Isnin, 12 November 2012

Kata Penegas



KATA PENEGAS

Kata penegas/partikel ialah kata yang berfungsi sebagai penegas atau untuk menguatkan maksud sesuatu pernyataan dalam ayat. Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas adalah seperti yang berikut:

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Penegas
Fungsinya
Contoh Penggunaan dalam Ayat

kah
1. Menguatkan maksud pertanyaan/soalan.
1. Berapakah usia kamu sekarang, Devi?
2. Adakah dia masih belajar di kolej itu?
lah
1. Menguatkan maksud sesuatu  
    pernyataan bagi ayat penyata.
2. Melembutkan nada suara apabila 
   meminta seseorang 
   melaksanakan sesuatu.
1. “Janganlah diganggu dia lagi,” kata Pak 
    Man kepada Ramlah.
2. Kata Jalil, “Kalaulah saya tidak malas 
    belajar dahulu, pasti sekarang nasib saya 
    tidak jadi begini.”
tah
1. Menguatkan maksud ayat seru.
2. Menguatkan maksud ayat tanya/soal.
1. Manatah kawan-kawan kamu yang lain.
2. “Bilatah nasibku ini akan berubah,” 
    keluh Rita.
pun
1. Menguatkan/menegaskan maksud sesuatu pernyataan dalam ayat penyata.
1. Walau di mana-mana pun kita berada, 
    kita mestilah pandai menyesuaikan diri.
2. Sungguhpun badannya kecil, namun 
    semangatnya tinggi.

· Dalam binaan atau penulisan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penegas seperti di bawah ini:

       1.   Kesalahan menulis rapat kata penegas yang membawa makna juga dengan kata yang
             mendahuluinya.
       Contoh:
                1.a)   Siapa-siapapun yang akan dilantik menjadi ketua darjah, saya sedia memberikan
          kerjasama,” kata Yusof. (X)
                   b)   Siapa-siapa pun yang akan dilantik menjadi ketua darjah, saya sedia memberikan
         kerjasama,” kata Yusof. (√)

o Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas hanya ditulis serangkai dengan perkataan-perkataan yang berikut:


      2.   Kesalahan tidak meletakkan partiikel/kata penegas kah kepada kata tanya yang  
            diletakkan di awal ayat tanya.
      Contoh:
                1.a)   Siapa pemuda yang berbadan sasa itu? (X)
                   b)   Siapakah pemuda yang berbadan sasa itu? (√)
                2.a)   Di mana kamu tinggal? (X)
                   b)   Di manakah kamu tinggal? (√)

       3.   Kesalahan meletakkan partikel atau kata penegas kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
       Contoh:
                1.a)   Ayahnya sakitkah? (X)
                   b)   Ayahnya sakit? (√)
                2.a)   Hidungnya berdarahkah? (X)
                   b)   Hidungnya berdarah? (√)

       4.   Kesalahan meletakkan partikel atau kata penegas kah di hujung ayat tanya dengan kata tanya 
             yang diletakkan di hujung ayat.
       Contoh:
                1.a)   Nama kamu siapakah? (X)
                   b)   Nama kamu siapa? (√)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan