Isnin, 12 November 2012

Bandingan Semacam



BANDINGAN SEMACAM

Bandingan semacam ialah kata-kata yang digunakan untuk membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain dalam sama keadaannya.

A
angkuh seperti merak

B
becok seperti mulut murai
bengkang-bengkok seperti ular kena palu
berdenyut macan siput
berderai macam kaca terhempas
bersinar macam permata
bujur seperti daun sirih

C
cantik laksana bidadari

G
gelisah macam cacing kepanasan
gebu seperti kapas
gelojoh seperti langau

H
hangus seperti arang

I
ikal seperti mayang

J
jingga seperi pinang masak

K
kedekut seperti tangkai jering
kesat seperti pasir
kenyang seperti ular lepas makan
kurus seperti cicak kubin

L
lambat seperti kura-kura
lapar seperti nak mati
lembut seperrti sutera
licin seperti belut
licin (pipi) seperti telur dikupas

M
mahal seperti berlian/emas
mancung (hidung) seperti seludang
membabi buta macam badak
membelit macam ular
meluru macam babi hutan
mulia seperti nabi/raja

N
nikmat seperti di syurga
P
pahit seperti hempedu
pandai seperti kancil
pantas seperti kijang/kilat
pemalu seperti kongkang

R
ramping (pinggang) seperti kerengga
rapat seperti isi dengan kuku
ringan seperti kapas/kekabu

S
sayang seperti nyawa
segak seperti putera
senang laksana raja
sial seperti biawak
siksa bagai di neraka

T
tajam seperti pedang/sembilu
tandus seperti padang pasir
tegang seperti dawai
terang sepeti siang/bulan mengambang
tumpul seperti belakang parang

U
ungu seperti biji kundang
untung seperti dapat rezeki terpijak

Z
zalim seperti firaun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan