KATA SERU
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk
menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan,
kagum, terkejut dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk
membentuk ayat seru.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Seru
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan
sakit
b) Menyatakan perasaan
kagum/hairan
|
1 Aduh, hebat sekali cara dia meniup
serulingnya!
2 Aduh, bingitnya telinga aku
mendengar
bunyi muzik itu!
|
Aduhai
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan sedih/dukacita
|
1 Aduhai, malang sekali nasib Si miskin
itu!
2 Aduhai, alangkah belasnya aku
melihat
dia!
|
Ah
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan penolakan/tidak bersetuju/
membantah
|
1 Ah,
aku enggan berbincang dengannya!
2 Ah,
engkau pun sama dengan dia!
|
Amboi
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/hairan
|
1 Amboi,
enaknya rasa buah mangga ini!
2 Amboi,
kacaknya pemuda itu!
|
Cis/cih
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan
marah
b) Menyatakan perasaan
mengejek/
menyindir
|
1 Cis, memang dasar perempuan pisau
cukur!
2 Cih, hidung tak mancung, pipi
tersorong-
sorong!
|
Eh
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan hairan/terkejut
|
1 Eh, Leman pun berbaju kemeja T!
2 Eh, kamu pun ada di sini Manaf!
|
Hai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan hendak
menegur
atau menyapa seseorang
b) Cuba menarik perhatian
|
1 Hai, cuba kamu perhatikan wanita di
hujung sana tu!
2 “Hai, saya pekerja baru di sini!”
kata
Talib memperkenalkan dirinya kepada
Manan.
|
Nah
|
Digunakan untuk menarik
perhatian dan pelbagai maksud lain
|
1 Nah, inilah masa yang paling sesuai
untuk ziarah-menziarahi!
2 Nah, terimalah bayaran wang yang
kupinjam tadi!
|
Wah
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/takjub
|
1 Wah, bergaya sungguh kauhari ini,
Dollah!
2 Wah, lazat sungguh hidangan itu
tadi!
|
Wahai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan
dukacita
b) Mendapatkan perhatian
|
1 Wahai rakan-rakanku, janganlah
membuang masamu dengan sia-sia!
2 Wahai anak-anakku, janganlah
sesekali
kamu lupa akan
tanggungjawabmu!
|
· Semua ayat seru, tanda serunya
mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru.
Semua
ayat seru ditandai dengan tanda seru ( ! )
· Dalam binaan ayat atau
penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata seru seperti
yang berikut:
1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah
atau yang tidak menggambarkan perasaan
yang dinyatakan.
Contoh:
1.
a) Aduhai, cantiknya
pemandangan di sini! (X)
b) Wah,
cantiknya pemandangan di sini! (√)
2.
a) Cis, malang sekali nasib
Si buta itu! (X)
b) Aduhai,
malang sekali nasib Si buta itu! (√)
2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata
seru dalam ayat.
Contoh:
1.
a) Aduh! sakitnya
telingaku ini. (X)
b) Aduh,
sakitnya telingaku ini! (√)
2.
a) Eh! cikgu kita
pun ada di sini. (X)
b) Eh,
cikgu kita pun ada di sini! (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan