SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa merupakan bentuk
peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah
perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu
pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa
adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.
A
air muka : maruah; rupa atau wajah seseorang
akal kancil : pandai
membuat tipu daya untuk menyelamatkan diri
ambil alih : mengambil
kuasa atau tugas daripada pihak lain
ambil ringan : tidak
menumpukan perhatian
anak kandung : anak
sendiri
anak tangga : tingkat-tingkat yang terdapat di
tangga
angkat mata : berani
melawan atau menentang
B
bahasa kesat : bahasa
yang kasar dan menyakiti hati
bangkai bernyawa : orang yang tidak berguna pada diri sendiri dan
masyarakat
bawa ke tengah : membawa sesuatu hal ke mahkamah
bawa nyawa : lari
untuk menyelamatkan diri
berat hati : malas
membuat sesuatu
berat mulut : orang
yang pendiam
berbulan madu : pengantin
baru pergi makan angin
berbuih mulut : berleter
tanpa berhenti-henti atau memberikan nasihat
berbulu mata : berasa
benci
berjabat tangan : bersalam
berpaling tadah : mengkhianati pihak yang disokong
berpeluk tubuh : malas melakukan kerja
bertikam lidah : bertengkar
bintang terang : orang yang bernasib baik
bongkok tiga : orang
tua yang terlalu bongkok ketika berjalan kebiasaannya
menggunakan tongkat
buah fikiran : memberi
pandangan atau pendapat
bulat suara : persetujuan
ramai
bunga api : punca-punca
pergaduhan
buruk makan : makan
secara gelojoh
buta tuli : tidak
boleh melihat dan mendengar
C
campur tangan : turut
serta dalam urusan orang lain
cangkul angin : perbuatan
yang sia-sia
cari mati : kelakuan
yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri
cicak kubin : terlalu
kurus
cuci tangan : enggan
bertanggungjawab dalam sesuatu hal
D
demam puyuh : pura-pura
demam
E
ekor mata : jelingan
mata
G
gelap mata : lupa
akan diri kerana terpengaruh oleh wang dan harta
gigi air : tebing
gila bahasa : fikiran
yang kurang waras
golok kayu : orang
bodoh berlagak pandai
H
habis akal : bingung
kerana habis segala usaha
hancur hati : terlalu
sedih
hari besar : hari
yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa
hujan panas : hujan
ketika hari panas
I
ibu kota : bandar
pusat pemerintah negeri
J
jadi kaki : orang
yang menjadi suruhan kepada sesuatu pihak
jahat mulut : orang
yang gemar mengata /mengumpat
jatuh hati : ada
perasaan kasih kepada seseorang
jinak lalat : berani
tetapi rasa takut
jiwa besar : orang
yang bercita-cita besar dan ingin melaksanakannya
K
kakitangan : para
pekerja
kecil hati : merajuk
atau rasa tersinggung
kerja tangan : hasil
pertukangan tangan
L
lidah bercabang : kata-kata seseorang yang tidak boleh dipercayai
lintah darat : orang yang mengenakan kadar bunga
tinggi atas pinjaman wang
yang diberikan
M
makan darah : mengambil
keuntungan berlipat ganda dalam perniagaan
makan diri : perbuatan
seseorang yang merosakkan dirinya sendiri
makan garam : orang
yang mempunyai banyak pengalaman hidup
mandi peluh : bekerja
kuat
masin lidah : apa
yang dikatakan benar-benar terjadi
masuk akal : pendapat
atau saranan yang boleh diterima
masuk angin : sakit
perut kerana teralu sejuk
masuk tangan : mencampuri
hal orang lain
mati celik : orang
mati yang hajat dan cita-citanya belum tercapai
membawa hati : merantau
kerana kecewa
mencolek hati : perbuatan
yang menggelikan hati
menjolok mata : sesuatu
yang tidak manis dipandang
mengikut telunjuk : menurut sahaja kemahuan orang lain tanpa membantah
menongkat langit : umur panjang
minta nyawa : minta
supaya jangan dibunuh atau diseksa
muka bantal : tidak
segan dan malu
muka pintu : ruang
di hadapan pintu
O
orang rumah : isteri
otak kering : orang
yang tidak berapa siuman
P
paku belanda : harga
tetap tidak boleh kurang
patah hati : kecewa
atas kegagalan dalam sesuatu hal
putih mata : kecewa
kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajati
putih tulang : berani
dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan
negara
R
rambang mata : serba
salah memilih
rasa hati : perasaan
seseorang
S
salah bantal : leher
berasa sakit selepas tidur
salah bawa : tidak
pandai mentadbir sesuatu
salah faham : tidak
mengerti hal yang sebenarnya
sampai hajat : hajat
hati yang tercapai
sampai hati : tanpa
belas kasihan semasa melaksanakan sesuatu
sehelai sepinggang : mempunyai
pakaian yang dipakai sahaja
sejuk hati : telah
hilang perasaan marah
sekangkang kera : keluasan kawasan yang tidak seberapa
senang hati : gembira
kerana memperoleh sesuatu
senyum simpul : senyum
gembira/geli hati kerana sesuatu yang menarik
setengah masak : fikiran seseorang yang kurang matang
T
tahi minyak : orang
yang sangat cerewet
tak kering gusi : sentiasa ketawa
tak sedar diri : tidak mengetahui tentang
kedudukan diri
tanda tangan : tulisan
yang menandakan nama seseorang
tangkap angin : tanpa
mendapat apa-apa
telinga tempayan : orang yang tidak mahu mendengar nasihat
titik peluh : usaha
yang bersungguh-sungguh
tolak ansur : sama-sama
memberi/menerima pendapat masing-masing
tulang belakang : seseorang yang diharapkan membawa kejayaan dalam
sesuatu
kumpulan/pasukan
Z
zaman batu : zaman
manusia hidup di dalam gua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan