Isnin, 12 November 2012

Kata Sandang



KATA SANDANG

Kata sandang ialah kata yang berfungsi untuk menentukan makna/maksud dalam ayat. Kata sandang tidak mempunyai sebarang makna/maksud serta tidak dapat berdiri dengan sendiri.


Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Sandang
Penggunaannya
Ayat Contoh

nya
Digunakan untuk:
a)   Membentuk frasa nama daripada 
      frasa adjektif.
b)  Membentuk frasa nama daripada 
     frasa kerja.
c)  Menegaskan frasa nama.
1   Cantiknya pemandangan di tempat
      peranginan itu sukar untuk
      digambarkan.
2    Tingginya bangunan itu kira-kira 60
      meter.
3    Tajamnya mata pedang umpama
      sembilu.
sang
Digunakan untuk:
a)  Memberikan gelaran kepada orang,
     benda dan binatang.
b)  Memberikan sifat manusia pada
     binatang dan benda.
1   Sang Harimau itu sukar untuk
     dijinakkan.
2   Sang Suria muncul lagi.
3   Sang Kancil mengajak Sang Arnab 
     berlumba lari dengannya.
si
Digunakan untuk:
a)   Memberikan gelaran seolah-olah 
      manusia kepada haiwan.
b)   Membentuk frasa nama daripada 
      frasa adjektif.
c)   Menerangkan tugas seseorang.
d)   Menerangkan sifat seseorang.
1   Si Buta itu teraba-raba mencari
     tongkatnya.
2   Si pengail itu memperoleh ikan yang  
     banyak.
3   Si Botak itu dipercayai menjadi
     ketua perompak yang dicari oleh  
     pihak polis.
yang
Digunakan untuk:
a)   Membentuk frasa nama.
b)   Menunjukkan perbezaan makna.
1   Rumah yang terletak di pinggir jalan   
     itu tidak berpenghuni.
2   Halaman rumahnya yang luas itu
     sesuai dijadikan padang bola.
3   Adiknya yang bongsu itu telah
     selamat melahirkan seorang cahaya  
     mata.

· Walaupun kata sandang tidak mempunyai erti dan tidak dapat berdiri dengan sendiri, namun demikian kata sandang mempunyai tugas penting iaitu, untuk menentukan makna dalam ayat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan