Izinkan saya murnikan ruang ini seadanya. Menurut Leech (1974),
dalam komunikasi, konteks merupakan satu faktor yang amat penting. Makna
sesuatu ujaran atau tulisan sering disalah anggap kerana kurangnya maklumat
kontekstual
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), makna kontekstual
ialah berkaitan dengan atau menurut konteks.
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra`in
Shaari, (2009) pula, kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada
dalam sesuatu konteks. Makna konteks juga boleh berkenaan dengan situasinya
iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Makna sesuatu
perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.
Kontektual bermaksud ialah berkaitan dengan atau menurut
konteks.Menjelaskan fungsinya,ia menunjukkan tentang bagaimana kita mendalami
sesuatu makna kepada ayat atau golongan kata yang digunakan.Ia jelas
sekali,terkadang berlaku makna yang berbeza tentang sesuatu ayat contohnya yang
dapat dikupas dan dihalusi.
Elemen ini saya cuba
perjelaskan melalui beberapa contoh berkaitan, antaranya:
•Alia menghidap penyakit jantung beberapa hari yang lalu.
•Jantung merupakan salah satu organ badan.
•Nenek suka makan jantung pisang.
•jantung ialah kuntum bunga pisang yang selalunya dmakan.
•Ramli merupakan jantung hati ibunya kerana dialah satu-satunya
anak lelaki dalam keluarganya.
•Jantung ialah orang yang sangat dikasihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan