Khamis, 27 Jun 2013

SQ3R



Teknik Belajar & Membaca SQ3R

Saya sedar bahawa teknik sangat berguna semasa mengulangkaji dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi
S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?
Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.
Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini? Tahniah. Teruskan membaca.

Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Masalah yang biasa saya dengar apabila pelajar membaca buku ialah, apabila mereka baca muka surat ke-3, mereka sudah lupa apa yang mereka baca di muka surat pertama dan kedua. Jika ini kerap berlaku, usaha anda membaca buku akan jadi sia-sia. Jadi, langkah pertama untuk mengelakkan ini terjadi ialah dengan memulakan dengan S- Survey.
Ini bermaksud, sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya. maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca itu. Jika anda mula berfikir begini, minda anda akan jadi lebih fokus.
Ada lagi beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk langkah pertama ini.
  • Baca tajuk buku atau bahan bacaan yang anda hendak baca itu. Perhatikan tajuknya betul-betul. Fikirkan, apa agaknya maksud tajuk itu.
  • Baca arahan, pembuka kata atau pengenalan oleh penulis buku tersebut. Selalunya, setiap bab dalam buku ada diselitkan ringkasan mengenai bab tersebut. Baca ringkasan itu dahulu untuk mendapat idea apa yang anda akan baca sebentar lagi.
  • Perhatikan sebarang huruf besar atau huruf yang dihitamkan dan digariskan. Itu semua adalah petunjuk bahawa ia adalah penting untuk anda ketahui. Jika anda abaikannya, anda mungkin anda tertinggal isi penting dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh buku tersebut.
  • Perhatikan jika anda gambar atau ilustrasi megenai bab yang akan anda baca. Ilustrasi dan gambar sangat membantu dalam memahami sesuatu. Ia juga banyak membantu anda untuk mengingat kerana anda lebih mudah untuk mengingat gambar, bukan tulisan.
  • Teka, apa agaknya yang akan anda baca sebentar lagi. Buat seperti anda sedang bermain teka-teki dengan kawan-kawan anda di mana anda cuba meneka apa agaknya yang bakal anda baca sebentar lagi.
  • Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab yang anda mahu baca. Selalunya, buku-buku berkaitan pelajaran ada meletakkan soalan di akhir bab untuk anda jawab. Selalunya anda mungkin lihat soalan-soalan ini selepas habis membaca. Tetapi sebenarnya anda akan lebih fokus dan berkesan jika anda baca soalan-soalan ini dahulu. Soalan-soalan ini akan membuka minda anda untuk menyedari apa yang sedang diceritakan oleh bab tersebut dan isi apakah yang penting dalam bab tersebut.
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
Ada satu perkara yang ajaib mengenai soalan. Soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, jika anda diberi apa-apa soalan, walaupun anda tidak mahu menjawabnya, minda anda akan terbuka untuk mencari dan menerima jawapannya.
Contohnya, jika saya tanya, bolehkah ayam mengeramkan telur itik? Apakah yang anda bayangkan?
Anda mungkin tidak berminat hendak menjawab soalan ini tetapi saya percaya apabila soalan itu saya ajukan, di minda anda mula terbayang gambar ayam sedang mengeramkan telur itik. Mungkin anda pergi lebih jauh lagi dengan membayangkan ayam membela dan membesarkan sekumpulan anak itik yang menyangka ayam itu sebagai ibu mereka.
Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah:
  • Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya.
  • Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus. Jika anda sedang membaca dan terfikir tentang sesuatu soalan, minda anda akan jadi lebih fokus kepada apa yang anda baca. Ini akan membolehkan anda jumpa apa yang sedang anda cari.
  • Soalan membuat anda sedar apa yang sedang anda cari. Apabila anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah untuk menjumpainya.
Ada kisah sekumpulan lebih kurang 10 pelajar yang mencari sesuatu di atas rumput. Pelajar-pelajar ini kelihatan tekun dan bersungguh-sungguh mencari sesuatu di kawasan berumput tersebut. Kemudian, datang seorang guru dan beliau merasa ingin tahu apa yang sedang dicari oleh pelajar-pelajar itu. lalu guru itu bertanya kepada salah seorang pelajar tersebut.
“Kamu cari apa ni Ali?”
Ali menjawab, “err… cari….cari….cari apa ye Kasim?” kata Ali sambil menepuk bahu Kasim. Kasim pun kelihatan terpinga-pinga, tidak tahu apa yang dicarinya. Rupa-rupanya, semua 10 pelajar itu tidak tahu apa yang mereka cari. Mereka sekadar mengikut-ikut beberapa orang pelajar yang mencari kunci yang hilang tadi. Apabila pelajar tadi sudah jumpa kunci mereka dan meninggalkan tempat itu, 10 pelajar ini masih lagi mencari.
Semasa membaca atau mempelajari sesuatu yang baru, anda juga kadangkala begitu. Anda tidak pernah bertanya diri anda apa sebenarnya yang anda sedang cari. Jika kita lihat semula cerita tadi, apabila guru bertanya soalan “Kamu cari apa…”, barulah pelajar sedar kenapa mereka tidak dapat jumpa apa yang mereka sedang cari.
Jadi, mulai sekarang, apabila anda mahu baca sesuatu atau pelajari sesuatu, anda perlu mulakan dengan menyoal diri anda, apa yang anda mahu cari sebenarnya. Anda boleh mulakan dengan 3 langkah ini apabila anda mahu mula membaca atau mempelajari sesuatu.
  1. Soal diri anda, buku ini / topik ini berkenaan apa?
  2. Buka bahagian akhir bab itu dan cari soalan mengenai bab tersebut. Baca soalan-soalan itu dan cuba fikirkan sama ada anda tahu jawapannya atau tidak. Cuba teka dahulu apakah jawapan kepada soalan itu semua. Ini akan membuat minda anda semakin aktif dan fokus kepada apa yang anda akan baca.
  3. Soal diri anda, berapa lama aku perlu ambil masa untuk baca bab ini? Apabila anda tetapkan masa untuk membacanya, anda akan jadi lebih fokus dan berkesan. Anda akan tumpukan sepenuh perhatian kerana anda perlu habiskan membacanya dalam maca tertentu. Katakan anda tetapkan untuk baca dalam masa 30 minit, anda pasti akan lebih fokus dalam masa 30 minit itu. Anda juga tidak boleh leka atau khayal.
  4. Semasa membaca, apabila ada fakta atau cerita yang anda rasa tidak faham atau jelas, soal diri anda, kenapa macam ini? Mengapa ini/itu berlaku? Adakah ini benar? Soalan-soalan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri anda. Jika anda pernah baca komik, tentu anda pernah rasa tidak sabar untuk membaca hingga ke akhir muka surat kerana anda ingin tahu apa yang akan berlaku. Perasaan ingin tahu ini pula timbul apabila anda menyoal diri anda tentang apa yang anda baca. Jadi, tingkatkan tahap ingin tahu anda dengan menyoal diri anda sendiri.

Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
Membaca sepatutnya ada kaitan dengan berfikir. Apabila anda membaca, anda akan berfikir. Sebab itulah ada satu pepatah yang mengatakan
Readers are leaders. Leaders are readers. (Orang-orang yang membaca adalah pemimpin. Pemimpin adalah orang-orang yang membaca.)
Persoalannya, mengapa apabila anda membaca anda boleh mempunyai ciri-ciri dan kemampuan seorang pemimpin. Sebabnya ialah, seperti yang saya katakan tadi, apabila anda membaca, anda akan berfikir. Seorang pemimpin yang hebat mesti mempunyai keupayaan untuk berfikir.
Jika selama ini anda membaca sambil merasa mengantuk, anda mungkin tidak berfikir. Jika anda baca tetapi langsung khayal dan tidak sedar apa yang anda baca, sudah tentunya anda tidak berfikir ketika itu (sekurang-kurangnya, anda tidak berfikir tentang apa yang anda baca).
Jadi, anda perlu ingat, semasa membaca, anda perlu berfikir. Bagaimana mahu berfikir? Mudah sahaja. Ingat kembali soalan-soalan yang telah anda fikirkan dalam langkah S dan Q tadi. Apabila membaca, aktifkan minda anda dengan berfikir sambil mencari jawapan kepada soalan-soalan yang telah anda fikirkan tadi.
Apabila anda aktif berfikir untuk mencari jawapan, minda anda akan fokus. Anda akan mampu menumpukan sepenuh perhatian dan minat anda untuk terus mambaca juga akan semakin meningkat.
Apa yang menarik ialah, apabila anda terjumpa jawapan kepada soalan yang telah anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat akan fakta itu. Ini sebenarnya membantu daya memori anda juga.
Ikuti langkah ini:
  1. Untuk lebih mudah ingat soalan-soalan yang telah anda fikirkan, tuliskan soalan-soalan tersebut di atas kertas dan letakkan kertas itu di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semual kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut.
  2. Jangan risau jika anda merasa sedikit pening apabila membaca disebabkan teknik baru ini. Rasa pening atau tidak selesa itu selalunya menunjukkan bahawa anda tidak biasa dengan teknik ini dan diri anda masih cuba menyesuaikan diri dengan cara baru anda belajar. Sama seperti anda mula-mula menunggang basikal atau belajar menggunakan komputer. Ia terasa tidak selesa, janggal dan kadangkala memeningkan. Tetapi apabila anda sudah biasa, anda akan rasa selesa dan serono menggunakan teknik ini.
  3. Selalunya, apabila anda membaca dan aktif berfikir, anda akan terfikirkan soalan-soalan baru. Tuliskan soalan itu di atas kertas tadi supaya anda tidak lupa.
  4. Mungkin tidak semua soalan anda akan dapat terjawab. Soalan yang tidak dapat anda jawab itulah yang patut anda tanyakan kepada guru anda di sekolah atau di pusat tuisyen anda. Penjelasan daripada guru pasti akan membantu anda memahaminya.

Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
(Lafazkan semula ini tidak hanya bermaksud anda perlu sebut dengan kuat apa yang telah anda baca. Anda boleh hanya fikirkan dan sebutkan dalam hati.)
Semasa anda membaca, adalah normal jika anda jadi khayal dan leka hingga anda hilang fokus kepada apa yang anda baca. Ini adalah benar terutamanya anda membaca buku-buku berbentuk teknikal seperti buku Sains, Kimia dan Biologi. Namun anda tidak perlu risau kerana anda boleh kembalikan fokus anda dengan menggunakan teknik ini.
Anda perlu tahu, buku selalunya disusun mengikut bab atau bahagian-bahagian tertentu. Elakkan daripada membaca kesemua bab sekaligus tanpa berhenti dan melakukan langkah ini. Langkah R- Recite ini menyuruh anda:
  1. Selepas habis membaca satu-satu bahagian atau bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca.
  2. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut. Anda cuma perlu jawab dalam minda anda sahaja. Jika anda tidak dapat jawab, buka semula muka surat yang anda telah baca dan cari semula jawapan tersebut dengan pantas. Aktiviti ini akan menambahkan kecekapan anda dalam mencari sesuatu maklumat dalam buku atau mana-mana bahan bacaan.
  3. Jika boleh, jangan teruskan membaca selagi anda tidak tahu apa jawapan yang anda sedang cari melalui bab tersebut.
  4. Setelah anda yakin anda faham dan dapat jawab soalan tersebut, teruskan membaca bab dan bahagian seterusnya.

Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
Langkah terakhir ini adalah sangat penting untuk memastikan anda ingat apa yang telah anda baca. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi kepada memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jika anda baca sepintas lalu sahaja, maklumat itu semua hanya akan singgah di memori jangka masa pendek anda sahaja.
Ini bermakna, anda akan lupa semua maklumat itu dalam masa yang sangat singkat. Ada satu kajian yang mengatakan bahawa kita akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah kita pelajari dalam masa 48 jam sahaja. Ini bermakna, jika anda baca buku pada hari Isnin, anda akan lupa hampir kesemuanya pada hari Rabu atau Khamis. Sia-sia bukan?
Jadi anda perlukan langkah terakhir ini. Apa yang patut anda lakukan ialah:
  1. Setelah anda habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan itu di dalam minda anda. Jika anda rasa anda yang anda tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat yang berkenaan dan cari maklumat tersebut.
  2. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, atau bayangkan apa yang anda baca tadi sebenarnya diceritakan oleh guru anda. Bayangkan anda melihat tayangan gambar dan penerangan itu dari awal hingga akhir.
  3. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan di sekolah anda. Bayangkan, jika soalan itu benar-benar keluar, apa yang akan anda jawab.
  4. Akhir sekali, antara aktiviti yang paling berkesan untuk membuat anda ingat apa yang anda baca ialah dengan menulisnya di atas kertas. Anda tidak perlu tulis cantik-cantik seperti menulis nota yang lengkap. Anda cuma perlu menuliskan isi-isi penting yang telah anda pelajari menggunakan ayat anda sendiri.
Tahniah kerana anda telah pelajari kelima-lima langkah ini. Saya percaya anda faham apa yang telah saya kongsikan di sini. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah berlatih menggunakan teknik ini setiap kali anda membaca atau mempelajari sesuatu yang baru.
Apabila anda sudah kuasai dan biasa dengan teknik ini, anda akan dapati diri anda lebih fokus terhadap apa yang anda baca. Anda juga akan sedar bahawa kebolehan anda untuk mengingat apa yang anda baca meningkat dengan mendadak. Ini semua adalah kerana teknik ini menggalakkan kebolehan anda untuk berfikir dengan aktif semasa anda membaca.
Banyak lagi kelebihan lain yang akan anda perolehi sebenarnya. Cuma, untuk lebih berkesan, anda perlu cari kelebihan-kelebihan itu semua dengan usaha anda sendiri. Saya ucapkan selamat berjaya.

Jumaat, 7 Jun 2013

Budaya popular mengugat plestarian badaya tradisional Melayu.


Salam sejahtera. Izinkan saya kupas sebaiknya perihal berkaitan budaya popular mengugat pelestarian budaya tradisional. Melalui pembacaan, saya dapati secara asasnya perubahan budaya biasanya terjadi dalam jangka masa yang lama . Kemajuan teknologi dan juga globalisasi mendesak kehidupan manusia agar terwujudnya perubahan budaya yang jua terjadi cukup cepat dan  radikal.

Generasi muda yang merupakan produk utama modenisme Negara, dirasakan semakin kurang tertarik terhadap hal-hal yang berbau tradisi kerana mungkin  dianggap kuno, ketinggalan zaman dan hanya milik generasi tua sahaja. Dalam menghadapi keadaan ini, semua pihak perlu ambil peduli kerana budaya tradisional  kita patut dilindungi dan dilestarikan.

Budaya tradisional terkandung nilai-nilai murni pembentuk jati diri bangsa. Ketika nilai-nilai ini hilang dan tidak lagi difahami oleh generasi muda maka mereka hanya akan memiliki nilai-nilai global, dan hilanglah jati diri bangsa Malaysia ini. Ketika ini usaha kita untuk  memelihara dan pelestarian budaya tradisional sampai saat ini tidak begitu mudah dilakukan di tengah serbuan budaya popular dari luar.

Usaha pelestarian budaya tradisional perlu dilaksanakan dengan harapan  kita harus tetap gigih melakukan dengan berbagai cara seperti mengadakan  pementasan-pementasan seni budaya tradisional di berbagai pusat kebudayaan atau tempat umum yang dilakukan secara berkesinambungan. Kejayaan pelestarian itu akan berjaya apabila didukung oleh berbagai pihak termasuk kerajaan dan adanya sosialisasi luas dari media masa.

Permainan tradisional juga merupakan warisan bangsa yang popularitinya semakin berkurangan. Terdapat ramai generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui.Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini.

Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan kerana ada gula ada semutnya. 

Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita.

Kepesatan IT dan budaya popular menwujudkan gangguan terhadap budaya bangsa.



Budaya popular ini lebih digemari oleh golongan muda mudi masa kini. Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat di sebalik unsur-unsur budaya tradisi tidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Tradisi ini mempengaruhi keseluruhan cara hidup orang-orang Melayu masa lalu. Segala unsur budaya itu mempunyai kepentingan tersendiri dalam masyarakat, yang dapat difahami dan dirasai anggota-anggotanya.
             
Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya proses modenisasi dan urbanisasi, nilai-nilai sosial dan world-view yang mereka warisi turut mengalami perubahan. Kedudukan budaya rakyat tidak dapat menyesuaikan dengan keperluan masyarakat moden yang mengalami perubahan itu. Unsur-unsur budaya warisan itu cuba disesuaikan dengan fungsi atau kepentingan baru tetapi umumnya didapati tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya ramai.
             
Budaya tradisi kita sepatutnya kita pertahankan demi sebagai rujukan dan panduan generasi akan datang. Dalam segi kesenian kita ,terdapat tarian,silat,lukisan batik dan tekstil.Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.Akan tetapi budaya seni silat juga sudah kurang ketika ini kerana anak muda kita lebih gemar dengan seni mempertahankan diri dari negara matahari terbit.
             
Perkembangan pendidikan dan teknologi moden turut mempengaruhi kelemahan tradisi rakyat. Budaya popular membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan dan kemajuan, sedangkan budaya rakyat dianggap tidak menyatakan nilai-nilai itu. Tradisi budaya selalunya berkaitan dengan kepercayaan warisan yang adakalanya dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam. Sebahagian daripada tradisi itu tidak lagi berfungsi atau tidak dapat memainkan peranan dalam masyarakat Melayu moden kini. Adakala tradisi rakyat itu bercirikan kedaerahan, yang tidak dapat difahami mereka dari luar daerah.
             
Dalam kepesatan perkembangan bahan-bahan budaya popular sekarang ini, usaha-usaha untuk mempopularkan unsur-unsur budaya tradisi rakyat perlu dilakukan. Dalam proses penyesuaian sebagai usaha komersial, pembaharuan perlu dilakukan.
             
Jati diri kebangsaan perlu wujud dalam bentuk semangat kebangsaan berasaskan aspirasi yang dikongsi bersama, yakni kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya, selain penerimaan teras Melayu. Walau apapun corak budaya popular yang masuk ke negara kita, budaya tradisional perlu kita pertahankan agar tidak pupus.

IT dan budaya popular serta kesannya terhadap budaya bangsa.


Di era zaman IT ini, yang diperkatakan maklumat dihujung jari secara umumnya, disifatkan mencari populariti yang memang akan mengugat pelestarian budaya tradisional kita.
             
Budaya luar yang hadir dirasakan memberikan kesan malang kerana seringkali  mendapat pengiktirafan pihak-pihak tertentu merupakan satu kesan, akan hilangnya budaya Timur yang telah kita halusi sejak dari dulu lagi.
            
 Budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budaya yang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudah adalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama oleh anggota-anggota masyarakat.
             
Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.
             
Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Fenomena budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Peranan fenomena itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomena ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi perancangan pembangunan budaya . 

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan keperluannya.



            Izinkan saya memurnikan ruang ini dengan menyorot galuran sejarah bagi rujukan bersama. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK ) diperkenalkan pada 1971, adalah lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Dasar ini bertujuan untukdijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.

Objektif dasar ini pula adalah untuk

  • memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan,
  • berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.
Saya rasakan DKK ini masih releva dilaksanakan. Ini kerana melalui DKK wujudnya elemen:

  • mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia melalui kebudayaan,
  • memupuk dan memelihara keperibadian bangsa Malaysia
  • memperkaya serta mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Saya juga rasa perlu beberapa elemen diberikan perihatian. Antaranya:

  • Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini.
  • dengan keinsafan dan ketulusan sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
  • Kebudayaan yang dipupuk itu perlu seimbang ddan harmornis dalam  mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum 
  • memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.     

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan perkaitannya.



             Salam sejahtera. Izinkan saya memurnikan ruang forum ini dengan menyatakan objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar dapat kita jadikan rujukan bersama. Objektifnya adalah:

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Melalui pembacaan saya, DKK masih releven dilaksanakan sehingga ke hari ini dan seterusnya. Hujah ini adalah atas kerana:

  • Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mampu menyatukan rakyat Malaysia melalui kebudayaan dan merupakan teras keharmonian kaum yang memandu kita ke arah perpaduan dan kesepakatan.
  • Dasar ini amat perlu bagi Malaysia yang sedang pesat membangun dan menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
Wujud pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
Terwujudnya komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
Wujudnya penglibatkan pihak lain selain Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan dasar ini seperti kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dalam menjayakan dasar negara.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat membentuk masyarakat yang toleransi, kesepaduan, semangat nasionalisme,mengamalkan nilai-nilai atau norma yang sama dalam sebuah bumbung negara yang berasaskan masyarakat pluralistik.

Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah Negara yang merdeka dan bermaruah.
Pelaksanaannya sukar dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan masih releven membangunkan bangsa.


Salam sejahtera. Syabas dan saya bersetuju atas hujah bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) digubal pada tahun 1971. Secara peribadi, saya rasakan DKK masih releven kerana
  • ia keperluan sosial bagi sesebuah komuniti yang membangun dan mempunyai penduduk.
  •  panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antabangsa.
  • menjadikan masyarakat yang konsisten dalam mempertahankan toleransi,kesepaduan,semangat nasionalisme,mengamalkan nilai-nilai yang sama. 
Penggubalannya telah mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan tawarikh serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu : 
Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau, unsur-unsur Kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. 

Islam menjadi unsur yang penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. 
Agama Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi Negara.

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ilmiah dan pentadbiran.


Melalui pembacaan, dapat saya huraikan bahawa
  • Bahasa Melayu juga juga telah dijadikan bahasa ilmu,bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang telah menyumbang kepada pelbagai kejayaan kepada negara.
  • Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantaraan utama dalam semua bidang dalam negara ini dan telah membuktikan pelbagai kejayaan.
  • Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas pembentukan sebuah negara yang berdaulat .
  • Sebagai bahasa rasmi pula,bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi yang utama dalam semua bidang.seterusnya sebagi bahasa ilmu pula, bahasa Melayu telah memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua kaum.
Ramai cendikiawan telah berjaya dihasilkan untuk membantu menggerakkan lagi jentera pentadbiran dan seterusnya menentukan kestabilan negara dalam pelbagai sudut terutama dalam aspek ekonomi.
Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu perlu digunakan dalam urusan rasmi pada peringkat kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa awam. Demikianlah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(6).

Hal ini bererti bahawa tiada kementerian, jabatan dan badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa awam (termasuk pihak berkuasa tempatan) yang boleh mengabaikan perihal penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) pula menetapkan bahawa bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi dalam semua bidang, termasuklah bidang penyiaran di negara ini. 
Umumnya, bahawa  bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayu berperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayaan bangsanya meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan. Bahasa Melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan selayak dalam mengembangkan ekonomi negara.
 
Situasi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini, tidak lain dan tidak bukan bahasa yang paling mudah untuk diguna pakai dalam menjalin perpaduan ialah bahasa Melayu. Apabila perpaduan terbentuk kuat, kegiatan ekonomi juga dapat dijalankan dengan mudah dan rancak. Justeru kemakmuran akan dapat dikongsi bersama hanya dengan berteraskan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.   

Bahasa dan tuntutannya dalam mengerakkan tamadun bangsa.


Salam sejahtera. Melalui pembacaaan,  saya dapati bahawa
  • kesusasteraan tidak boleh dipisahkan dengan bahasa.
  • Usul dari bahasa lahirnya sastera.
  • Keindahan sastera dilihat pada bahasanya, sastera umpama permainan bahasa,
  • hidupnya sastera bergantung kepada keupayaan bahasa itu sebagai wahana pengucapan fikiran.
  • bahasa dan sastera akan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti dan aktiviti. Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun.
  • Tamadun menjadi kekal dan berkesinambungan melalui tradisi ilmu.
Jadi bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayu berperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayan bangsanya meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan.
Bahasa Melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi, kesusasteraan, falsafah dan imej warisan tamadun.

Bahasa dan kesusasteraan Melayu mampu memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi.Walau bagaimanapun untuk mencapai tujuan tersebut semua pihak haruslah
memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kedudukan bahasa dan kesusasteraan Melayu diterima pakai oleh semua rakyat.

Oleh itu, pastikan rakyat dapat menguasai dahulu penggunaan bahasa Melayu, dan dengan ini sudah pasti bahasa dan kesusasteraan Melayu dapat ditingkatkan dan seterusnya mampu memainkan peranan dalam kegiatan ekonomi.

Ditinjau hingga kini, sastera Melayu semakin pudar tetapi hakikat sebenarnya adalah seperti berikut:

  • kita boleh mencipta pekerjaan sendiri, antaranya dengan menulis novel yang diminati ramai. ‘Begitu juga, menulis skrip televisyen dan filem turut menjanjikan pulangan yang lumayan.
  • Inilah ruang mudah bagi pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan kita, yang bukan sahaja melibatkan pengamal pelbagai kaum, tetapi juga khalayak pelbagai kaum.
  • dapat menjana ekonomi sekiranya ramai yang meminati dan membeli bahan penulisan dalam bahasa Melayu sama ada melalui buku-buku, filem dan hasil seni bahasa. 

Bahasa Melayu dan kesusasteraan berperanan mengerakkan kehidupaan kebudayaan bangsa.


Melalui pembacaaan,  saya dapati bahawa
  • kesusasteraan tidak boleh dipisahkan dengan bahasa.
  • usul dari bahasa lahirnya sastera.
  • keindahan sastera dilihat pada bahasanya, sastera umpama permainan bahasa,
  • hidupnya sastera bergantung kepada keupayaan bahasa itu sebagai wahana pengucapan fikiran.
  • bahasa dan sastera akan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti dan aktiviti. Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun.
  • tamadun yang menjadi kekal dan berkesinambungan melalui tradisi ilmu.
Jadi bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayu berperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayan bangsanya meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan.
Bahasa Melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi, kesusasteraan, falsafah dan imej warisan tamadun.

Bahasa dan kesusasteraan Melayu mampu memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi.Walau bagaimanapun untuk mencapai tujuan tersebut semua pihak haruslah
memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kedudukan bahasa dan kesusasteraan Melayu diterima pakai oleh semua rakyat.

Oleh itu, pastikan rakyat dapat menguasai dahulu penggunaan bahasa Melayu, dan dengan ini sudah pasti bahasa dan kesusasteraan Melayu dapat ditingkatkan dan seterusnya mampu memainkan peranan dalam kegiatan ekonomi.

Ditinjau hingga kini, sastera Melayu semakin pudar tetapi hakikat sebenarnya adlah seperti berikut:
kita boleh mencipta pekerjaan sendiri, antaranya dengan menulis novel yang diminati ramai. ‘Begitu juga, menulis skrip televisyen dan filem turut menjanjikan pulangan yang lumayan.

Inilah ruang mudah bagi pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan kita, yang bukan sahaja melibatkan pengamal pelbagai kaum, tetapi juga khalayak pelbagai kaum.
dapat menjana ekonomi sekiranya ramai yang meminati dan membeli bahan penulisan dalam bahasa Melayu sama ada melalui buku-buku, filem dan hasil seni bahasa.  

Bahasa sebagai elemen pembangunan negara bangsa.



Melalui pembacaan, saya dapati satu bahasa negara menjadi alat bagi semua tujuan pembangunan negara bangsa. Peranan bahasa Melayu untuk keperluan dalam negara sebagaimana yang ditakrifkan daripada kehendak undang-undang bermakna bahasa Melayu menjadi

  • bahaasa kebangsaan,
  • bahasa rasmi,
  • bahasa pengantar pendidikan,
  • bahasa kesusasteraan, kesenian,
  • kebudayaan, agama dan falsafah,
  • bahasa ekonomi, perniagaan,
  • perdagangan dan industri,
  • bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi.
Bahasa Melayu mempunyai nilai sastera, budaya dan agama yang tinggi. Semangat dan nilai yang terdapat dalam bahasa Melayu boleh menjadi pendorong yang kuat kepada pengamalnya untuk menggerakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa dan sastera Melayu adalah menjadi pemangkin kegiatan ekonomi bangsa dan negara.

Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’ yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara.
 Penglibatan mendalam orang bukan Melayu dalam sastera kebangsaan kian meluas di peringkat antarabangsa, saya percaya bahawa sastera Melayu bukan sahaja akan menjadi lebih gemilang, tetapi juga terbilang dan seterusnya dapat memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi negara. Ini adalah kerana bahan dan hasil karya yang dihasilkan dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan sudah pasti pengusaha terbabit beroleh pendapatan yang lebih lumayan. Ini menunjukkan bahawa bahasa dan sastera  mampu memainkan peranannya  dalam kegiatan ekonomi.

Jika dahulu kebanyakan penulis menjadikan aktiviti menulis sebagai aktiviti sampingan sahaja tetapi pada masa sekarang terdapat ramai penulis yang dapat memberikan sepenuh masa kepada penulisan. Hal ini berbeza dari satu dua dekad yang lalu apabila orang tidak boleh hidup dengan hasil penulisan semata-mata dan mesti mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung kehidupan mereka.
 
Bahan pengajaran seperti modul, buku panduan, buku latihan juga boleh dibuat. Ramai pendidik menulis buku untuk diterbitkan dan dijual di pasaran sama ada buku-buku latihan,modul mahupun buku-buku panduan dan teknik menjawab samada diterbitkan secara berkala atau secara maya.   

Sebab orang Erpoah meminati mempelajari bahasa Melayu suatu ketika dulu.


            Saya bersetuju dengan pandangan bahawa orang Eropah meminati mempelajari bahasa Melayu terutamanya elemen yang berfokuskan penyebaran agama, peluasan empayar dan pengumpulan maklumat dan hasil karya penulisan.
Penyebaran agama kristian merupakan antara usaha orang Eropah. Pelbagai keadah dianjurkan oleh mubalig antaranya adalah

  • usaha penyebaran agama ini,St.Francis Xavier telah menulis tentang kristian dalam bahasa melayu.
  • Menurut Ismail Hussein (1996), untuk menarik penduduk asli supaya memeluk agama Kristian.
  • Mereka berpendapat bahasa yang sesuai untuk penyebaran agama ialah bahasa Melayu.
  • Ini seterusnya menjurus kepada pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu oleh pihak penjajah.

Memperluaskan kekuasaan dalam bentuk empayar adalah suatu elemen kebangaan orang Erpoah. Maka , orang Eropah telah mengambil beberapa inisiatif. Antaranya adalah

  • menguasai bahasa penduduk tempatan.  Dengan itu,mereka akan lebih mudah untuk memahami perbualan,budaya dan adat resam orang Melayu.
  • memudahkan mereka berurusan dengan Raja-raja Melayu dari segi penulisan warkah-warkah rasmi dan utusan-utusan raja-raja. 
  • minat  terhadap Tanah Melayu dan berhajat untuk menakluki Tanah Melayu kerana negara kita kaya dengan hasil bumi yang  boleh dibawa ke negara mereka.
  • bagi memudahkan mereka untuk berinteraksi  dengan penduduk tempatan  terutamanya dalam urusniaga perdagangan dan pemerintahan.
Orang Eropah beringin tinggi mengumpul hasil-hasil tulisan atau manuskrip Melayu dan dibawa ke Eropah.Ini adalah kerana

  • Mereka tertarik dengan keindahan bahasa Melayu. 
  • mereka ingin mengumpul cerita-cerita rakyat ,pantun mahupun peribahasa melayu. Orang Eropah juga memperkenalkan bahasa,sastera dan budaya Melayu di Eropah
  • maklumat yang diperolehi akan dimanipulasikan agar dapat dipattenkan sebagai hak antarabangsa mereka.
  • mempelajari segala pengetahuan dan kemahiran di negara asing agar dapat dibawa ke negara yang dijajah untuk tujuan perkembangan ilmu.     

Kepentingan orang Erpoah mempelajari Bahasa Melayu suatu ketika dahulu.



Salam sejahtera. Melalui pembacaan saya orang Eropah berminat mempelajari bahasa Melayu atas beberapa kepentingan terutamanya untuk

  • menjajah kepulauan Melayu yang begitu kaya dengan khazanah alamnya seperti emas,logam dan bijih timah.
  • orang-orang Eropah ingin menguasai perdagangan. Mereka sanggup menghasilkan kamus yang diterjemahkan dari bahasa asal mereka kepada bahasa Melayu untuk memudahkan lagi mereka menguasai bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perdagangan utama dan lingua franca  ketika itu.
  • orang Eropah jua berhasrat agar pertumbuhan dan penyebaran ilmu terhasil dalam  bahasa Melayu melalui karya-karya yang dihasilkan dalam bahasa Melayu.
  • awal  kurun abad ke-18 , orang –orang barat atau Eropah telah menunjukkan minat terhadap bahasa Melayu  kerana  pada  masa tersebut  Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa perantaraan  bagi penduduk di negara ini
  • bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan . Pada pandangan mereka , dengan  mempelajarinya akan  memudahkan untuk  mereka berkomunikasi khususnya dalam hal-hal  yang berkaitan  dengan   perdagangan  dan   pemerintahan .
  • perhubungan antara rakyat  ketika itu hanya menggunakan bahasa Melayu termasuk di pusat-pusat perniagaan utama seperti Melaka , Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu .
  • bahasa Melayu diaplikasikan dalam setiap urusan warkah-warkah rasmi sebagai utusan raja Melayu yang merupakan kuasa mutlak pemerintahan.     

Dahulu orang Eropah meminati mempelajari Bahasa Melayu, tetapi tidak hari ini.


Salam sejahtera. Izinkan saya mengulas penilaian situasi suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari Bahasa Melayu tetapi tidak pada hari ini. Melalui pembacaan,  saya dapat kumpulkan beberapa eviden  bagi dijadikan sokongan atas penilaian peribadi saya berkaitan tajuk ini. 

Antara faktor lain yang mendorong orang Eropah mempelajari Bahasa Melayu ketika itu ialah:
Kewujudan empayar  Melaka ( 1400 -1511) yang merupakan adalah  kemuncak  pengaruh  bahasa  Melayu. Bahasa  Melayu  dijadikan  lingua  franca  iaitu  bahasa  perantaraan  di  pelabuhan - pelabuhan  perdagangan di Nusantara.

Keperluan untuk berdagang di Melaka jua menyebabkan orang - orang  asing  perlu  belajar  bahasa  Melayu untuk berniaga dan berkomunikasi. Orang Eropah mengumpulkan maklumat pelayaran dan bahasa dan penterjemahannya dalam bahasa Itali dan Belanda.

Status  bahasa Melayu  pada  ketika  itu  adalah terserlah sebagai  bahasa  antara bangsa, bahasa perantaraan, bahasa  intelektual (ilmu)  dan  bahasa  perdagangan. Maka kemanisan mempelajarinya dan menggunakanya adalah suatu yang diberikan keutamanya.

Orang  Eropah  yang  datang ke  rantau  ini  terdiri  daripada  ahli pelayaran, peniaga, pentadbir, mubaligh  dan  tokoh  intelektual. Mereka mengambil kesempatan untuk menyebarkan ajaran kristian. Beberapa  pendakwah/mubaligh Kristian  juga  mengambil  bahagian dalam  mempelajari bahasa dan  budaya Melayu  atas  tujuan  mengembangkan agama.

Keunikan dan keistimewaan rempah ratus Melayu, orang Eropah  begitu  berminat  mendekati bahasa Melayu, kesusasteraan  dan  kebudayaan Melayu  kerana  faktor  perdagangan.

Keutamaan dan kepentingan  imperialisme  juga  menyebabkan  orang Eropah mempelajari bahasa Melayu. Tokoh-tokoh Eropah ini berusaha  mempelajari  bahasa  dan  budaya Melayu  untuk  memastikan  era kolonial  Inggeris  itu   berkembang di Tanah Melayu.

Perubahan dalam keperluan menyebabkan bahasa Malayu tidak lagi penting kepada orang-orang Eropah. Namun, terpapar jua akan gaya hidup, cara berpakaian dan pemikiran kebanyakan masyarakat yang pernah dijajah, masih mendewakan budaya, cara pemikiran dan pengurusan kehidupan serta ideologi penjajah.
           

Bangsa Melayu sebagai suatu konsep keluarga.


Izinkan saya memurnikan tajuk konsep kaum dan bangsa Melayu sebagai suatu konsep keluarga. Saya hanya akan fokuskan perihal berkaitan perkembangan bahasa.
Bermula dari ibu bahasa yang diberi nama bahasa-bahasa Austris ( satu cabang penting daripada filum bahasa dunia ), berpecahlah kepada tiga rumpun besar yang menguasai lebih separuh daripada benua Asia iaitu

  • Bahasa-bahasa Austro-Asia,
  • Bahasa-bahasa Tibeto-Cina
  • dan Bahasa-bahasa Austronesia.
  • Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang utama iaitu
  • Nusantara,
  • Polinesia,
  • Melanesia
  • dan Mikronesia.
Dalam perbendaharaan kata, bahasa-bahasa itu sendiri banyak mempunyai persamaan yang menarik perhatian dan membutikan bahawa bahasa-bahasa ini serumpun dan berasal daripada satu, iaitu daripada bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Proto.Bahasa Melayu merupakan subkeluarga bagi keluarga Indonesia atau Sumatera. Subkeluarga merupakan bahasa yang berada di bawah golongan keluarga sesuatu bahasa. 

Keluarga bahasa pula merupakan unsur yang berada di dalam rumpun bahasa yang lebih besar. Manakala rumpun bahasa pula berada di bawah satu filum bahasa. Secara istilahnya, maksudnya adalah seperti berikut:
1. Filum : Kelompok bahasa yang lama waktunya 5,000 tahun
2. Rumpun : Sekumpulan bahasa yang mempunyai usia antara 2,500 hingga 5, 000 tahun.
3. Keluarga : Sekumpulan bahasa yang usianya kurang daripada 2,500 tahun.

Profesor Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di bawah).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa

  • Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh,
  • Batak,
  • Minangkabau,
  • Nias,
  • Lampung
  • dan Orang Laut.

Suku bangsa lebih menyatakan pengertian berdasarkan etnik.



 Izinkan saya menyatakan fokuskan kupasan saya hanyalah tertumpu kepada tafsiran Melayu yang menyatakan pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Maka perihal ini memperlekaskan beberapa klasifikasi seperti:

  • orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
  • orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga )
  • ada beragama Budha, Kristian
  • orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak
  • ada beragama Kristian
  • orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah
  • tiada agama, lain-lain agama
Sementara dapat pula ditafsiran Melayu mengikut pengertian ras adalah merangkumi penduduk seluruh Nusantara.
Berdasarkan kajian Geldern dan Kern, kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal dari satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.         

Konsep kaum Melayu berteraskan asal usul Bahasa Melayu.



Salam sejahtera. Izinkan saya kupas konsep kaum Melayu yang hanya berfokuskan perihal asal usul Bahasa Melayu. Melalui bacaan, izinkan saya huraikan sedikit hujah dalam bentuk urutan perkembangan masa agar dapat kita fahami konsep kaum Melayu secara asasnya.

Antara urutannya adalah:

  • Perkataan Melayu dikatakan muncul pertama kalinya dalam tulisan Cina antara tahun 644 – 645 M, iaitu disebutkan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara Cina untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina.
  • Kerajaan Melayu merupakan sebuah kerajaan yang besar dan luas pengaruhnya di Pulau Sumatera, iaitu zaman sebelum kerajaan Sriwijaya.
  • Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada perkataan “Himalaya” yang bermaksud tempat bersalji.
  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara yang merujuk kepada orang Indo-Melayu atau Austronesia yang bergerak dari Yunan.
Istilah Melayu jua merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di
  • Semenanjung Tanah Melayu
  • dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu.

Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami:

  • Semenanjung Tanah Melayu,
  • pantai Timur Sumatera
  • dan beberapa tempat lain di Nusantara.
Namun, terdapat beberapa pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti:

  • lazimnya berbahasa Melayu
  • berkebudayaan Melayu
  • beragama Islam ( yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

Penilaian seni dan kreaviti dalam aktiviti kanak-kanak.



Salam sejahtera. Syabas dan saya bersetuju atas pandangan berkaitan penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak perlu dilaksanakan  merentasi bidang seperti pendidikan, seni dan psikologi. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional. Pelbagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih asyik.

Penilaian aspek seni  dalam bidang seni pula merupakan

  • elemen kreativiti yang dapat diukur dalam berkarya menghasilkan seni.
  • murid mempunyai kemahiran-kemahiran dalam mewarna, penggunaan ruang, teknik penggunaan pelbagai media dan sebagainya.
  • seni merangkumi seni melukis, seni tari, seni lakonan dan sebagainya yang merupakan setiap bidang ini menitik berat keindahan seni mengikut bidang masing-masing.
Penilaian seni dalam pendidikan merupakan

  • aktiviti dan apresiasi dapat memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
  • merujuk kepada elemen sains, kebolehan mereka cipta, binaan, projek, eksperimen , melukis anggota badan juga memerlukan kreativiti .
  • begitu juga dalam subjek lain seperti kemahiran hidup terdapat pelbagai aktiviti yang memerlukan kreativiti seperti membina alatan dengan bahan buangan.
  • dalam subjek Bahasa  Melayu dan Inggeris juga terdapat kreativiti dari syair, sajak, cerpen dan sebagainya memerlukan kreativiti. 
  Penilaian Penilaian seni dalam psikologi merupakan

  • tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda.
  • pembelajaran seni memaparkan aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol.
  • selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
  • menerusi kesenian murid mendapat keseronokan, kepuasan, pujian dan sebagainya yang dapat memberi kesan positif terhadap diri .
  • kreativiti jua dilihat sebagai satu kuasa yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pendidikan sekolah. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk bakat-bakat kreatif. 
Kreativiti dalam pendidikan menyentuh
  • kaedah-kaedah,
  • pendekatan,
  • cara,
  • pengurusan dan organisasi pembelajaran,
  • perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah.
Kreativiti ialah perkara yang berkaitan tentang seni. Seni merupakan salah satu cara berkomunikasi dan interaksi. Setiap hasil seni yang dihasilkan mengandungi

  • pesanan,
  • pengertian dan tafsiran yang berbeza
  • dan kreativiti akan diluahkan tafsiran dalam bidang seni.
Penilaian seni dalam bidang psikologi adalah penting kerana kreativiti dalam bidang ini berhubung kait untuk mengenalpasti tahap kreativiti kanak-kanak.    

Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak merentasi bidang pendidikan.



Salam sejahtera, Syabas dan saya setuju dengan pendapat para ilmuan, bahawa penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak perlu dilaksanakan merentasi bidang seperti pendidikan, seni dan psikologi.
Melalui pembacaan, saya cuba mengulas bahawa

  • gabungan ketiga-tiga bidang peringkat pemahaman kanak-kanak lebih cepat kadar serapannya.
  • kanak-kanak mempunyai daya kreativiti lebih tinggi peratusnya dibandingkan dengan orang dewasa.
  • melalui pendekatan seni dan kreativiti menimbulkan minat  pada setiap subjek yang ajar.
  • sudut psikologinya akan menanam sikap kerjasama, menghargai alam, menghargai rakan, menghormati orang lebih tua dan rakan sebaya, keseronokan dan bersyukur dengan pemberian yang maha Esa.
  • pendekatan ketiga-tiga bidang ini banyak terdapat dalam semua subjek.
  • pengabungjalinkan ketiga-tiga bidang ini dengan objektif dapat memgembangkan minat pelajar dan kefahaman murid dengan berkesan.
  • kita juga dapat menilai emosi kanak-kanak melalui hasil  lukisan yang dibuat .
  • kanak-kanak akan menggambar atau meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui  lukisan yang digambarkan sama ada mereka bersedih atau gembira.
  • melalui lukisan juga mereka dapat  membina  dan meningkatkan psikomotor.
  • hasil seni kanak-kanak juga merupakan satu alat komunikasi dan refleksi pemikiran seseorang kanak-kanak di mana kita dapat memahami minda dan pemikiran kanak-kanak tersebut.
Wajar penilaian hasil seni dari pelbagai sudut pandangan, jadi penilaian merentasi bidang pendidikan, seni dan psikologi harus dilaksanakan untuk menilai hasil seni murid secara seimbang dan menyeluruh. Sesuatu penilaian  itu perlu dilakukan berdasarkan kepada beberapa prinsip seperti perlu ada keesahan dan keboleh percayaan.  
Penilaian jua boleh dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran dan  ada hubungan dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum seni dan kreativiti itu sendiri.Kini kebanyakan dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan kanak-kanak  dan kreativiti dan pemikiran dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing secara global. 

Penilain kreativiti kanak-kanak tidak hanya melibatkan bidang seni.


Melalui pembacaan, saya dapati penilaian seni dan kreativiti bukan sahaja melibatkan bidang seni semata-mata tetapi juga melibatkan bidang lain. Dalam bidang pendidikan, wujud kepelbagaian elemen menggunakan aplikasi seni dan kreativiti.  Pengetahuan sebegini amat membantu murid  dalam
  • penghasilan reka cipta atau pengubahasuian sesuatu benda atau objek.
  • dapat menguji kreativiti  kanak-kanak terhadap kehalusan, kecantikan, kelembutan dan keunikan hasil seni.   

Bagi menjamin keharmonian kanak-kanak penialaian kreatif dalam bidang psikologi merangkumi:

  • keperluan kanak-kanak yang sememangnya berjiwa sensitif perlu mempunyai unsur-unsur seni seperti mencintai alam sekitar,
  • berperasaan bersyukur dan dapat menghayati keindahan ciptaan tuhan dengan baik.
  • dapat mengelakkan kanak-kanak ini daripada mempunyai sikap yang boleh merosakkan

Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak suatu proses berterusan.



Saya jua bersetuju bahawa penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak merupakan

  • satu proses positif yang berterusan
  • bertujuan bagi mengenalpasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak.
 Penilaian ini boleh dijalankan melalui

  • pemerhatian,
  • menganalisis hasil kerja seni
  • dan penceritaan kanak-kanak menerusi hasil kerja masing-masing.
  • Pemerhatian pula boleh dilakukan melalui
  • hasil kerja murid,
  • penguasaan kemahiran praktikal,
  • perkembangan bakat murid,
  • kemahiran sosial,
  • pengzahiran emosi dan perasaan.
Penilaian lisan jua boleh dijalankan melalui soal jawab, nyanyian, lakonan ataupun puisi. Manakala penilaian penulisan pula boleh digunakan dengan menggunakan alat tulis dan kertas.

Tujuan penilaian seni dibuat adalah untuk :

  • Mencatat kekuatan dan kelemahan kanak-kanak serta merekod bagi  tujuan menganalisis dan menyediakan laporan sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada ibu bapa.
  • Memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang secara fitrahnya berbeza  antara satu sama lain.
  • Mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak bagi memperkembang bakat seni dan kreativiti mereka.
Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kogninif, psikomotor dan afektif.

Aspek kognitif meliputi kefahaman tentang unsur seni, prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat serta teknologi bahan, bentuk gubahan.

Aspek psikomotor pula melibatkan penilaian proses dalam penghasilan bahan.

Penilaian aspek afektif pula dijalankan melalui pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu guru boleh menerapkan unsur kreativiti seperti nyanyian dan gerakan(konsep didik hibur),melukis gambar,menghias hasil kerja,menggunakan tulisan berangkai,bersyair dan sebagainya.

Sewajarnya dalam menjayakan tugas memdidik, beberapa elemen diberikan penekanan seperti:

  • mempraktikkan  bahawa unsur seni boleh diterapkan dalam pelbagai mata pelajaran semasa P & P wujudkan kebijaksanaan dan kekreatifan guru berkenaan dalam membuat penggabungjalinan.
  • mencari peluang untuk menerapkan dan mencungkil bakat seni anak-anak murid dalam pelajaran yang diajar.
  • membolehkan P&P berlaku dalam suasana yang tidak membosankan dan murid belajar dengan penuh minat serta tidak mengalami stress.
  • menyediakan suasana pembelajaran berlaku dalam situasi yang lebih menyeronokkan kerana mereka berpeluang mencurahkan bakat seni.
  • memberikan penghargaan yang sesuai.
Ditinjau dalam aspek psikologi pula, wujud kemampuan

  • meningkatkan perkembangan minda,
  • menambahkan kematangan,
  • keyakinan,minat yang mendalam,
  • menanamkan sikap menghargai hasil kerja orang lain ,
  • membolehkan rasa dihargai,
  • mewujudkan daya saing malah mampu menyerlahkan ketrampilan diri.   06 Apr 2013