Isnin, 12 November 2012

Kata Nafi



KATA NAFI
Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif.
Dalam bahasa Melayu baku, kata nafi adalah seperti yang berikut:-




Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nafi
Penerangan
Ayat Contoh

Tak/tidak
Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja.
1   Ramlan tidak mengendahkan nasihat ibu
     bapanya.
2   Mereka tidak bersetuju dengan cadangan kami.
3   Mata pedang itu tidak tajam.
4   Fikirannya tidak waras.
bukan
Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama.
1   Pemuda itu bukan pegawai polis.
2   Ayahnya bukan peguam.
3   Anjing itu bukan anjing peliharaan Encik
     Leong.
4   Basikal itu bukan basikal yang baru dibelinya.

· Dalam penulisan, kata nafi bukan dan tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif.
Contoh:
                1.   Ah Keong tidak di biliknya sewaktu kejadian rompakan itu berlaku.
2.   Ayah Mei Fun tidak ke pejabat hari ini kerana demam.
3.   Bungkusan itu bukan untuk tunangnya.
4.   Khalid bukan di Sarawak sekarang.

· Dalam penulisan, kata nafi bukan boleh digunakan untuk frasa-frasa yang lain daripada frasa nama dengan syarat maksudnya adalah untuk menekankan pertentangan secara lebih jelas.
Contoh:
                1.   Salman bukan bergaduh dengan Salim tetapi bergurau sahaja.
                2.   Guni padi itu berjahit bukan dengan benang tetapi dengan tali rafia.

· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata nafi seperti yang berikut:-
       1.   Kesalahan menggunakan kata nafi tak atau tidak untuk membentuk ayat nafi atau ayat
             negatif daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya.
       Contoh:
                    a)   Cik Jamaliah tidak jururawat. (X)
                    b)   Cik Jamaliah bukan jururawat. (√)

       2.   Kesalahan menggunakan kata nafi bukan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif
             daripada ayat positif apabila frasa kerja menjadi predikatnya.
       Contoh:
                    a)   Mahyun bukan belajar dengan tekun. (X)
                    b)   Mahyun tidak belajar dengan tekun. (√)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan