Khamis, 6 Jun 2013

Pembentukan minda kreatif melalui inovatif dalam P&P



Melalui pembacaan, dapat saya catatkan bahawa pembentukkan minda yang kreatif dapat dijayakan melalui


  •     aktivti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya.
  •     sesi ilmu pengetahuan berkaitan teknologi diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif.
  •     menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi P&P seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah seperti aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat supaya murid-murid mendapat peluang untuk menjana idea-idea kreatif dan melibatkan diri dalam perbincangan intelektual.
  •     memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan murid asalkan ianya logik dan munasabah.
  •     memastikan murid-murid tidak bersifat "introvert" dan dikongkong. Murid disajikan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah supaya murid-murid boleh menjana idea-idea kreatif.
  •     membina murid-murid untuk berfikiran secara “open mind” dan tidak melihat permasalahan daripada satu aspek sahaja.
  •     memberi peneguhan positif dalam bentuk ganjaran apabila murid- murid dapat meluahkan idea yang kreatif dan unik.
  •     membuat penggabungjalinan kemahiran matematik dengan disiplin ilmu yang lain dan mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin.


 Kanak-kanak memiliki sifat kreatif dalam jiwa masing-masing. Bagi menzahirkan kreativiti , aktiviti seni di dapati sangat sesuai diaplikasikan dalam bentuk pembelajaran di dalam kelas bagi tujuan memperkembangkan lagi nila-nilai kreatif yang ada pada murid. 

Pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif boleh diterapkan melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik, komunikasi, membuat perkaitan dan penggunaan teknologi, di mana murid membina model matematik melalui corak dan hubungan serta mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran, pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan