Khamis, 6 Jun 2013

Perkembangan sistem pendidikan negara.



Melalui pembacaaan saya saya dapati perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu

    Tahap Pertama (1963 -1965),
    Tahap Kedua (1966-1970)
    dan Tahap Ketiga (1971-1975).

Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini.

Saya hanya akan fokuskan perbezaan asas matlamat dari segi pengurusan bilik darjah antara KLSR dan KBSR.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Ciri-ciri bilik darjah KBSR

    1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
    2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
    3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
    4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
    5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
    6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
    7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR

Bilik darjah tradisi  digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

    1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
    2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
    3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
    4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
    5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
    6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan