Khamis, 6 Jun 2013

Perbezaan pembelajaran antara KLSR dan KBSR



Salam sejahtera, Izinkan saya kupas perkaitan 3 perbezaan matlamat pembelajaran seperti yang terdapat dalam KLSR dengan yang terdapat dalam KBSR.

 Di tinjau dari segi perlaksanaan KBSR, ianya adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.Antaranya termasuklah

    Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.

    Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan.

    Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain.

    Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Izinkan saya nyatakan perbezaan antara matlamat pembelajaran yang telah mengalami perubahan murni dalam Pendidikan di Malaysia iaitu dari sistem KLSR ke KBSR.

Antaranya adalah:

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

    Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.

    Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.

    Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

    Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.

    Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran  - kemahiran pembelajaran.

    Sistem baru menekankan  komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

    Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.

    Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.

Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk  membentuk integrasi nasional dalam kalangan murid yang berbilang kaum.
    Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara, matlamat secara menyeluruh dan bersepadu.
 
Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan