JENIS-JENIS AYAT
Ayat ialah susunan kata-kata yang mengandungi maksud
atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua komponen
iaitu, subjek dan predikat.
Subjek dalam ayat ialah benda atau behagian ayat yang
diterangkan.
Predikat pula
ialah cerita atau bahagian ayat yang menerangkan subjek.
Subjek
|
Predikat
|
1. Gajah itu
2. Kami
3. Pemuda itu
4. Pelajar-pelajar itu
5. Telefon itu
|
sedang makan tebu
ke bandar dengan menaiki bas.
sedang dibaikpulih.
sedang tekun membaca buku.
berdering.
|
Dalam bahasa Melayu baku, ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti
yang berikut:-
A. Ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu perkara atau hal.
B. Ayat tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu perkara atau hal dan sebagainya. Ayat tanya ini ditandai dengan tanda
tanya/tanda soalan (?) di hujung ayatnya.
Ayat tanya terbahagi kepada
dua jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya
dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa,
bila,
berapa,
bagaimana, mana, kenapa, mengapa, siapa dan sebagainya.
Perhatikan ayat contoh di
bawah ini:-
1. Siapakah olahraga
sekolah kamu pada tahun ini?
2. Di manakah kamu
meletakkan beg kamu tadi?
3. Kenapakah emak kamu
bermasam muka sahaja?
4. Bagaimanakah
kemalangan itu terjadi?
5. Berapakah bilangan
peserta rombongan itu?
· Dalam binaan ayat atau penulisan, kata tanya boleh disertai atau
menerima kata penegas/partikel kah dengan syarat kata tanya itu
mestilah letaknya di bahagian hadapan ayat.
Contoh:
1.
Bilakah air laut ini akan pasang semula?
2.
Kenapakah kamu biarkan adik kamu ke bandar bersendirian?
3.
Di manakah kemalangan ngeri itu berlaku?
4.
Bagaimanakah keadaan pesakit jantung berlubang yang kamu lawati itu?
2. Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya
tanpa kata tanya ialah ayat penyata yang diletakkan tanda tanya/tanda soal di
hujung
ayatnya. Ayat tanya ini terbentuk dengan meninggikan nada suara yang berbentuk
soalan/pertanyaan.
Contoh:
Ayat Penyata
|
Ayat Tanya
|
1. Kedua-dua batang jarinya kudung.
2. Adiknya kena culik.
3. Air perigi itu cetek.
4. Dia menghidap penyakit kencing manis.
5. Cincin itu kepunyaan Alice.
|
1. Kedua-dua batang jarinya kudung?
2. Adiknya kena culik?.
3. Air perigi itu cetek?
4. Dia menghidap penyakit kencing manis?
5. Cincin itu kepunyaan Alice?
|
·C. Ayat perintah
Ayat perintah ialah ayat yang berbentuk suruhan,
larangan, silaan atau permintaan denagn tujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
D. Ayat seruan
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk
menggambarkan/melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti terkejut, marah,
mengejek, sakit, takut, dan sebagainya. Ayat seruan ini pada umumnya didahului
oleh kata seru seperti Ah, Amboi, Nah, Wah, Cis, dan sepertinya. Pada
penghujung ayatnya pula ditandai dengan tanda seru (!).
· Pada umumnya, ayat seruan
mengandungi kata seru yang diletakkan di awal ayat. Namun begitu, terdapat ayat
seruan yang tidak didahului oleh kata seruan.
Contoh:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan