Isnin, 12 November 2012

Ragam Ayat



RAGAM AYAT

Ayat terbentuk daripada gabungan dua kompaun utama iaitu subjek dan predikat.
Dalam bahasa Melayu baku, ayat dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-
                1.   Ayat inti
                2.   Ayat tunggal/ayat selapis
                3.   Ayat majmuk

A.   Ayat Inti

Ayat inti ialah ayat yang subjek dan predikatnya paling ringkas. Ayat inti terbahagi kepada empat pola seperti yang berikut:-
1.   Frasa nama (FN) + Frasa nama (FN)
2.   Frasa nama (FN) + Frasa kerja (FK)
3.   Frasa nama (FN) + Frasa sendi (FS)
4.   Frasa nama (FN) + Frasa adjektif (FA)

Perhatikan penerangan di bawah ini:-

a)   Frasa nama (FN) + Frasa nama (FN)




b)   Frasa nama (FN) + Frasa kerja (FK)




c)   Frasa nama (FN) + Frasa sendi (FS)




d)   Frasa nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)



B.   Ayat tunggal/ayat selapis

Ayat tunggal dikenali sebagai ayat selapis juga.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Perhatikan binaan ayat-ayat tunggal yang berikut:-

1 subjek
1 predikat
1.   Sepupunya
2.   Mereka
3.   Rumah itu
4.   Pisau ini
tinggal di Kuala Kedah.
berjalan kaki ke sekolah.
sungguh besar.
berkarat.

C.   Ayat majmuk

Ayat majmuk dikenali sebagai ayat berlapis juga. Ayat majmuk mengandungi beberapa baris ayat tunggal. Dalam bahasa Melayu baku, ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

                1.   Ayat majmuk gabungan
                2.   Ayat majmuk pancangan
                3.   Ayat majmuk campuran

1.   Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada gabungan dua ayat tunggal atau lebih dengan kata hubung gabungan seperti atau, dan, sambil, serta, tetapi dan sebagainya.

Perhatikan pembentukan ayat majmuk ganbungan di bawah ini:-

Ayat Majmuk Gabungan
Cara Pembentukan
1.   Sheila dan Zakiah berjalan kaki ke 
     sekolah.


a) Sheila berjalan kaki ke sekolah. (Ayat tunggal)
b) Zakiah berjalan kaki ke sekolah. (Ayat tunggal)
Kata hubung: dan
2.   Roti canai itu sedap tetapi liat.
a) Roti canai itu sedap. (Ayat tunggal)
b) Roti canai itu liat. (Ayat tunggal)
Kata hubung: tetapi

2.   Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat besar (ayat yang sempurna) dan satu atau beberapa ayat kecil/lain yang disisipkan ke dalam ayat besar dan menjadi sebahagian daripada ayat besar itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada 3 jenis seperti yang berikut:-

                1).   Ayat majmuk relatif
                2).   Ayat majmuk komplemen
                3).   Ayat majmuk keterangan

1)   Ayat majmuk relatif
Ayat majmuk relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata relatif yang.

Perhatikan contoh binaan ayat majmuk relatif di bawah ini:-

Ayat Majmuk Relatif
Cara Pembinaan
1.   Wanita yang berbaju biru itu jururawat
pelatih.

a) Ayat besar: Wanita itu jururawat pelatih.
b) Ayat kecil: Wanita itu berbaju biru.
Kata relatif: yang
2.   Banyak pelajar membaca novel yang popular itu.
a) Ayat besar: Banyak pelajar membaca novel
    itu.
b) Ayat kecil: Novel itu popular.
Kata relatif: yang

2)   Ayat majmuk komplemen
Ayat majmuk komplemen ialah ayat majmuk yang menggunakan kata komplemen iaitu bahawa dan untuk.
Perhatikan cara binaan ayat majmuk komplemen di bawah ini.

Ayat Majmuk Komplemen
Cara Pembinaan
1.   Anand sedar bahawa dia harus membalas
jasa ibunya.
a) Ayat besar: Anand sedar.
b) Ayat kecil: Dia harus membalas jasa ibunya.
Kata komplemen: bahawa
2.   Amat penting untuk kita hidup bersatu padu.
a) Ayat besar: Amat penting
b) Ayat kecil: Kita hidup bersatu padu.
Kata komplemen: untuk

3)   Ayat majmuk keterangan
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang mengandungi ayat besar dan ayat lain yang berfungsi sebagai penerang.

Perhatikan cara binaan ayat majmuk keterangan di bawah ini.

Ayat Majmuk Keterangan
Cara Pembinaan
1.   Kamal tidak datang ke sekolah kerana
demam.
a) Ayat besar: Kamal tidak datang ke sekolah.
b) Ayat keterangan: Kerana demam.
Kata hubung: kerana (keterangan sebab)
2.   Kita harus berpindah supaya tidak
terperangkap dalam banjir.
a) Ayat besar: Kita harus berpindah.
b) Ayat keterangan: Supaya tidak terperangkap dalam banjir.
Kata hubung: supaya (keterangan harapan)

3.   Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk yang terbentuk daripada gabungan beberapa jenis ayat, iaitu campuran ayat tunggal dan ayat majmuk.
Perhatikan cara binaan ayat majmuk campuran di bawah ini.

Ayat Majmuk Campuran
Cara Pembinaan

1.   Kita akan maju dan berjaya dalam bidang
perniagaan jika kita berusaha.
a) Ayat majmuk gabungan: Kita akan maju dan berjaya dalam bidang perniagaan.
b) Ayat keterangan: Jika kita berusaha.
Kata hubung: dan, jika
2.   Saya sangat yakin bahawa kamu akan
berjaya dalam bidang lakonan sekiranya kamu berusaha bersungguh-sungguh.
a) Ayat besar: Saya sangat yakin.
b) Ayat komplemen: Bahawa kamu akan berjaya dalam bidang lakonan.
c) Ayat keterangan: Sekiranya kamu berusaha bersungguh-sungguh.
Kata komplemen: bahawa
Kata hubung: sekiranya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan