Khamis, 6 Jun 2013

bahasa semantik dan progmatik



Salam sejahtera. Izinkan saya  membincangkan hubungan antara bidang semantik dan pragmatik dalam menghuraikan makna. Saya akan fokuskan kupasan catatan saya dengan memberikan beberapa pandangan tokoh.

Menurut Ellis ( 196:93), beliau telah mentakrifkan pragmatik sebagai penggunaan bahasa semasa membuat sesuatu.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1054) mendefinisikan pragmatik sebagai
•mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan atau
•mengutamakan kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya.
•Ciri-ciri pragmatik ini adalah bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau timbul.

Dr Mansoer Pateda (1995: 128) pula ada menyatakan bahawa pragmatik adalah cara penggunaan bahasa yang disesuaikan dengan faktor-faktor penentu.
Pragmatik pula meliputi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan konteks serta khusus untuk komunikasi linguistik ( Morris, 1964:117 ).

Menurut Hashin Musa, Ong Chin Guan, 1998 menjelaskan bahawa kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani, ‘semant ickos’ yag bermaksud ‘significant’ iaitu ‘penting’ atau’ bererti’

Nik Safiah Karim(2001) juga menyatakan bahawa
•bahasa semantik ialah bidang yang mengkaj makna atau erti bahasa.
•Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajin psikologi, falsafah dan antropologi.
Secara peribadi saya mendapati bahawa semantik ialah
•suatu sumbangan yang menyempurnakan antara bidang linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa.
•Ia jua mempunyai perkaitan  antara simantik dan pragmatik
•Elemen yang menjelaskan dalam memperkatakan makna atau erti kata secara sebenarnya. Merupakan suatu kajian yang menjuruskan kepada makna sesuatu kata secara sinonim, hubungan dalam penggunaan dalam ayat, kesesuaian perkataan dalam makna sebutan, bacaan dan tulisan dalam pertuturan suatu komuniti penduduk.

Salam sejahtera. Izinkan saya mengulas perkaitan perbincangan ini seadanya. Melalui pembacaa saya, semantik menjurus kepada
•kajian tentang makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa manusia. Penyataan ini telah dijelaskan oleh  Lyons, 1977: 137.
•Sementara Ellis (1966:33) telah  mentakrifkan semantik merupakan elemen penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu.
• Leech (1993: 9) pula menjelaskan bahawa semantik dan pragmatik berbeza tetapi saling melengkapi dan saling berkait.

Saya berpendapat bahawa dalam komunikasi seharian,
•pengertian makna secara semantik belum cukup untuk memahami maksud penutur yang sebenarnya
•maka diperlukan pengertian lebih lanjut mengenai makna secara pragmatik.
•pragmatik mengkaji makna yang terkait dengan konteks dengan berdasarkan makna yang dikaji oleh semantik, iaitu 'linguistic meaning'.
•Sematik secara jelasnya merupakan suatu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji makna lingual, baik makna leksikal ataupun makna gramatikal.
•Pragmatik pula merupakan cabang ilmu bahasa yang mempelajari struktur bahasa secara eksternal, yakni bagaimana penggunaan bahasa digunakan dalam komunikasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan