KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan
kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang
berikut:
a) Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga
A Kata Ganti Nama Diri
Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri
apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk
|
Contoh Kata Ganti Nama
Diri Pertama
|
Tunggal
|
aku, beta, daku, hamba, patik, saya
|
Jamak
|
kami, kita
|
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di
bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri
Pertama
|
Penerangan
|
Ayat contoh
|
aku
|
Untuk menggantikan/merujuk diri sendiri apabila:
a) Bercakap dengan orang/kenalan
yang sangat rapat
serta mesra dan
sedarjat/setaraf.
b) Apabila berdoa kepada Tuhan.
|
1. Kata Mahmud kepada rakan
karibnya, “Petang
nanti aku ingin
mengajak engkau datang
ke
rumahku.”
2. Ya Allah, aku memohon
keampunan dan
keredhaan-Mu.
|
beta
|
Digunakan oleh raja, sultan, dan kerabat diraja apabila bertitah
kepada rakyat
|
1. “Beta tidak menyangka bahawa
orang kaya tergamak
menganiaya
beta,” titah
Sultan Samad.
2. Titah Sultan Ali, “Beta datang ke
mari membawa hajat
yang besar.”
|
daku
|
Sebagai objek kepada kata kerja transitif yang ejaannya berakhir
dengan huruf ‘n’.
|
1. Kakak Milah membelikan daku
seutas rantai emas.
2. Hamidah berkakak dengan daku.
|
hamba
|
Untuk merujuk diri orang yang bercakap atau diri sendiri pada
zaman dahulu.
|
1. “Hamba sungguh kecewa dengan
sikap tuan hamba,”
kata Panglima
Hitam kepada pesuruh
raja itu.
2. Kata Datuk Maharaja Lela,
“Hamba sama
sekali tidak
menyangka begini akan
jadinya.”
|
kita
|
Untuk merujuk diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua
atau orang yang dilawan bercakap.
|
1. “Mari kita membantu ibu di
dapur,” kata Ani
kepada kakaknya.
2. “Rumah kita ini perlu dicat
semula, ayah,” kata
Zubir.
|
kami
|
Untuk merujuk diri orang yang bercakap serta anggota kumpulannya
apabila bercakap dengan orang kedua yang tidak termasuk dalam kumpulan
mereka.
|
1. “Ibu bapa kami jarang ada di
rumah pada waktu
siang,” kata
Mary dan Rita kepada
Nita.
2. “Kereta kami ini berjenama
Proton,” kata Siti dan
Wan kepada
Suzana.
|
patik
|
Digunakan oleh rakyat untuk merujuk diri sendiri apabila
bercakap dengan raja, sultan dan kerabat diraja.
|
1. “Pertanyaan patik tadi belum
tuanku jawab,” kata
Bendahara
Melaka kepada baginda
Sultan.
2. “Keluarga patik masih berada di
Majapahit, tuanku,”
sambung
Daeng Lebar Daun.
|
saya
|
Untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dalam suasana rasmi,
dengan orang yang baru dikenali, dengan orang yang dihormati, dengan orang
yang lebih tua umurnya dan dengan orang lain pada umumnya.
|
1. “Tangan saya berasa kebas, tuan
doktor,” kata pesakit
itu.
2. “Kamu jangan cuba
mempermainkan saya,”
kata
Zaiton kepada Maya.
|
B Kata Ganti Nama Diri
Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk
|
Contoh Kata Ganti Nama
Diri Kedua
|
Tunggal
|
anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
|
Jamak
|
anda, kalian, kamu
|
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di
bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri
Kedua
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
anda
(tunggal dan jamak)
|
Merujuk diri orang yang kedua/orang yang dilawan bercakap apabila
tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen, dalam
urusan surat-menyurat dan apabila bercakap dengan orang yang sebaya dengan
kita.
|
1 Kata juruhebah radio itu, “Anda
perlu berhati-hati
supaya tidak
terbeli barang tiruan.”
2 Sudahkah anda mendaftar sebagai
pengundi?
|
awak
(tunggal)
|
Merujuk diri orang yang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita, digunakan oleh orang atasan apabila bercakap dengan orang bawahan dan
digunakan oleh suami dan isteri tatkala bercakap.
|
1 “Awak tinggal di mana, Karim?”
tanya Sabri.
2 Hutang awak masih tinggal seratus
ringgit sahaja,” kata
Saadiah
kepada suaminya.
|
dikau
(tunggal)
|
Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata
kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.
|
1 Kassim benci akan dikau, Manan,”
kata Bacik.
2 “Keengganan dikau melamarnya,
membuatkan Yati kecewa,
Din,”
kata Dol.
|
engkau
(tunggal)
|
Merujuk diri orang yang kedua atau orang yang dilawan bercakap
yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan apabila berdoa.
|
1 “Kawan-kawan engkau sedang
menunggu di kantin sana,”
kata
Rahim kepada rakannya
See Yan.
2 Ya Tuhanku, kepada Engkau aku
memohon kemaafan!
|
kalian
(jamak)
|
Merujuk diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang
bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.
|
1 “Kalian beredar dahulu,” kata
Majid kepada
rakan-rakannya.
2 Kalau kalian sudah bersedia, mari
kita bergerak
sekarang,” kata Bedul
kepada adik-adiknya.
|
kamu
|
1. Untuk menggantikan diri orang yang dilawan bercakap yang
rapat hubungannya dengan kita.
2. Digunakan oleh orang dewasa apabila bercakap dengan orang
yang lebih muda.
|
1 “Bilakah kamu
akan berangkat ke
Australia,
Man?” tanya Mumtaz.
2 “Dengan siapakah kamu
akan
menjalankan perniagaan
ini,
nanti?” tanya Swee King
kepada
Ah Chye.
|
C Kata Ganti Nama Diri
Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:
baginda, beliau,
dia, ia, dan mereka
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri ketiga di
bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri
Ketiga
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
baginda
|
Untuk menggantikan nama sultan/raja/kerabat diraja yang
diperkatakan
|
1 Baginda sedang beradu di bilik
peraduan.
2 Putera baginda Sultan yang akan
menaiki takhta kerajaan
itu.
|
beliau
|
Untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan yang dianggap
mulia, berjasa dan tidak melakukan perbuatan keji.
|
1 Beliau berasal dari Kedah.
2 Saudara beliau banyak yang
menetap di sini.
|
dia/ia
|
Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan.
|
1 Dia anak seorang ahli perniagaan.
2 Dia banyak membantu
menyelesaikan masalah
kami di
sini.
|
mereka
|
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang
bilangannya melebihi seorang.
|
1 Mereka jarang berbual dengan
kami.
2 Ibu mereka telah lama meninggal
dunia.
|
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri seperti berikut:
1. Kesalahan
menggunakan kata ganti nama diri untuk binatang, benda, tempat dan benda
abstrak dalam binaan
ayat.
Contoh:
1.a) Bajunya koyak. Ia perlu
dijahit. (X)
b) Bajunya koyak. Bajunya
perlu dijahit. (√)
2.a) Anjing itu menyalak. Ia kelaparan.
(X)
b)
Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)
2. Kesalahan
menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan nama
kanak-
kanak, penjenayah, penagih dadah atau orang yang dianggap rendah moral
atau akhlaknya.
Contoh:
1.a) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis
ketika beliau sedang dalam keadaan khayal. (X)
b) Penagih dadah
itu ditangkap oleh polis ketika dia sedang dalam keadaan khayal. (√)
2.a) Kanak-kanak itu menangis. Beliau
kehilangan ibunya. (X)
b)
Kanak-kanak itu menangis. Dia kehilangan ibunya. (√)
3. Kesalahan menggabungkan kata ganti nama diri
ia dan nya menjadi ianya.
Contoh:
1.a) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ianya
tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. (X)
b)
Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ia tidak akan
dibenarkan menduduki
peperiksaan. (√)
2.a) Jika melawan, ianya akan dikenakan
hukuman yang lebih berat. (X)
b)
Jika melawan, ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (√)
4. Kesalahan
menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai objek kepada kata
sendi atau
kata kerja transitif.
Contoh
1.a) Kami tidak suka berkawan dengan ia.
(X)
b)
Kami tidak suka berkawan dengan dia/nya. (√)
2.a) Sudah lama saya menunggu ia datang.
(X)
b)
Sudah lama saya menunggunya/dia datang. (X)
5. Kesalahan tidak dapat membezakan kata ganti
nama diri untuk Tuhan dan manusia.
Contoh:
1.a) Tuhan amat menyayangi hambanya. (X)
b)
Tuhan amat menyayangi hamba-Nya. (√)
2.a) Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini.
(X)
b)
Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. (√)
6. Kesalahan tidak dapat membezakan penggunaan
kata ganti nama diri kami dan kita.
Contoh:
1.a) “Kita tinggal tidak jauh dari sini,”
kata Abu dan Ali kepada Lim. (X)
b) “Kami
tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (√)
2.a) “Kita anak orang miskin, pak cik,”
kata John dan Johnny. (X)
b)
“Kami anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (√)
7. Kesalahan
menggandakan kata ganti nama diri ketiga mereka menjadi mereka-
mereka.
Contoh:
1.a) Mereka-mereka terdiri daripada
pelajar sekolah menengah di daerah ini. (X)
b) Mereka
terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (√)
2.a) Mereka-mereka belajar di kolej
swasta. (X)
b) Mereka
belajar di kolej swasta. (√)
8. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia
sebagai penerang kepada kata nama.
Contoh:
1.a) Adik ia berusia lima
tahun. (X)
b)
Adiknya berusia lima
tahun. (√)
2.a) Rumah ia beratap rumbia. (X)
b)
Rumahnya beratap rumbia. (√)
9. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia
sebagai pelaku dalam ayat pasif diri
ketiga.
Contoh:
1. a) Baju itu belum dijahit ia. (X)
b)
Baju itu belum dijahitnya. (√)
2. a) Rumah itu sudah dicat ia. (X)
b)
Rumah itu sudah dicatnya. (√)
KATA GANTI NAMA DIRI
SINGKAT
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama
diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri penuh yang telah disingkatkan.
Dalam Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang
berikut:-
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri Singkat
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
kau
|
Kata ganti nama diri singkat kau
asalnya daripada kata ganti nama diri penuh engkau yang telah
disingkatkan
|
1
“Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu
rindukankau,” kata Salamah.
2 “Kenapakah kausering menjauhkan diri
daripadaku, Salleh?” tanya Maimun.
|
ku
|
Kata penuh nama diri singkat ku
asalnya daripada kata ganti nama diri penuh aku yang telah
disingkatkan
|
1
Aku berharap agar kautidak berkecil hati
dengan kata-kataku tadi, Osman,”
kata
Ali.
2
Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke
Mekah pada tahun ini.”
|
mu
|
Kata ganti nama diri singkat mu
asalnya daripada kata ganti nama diri penuh kamu yang telah
disingkatkan
|
1
“Keras sekali hatimu, Bidin,” kata
Salmiah.
2
Kata Malek, “Aku sering teringatkan
dirimu, Ziana.”
|
nya
|
Kata ganti nama diri singkat nya
asalnya daripada kata ganti nama diri ketiga dia.
|
1
Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh
tadi.
2
Tulisannya seperti cakar ayam.
|
· Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan
seperti berikut:-
1. Kesalahan tidak menulis rapat kata ganti nama diri
singkat dengan kata yang
menyertainya.
Contoh:
1.
a) Kata Kamil, “Orang tua ku
pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X)
b)
Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke
tempat ini.” (√)
2.
a) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau
potong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
(X)
b)
Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu
pendek, Senah?”.
(√)
2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri
singkat sebagai subjek ayat.
Contoh:
1.
a) “Kau masih marah padaku,
Maya?” tanya Faizol. (X)
b)
“Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)
2.
a) “Nya tidak mahu bertolak
ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X)
b)
“Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa.
(√)
3 Kesalahan menulis
kata ganti nama diri singkat untuk Tuhan dengan menggunakan
huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1.
a) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu
ini! (X)
b)
Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)
2. a) Tuhan amat adil kepada hamba-nya. (X)
b) Tuhan amat adil kepada hamba-Nya.
(√)
KATA GANTI NAMA TAK
TENTU
Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menggantikan
sesuatu atau seseorang yang tidak tentu/tidak pasti.
Contoh:
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama
Tak Tentu
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
apa-apa
|
Untuk menggantikan nama benda/perkara yang tidak tentu.
|
1. Dia menerima apa-apa sahaja teguran yang
membina.
2. Datin Aida tidak tahu apa-apa tentang
kegiatan haram
suaminya itu.
|
bila-bila
|
Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu.
|
1. Perang saudara itu akan tercetus pada bila-
bila masa
sahaja.
2. “Bila-bila kamu ada kelapangan ziarahi ibu
di kampung,” pesan Ema
kepada adiknya,
Rima.
|
mana-mana
|
Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu.
|
1. Kata Siti kepada Sidah, “Kamu usah pergi ke
mana-mana,
tunggu saya di sini.”
2. Pada petang itu, Abu tidak pergi ke mana-
mana.
|
siapa-siapa/
sesiapa
|
Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu.
|
1. Tidak siapa-siapa pun dibenarkan merokok
di dalam dewan itu.
2. Mereka tidak mengenali sesiapa pun di
majlis itu.
|
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tak tentu seperti yang
berikut:
1. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama
tak tentu berdasarkan fungsinya.
Contoh:
1.a) “Tidak ada mana-mana yang mengganggu
fikiran saya,” kata Suzy. (X)
b)
“Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (√)
2.a) “Siapa-siapa kamu ada kelapangan,
datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (X)
b) “Bila-bila
kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (√)
2. Kesalahan menyertakan partikel kah
kepada kata ganti nama tak tentu dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Kamu tidak pergi ke mana-manakah
petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (X)
b)
“Kamu tidak pergi ke mana-mana petang semalam, Abu?” tanya
Munshi. (√)
2.a) Siapa-siapakah yang didapati
mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (X)
b) Siapa-siapa
yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (√)
3. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk
menggantikan tempat kata ganti nama tak
tentu dalam
ayat.
Contoh:
1.a) “Bila masa sahaja cermin tingkap yang
retak itu akan pecah,” kata Subra. (X)
b) “Bila-bila
masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (√)
2.a) Kata Cikgu Mansor, “Siapa yang
berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah
mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (X)
b) Kata Cikgu Mansor, “Siapa-siapa/sesiapa
yang berminat untuk menyertai kem motivasi
ini, perlulah mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (√)
KATA GANTI NAMA TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan
sesuatu atau seseorang.
Dalam Bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tunjuk ada dua, iaitu ini
dan itu.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Tunjuk
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
ini
|
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat
|
1 “Ini kenalan baru
saya,” kata Bhagwan.
2 “Masalah ini
sukar untuk diselesaikan,”
kata Firdaus.
|
itu
|
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh
|
1 Itu guru kelas
6 Hijau.
2 Sungai itu
masih belum tercemar.
|
· Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi
atau tugas seperti yang berikut:-
1. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai
subjek ayat.
Contoh:
1. Ini meja tulis saya.
2. Kata Razali, “Itu lukisan saya yang
pertama.”
2. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai
penentu.
Contoh:
1. “Hari ini ialah hari lahir
saya,” kata Badar.
2. Istana itu milik Raja Permaisuri Lela
Ratna.
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tunjuk seperti yang
berikut.
1. Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk
yang bertugas sebagai penentu di
hadapan frasa
nama atau kata nama.
Contoh:
1. a) Ini malam, kami bercadang untuk
meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (X)
b) Malam
ini kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (√)
2. a) Itu pegawai polis datang untuk
menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (X)
b) Pegawai
polis itu datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (√)
2. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama
tunjuk di tempat yang betul berdasarkan
fungsinya.
Contoh:
1. a) Sekolah yang ini baru siap
pembinaannya akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia.
(X)
b) Sekolah
yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia.
(√)
2. a) Buku ini yang baru sungguh
tebal. (X)
b) Buku
yang baru ini sungguh tebal. (√)
KATA GANTI NAMA TEMPAT
Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama tempat.
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama tempat ada tiga iaitu, sini,
situ, dan sana.
Perhatikan keterangan di bawah ini.
Kata Ganti
Nama Tempat
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
sini
|
Digunakan untuk menunjukkan
tempat yang dekat atau
berhampiran dengan orang yang
bercakap
|
1 “Di sini udaranya
sungguh nyaman dan
menyegarkan,” kata
Aidah.
2 “Penduduk di sini
ramah belaka,”kata
Salwa kepada Diana.
|
situ
|
Digunakan untuk menunjukkan
tempat yang agak jauh. Tempat
yang dimaksudkan itu masih
kelihatan oleh orang yang bercakap
|
1 Kebanyakan penduduk di
situ bekerja
sebagai penoreh
getah.
2 Saya tidak pasti sama
ada Amir tinggal
di situ lagi
atau telah berpindah ke tempat
lain.
|
sana
|
Digunakan untuk menunjukkan
tempat yang jauh dan tidak
kelihatan oleh orang yang
bercakap.
|
1 Di Indonesia sana,
Salimin menjalankan
perniagaan menjual
kain batik.
2 Dua orang pengganas
komunis telah
dibunuh oleh pasukan
tentera di puncak
gunung sana.
|
KATA GANTI NAMA TANYA
Kata ganti nama tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan
orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara. Dalam bahasa
Melayu Baku, kata ganti nama tanya adalah seperti yang berikut:-
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Tanya
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Adakah
|
Digunakan untuk menanyakan sesuatu
soalan yang jawapannya ‘ya’ atau ‘tidak’
|
1 Adakah
ketinggian bangunan FIFA
sama dengan
ketinggian bangunan
ZIZA?
2 “Adakah kamu
pernah mengalami
kesukaran untuk
bernafas sebelum
ini?” tanya doktor
Zaki kepada
Amin.
|
Apa
|
Digunakan untuk menanyakan binatang,
hal, perkara,, benda, dan benda abstrak
|
1 Apa tanda-tanda
awal penyakit
kusta, doktor?” tanya
Mustafa.
2 “Tujuan kamu datang
berjumpa
dengan saya ini untuk apa,
Sidek?”
tanya Borhan.
|
Bagaimana
|
Digunakan untuk menanyakan cara dan
keadaan
|
1 “Bagaimanakah
keadaan mangsa
kemalangan yang kamu
bantu tadi,
Tim?” tanya Ah Meng.
2 “Cara untuk mengikat
tali pada
dahan pokok ini, bagaimana,
cikgu?” tanya Amira
kepada Cikgu
Jamilah.
|
Berapa
|
Digunakan untuk menanyakan jumlah atau bilangan dan harga
|
1 “Berapakah
bilangan anggota
tentera yang terlibat
dalam operasi
itu, ayah?” tanya
Azeem.
2 “Jarak dari Kuala
Lumpur ke Johor
Bahru berapa,
Malik?” tanya Tan.
|
Bila
|
Digunakan untuk menanyakan masa, atau
waktu
|
1 Bilakah upacara
Sukan SEA
yang
ke-16 itu akan
diadakan?
2 “Majlis makan malam
kelab sukan
itu akan diadakan bila?”
tanya Abu
kepada Rahim.
|
Kenapa/
mengapa
|
Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan
|
1 “Mengapakah
kamu suka
mengganggu saya
ketika saya
sedang membaca buku, Roha?”
tanya Anita.
2 “Banyak orang menuju
ke stadium
itu, kenapa,
Remy?” tanya Johan.
|
Mana
|
Digunakan untuk menanyakan tempat,
benda, orang dan binatang
|
1 “Di manakah
majlis persandingan
abang kamu itu akan
diadakan,
Munah?” tanya Azizan.
2 “Kawasan perkelahan
itu terletak
di negeri mana,
Jun?” tanya Zaid.
|
Siapa
|
Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia
|
1 Siapakah tetamu
undangan yang
akan menghadiri majlis
itu nanti,
Salmi?” tanya Bakar.
2 “Kakak kamu bertunang
dengan
siapa, Devi?”
tanya Kumari.
|
· Dalam penulisan, kata ganti nama tanya mana
tidak sama penggunaannya dengan kata ganti nama tanya di mana. Kata
ganti nama tanya mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang
memerlukan jawapan ini atau itu. Manakala kata ganti nama tanya di
mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan di
sini, di situ, di sana
atau di (nama tempat).
Perhatikan contoh di
bawah ini.
1. a) Robert : Kasut yang kamu baru beli itu mana?
Nathan: Ini.
2. a) Alice : Di
manakah kemalangan itu berlaku?
Suzy : Peristiwa
itu berlaku di Jalan Mahameru.
· Dalam penulisan atau binaan ayat tanya
apabila predikat dipentingkan dengan partikal kah, maka predikat itu
mestilah dikedepankan letaknya.
Perhatikan
contoh di bawah ini.
1. a) Pensyarah kanankah dia? (√)
b) Dia
pensyarah kanankah? (X)
2. a) Di manakah dia? (√)
b) Dia
di manakah? (X)
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tanya seperti berikut:-
1. Kesalahan tidak
menyertakan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di awal
ayat tanya.
Contoh:
1. a) Berapa jumlah pelajar di dalam
kelas ini? (X)
b) Berapakah
jumlah pelajar di dalam kelas ini? (√)
2. Kesalahan meletakkan partikel kah
kepada kata tanya yang diletakkan di hujung ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapakah?
(X)
b) Anggota
polis yang dirempuh lori itu siapa? (√)
3. Kesalahan kerana meletakkan partikel kah
di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:
1. a) Buah nangka itu masih mudakah?
(X)
b) Buah
nangka itu masih muda? (√)
4. Kesalahan menggunakan kata tanya dalam ayat
yang bukan tergolong dalam jenis ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Khalid terlupa di mana dia
meletakkan pennya itu. (X)
b) Khalid
terlupa tempat dia meletakkan pennya itu (√)
5.
Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata-kata
lain dalam
ayat.
Contoh:
1. a) Bila wang saya sudah banyak,
saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (X)
b) Apabila
wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan