
agak, amat, nian,
paling, sekali,
sungguh, terlalu,
terlampau
|
1 Anak kecil itu terlalu nakal.
2 Ayah paling benci berbual
dengan
orang yang suka bercakap besar.
|
Kata keterangan tanya
|
Digunakan untuk
menerangkan masa,
cara, sebab dan
keadaan
|
siapa, bila, mana,
mangapa, kenapa,
apa, bagaimana,
berapa
|
1 Ke manakah kamu semalam,
Anne?
2 “Apakah perkara yang sedang
kamu bualkan itu, Man?” tanya
Shahmi.
|
Kata keterangan ragam/tak tentu
|
Digunakan untuk
menerangkan
sesuatu yang belum pasti
|
agaknya,
barangkali, entah-
entah, harus, mesti,
patut, memang,
nescaya, semoga
|
1 “Agaknya Pak Lah masih marah
dengan kamu, Janan?” kata Sabri.
2 Tidak patut Mak Tijah
memperlakukan anak bongsunya
itu seperti anak tiri.
|
Kata keterangan nafi
|
Digunakan untuk
menafikan sesuatu
|
Tidak, bukan, tak
|
1 Zainah tidak mahu mematuhi
arahan gurunya.
2 Marsinah bukan sombong tetapi
pendiam.
|
· Selain kata keterangan di atas,
terdapat kata keterangan lain yang tidak dapat dikategorikan. Antaranya ialah hanya,
jua, juga, dan saja.
· Dalam penulisan atau binaan
ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata keterangan seperti
yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan kata keterangan saja,
juga, dan lagi di depan frasa nama, frasa sendi,
frasa adjektif dan frasa kerja yang menjadi predikat ayat.
Contoh:
1.
a) Datuk saya juga seorang
ketua kampung. (X)
b) Datuk
saya seorang ketua kampung juga.
(√)
2.
a) Pemuda itu saja
termenung. (X)
b) Pemuda
itu termenung saja. (√)
3.
a) Ibu Salim lagi demam.
(X)
b) Ibu
Salim demam lagi. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan