Izinkan saya mengupas tajuk forum, pengajaran peribahasa
adalah penting dan perlu dipertingkatkan.
Secara peribadi saya rasakan kewujudan peribahasa di alam
komunikasi Melayu memaparkan unsur tamadun sahsiah yang unggul.
Elemen ini saya
buktikan asbab kerana
•peribahasa mengandungi unsur falsafah hidup dan nilai
moral yang tinggi
•kerana sifatnya yang berkias dalam menyatakan sesuatu yang
sedap atau tidak sedap didengar.
•Peribahasa lazimnya mempunyai kata-kata yang bertujuan
untuk menyampaikan sesuatu perkara secara halus agar segala falsafah kehidupan
sama ada dari segi kehidupan harian atau adab Melayu yang diperkatakan itu akan
mudah untuk diikuti atau dipatuhi.
Sebagai kesinambungannya, peribahasa terus dicipta dan
berkembang dalam kalangan masyarakat pada hari ini sejajar dengan peredaran
masa dan tuntutan persekitaran. Adalah wajar aspek peribahasa turut dimuatkan
ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Menurut Izani Daud (2001), peribahasa merupakan gambaran
secara berkias dan berseni tentang sesuatu keadaan dan berupaya mengisahkan
ciri-ciri negatif masyarakat Melayu.
Mohd Tajuddin Hj.Abdul Rahman ( 1984 ) menyatakan bahawa,
peribahasa terhasil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang
teliti oleh masyarakat Melayu lama.
Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran
peribahasa Melayu dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual.
R.J Wingfield (1968:231) pula berpendapat bahawa dalam
pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan budaya bangsa
peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk
memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus menggunakannya.Walau
apapun kaedah yang digunakan , kedudukan peribahasa dalam dunia pendidikan dan
budaya kehidupan mesti dipelihara agar tidak luput ditelan dek zaman.
Pengajaran dan pembelajaran peribahasa perlu diwujudkan
secara menarik dan berkesan. Ini adalah perlu kerana
•kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan.
•Menambahbaik aktiviti penulisan ayat atau karangan,
•murid juga berpeluang untuk menggunakan bahasa kiasan ini
dalam aktiviti lisan di sekolah mahupun di rumah.
•murid juga boleh didedahkan dengan falsafah, pemikiran dan
moral bangsa Melayu untuk dijadikan pedoman hidup.
•Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek dan keperibadian akan mampu
direalisasikan pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan