TANDA BACA
Tanda baca ialah tanda yang digunakan dalam penulisan
atau binaan ayat. Penggunaan tanda-tanda baca ini penting untuk menentukan
maksud, menulis ayat, membia ayat dan membaca ayat.
Perhatikan penerangan tentang penggunaan tanda-tanda
baca di bawah ini.
Tanda Baca
|
Penggunaan
|
Contoh Penggunaan
|
Huruf besar
|
1. Menulis kata nama khas
2. Menulis pangkal
kata
permulaan ayat.
3. Menulis pangkal
kata
permulaan ayat cakap ajuk.
4. Menulis pangkal
kata
permulaan selepas tanda
noktah.
|
1. Ibu Salmah
bekerja di Kementerian Dalam
Negeri.
2. Kereta
bapa saya sentiasa kelihatan baru
dan cantik.
3. Kata Aziz, “Hidung
saya berdarah sejak
semalam.”
4. Jambatan itu sempit. Jambatan
itu akan
dirobohkan tidak lama lagi.
|
Tanda noktah
( . )
|
1. Menulis kata singkatan.
2. Menandakan berakhirnya
sesuatu ayat penyata.
|
1. T.N.B
(Tenaga Nasional Berhad)
2. Kereta itu terbabas lalu
melanggar
pembahagi jalan.
|
Tanda koma
( , )
|
1. Mengasingkan frasa dalam
ayat.
2. Mengasingkan perkataan-
perkataan yang sama dalam
ayat.
3. Menulis ayat cakap ajuk.
|
1. Oleh sebab terlalu marah, dia gagal
mengawal perasaannya.
2. Cengal, meranti,
jati, dan nyatuh ialah
jenis kayu yang baik untuk dibuat
perabot.
3. Kata Adi, “Poket baju saya terkoyak.”
|
Tanda soal
( ? )
|
1. Menandakan ayat tanya
atau
ayat soal.
|
1. Siapakah gadis yang berbaju kurung itu?
2. Mereka tinggal di mana?
|
Tanda seru
( ! )
|
1. Menulis ayat seru.
|
1. Wah, besarnya buah labu
itu!
2. Eh, Abu pun menyertai
pertandingan
pidato itu!
|
Titik bertindih
( : )
|
1. Menyatakan perkara-perkara
dalam ayat.
|
1. Perkara yang berikut
perlu ada di dalam
borang permohonan itu:-
a) Alamat: …………………………..
b) Nombor telefon: ………………………..
c) Jawatan:
|
Tanda pembuka dan penutup
kata
(“…….”)
|
1. Menulis ayat cakap ajuk.
|
1. “Rumah ini
terlalu kecil,” kata Razak.
2. Kata Samiah, “Bajunya
banyak butang.”
|
Tanda sempang
( - )
|
1. Menulis kata ganda.
2. Menggabungkan huruf
besar
dengan huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama
diri
untuk Tuhan.
|
1. Mudah-mudahan
2. Pancaran-X
3. Hamba-Mu
|
Tanda koma bertindih
( ; )
|
1. Mengasingkan ayat-ayat
yang
panjang.
2. Menggantikan kata
hubung
dalam ayat.
|
1. Dia harus mendapat
pujian; dia rajin serta
bersopan.
2. Aida seorang pelajar
yang pintar; peramah
serta hormat kepada orang tua.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan