BML 3103 : SEJARAH BAHASA,KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1.0
|
ABSTRAK
|
|
2.0
|
ASAL USUL BAHASA MELAYU
|
|
3.0
|
ELEMEN-ELEMEN YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU.
|
|
4.0
|
ASAL USUL ETNIK SAYA DAN HUBUNGANNYA DENGAN RUMPUN
ETNIK MELAYU
|
|
5.0
|
KESIMPULAN
|
|
6.0
|
RUJUKAN
|
|
1.0 ABSTRAK.
1.1 Menurut
Kamus Dewan (2006) mendefinisikan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan
bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Asal-usul perkataan "Melayu" mengikut R.O
Winstedt dalam bukunya The Malays, A Cultural History membahagikan pengertian
Melayu kepada dua makna iaitu pertama, orang Melayu adalah bumiputera di
sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Makna kedua pula orang Melayu
adalah penduduk asal kepulauan Melayu, Farmosa, Filipina dan beberapa puak yang
mendiami wilayah Indo-China.
1.2 Berdasarkan
Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit yang
berkembang di dua tempat yang berbeza. Pertama di seberang Utara Selat Melaka,
perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya iaitu „Malaya manakala kedua di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi
kepada „Melayu.
1.3 Bukti
seterusnya ialah catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis
sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan
hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama
Melayu bagi kerajaan Melayu itu berasal dari nama sebuah sungai yang terletak
di sekitar kawasan tersebut iaitu sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri
daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu..
1.4 Mengikut
UNESCO (1972) merumuskan bangsa Melayu adalah satu keluarga bangsa yang
mempunyai satu keluarga bahasa yang sama; bentuk fizikal tubuh badan yang
hampir sama, berkulit sawo matang, rambut halus, mempunyai ketinggian
sederhana; dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar iaitu dari
Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter
Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur kemudian
dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di
selatan.
2.0 ASAL
USUL BAHASA MELAYU
Bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat
penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Dua
pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa
bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti :
2.1 Berasal
dari Asia Tengah
2.1.1 J.R.
Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati
bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di
Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka
gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari
Asia. G.K
2.1.2 J.H.C.
Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa
perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan
nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan
Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.
Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang,
pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern
berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
2.1.3 Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.

2.1.4 Asmah
Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa
perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara
ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung,
melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan
bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian
adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa
bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik,
bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno
itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
2.1.5 J.R.
Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa
terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia.
Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang
lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama
A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan
bahasa yang terdapat di Kampuchea.
2.1.6 R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

2.1.7 Nieman
dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat
resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
2.1.8 Bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
2.1.9 Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang
Negrito
Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan
penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada
penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang
tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang
Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka
tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan
mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu
Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman
Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan
orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b) Melayu-Proto
Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang
Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama)
diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai
Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada
orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,
membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah.
Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
(c) Melayu-Deutro
Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang
dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka
dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada
Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini
dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
Kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

2.2
Berasal dari Nusantara
2.2.1 Sutan
Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains
Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia
Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan
Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang
satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan
anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.
2.2.2 K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.
2.2.3 Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
2.2.4 J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana,
tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
2.2.5 Gorys
Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori
Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa
Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu
seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848),
J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964),
dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal
(tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia
dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat),
yang dulunya merupakan kesatuan geografis".
2.2.6 Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.
2.2.7 Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya.

2.2.7 Perbezaan
yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis
dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak
berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di
Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.
2.2.8 Proses
penghijrahan Pendapat yang menyatakan bahawa asal bangsa dan bahasa Melayu
adalah dari Tanah Besar atau lebih dikenali sebagai Teori Yunan telah diterima
umum dan lebih popular. Ini mengukuhkan kepercayaan penduduk di Kemboja mungkin
berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Secara tidak
langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan
sekaligus pertaliannya dengan dataran Asia Tengah atau Yunan.
2.2.9 Berpandukan
teori ini, mengatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu
menerusi tiga gelombang yang utama iaitu ditandai dengan perpindahan orang
Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro. Sebelum perpindahan
penduduk Asia berlaku, Kepulauan Melayu iaitu Nusantara ini telah
ada penghuninya yang dikenali sebagai penduduk asli.
2.2.10 Di sini
jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang
wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar iaitu
lautan Pasifik dan lautan Hindi. Hubungan dengan rumpun bahasa Melayu
Pengetahuan mengenai asal-usul bangsa Melayu sebagai rumpun bahasa Melayu
diperoleh dari bahan-bahan peninggalan purbakala. Maka dengan itu, orang-orang
Melayu dan orang-orang yang seketurunan dengannya di seluruh Kepulauan Melayu
dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia (Asmah Haji Omar, 1985).
3.0 ELEMEN-ELEMEN
YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU.
3.1 Walaupun
bahasa Melayu bukan sebuah tetapi bahasa Melayu dan bahasa bangsa asli iaitu
Jakun dan Temuan digolongkan dalam bahasa Austronesia. Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali
sebagai Malayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Humboldt.
Perhubungan ketiga-tiga rumpun bahasa dalam filum bahasa Austrik ialah rumpun
bahasa Austronesia, rumpun bahasa Tibet dan rumpun bahasa Austroasia.
3.2 Rumpun
bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga iaitu bahasa-bahasa
Nusantara (Kepulauan Melayu), Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam
kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan sistem bunyi, pembentukan kata,
perbendaharaan kata dan pembentukan ayat.
3.3 Cabang
bahasa Nusantara dipercayai mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu
kira-kira 200-300 bahasa. Keluarga bahasa Nusantara atau keperluan Melayu
dibahagikan kepada kelompokkelompok dan setiap kelompok boleh dibahagikan lagi
kepada beberapa bahagian mengikut kawasan.
3.4 Bagi
memudahkan penelitian, keluarga bahasa Nusantara dibahagikan mengikut daerah
dan pulau iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Filipina, Nusa Tenggara,
Maluku, Madagaskar dan Tanah besar Asia Tenggara. Kelompok Kalimantan atau Borneo terdapat pelbagai jenis bahasa yang tersebar luas di pelbagai daerah
dari Kalimantan Indonesia hingga ke Sarawak, Sabah dan negara Brunei. Kelompok bahasa Kalimantan terdiri daripada Melayu, Dayak, Melanau, Bisaya, Murut, Dusun, Bajau,
Sulu, Tidung, Basap, Labu, Kenyah dan Kayan. Bahasa Dayak mempunyai beberapa
jenis seperti Iban, Bidayuh, Kedayan, Mualang, Ambawang, Selakau dan lain-lain.
3.5 Di
Malaysia pengertian “Melayu” mempunyai implikasi keagamaan Islam sebab dalam
Perlembagaan, orang Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa
Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu. Jika dilihat
dari sudut yang lebih luas, takrifan “Melayu” itu telah menjadikan suku bangsa
Melayu sebagai satu “sistem terbuka” bermaksud sesiapa sahaja dapat menjadi
ahli suku bangsa Melayu asalkan dia memenuhi keperluan-keperluan dalam takrifan
itu. Ungkapan “masuk Melayu” dapat menggambarkan konsep ini seperti suku bangsa
lain yang memeluk agama Islam. “Sistem terbuka” juga diterapkan di Sarawak terutama di kalangan kaum bumiputera yang terdiri dari pelbagai suku
bangsa dan agama. Apabila seseorang dari suku bangsa lain memeluk agama Islam
maka dia dikenal sebagai orang Melayu.
3.6 Alat-alat
yang mereka gunakan seperti kapak dan gendang tembaga pernah ditemui di gua-gua
di Semenanjung dan di Sungai Tembeling di Pahang telah memperlihatkan persamaan
peralatan yang terdapat di Tonkin di negeri China, Jawa dan Bali.
3.7 Gendang-gendang
yang ditemui di Tonkin menunjukkan lukisan perahu yang sama dengan perahu
yang digunakan oleh suku-suku bangsa di Borneo dalam upacara kematian. Sementara pada gendang-gendang itu terdapat
lukisan orang menumbuk padi atau meniup alat muzik seperti seruling yang sama
dengan alat muzik orang Dayak.
3. Perpindahan
bangsa Melayu dari daratan Asia itu berlaku secara berperingkatperingkat.
Peninggalan-peninggalan purbakala yang dijumpai itu ada yang berasa dari budaya
palaeolit, mesolit dan neolit. H. Kern, seorang sarjana Belanda berpendapat
bahawa perpindahan itu bermula kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi.
3.9 Kepercayaan
dan adat kebiasaan juga dapat menunjukkan arah gerak perpindahan dan perkaitan
antara suku-suku bangsa di seluruh kepulauan yang dikenali sebagai kepulauan
Melayu itu. Kepercayaan dan adat-adat kebiasaan itu juga boleh dikaitkan kepada
kepercayaan dan adat yang terdapat di dataran Asia.
3.10 Suku-suku
bangsa dalam rumpun Melayu ini juga percaya pada petanda-petanda baik dan buruk
dari binatang seperti burung, ular dan rusa serta bunyi binatang tersebut.
Adatadat dalam menyambut anak yang baru lahir, kematian dan menanam padi serta
rentak irama dalam tarian menunjukkan persamaan-persamaan dari suku bangsa ke
suku bangsa.
4.0 ASAL
USUL ETNIK SAYA DAN HUBUNGANNYA DENGAN RUMPUN BAHASA MELAYU.
4.1 Hubungan Minangkabau dengan Negeri
Sembilan terzahir apabila Datuk Perpatih nan Sebatang pada zaman dahulu konon
kabarnya sudah pernah berlayar dan sampai ke Melaka serta singgah di Negeri
Sembilan.
4.2 Penduduk bangsa Melayu yang kira-kira seperempat juta itu sebahagian besar masih mempunyai hubungan dengan daerah asalnya yaitu Minangkabau. Masih banyak adat istiadat Minangkabau yang masih belum hilang oleh mereka dan sebagian masih dipergunakan dalam tata cara hidupnya. Malahan beberapa keterangan dan adat-adat yang di Minangkabau sendiri sudah dilupakan pada mereka masih tetap segar dan masih dipergunakan. Hubungan sejarah ini sudah bermula pada pertengahan abad kelima belas.
4.3 Kedatangan bangsa Minangkabau dapat diperjelaskan kerana wujudnya Melaka sebagai sebuah kerajaan yang terkenal dalam sejarah. Pelabuhan Melaka menjadi pintu gerbang untuk bangsa ini menyusup ke daerah pedalaman tanah Semenanjung. Dikatakan sebelum berdiri Negeri Sembilan datanglah rombongan demi rombongan dari Minangkabau dan tinggal menetap disini.
4.4 Rombongan Pertama yang mula-mula datang adalah sebuah rombongan dengan pimpinan seorang datuk yang bergelar Datuk Raja dengan isterinya. Dalam perjalanan ke Negeri Sembilan, mreka singgah di Siak kemudian meneruskan perjalanan menyeberang Selat Melaka terus ke Johor. Dari Johor mereka pergi ke Naning terus ke Rembau. Kemudian mereka menetap disebuah tempat yang bernama Londar Naga.

4.5 Rombongan Kedua pula dipimpin oleh Datuk
Raja juga dan berasal dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam dari Sungai
Tarab. Rombongan ini menetap disebuah tempat yang kemudian terkenal dengan
Kampung Sungai Layang.
4.6 Rombongan Ketiga pula datang dari Batu
Sangkar juga, keluarga Datuk Makudum Sati di Sumanik. Mereka dua orang
bersaudara iaitu dngan flaran Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran. Rombongan ini dalam
perjalanannya singgah juga di Siak, Melaka, dan Rembau. Kemudian mereka membuat
sebuah perkampungan yang bernama Tanjung Alam yang kemudian berganti dengan
nama Gunung Pasir.
4.7 Rombongan Keempat berasal dari Sarilamak (Payakumbuh), diketuai oleh Datuk Putih. Mereka datang mengadap Sutan Sumanik yang sudah duluan membuka perkampungan di Negeri Sembilan ini. Datuk Putih terkenal sebagai seorang pawang atau bomoh yang ahli ilmu kebatinan. Beliaulag yang memberi nama Seri Menanti bagi tempat istana raja yang sekarang ini.
4.8 Kemudian wujud kedatangan lagi rombongan lain-lainnya antaranya yang dicatat oleh sejarah Negeri Sembilan. Rombongan yang bermula mendiami Rembau Rombingan ini diketuai oleh Datuk Lelo Balang yang berasal dari Batu Hampar (Payakumbuh) yang turut disertai dengan pengiringnya dari Batu Hampar sendiri dan dari Mungka. Tidak lama kemudian menyusul lagi adik Datuk Lelo Balang bernama Datuk Laut Dalam dari Kampung Tiga Nenek.
4.9 Berdasarkan asal kedatangan penghijrahan, maka terwujud 12 suku di Negeri Sembilan iaitu Tanah Datar, Batu hampar, Seri Lemak Pahang, Seri Lemak Minangkabau, Mungka, Payakumbuh, Seri Malanggang, Tigo Batu, Biduanda, Tigo Nenek, Anak Aceh, dan Batu Belang.
4.10 Wujud kehadiran Raja berasal Minangkabau yang diutuskan oleh raja-raja yang delapan orang ke Rembau, Negeri Sembilan bernama Malenggang Alam. Akan tetapi dari sudut sejarah negeri Sembilan raja Minangkabau pertama dikirimkan kesini Raja Mahmud yang kemudian bergelar Raja Malewar.
4.11 Raja Malewar memegang kekuasaan antara tahun 1773-1795. Beliau mendapat 2 orang anak Tengku Totok dan puteri bernama Tengku Aisah. Beliau ditabalkan di Penajis Rembau dan kemudian pindah ke istana Seri Menanti. Sehingga sekarang masih populer pepatah yang berbunyi :
Be raja ke Johor
Bertali ke Siak
Bertuan ke Minangkabau
4.12 Sekali lagi dikirimkan perutusan ke Pagaruyung untuk meminta seorang raja baru. Maka Raja Lenggang dari Minagkabau dan besar kemungkinan inilah Raja Melenggang Alam yang dikirimkan dari Minangkabau dan tersebut dalam naskah pengiriman raja-raja yang Delapan di Minangkabau. Raja Lenggang memerintah antara tahun 1808 sampai tahun 1824. Raja Lenggang kawin dengan kedua puteri anak raja Hitam dan mendapat putera dua orang bernama : Tengku Radin dan Tengku Imam.
4.13 Apabila Raja Lenggang meninggal, maka dinobatkanlah Tengku Radin menggantikan almarhum ayah beliau. Inilah raja pertama Negeri Sembilan yang diangkat oleh Pemegang Adat dan Undang yang lahir di Negeri Sembilan. Keturunan beliaulah yang turun temurun menjadi raja di Negeri Sembilan. Raja Radin digantikan oleh adiknya Raja Imam (1861-1869). Selanjutnya raja-raja yang memerintah di Negeri Sembilan : Tengku Ampuan Intan (Pemangku Pejabat) 1869-1872, Yang Dipertuan Antah 1872-1888, Tuanku Muhammad 1888-1933, Tuanku Abdul Rahman 3/8/1933-1/4/1960, Tuanku Munawir 5/4/1960-14/4/1967, Tuanku Ja'far dinobatkan 18/4/1967.
4.14 Terbentuknya Negeri Sembilan merujuk kepada sejarah dahulu bahawa kerajaan negeri Sembilan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Minangkabau dan rajanya berasal dari keturunan Raja Minangkabau. Istananya bernama Seri Menanti. Adat istiadatnya sama dengan Minangkabau, peraturan-peraturannya sebagiannya menurut undang-undang adat di Minangkabau. Mereka mempunyai suku-suku seperti orang Minangkabau tetapi berbeza cara pemakaiannya.
4.15 Perpindahan penduduk beramai-ramai menyebabkan pemerintah menyarankan supaya rakyat memperkembang Minangkabau, harus mencari tanah-tanah baru, daerah-daerah baru dan kemudian menetap di daerah itu. Setengahnya yang bernasib baik dapat menemui tanah kediaman yang subur dan membuka tanah dan membuat perkampungan. Ada pula yang bersatu dengan rakyat asli.

4.16 Maka adat-adat, undang-undang dan budaaya
kelaziman dipergunakannya pula dinegeri yang baru itu iaitu di Jambi, Palembang, Indragiri, Taoung Kanan dan Tapung Kiri, Siak dan
daerah lainya. Sebagiannya menyeberangi Selat Melaka dan sampai di Negeri
Sembilan.
4.17 Pada abad ke XVI pemerintahan negeri mereka disana sudah mulai tersusun saja. Mereka mendirikan kerajan kecil-kecil sebanyak 9 buah dan kesatuan kerajan kecil-kecil itu mereka namakan NEGERI SEMBILAN. Negara ini terjadi sewaktu Minangkabau mempersatukan kerajaan-kerajaan kecil ini dan memdapat perlindungan di bawah kerajan Johor. Setelah negara kesatuan ini terbentuk dengan mufakat bersama dengan kerajaan Johor iaitu dengan memohon seorang anak raja Pagaruyung untuk dinobatkan menjadi raja di Negrei Sembilan itu. Pada waktu itulah bermula pemerintahan Yang Dipertuan Seri Menanti.

5.0 KESIMPULAN
5.1 Bukti
Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya
terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan
tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa
penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat
mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur
hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
5.2 Maka secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
5.3 Bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.

6.0 RUJUKAN
Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Wahid dan Razali Ayob (2011). Sejarah Bahasa
Melayu. Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa
kebangsaan kita. Kuala
Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan:
edisi semakan. Kuala
Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan