KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI
1. Karangan autobiografi
dikaitkan dengan cerita hidup sesuatu benda,tumbuhan,binatang dan sebagainya.
2. Perkara yang diceritakan ialah tentang sejarah
ciptaan,rupa bentuk,warna,harga,khidmat yang diberi dan sebagainya.
3. Karangan ini adalah jenis
rekaan. Setiap rekaan anda perlulah logik dan munasabah.
4. Untuk ‘menghidupkan’
cerita,nada perlu membayangkan diri anda sebagai objek tersebut.
5. Anda perlu memahami dan
mengetahui peranan, keistimewaan,serta
kegunaan yang dimiliki oleh objek berkenaan bagi memudahkan anda mengolah
cerita.
6. Ungkapan atau peribahasa
yang sesuai boleh digunakan supaya karangan anda lebih menarik.
7. Pastikan ejaan,tanda
baca,serta penggunaan imbuhan betul dan tidak ada kesilapan kerana perkara ini
boleh mempengaruhi markah anda.
8. Penutup karangan berkisar
tentang nasib yang dialami.
Saya Sebuah Komputer
Aku
dicipta daripada beberapa komponen elektronik hasil kajian sains
teknologi. Badanku terdiri daripada ‘keyboard’, ‘monitor’, ‘hardisk’, ‘mouse’
dan juga ‘speaker’. Aku diberi gelaran sebagai Pentium MMX GSCOM.
Diriku
digandingkan pula dengan rakan seperjuanganku yang lain seperti ‘mesin
pencetak’ (printer) yang digelar ‘Lexmark’. Kami berdua bersahabat baik dalam mengharungi
rutin hidup karni.’
Suatu
hari, kami telah dibawa ke rumah banglo yang besar. Kami dibawa dengan penuh
berhati-hati. Setelah tiba, baru kami sedar bahawa kami telah dibeli oieh
seorang lelaki tua sebagai hadiah harijadi anak gadisnya yang berumur 13 tahun.
Semenjak
itu, kami berkhidmat dengan penuh setia kepada tuan ‘Linda’ begitulah manisnya
nama tuanku. Beliau amat menyayangi kami yang boleh memenuhi segala kehendaknya
seperti menghasil graf, gambar-gambar, CD-Movie dan sebagainya. Jari-jemarinya
sentiasa rancak bermain di atas badanku (keyboard).
Linda
selalu menjaga kami dengan sempurna dan penuh berhati-hati agar badan kami tidak
dijangkiti ‘virus’. Aku rasa amat bertuah kerana dapat berkhimat sepanjang
hayatku.
Kosa kata
Komponen - bahagian
Mengharungi - melalul
Rutin - kebiasaan
Komponen - bahagian
Mengharungi - melalul
Rutin - kebiasaan
Rancak -
cepat
Saya sepasang Seluar
Asal –usul saya adalah daripada kain keras
bernama ‘jeans’ dan diberi gelaran sebagai ‘Levis’.Saya kemudiannya dibungkus
ke dalam plastik dan dimasukkan ke dalam kotak bersama-sama dengan rakan
seperjuangan lain.
Kami dibawa ke sebuah pusat membeli-belah
terkemuka di ibu kota.Seterusnya saya diperagakan oleh seorang jurujual
dengan memakaikan ke atas patung manusia. Saya kelihatan anggun sekali.
Pada suatu pagi,datang seorang pemuda
berbadan tegap ke arah saya lalu
dibelek-beleknya diri saya.Nampaknya dia tertawan dengan saya lalu dibelinya
saya dan dibawa pulang ke rumah.
Setelah tiba di rumah,saya dipakai dan
dilihatnya pada cermin.Saya rasakan diri saya
amat serasi dengan susuk badan tuan saya.Malang dia tidak
berfikirkan begitu.
Justeru diambilkan gunting lalu dicariknya
tubuh badan saya. “Aduh sakitnya……” begitulah raungan saya,namun ia tidak
diendahkan olehnya.Kini diri saya dirasakan amat sesuai baginya bersama
bahagian lutut yang terkoyak.Tetapi,saya pula meratapi nasib saya yang menjadi
semakin lemah dan tidak bermaya.
Kosakata
Diperagakan - dipamerkan
Tegap - besar
Serasi - sesuai
Dicariknya - dikoyaknya
Latihan
Tuliskan
sebuah karangan yang bertajuk “ Aku Sebatang Lilin”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan