KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama ialah kata
yang berfungsi sebagai sendi kepada frasa nama dengan perkataan-perkataan lain.
Contoh:
di,
pada, ke, kepada, dari, daripada, bagi/untuk, tentang/terhadap, akan, dengan,
hingga/sampai, sebagai, sejak, selama, selain, sepanjang, seperti/umpama, dan oleh
Perhatikan penerangan di
bawah ini.
Kata Sendi
|
Fungsinya
Digunakan untuk
|
Ayat Contoh
|
di
|
1. Tempat sahaja
|
1. Mereka mengadakan
pementasan drama
di dewan orang ramai itu.
2. Duitnya itu disimpan di
dalam tabung.
|
pada
|
1. Masa
2. Benda abstrak
3. Orang
4. Binatang
5. Benda konkrit tertentu
|
1. Pada petang
kelmarin, hujan turun
dengan lebat sekali.
2. Pada pendapat
saya, kata-katanya itu ada
kebenarannya juga.
3. Telefon bimbit kamu ada pada
Dalip.
4. Pada kaki burung
itu dipasangkan gelang
besi.
5. Cat disapukan pada
tiang kayu itu.
|
ke
|
1. Tempat
2. Masa
3. Arah
4. Benda konkrit tak
bernyawa
|
1. Adiknya ke kedai
untuk membeli gula
dan tepung.
2. Mesyuarat persatuan itu
ditunda ke bulan
hadapan.
3. Pelari itu sedang menuju
ke hujung
padang.
4. Dicampaknya jam tangan
itu ke dinding.
|
kepada
|
1. Orang
2. Benda abstrak
3. Binatang
4. Kata ganti nama diri
|
1. Ayah menerangkan kepada
adik tentang
penting menghormati orang lain.
2. Mereka amat percaya kepada
kepercayaan dan amalan yang karut-
marut.
3. Adik memberikan sekeping
biskut
kepada anak burung tiung itu.
4. Salmi menyerahkan kunci
rumah iitu
kepada abangnya.
|
dari
|
1. Tempat
2. Masa
3. Arah
|
1. Samy dari warung
Pak Hamid.
2. Dari bulan
lepas Zahari bercadang untuk
bercuti di Langkawi.
3. Lori tangki itu muncul dari
selekoh tajam
itu.
|
daripada
|
1. Orang
2. Benda abstrak
3. Menunjukkan asal
kejadian
4. Menunjukkan perbandingan
5. Menunjukkan bahagian
sesuatu
6. Menunjukkan pertentangan
|
1. Nathan memperoleh hadiah
itu daripada
tunangnya.
2. Banyak manfaat yang kami
peroleh
daripada kursus kami hadiri itu.
3. Kuih itu dibuat daripada
tepung pulut.
4. Separuh daripada
anggota-anggota kelab
itu bersetuju untuk menyertai lawatan
ke
Pulau Pangkor.
5. Daripada
meminta-minta lebih baik
berusaha sendiri.
|
dengan
|
1. Menunjukkan keterangan
cara
2. Menunjukkan sesuatu sebagai
alat
3. Menunjukkan
perbandingan
setara
4. Menunjukkan penyertaan
bersama
|
1. Harimau itu mengaum dengan kuat
sekali.
2. Datuk meraut bilah-bilah buluh itu
dengan pisau.
3. Pendapatnya sama dengan pendapat para
perwakilan.
4. Salwani ke Johor Bahru dengan ibunya.
|
hingga/
sampai
|
1. Menyatakan maksud had/
jangka masa tertentu
|
1. Adik makan mi goreng itu hingga
kenyang.
2. Mereka menjerit sampai hilang suara.
|
sebagai
|
1. Menerangkan maksud
umpama
2. Menerangkan maksud
menjadi
3. Menerangkan maksud
sempena/ bertujuan
|
1. Dia membotakkan kepalanya sebagai
menunaikan
nazarnya.
2. Sarimah berlakon sebagai pembantu
rumah.
3.Perbuatannya itu sebagai anjing
menyalak
bukit.
|
sejak
|
1. Menyatakan maksud
permulaan
|
1. Sejak bertunang dengan Amran, Minah
jarang
keluar rumah.
2. Sejak berpindah ke Kajang, Ali tidak
pernah
pulang ke kampung.
|
selama
|
1. Menyatakan jangka masa
|
1. Selama berada di Bentong, Salim
sempat
menziarahi
ibu saudara di sana.
2. Perlawanan tinju itu berlangsung selama
satu jam.
|
selain
|
1. Menyatakan makna
hanya/di
samping
|
1. Selain bekerja makan gaji, Pak Samad
berniaga
secara kecil-kecilan juga.
2. Selain menteri besar, wakil
rakyat turut
hadir dalam
majlis dialog itu.
|
sepanjang
|
1. Menyatakan maksud jarak
masa
2. Menyatakan jarak sesuatu
tempat
3. Menyatakan maksud
‘berdasarkan’
|
1. Sepanjang bulan
Ramadhan, orang Islam
mengerjakan ibadat puasa.
2. Para peniaga tidak
dibenarkan berniaga di
sepanjang kaki lima bangunan itu.
3. Sepanjang yang
saya ingat, Pak Majid
tidak pernah bertegur sapa dengan
orang
kampung.
|
seperti/
umpama
|
1. Menunjukkan maksud
persamaan
|
1. Mak Bedah memelihara anak angkatnya
itu seperti
anak kandungnya sendiri.
2. Perbuatannya itu umpama menepuk air di
dulang.
|
tentang/
terhadap
|
1. Menyatakan maksud
rujukan/panduan
|
1. Anak kecil itu berbual tentang
pengalaman
masing-masing.
2. Kim Seng bersikap biadab terhadap
gurunya.
|
oleh
|
1. Kata kerja pasif yang
berawalan di- dan teR-
|
1. Pokok kelapa itu
ditebang oleh Nathan.
2. Lagu yang berjudul
‘Cindai’ itu
dinyanyikan oleh penyanyi Siti
Nurhaliza.
|
bagi/untuk
|
1. Membezakan sesuatu
|
1. Bagi Kasman,
harta lebih penting daripada
kesihatan.
2. Kasut baru ini untuk adiknya.
|
· Dalam binaan ayat atau
penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata sendi seperti
berikut.
1. Kesalahan
meletakkan atau menyertakan kata hubung kerana selepas kata sendi oleh
untuk membentuk kata oleh kerana.
Contoh:
1.a) Oleh kerana gagal dalam ujiannya, Devi mengambil
keputusan untuk berheni
sekolah. (X)
b) Oleh
sebab gagal dalam ujiannya, Devi mengambil keputusan untuk berheni
sekolah. (√)
2. Kesalahan kerana menggabungkan dua kata
sendi sekali gus dalam satu baris ayat.
Contoh:
1.a) Demi untuk menjaga hati
isterinya, Encik Tan sanggup mengenepikan keluarganya
sendiri. (X)
b) Demi
menjaga hati isterinya, Encik Tan sanggup mengenepikan keluarganya
sendiri. (√)
c) Untuk
menjaga hati isterinya, Encik Tan sanggup mengenepikan keluarganya
sendiri. (√)
2.a) Selain daripada berniaga, Encik
Ali mengusahakan kilang batik juga. (X)
b) Selain
berniaga, Encik Ali mengusahakan kilang batik juga. (√)
3.a) Selain dari Abu, Muthu dan Samy
belajar di sekolah itu juga. (X)
b) Selain
Abu, Muthu dan Samy belajar di sekolah itu juga. (√)
4.a) Jika sekiranya saya terpilih
sebagai ketua pelajar, saya akan menjalankan tugas saya
dengan
sebaik-baiknya. (X)
b) Jika
saya terpilih sebagai ketua pelajar, saya akan menjalankan tugas saya
dengan
sebaik-baiknya. (√)
c) Sekiranya
saya terpilih sebagai ketua pelajar, saya akan menjalankan tugas saya
dengan
sebaik-baiknya. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan