Izinkan saya kupaskan perihal berkaitan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Ianya diperkenalkan sebagai
suatu usaha menyusun
semula dan menambah baik kurikulum sedia ada
bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan
kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu
Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah
ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan
fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan